Pertandingan Serangkap Pantun Bernilai Rm 1000


Anda berbakat menulis pantun 4 kerat? Sertai Pertandingan Serangkap Pantun Bernilai Rm 1000 ini untuk berpeluang memenangi hadiah wang tunai.

Dalam pertandingan pantun ini akan ada 3 pemenang yang akan memenangi hadiah wang tunai RM 1000 setiap seorang.

Penghantaran penyertaan boleh dihantar  kepada Urusetia pertandingan melalui email .

Anda boleh hantar lebih dari satu pantun . Jangan SPAM email urusetia. Hantar semua sekali dalam satu email.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 28 April 2016. Email penyertaan hendaklah sampai sebelum pukul 12 tengah malam.

Penyertaan yang sampai lewat, tidak akan diterima.

89898

Cara Penyertaan

1) Bina serangkap pantun 4 kerat bertemakan ‘Sehari bersama keluarga di MAEPSerdang’.

2) Isi pantun hendaklah berdasarkan maklumat berkenaan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016. Idea/maklumat boleh rujuk di website www.kualalumpurbookfair.my

3) Pantun tersebut hendaklah dihantar ke email pestabuku2016@gmail.com berserta maklumat peribadi anda.

  • Nama penuh
  • No. Kad Pengenalan
  • No. telefon

Hadiah

3X Pemenang – Wang Tunai RM1000 setiap seorang.

Terma & Syarat

1) Bina serangkap pantun 4 kerat bertemakan ‘Sehari bersama keluarga di MAEPSerdang’

2) Isi pantun hendaklah berdasarkan maklumat berkenaan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016. Idea/maklumat boleh rujuk di website www.kualalumpurbookfair.my

3) Semakin banyak maklumat yang digunakan berkaitan pesta buku 2016, Semakin cerah peluang anda untuk menang.

4) Pantun tersebut hendaklah dihantar ke email pestabuku2016@gmail.com berserta maklumat peribadi anda (Nama penuh | No. Kad Pengenalan | No. telefon)

5) Tarikh tutup penyertaan adalah pada 28 April 2016. Email penyertaan hendaklah sampai sebelum pukul 12 tengah malam. Penyertaan yang sampai lewat, tidak akan diterima.

6) 3 Pantun menarik dan kreatif akan diumumkan pada 2 Mei 2016 di Facebook Pesta Buku. 3 pemenang tersebut masing-masing akan menerima wang tunai RM1000. Pemenang akan dihubungi melalui pesanan ringkas (SMS) / panggilan telefon.

Pantun anda berpeluang untuk dibacakan di pentas utama semasa majlis perasmian pesta buku nanti. Semoga berjaya!

sumber


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?