Pertandingan NBOS 2016


Anda mempunyai idea kreatif dan inovatif berkaitan Perkhidmatan Awam, Keusahawanan Sosial dan Keusahawan Komersil?

Kalau ya, jangan berlengah lagi hantarkan idea-idea kreatif dan inovatif anda untuk berpeluang menangi hadiah wang tunai serta dana permulaan.

Penyertaan untuk pertandingan ini adalah PERCUMA.

Dalam pertandingan ini ada 3 kategori iaitu

  • Civil Service (Perkhidmatan Awam,)
  • Social Entrepreneurship (Keusahawanan Sosial)
  • For Profit Busines (Keusahawan Komersil)

Untuk penerangan sedikit sebanyak dan gambaran awal berkenaan pertandingan NBOS 2016 ini boleh lihat video dibawah:

Anda jangan salah faham ye, hadiah RM350,000 lebih tu bukan untuk seorang pemenang tetapi itu adalah hadiah keseluruhan yang ditawarkan untuk pertandingan ini.

Dalam pertandingan ini, pemenang tempat pertama bagi setiap kategori akan memenangi hadiah wang tunai RM30,000 dan dana permulaan bernilai RM50,000 setiap seorang.

Untuk hadiah tempat kedua pula, pemenang  bagi setiap kategori akan memenangi hadiah wang tunai RM20,000 setiap seorang manakala bagi tempat ketiga pemenang bagi setiap kategori akan meneangi hadiah wang tunai RM10,000 seorang.

 17 pemenang hadiah saguhati bagi setiap kategori  masing-masing akan menerima hadiah wang tunai RM500.

Jadi jika anda ada idea-idea bernas berkaitan kategori yang dinyatakan bolehlah sertai pertandingan ini. Untuk maklumat lanjut sila lihat dibawah.

sumber

Tarikh tutup penyertaan adalah 30 Jun 2016

Cara Penyertaan

Dalam pertandingan ini ada 3 kategori iaitu

  • Civil Service
  • Social Entrepreneurship
  • For Profit Busines
Hantarkan idea kreatif dan inovatif berkaitan bidang seperti yang dinyatakan.
Idea yang dikemukakan mestilah mengandungi kriteria Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS):
  • (i) Impak yang Tinggi
  • (ii) Perlaksanaan yang Pantas
  • (iii) Kemampanan
  • (iv) Kos Rendah

Anda boleh menyertai sebagai individu atau berkumpulan:

Kategori Perkhidmatan Awam (Civil Service):

  • (i) Individu (Penjawat Awam sahaja)
  • (ii) Penjawat Awam & Orang Awam (maksimum 5 orang – termasuk sekurang-kurangnya seorang Penjawat Awam)

Kategori Keusahawanan Sosial (Social Entrepreneurship ) dan Perniagaan Berorientasikan Keuntungan (For Profit Busines):

  • (i) Individu
  • (ii) Berkumpulan (maksimum 5 orang)

Anda boleh hantarkan idea-idea berkaitan mana-mana kategori berikut. Untuk hantarkan Penyertaan, Boleh Hantar di Laman Rasmi Pertandingan NBOS 2016 DISINI

Anda akan dimaklumkan melalui telefon untuk menghantar “pitch deck” (pembentangan projek) dan menyampaikan pembentangan tersebut; sekiranya anda terpilih ke kedudukan 20 Teratas untuk mana-mana kategori.

Anda boleh hantar idea anda dalam BAHASA INGGERIS atau BAHASA MELAYU (Untuk pilih BAHASA INGGERIS, klik  ENGLISH dekat bahagian atas Borang penyertaan tu.)

Untuk maklumat lanjut boleh baca FAQ

competiton categories

area focus

creative

Hantarkan penyertaan anda DISINI

Hadiah

nbos prize

Terma & Syarat

1. Untuk menyertai pertandingan ini, anda hendaklah warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas.

2. Anda dibenarkan untuk menghantar lebih dari satu (1) idea bagi setiap Kategori dan bagi setiap Bidang Fokus.

3. Anda dibenarkan untuk menghantar semula penyertaan anda pada bila-bila masa sebelum tarikh tutup penyertaan; 30 Jun 2016.

4. Penghantaran penyertaan adalah PERCUMA. Tiada sebarang pembelian diperlukan untuk menyertai pertandingan ini.

5. Idea yang dikemukakan mestilah mengandungi kriteria Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS):

  • (i) Impak yang Tinggi
  • (ii) Perlaksanaan yang Pantas
  • (iii) Kemampanan
  • (iv) Kos Rendah

6. Anda akan dimaklumkan melalui telefon untuk menghantar “pitch deck” (pembentangan projek) dan menyampaikan pembentangan tersebut; sekiranya anda terpilih ke kedudukan 20 Teratas untuk mana-mana kategori.

7. Anda boleh menyertai sebagai:

7.1 Kategori Perkhidmatan Awam:

  • (i) Individu (Penjawat Awam sahaja)
  • (ii) Penjawat Awam & Orang Awam (maksimum 5 orang – termasuk sekurang-kurangnya seorang Penjawat Awam)

7.2 Kategori Keusahawanan Sosial dan Perniagaan Berorientasikan Keuntungan:

  • (i) Individu
  • (ii) Berkumpulan (maksimum 5 orang)

8. Pertandingan berjalan sehingga tarikh akhir seperti yang ditetapkan pada bahan promosi.

9. Keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat dan/atau rayuan tidak akan dilayan

10. Dengan menyertai pertandingan ini, anda bersetuju untuk menerima kiriman maklumat atau surat-menyurat daripada penganjur Pertandingan NBOS pada masa akan datang.

11. Hadiah-hadiah tidak boleh ditebus oleh pihak ketiga. Hadiah-hadiah tidak boleh dipindahmilik dan tidak boleh ditukarganti.

12. Penganjur Pertandingan NBOS berhak meminda peraturan dan terma dan syarat pertandingan pada bila-bila masa tanpa notis.

13. Peserta dinasihatkan untuk membaca dan meneliti syarat-syarat yang dikenakan untuk setiap Kategori. Dengan menyertai pertandingan ini, bermakna anda telah menerima terma dan syarat pertandingan serta keputusan para juri.

14. Penganjur Pertandingan NBOS tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang perbelanjaan ke atas urusan perjalanan, tempat tinggal dan sebarang perbelanjaan lain yang diperlukan untuk menyertai dan/atau menghadiri sesi pembentangan projek atau majlis penyampaian hadiah dan sesi penebusan hadiah.

Copyright 2016 – 2016 nboscompetition

kredit featured image

Submit you entry HERE

 


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?