Peraduan Nestlé Raya


Dengan pembelian sebarang minuman Nescafe atau Milo pek UHT, kotak atau Tin yang terlibat, anda layak untuk sertai peraduan ini. Boleh rujuk carta dibawah untuk lihat senarai produk yang turut serta.

Peraduan ini sesuai disertai oleh mereka yang gemar minum Milo, Nescafe Tin atau kotak.

Cara penyertaan anda boleh tengok dibawah.

Satu sampul surat hanya boleh letak 1 borang peraduan dan 1 bukti pembelian. Sampul surat yang mengandungi berbilang penyertaan dan/atau Bukti Pembelian akan dibatalkan.

Penyertaan hanya boleh dipos melalui pos biasa sahaja.

Hadiah yang ditawarkan dalam peraduan ini ada 2 kategori iaitu hadiah harian dan hadian Utama.

Untuk hadiah harian, 5 pemenang akan dipilih setiap hari selama peraduan ini berlangsung. Para pemenang akan memenangi hadiah wang tunai RM400 setiap seorang.

Untuk hadiah Utama pula, ada 4 pemenang. Setiap pemenang hadiah Utama akan memenangi hadiah sebuah kereta PERODUA MYVI 1.3 Standard G [Automatik].

Pemenang dalam peraduan ini ditentukan secara no. bersiri yg dibahagikan. Kiranya macam lucky drawlah (spesies cabutan bertuah).

Untuk tahu lebih detail bagaimana pemenang dipilih, boleh baca dalam terma dan syarat.

Tempoh Peraduan: 8 Mei-2 julai 2016

p/s Sila abaikan ayat Beli & Menang dekat borang peraduan tu. Kalau beli belum tentu menang lagi. semuanya tertakluk dengan terma & syarat

cara rayava

cara 1

Nasihat dari eMenang: Jangan beli semata-mata untuk join peraduan sebab nanti kalau tak menang hadiah mesti kecewa dan membazir duit. Kalau anda memang ada keperluan untuk beli atau nak minum, baru beli.

cara 2

Klik gambar Untuk Besarkan

Hadiah

hadiah myvi

Hadiah Utama:

4x Pemenang:  PERODUA MYVI 1.3 Standard G [Automatik]

Hadiah Harian:

  • Terdapat lima [5] Hadiah Harian untuk lima puluh enam
    [56] hari berturut-turut. Sejumlah dua ratus lapan puluh [280] Hadiah Harian disediakan untuk dimenangi sepanjang Tempoh Peraduan.

Terma & Syarat

Penganjur & Kelayakan:
1.PERADUAN NESTLÉ RAYA VAGANZA [“Peraduan] dianjurkan oleh Nestlé Products Sdn. Bhd. [45229-H] [“Penganjur”] dan dibuka kepada semua penduduk sah Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas pada 08/05/2016 [setiap seorang dan secara kolektif “Peserta”].

2. Individu berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini:

[a] Kakitangan Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] dan ahli keluarga terdekat mereka [suami/isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik (dan suami/isteri mereka)]; dan/atau

[b]Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal khidmat pengiklanan dan/atau promosi Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitan masing-masing] dan ahli keluarga terdekat mereka [suami/isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik (dan suami/isteri mereka)].
3. Penganjur berhak untuk mengecualikan dan/atau membatalkan kelayakan Peserta yang tidak termasuk dalam kategori Peserta dan/atau yang melanggar Syarat dan Peraturan Peraduan.

Tempoh:
1. Peraduan akan diadakan dari 08/05/2016 hingga 02/07/2016 [“Tempoh Peraduan”]. Penganjur berhak atas budi bicaranya yang mutlak untuk mengubah, menangguh, menjadualkan semula dan/atau melanjutkan Tempoh Peraduan dan/atau membatalkan/menamatkan Peraduan pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu.

Kriteria
Kelayakan dan Penghantaran Penyertaan:

1. Setiap pembelian mana-mana produk Sedia Untuk Diminum NESTLÉ turut serta sepanjang Tempoh Peraduan akan melayakkan Peserta untuk menyertai Peraduan. Sila rujuk kepada Jadual Bukti Pembelian [“Jadual BP”] untuk pembungkusan produk yang dikehendaki sebagai bukti pembelian untuk menyertai Peraduan [“BP”].

2. Peserta dikehendaki melengkapkan setiap borang penyertaan dengan butir-butir yang dikehendaki, dan menjawab dengan betul tiga [3] soalan Betul atau Salah yang dinyatakan dalam borang penyertaan. Borang yang telah diisi dengan lengkap bersama dengan BP mesti dimasukkan dalam satu sampul
surat dan dikirimkan melalui pos biasa ke alamat Peti Surat yang dinyatakan dalam borang penyertaan. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kiriman pos yang tidak diterima disebabkan tidak cukup setem pos atau alamat salah. Penyertaan yang diterima melalui khidmat penghantar surat, perkhidmatan kurier, POS Laju dan/atau apa jua cara lain akan dibatalkan secara automatik. Bukti pos tidak boleh dijadikan bukti penerimaan oleh Penganjur.

3. Semua borang penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik. Borang penyertaan yang tidak lengkap, tidak boleh dibaca dan/atau tidak tepat, penyertaan dengan jawapan salah, penyertaan dengan BP tidak betul dan/atau cacat akan dibatalkan. Sampul surat yang mengandungi berbilang penyertaan dan/atau BP akan dibatalkan. Salinan foto borang penyertaan diterima.

4. Semua borang penyertaan yang diterima oleh Penganjur sepanjang Tempoh Peraduan yang lengkap dengan butir-butir dikehendaki, BP dan jawapan betul, jika diluluskan oleh Penganjur, akan diberi nombor bersiri menurut Jadual BP berdasarkan BP yang dikemukakan [setiap satu dan secara kolektif “Penyertaan Layak”].

Hadiah:
1. Hadiah untuk peraduan dibahagikan kepada [2] peringkat.

2.Peringkat 1 – Hadiah Harian: Terdapat lima [5] Hadiah Harian untuk lima puluh enam [56] hari berturut-turut. Sejumlah dua ratus lapan puluh [280] Hadiah Harian disediakan untuk dimenangi sepanjang Tempoh Peraduan.

3. Nombor bersiri yang diperuntukkan bagi Penyertaan Layak setiap hari akan disusun kira untuk memperoleh jumlah besar yang kemudian akan dibahagikan dengan lima [5] untuk mendapatkan nombor bersiri kemenangan bagi Hadiah Harian setiap hari. Jika nombor mempunyai nilai perpuluhan, nombor bersiri kemenangan akan dibundarkan ke bawah kepada nombor bulat paling dekat, lebih rendah yang dihasilkan daripada pembahagian tersebut.Sebagai contoh: Jika jumlah nombor bersiri Penyertaan Layak bagi hari tersebut berjumlah 887, maka 887 akan dibahagikan dengan 5, yang bersamaan dengan 177.4, yang seterusnya akan dibundarkan ke bawah kepada 177. Nombor pengganda dalam kes ini ialah 177. Lima [5] Peserta bagi hari yang ditetapkan dengan gandaan 177 iaitu 177, 354, 531, 708 dan 885 akan menjadi pemenang Hadiah Harian.

4. Setiap seorang Pemenang
Hadiah Harian yang terpilih akan memenangi wang tunai Ringgit Malaysia Empat Ratus [RM400].

5. Peserta boleh menang hanya satu [1] Hadiah Harian setiap hari dan maksimum dua [2] Hadiah Harian sepanjang Tempoh Peraduan. Sekiranya terdapat Pemenang berulang, nombor bersiri selepas nombor bersiri Pemenang berulang akan diisytiharkan sebagai Pemenang Hadiah Harian tersebut.

6. Peringkat 2 – Hadiah Utama: Terdapat satu [1] Hadiah Utama untuk setiap dua [2] minggu berturut-turut. Sejumlah empat [4] Hadiah Utama disediakan untuk dimenangi sepanjang Tempoh Peraduan seperti berikut:

  • Minggu 1 & 2: 08/05 – 21/05/2016,
  • Minggu 3 & 4: 22/05 – 04/06/2016,
  • Minggu 5 & 6: 05/06 – 18/06/2016,
  • Minggu 7 & 8: 19/06 – 02/07/2016

7. Nombor bersiri yang diperuntukkan bagi Penyertaan Layak setiap dua [2] minggu akan disusun kira untuk memperoleh jumlah besar yang kemudian akan dibahagikan dengan dua [2] untuk mendapatkan nombor bersiri kemenangan bagi Hadiah Utama setiap tempoh dua [2] minggu.

Jika nombor mempunyai nilai perpuluhan, nombor bersiri kemenangan akan dibundarkan ke bawah kepada nombor bulat paling dekat, lebih rendah yang dihasilkan daripada pembahagian tersebut.Sebagai contoh: Jika jumlah nombor bersiri Penyertaan Layak bagi dua [2] minggu tersebut ialah 21689, maka 21689 akan dibahagikan dengan 2, yang bersamaan dengan 10844.5, dan seterusnya akan dibundarkan ke bawah kepada 10844. Peserta bagi dua [2] minggu tersebut yang ditetapkan nombor bersiri 10844 akan menjadi Pemenang Hadiah Utama.

8. Pemenang Hadiah Utama yang terpilih masing-masing akan memenangi sebuah PERODUA MYVI 1.3 Standard G [Automatik] diatas jalan bernilai Ringgit Malaysia Empat puluh empat ribu dua ratus enam puluh dua dan lima belas sen [RM44,262.15]. Harga yang ditunjukkan adalah mengikut harga yang ditetapkan bagi Semenanjung Malaysia dan betul pada masa percetakan.

9. Peserta boleh memenangi hanya satu [1] Hadiah Utama sepanjang tempoh peraduan. Sekiranya terdapat Pemenang berulang, nombor siri selepas nombor bersiri Pemenang berulang akan diisytiharkan sebagai Pemenang Hadiah Utama tersebut.

Liabiliti & Tanggungjawab:
1.Semua Pemenang akan menerima pemberitahuan melalui pos. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya pemberitahuan pos tidak diterima atau lewat diterima oleh Pemenang. Pemenang mesti mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak yang mengatur dan/atau menyediakan semua Hadiah dan juga terma dan syarat yang disertakan bersama semua Hadiah berkenaan, jika ada. Senarai pemenang akan diumumkan di laman web Penganjur [www.nestle.com.my].

2. Penggunaan hadiah yang disediakan oleh pihak ketiga akan tertakluk kepada terma dan syarat pihak ketiga. Penganjur tidak menanggung liabiliti dalam apa jua hal berkaitan hadiah yang disediakan oleh pihak ketiga. Penganjur tidak menerima sebarang tanggungjawab terhadap tindakan atau kegagalan bertindak oleh pihak ketiga.

3. Pemenang dan/atau warisnya hendaklah bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan [termasuk kehilangan nyawa] akibat mengambil bahagian dalam Peraduan, menuntut dan/atau menggunakan Hadiah dan bersetuju untuk melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan Penganjur daripada sebarang liabiliti.

4. Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain yang berkaitan untuk menyertai Peraduan dan menuntut Hadiah adalah tanggungjawab Pemenang sepenuhnya.

Hak Penganjur:
1. Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menilai semula dan mengubah proses pemilihan pemenang Hadiah yang terkandung di dalam ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Keputusan pengadil adalah muktamad dan tiada surat-menyurat akan dilayan selepas itu.

2. Penganjur berhak, atas budi bicara mutlaknya, menggantikan mana-mana Hadiah dengan hadiah lain yang senilai dengannya, pada bila-bila masa, tanpa memberi notis terlebih dahulu. Hadiah tidak boleh dipindah milik dan semua hadiah diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’ dan tidak boleh ditukarkan dengan wang tunai, kredit, barangan lain atau baucar, sama ada secara sebahagian atau sepenuhnya.

3. Dengan menyertai Peraduan ini, semua Peserta bersetuju dan memperakui bahawa semua hak milik intelektual padanya menjadi milik Penganjur dan setiap Peserta membenarkan Penganjur mengumpul, menggunakan, memproses dan/atau mendedahkan mana-mana dan semua maklumat peribadi Peserta termasuk tanpa terhad kepada nama, gambar atau imej Peserta untuk tujuan Peraduan, termasuk aktiviti pengiklanan, publisiti, pemasaran dan promosi yang dijalankan dengan cara yang dianggap sesuai oleh Penganjur, dalam mana-mana media dan tanpa pampasan, pemberitahuan atau kebenaran tambahan, dan sebarang aktiviti sampingan lain yang berkaitan dengan Peraduan. Pemenang tidak berhak membuat tuntutan pemilikan atau mendapat sebarang bentuk pampasan untuk bahan tersebut.

Perlindungan Data:
1. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju agar Penganjur memproses data peribadi Peserta yang dinyatakan dalam borang penyertaan untuk tujuan Peraduan termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan Halaman Peminat dan Laman Web. Penganjur juga boleh menggunakan data peribadi anda untuk tujuan menghantar kepada anda maklumat pemasaran, pengiklanan dan promosi, bahan dan/atau dokumen tentang produk dan/atau perkhidmatan Penganjur melainkan anda menyatakan sebaliknya dalam borang penyertaan Peraduan. Sila ambil perhatian bahawa Penganjur memerlukan data peribadi Peserta untuk memproses penyertaan Peserta dalam Peraduan, yang tanpanya Penganjur tidak akan dapat memproses permohonan Peserta.

2. Pada masa tertentu, Penganjur boleh melantik pihak ketiga untuk memproses butir-butir peribadi Peserta. Semua pihak ketiga tersebut mempunyai kewajipan di bawah kontrak untuk tidak menggunakan data peribadi Peserta. Semua pihak ketiga diwajibkan di bawah kontrak untuk tidak menggunakan data peribadi Peserta dengan sebarang cara lain kecuali yang ditetapkan di dalam ini.

3. Di bawah undang-undang Malaysia, hak Peserta termasuk:

[a]. hak untuk menarik balik persetujuan anda terhadap penggunaan butiran peribadi anda dengan menghubungi Penganjur di pdpa@omniteam.com.my dan memberikan nama dan alamat e-mel Peserta supaya Penganjur boleh mengeluarkan butiran berkenaan.

[b]. hak untuk mendapatkan salinan data peribadi mengenai Peserta yang dipegang oleh Penganjur [pihak Penganjur berhak untuk mengenakan sedikit yuran untuk menunaikan hak ini].

[c]. hak untuk membetulkan data peribadi tidak tepat mengenai anda yang dipegang oleh Penganjur.
4. Jika Peserta mahu membangkitkan sebarang isu perlindungan data dengan Penganjur, atau melaksanakan sebarang hak di bawah undang-undang, sila hubungi Penganjur di pdpa@omniteam.com.my.

5. Penganjur mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya untuk memastikan data peribadi Peserta terlindung, dan menetapkan syarat kepada pemproses data pihak ketiga untuk berbuat demikian. Perhatian bahawa Penganjur boleh memberikan data peribadi Peserta jika perlu berbuat demikian di bawah undang-undang, menerusi waran geledah, sepina atau perintah mahkamah.

6. Untuk meneliti sepenuhnya Notis Privasi, anda boleh ke laman http://nestle.com.my…licy/privacy_bm (untuk versi Bahasa Malaysia) dan http://nestle.com.my…/privacy_policy (untuk versi Bahasa Inggeris).

Terma & Syarat:

1.Gambar Hadiah yang ditunjukkan dalam borang Peraduan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin berbeza daripada hadiah sebenar.

2. Syarat dan Peraturan Peraduan disediakan dalam beberapa bahasa. Sekiranya wujud ketidakseragaman antara mana-mana versi Syarat dan Peraturan Peraduan, versi Bahasa Inggeris yang dipaparkan di laman web Penganjur hendaklah diguna pakai.

3. Syarat dan Peraturan Peraduan dan kaedah penyertaan Peraduan boleh dipinda dari masa ke masa dan akan diguna pakai berbanding sebarang peruntukan atau pernyataan yang terkandung dalam mana-mana bahan promosi atau pengiklanan lain bagi Peraduan. Peserta amat dinasihatkan supaya melayari laman web Penganjur dari masa ke masa untuk memastikan mereka menyedari sebarang perkembangan dan perubahan yang dibuat.

4. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada
Syarat dan Peraturan, serta keputusan Penganjur.

Borang peraduan Boleh Didapati di Kedai-kedai berhampiran anda atau boleh juga Boleh Download DISINI


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?