Pertandingan Mengarang Esei Kepenggunaan 2016


Anda berbakat mengarang esei? Sertai Pertandingan Mengarang Esei Kepenggunaan 2016 untuk berpeluang memenangi hadiah wang tunai.

Untuk menyertai pertandingan ini, penyertaannya dalah percuma sahaja. Penyertaan boleh dihantar secara Borang Online atau melalui POS. Kalau nak jimat kos bolehlah hantar secara online.

Untuk detail cara penyertaan boleh tengok maklumat dibawah:

Tarikh tutup penyertaan pertandingan ialah 1 Julai 2016.

Cara penyertaan

Karang esei mengikut pilihan tajuk seperti dibawah.

 Kategori

  • A. Sekolah Rendah (Tahun 4-6)
  • B. Menengah Rendah (Tingkatan 1-3)
  • C. Menengah Atas (Tingkatan 4-5)
  • D. IPTA/S, Institut Pendidikan Guru, Matrikulasi & Tingkatan 6
  • E. Umum (Terbuka kepada semua warganegara Malaysia)

Syarat

– Panjang esei tidak melebihi . Esei hendaklah ditaip menggunakan tulisan ”Arial 12 poin” atau menggunakan tulisan tangan yang jelas. Sama ada ditaip atau tulisan tangan, semua esei hendaklah langkau sebaris (“single line spacing”).

  • 300 patah perkataan bagi Kategori A
  • 1,000 patah perkataan bagi Kategori B dan kategori C
  • 2,500 patah perkataan bagi kategori D dan E.

– Penyertaan esei boleh dihantar melalui e-mel ke urusetia@mypengguna.com. Penyertaan hendaklah disertakan dengan borang penyertaan pertandingan yang lengkap.

– Esei mestilah asli dan menggunakan olahan idea sendiri.

Tarikh tutup untuk semua penyertaan pertandingan ialah 1 Julai 2016.

– Pelajar yang menghantar esei secara atas talian (online) akan diberikan keutamaan untuk proses penghantaran sijil penyertaan.

– Semua Penyertaan akan menerima SIJIL PENYERTAAN yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

– Semua Pemenang akan menerima SIJIL PENCAPAIAN yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

tajuk1tajuk2tajuk3tajuk4

Hadiah

hadiah esei

Borang Pertandingan Boleh Download SINI

contoh-borang.jpg

Borang Pertandingan Boleh Download SINI

SYARAT UMUM PERTANDINGAN

1. Semua ciptaan atau hasil karya penyertaan mestilah asli dan hasil daripada idea sendiri. Pihak penganjur berhak untuk menolak penyertaan atau menarik balik hadiah yang diberikan sekiranya didapati hasil karya adalah tidak asli. Pelanggaran hak cipta adalah suatu jenayah.

2. Semua penyertaan yang dihantar adalah hak milik FOMCA. Ia akan digunakan bagi tujuan promosi dan pendidikan seperti poster, cetakan risalah, buku, laman sesawang dan lain-lain.

3. Semua penyertaan hendaklah disertakan dengan borang penyertaan yang lengkap dan ditandatangani oleh peserta.

4. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.

5. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan, tersilap hantar atau penyertaan yang hilang. Bukti penyertaan atau pengeposan tidak diterima sebagai bukti penerimaan.

6. Warga FOMCA serta ahli keluarga terdekat tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.

7. Para peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan tetapi hanya berhak menerima satu hadiah utama bagi semua jenis pertandingan.

8. Keputusan daripada panel hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan berkenaan keputusan pertandingan tidak akan dilayan.

9. Pihak penganjur tidak akan mengembalikan karya penyertaan kepada peserta.

10. Sentiasa rujuk laman www.mypengguna.com untuk perkembangan dan aktiviti terkini.

11. Tarikh tutup penyertaan adalah 1 Julai 2016.

12. Semua Penyertaan akan menerima SIJIL PENYERTAAN yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

13. Semua Pemenang akan menerima SIJIL PENCAPAIAN yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

Alamatkan penyertaan kepada:

Urusetia Pertandingan Kepenggunaan HPM 2016
No. 24, Jalan SS1/22A
47300 Petaling Jaya, Selangor

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai pertandingan, sila hubungi:

Urusetia Pertandingan Kepenggunaan HPM 2016
Tel : 03-7876 4648
Faks : 03-7873 0636
E-mel : urusetia@mypengguna.com

Waktu Pejabat kami adalah dari 10:00 pagi. hingga 4:00 petang. Isnin – Jumaat. l **Pejabat kami akan ditutup pada setiap cuti umum mengikut cuti umum negeri Selangor dan Cuti umum Negara

Sebarang pengumuman atau maklumat terkini akan dipaparkan melalui laman web HPM: www.mypengguna.com


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?