Peraduan Nestle Yogurt Set Asli Masak & Menang Dapur Impian Anda


Anda pandai memasak? Sering menggunakan Nestle Yogurt Set Asli  dalam masakan seharian anda?

Kalau ya, anda memang sesuai sertai Peraduan Nestle Yogurt Set Asli Masak & Menang Dapur Impian Anda dimana anda berpeluang memenangi hadiah pengubahsuaian dapur rumah anda.

Dengan pembelian mana-mana produk Nestle Yogurt Set Asli melayakkan anda untuk menyertai Peraduan ini.

Anda dikehendaki melampirkan Bukti Pembelian [“BP”] iaitu resit asli pembelian minima satu  Nestle Yogurt Set Asli 470gm atau 1.4kg bertarikh di dalam Tempoh Penyertaan bagi setiap penyertaan.

Setiap satu  Nestle Yogurt Set Asli 470gm atau 1.4kg melayakkan anda untuk satu penyertaan, sebagai contoh, jika terdapat 2 Nestle Yogurt Set Asli tertera di dalam 1 resit asli, anda boleh melampirkan dua borang penyertaan.

Setiap borang penyertaan mesti dikirm menggunakan Pos biasa sahaja.

Dalam peraduan ini ada 2 peringkat hadiah iaitu

  • Peringkat Zon 
  • Peringkat Akhir.

Peringkat Zon.

Sejumlah dua puluh lima 25 peserta sah akan dipilih untuk memasuki Peringkat Zon.

Peserta-peserta terdiri daripada lima 5 peserta dari setiap Zon (Sentral, Utara, Selatan, Timur dan Malaysia Timur) yang dipilih oleh panel pengadil berdasarkan resipi sertaan yang paling lazat, bernutrisi, dan kreatif dan yang menggunakan Nestle Yogurt Set Asli sebagai gantian ramuan berlemak tinggi, contohnya, mentega, minyak kelapa, minyak sapi, marjerin, krim dan sebagainya.

Hadiah Untuk pemenang setiap Zon adalah

  • 1x Pemenang- Hadiah Utama Peringkat Zon iaitu Baucer Sen Q bernilai RM5000 setiap 
  • 2x Pemenang-  Hadiah Sagu Hati Peringkat Zon iaitu Baucer Sen Q bernilai RM3000 setiap zon.

Cabaran Peringkat Akhir:
Setiap pemenang Hadiah Utama dari Cabaran Peringkat Zon akan mara ke Cabaran Peringkat Akhir, di mana peserta-peserta mestilah menghadiri suatu cabaran memasak [Cabaran Peringkat Akhir] pada hari dan lokasi di Klang Valley yang ditetapkan oleh Penganjur dimana peserta akan memasak resipi mengikut garis panduan yang akan ditetapkan pada hari Cabaran Peringkat Akhir.

Hadiah Pringkat Akhir

  •  [1x] Hadiah Utama Peringkat Akhir iaitu pengubahsuaian dapur bernilai RM25,000.
  • [1x] Hadiah Kedua Peringkat Akhir iaitu pengubahsuaian dapur bernilai RM10,000
  • [1 x] Hadiah Ketiga Peringkat Akhir iaitu pengubahsuaian dapur bernilai RM5,000.

Jadi jika anda berkebolehan memasak dan ada beli Nestle Yogurt Set Asli  dalam tempoh peraduan, boleh lah cuba join peraduan ini, mana tau rezeki anda menang hadiah.

Tempoh Peraduan: 1 April 2016 – hingga 30 April 2016

Cara-Cara

langkah 1bukti

garisformat

Hadiah

733

Terma & Syarat

Syarat & Peraturan Peraduan
Pihak Penganjur & Kelayakan

1 PERADUAN NESTLE YOGURT SET ASLI MASAK & MENANG DAPUR IMPIAN ANDA [“Peraduan”] ini dianjurkan oleh NESTLÉ Products Sdn. Bhd. [45229-H] [“Pihak Penganjur”] dan dibuka kepada semua penduduk Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas pada 1/4/16.

2 Golongan individu berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini:
[a] Kakitangan Pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] dan ahli keluarga terdekat mereka [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri]; dan /atau

[b ] Wakil, kakitangan, pekerja dan / atau ejen pembekal khidmat pengiklanan dan / atau Peraduan Pihak Penganjur (termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya, dan ahli keluarga terdekat mereka [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri].

Tempoh
1 Tempoh Penyertaan ini akan bermula dari 1/4/2016 hingga 30/4/2016 [“Tempoh Penyertaan”]. Pihak Penganjur berhak meminda Tempoh Penyertaan pada bila-bila masa sahaja tanpa memberi notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Penyertaan akan dibatalkan secara automatik.
Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan

1 Setiap pembelian mana-mana produk Nestle Yogurt Set Asli melayakkan anda untuk menyertai Peraduan ini. Anda dikehendaki melampirkan Bukti Pembelian [“BP”] iaitu resit asli pembelian minima satu [1] Nestle Yogurt Set Asli [470gm atau/dan 1.4kg) bertarikh di dalam Tempoh Penyertaan bagi setiap penyertaan. Setiap satu [1] Nestle Yogurt Set Asli 470gm atau 1.4kg melayakkan anda untuk satu

[1] penyertaan, sebagai contoh, jika terdapat dua [2] Nestle Yogurt Set Asli tertera di dalam satu [1] resit asli, anda boleh melampirkan dua [2] borang penyertaan. Setiap peserta berhak/layak menghantar lebih daripada satu [1] penyertaan tetapi setiap penyertaan mesti disertakan dengan mimima satu [1] set BP dalam satu [1] sampul surat. Hanya produk NESTLÉ edaran pihak Penganjur sahaja layak diterima.

2 Setiap borang penyertaan yang dihantar mesti diisi secara individu dan asli, lengkap dengan butir-butir yang dikehendaki, dilampirkan bersama resipi dan BP yang dikehendaki. Borang penyertaan yang tidak lengkap, tidak boleh dibaca, resipi yang tidak mengikut garis panduan tertera di dalam borang penyertaan, atau penyertaan dengan BP tidak betul dan/atau rosak akan dibatalkan.

3 Setiap penyertaan mesti dikirim melalui pos biasa ke alamat peti surat yang dinyatakan. Penyertaan yang diterima menerusi penghantaran dengan tangan, khidmat kiriman cepat, POSLaju dan/atau sebarang kaedah kiriman yang lain akan dibatalkan secara automatik. Setiap sampul surat mestilah dilekatkan dengan kos setem yang mencukupi. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang penyertaan yang dikirim melalui pos yang tidak diterima kerana kekurangan bayaran pos atau alamat tidak tepat. Bukti pengiriman pos tidak menandakan bukti penerimaan oleh pihak Penganjur.

Peringkat Peraduan & Hadiah-Hadiah
1 Peraduan ini terdiri daripada dua [2] peringkat iaitu Peringkat Zon dan Peringkat Akhir.
2 Cabaran Peringkat Zon:

Peserta-peserta yang berjaya memasuki Peringkat Zon mestilah menghadiri suatu cabaran memasak

[Cabaran Peringkat Zon]
pada hari dan lokasi yang ditetapkan oleh Penganjur di mana peserta akan memasak resipi yang telah disertakan bersama borang peraduan. Syarat dan terma lanjut Cabaran Peringkat Zon akan diberi kepada peserta-peserta pada hari Cabaran

Peringkat Zon.
[a] Sejumlah dua puluh lima [25] peserta sah akan dipilih untuk memasuki Peringkat Zon. Peserta-peserta terdiri daripada lima [5] peserta dari setiap Zon (Sentral, Utara, Selatan, Timur dan Malaysia Timur) yang dipilih oleh panel pengadil berdasarkan resipi sertaan yang paling lazat, bernutrisi, dan kreatif dan yang menggunakan Nestle Yogurt Set Asli sebagai gantian ramuan berlemak tinggi, contohnya, mentega, minyak kelapa, minyak sapi, marjerin, krim dan sebagainya.

[b] Hanya peserta-peserta dengan nama dan butir peribadinya ditulis di dalam borang penyertaan boleh menyertai cabaran Peringkat Zon ini. Kelayakan penyertaan tidak boleh ditukar milik. Kesemua peserta terpilih akan dihubungi melalui telefon menggunakan nombor yang disediakan di dalam borang penyertaan dan peserta akan diberikan maklumat terperinci mengenai penyertaan di dalam Cabaran Peringkat Zon ini.

[c] Jika terdapat mana-mana perserta terpilih gagal dihubungi selepas 3 (tiga) percubaan, menolak atau gagal untuk menyertai Cabaran Peringkat Zon, penyertaan beliau akan dibatalkan dan peserta gantian akan dipilih.
[d] Jika berlaku di mana selepas disahkan penyertaan tetapi peserta terpilih gagal menghadiri Cabaran Peringkat Zon pada hari dan lokasi yang ditentukan, maka penyertaan peserta tersebut akan dilucutkan secara automatik.

[e] Selepas menyempurnakan Cabaran Peringkat Zon, panel pengadil akan memberi markah kepada hidangan peserta dari segi kelazatan, nutrisi hidangan, persembahan hidangan dan pengunaan Nestle Yogurt Set Asli sebagai gantian ramuan berlemak tinggi di dalam hidangan yang disediakan. Peserta yang medapat markah tertinggi akan memenangi Hadiah Utama Peringkat Zon, peserta dengan markah kedua tinggi dan ketiga tinggi akan memenangi Hadiah Sagu Hati
Peringkat Zon.

[f] Terdapat satu [1] x Hadiah Utama Peringkat Zon iaitu Baucer Sen Q bernilai RM5000 setiap zon. Terdapat dua [2] x Hadiah Sagu Hati Peringkat Zon iaitu Baucer Sen Q bernilai RM3000 setiap zon.

2 Cabaran Peringkat Akhir:
Setiap pemenang Hadiah Utama dari Cabaran Peringkat Zon akan mara ke Cabaran Peringkat Akhir, di mana peserta-peserta mestilah menghadiri suatu cabaran memasak [Cabaran Peringkat Akhir] pada hari dan lokasi di Klang Valley yang ditetapkan oleh Penganjur dimana peserta akan memasak resipi mengikut garis panduan yang akan ditetapkan pada hari Cabaran Peringkat Akhir. Syarat dan terma lanjut Cabaran Peringkat Akhir akan diberi kepada peserta-peserta pada hari Cabaran
Peringkat Akhir.

[a] Hanya pemenang-pemenang Cabaran Peringkat Zon boleh menyertai Cabaran Peringkat Akhir. Jika terdapat mana-mana perserta gagal dihubungi selepas 3 (tiga) percubaan, menolak atau gagal untuk menyertai atau menghadiri Cabaran Peringkat Akhir, penyertaan beliau akan dibatalkan dan peserta dengan markah kedua tinggi di Cabaran Peringkat Zon mungkin dipilih untuk mengganti tempat penyertaan peserta tersebut.

[b] Selepas menyempurnakan Cabaran Peringkat Akhir, panel pengadil akan memberi markah kepada hidangan peserta dari segi kelazatan, nutrisi hidangan, persembahan hidangan dan pengunaan Nestle Yogurt Set Asli sebagai gantian ramuan berlemak tinggi di dalam hidangan yang disediakan. Peserta yang mendapat markah tertinggi akan memenangi Hadiah Utama Peringkat Akhir dan peserta dengan markah kedua tinggi akan memenangi Hadiah Kedua Peringkat Akhir dan markah ketiga tinggi akan memenangi Hadiah Ketiga Peringkat Akhir.

[c] Terdapat satu [1] x Hadiah Utama Peringkat Akhir iaitu pengubahsuaian dapur bernilai RM25,000. Terdapat satu [1] x Hadiah Kedua Peringkat Akhir iaitu pengubahsuaian dapur bernilai RM10,000 dan satu [1] x Hadiah Ketiga Peringkat Akhir iaitu pengubahsuaian dapur bernilai RM5,000.

3 Semua hadiah mesti dituntut dalam tempoh tiga [3] bulan dari tarikh pengumuman pemenang-pemenang. Semua hadiah yang tidak dituntut akan ditarik balik.

4 Pihak Penganjur berhak di atas budi bicara mutlaknya, menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah lain yang senilai dengannya, pada bila-bila masanya tanpa memberi notis terlebih dahulu. Hadiah-hadiah tidak boleh dipindah milik dan akan diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’ dan tidak boleh ditukarkan dengan kredit dan barangan lain atau baucar secara sebahagian atau sepenuhnya.

5 Semua pemenang mestilah mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh Pihak Penganjur dan/atau pihak yang menyediakan hadiah dan juga terma dan syarat yang disertakan bersama hadiah berkenaan, jika ada.

Liabiliti & Tanggungjawab
1 Pemenang dan warisnya akan bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang kerugian, kejadian tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kehilangan nyawa) akibat mengambil bahagian di dalam Peraduan ini, menuntut dan/atau menggunakan hadiah Peraduan ini dan bersetuju untuk melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan Pihak Penganjur terhadap sebarang liabiliti.

2 Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain yang berkaitan untuk menyertai Peraduan ini dan menuntut hadiah adalah tanggungjawab pemenang sepenuhnya.

Hak Penganjur
1 Pihak Penganjur berhak menggunakan nama dan/atau gambar pemenang, resipi yang disertakan dan hadiah-hadiahnya sebagai bahan untuk tujuan pengiklanan dan/atau perdagangan dan/atau publisiti dan pemenang tidak berhak membuat tuntutan pemilikan atau mendapat sebarang bentuk pampasan untuk bahan tersebut.

Perlindungan Data
1 Dengan menyertai Peraduan, Peserta memberi kebenaran kepada Penganjur dan syarikat gabungannya untuk menggunakan nama, gambar dan imejnya untuk tujuan pengiklanan dan publisiti pada masa depan berhubung dengan Peraduan dalam mana-mana dan semua media tanpa sebarang pampasan, pemberitahuan atau kebenaran tambahan.

2 Dengan menyertai Peraduan, Penganjur bersetuju hanya untuk mengumpulkan dan menggunakan data pada Laman Peminat dan Laman Web dan melindunginya seperti yang ditetapkan di bawah. Bahagian ini juga menggariskan hak Peserta berkaitan dengan perlindungan data, dan memberitahu peserta cara untuk menghubungi Penganjur.

3 Pada masa tertentu, Penganjur boleh melantik pihak ketiga untuk memproses butiran peribadi Peserta. Semua pihak ketiga tersebut mempunyai kewajipan di bawah kontrak untuk tidak menggunakan data peribadi Peserta. Semua pihak ketiga diwajibkan di bawah kontrak untuk tidak menggunakan data peribadi Peserta dengan sebarang cara lain kecuali yang ditetapkan di dalam ini.

4 Di bawah undang-undang Malaysia, hak Peserta termasuk:
[a] hak untuk menarik balik persetujuan anda terhadap penggunaan butiran peribadi anda dengan menghubungi kami di ask@7pounds.com.my dan memberi kami nama dan alamat e-mel Peserta supaya kami boleh mengeluarkan butiran berkenaan

[b] hak untuk mendapatkan salinan data peribadi mengenai anda yang dipegang oleh pihak kami [kami berhak untuk mengenakan sedikit yuran untuk menunaikan hak ini].

[c] hak untuk membetulkan data peribadi tidak tepat mengenai anda yang dipegang oleh pihak kami.

[d] Jika Peserta mahu membangkitkan sebarang isu perlindungan data dengan Penganjur, atau melaksanakan sebarang hak di bawah undang-undang, sila hubungi Penganjur di ask@7pounds.com.my

[e] Penganjur mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya untuk memastikan data peribadi Peserta terlindung, dan menetapkan syarat kepada pemproses data pihak ketiga untuk berbuat demikian. Perhatian bahawa Penganjur boleh memberikan data peribadi Peserta jika perlu berbuat demikian di bawah undang-undang, menerusi waran geledah, subpoena atau arahan mahkamah.

5 Untuk membaca Dasar Privasi yang lengkap, anda boleh melayari http://nestle.com.my…licy/privacy_bm (untuk versi Bahasa Malaysia) dan http://nestle.com.my…/privacy_policy (untuk versi Bahasa Inggeris).

Terma & Syarat
1 Keputusan Pihak Penganjur dan panel pengadil adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat dan rayuan tidak akan dilayan.
2 Dengan menyertai Peraduan ini, peserta bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada Terma dan Syarat ini serta keputusan Pihak Penganjur.

3 Pihak Penganjur berhak meminda Syarat dan Peraturan peraduan ini dari semasa ke semasa. Sila rujuk https://www.dearnest…/MasakdanMenang untuk maklumat lanjut.

4 Jika terdapat berbezaan antara versi-versi Syarat dan Peraturan yang diterbitkan, versi Bahasa Inggeris yang terdapat di https://www.dearnest…/MasakdanMenang adalah muktamad.

Borang Peraduan

sumber


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?