Peraduan Quaker Resipi Paling Oatsome


Quaker Oat sekarang ini sedang mengadakan Peraduan Quaker Resipi Paling Oatsome.  Dengan pembelian mana-mana produk Quaker yang terlibat, anda layak untuk sertai peraduan ini (pastikan anda simpan resit pembelian).

Kemudian anda dikehendaki menyediakan satu resepi (antara salah satu bahannya mestilah Quaker Oat).

Selepas siap tangkap gambar masakan anda tersebut dan hantar melalui link yang disediakan.

Dalam peraduan ini ada hadiah Mingguan dan Hadiah Utama.

Untuk hadiah Mingguan, setiap minggu semasa peraduan ini berlangsung akan ada 3 pemenang.

10 penyertaan akan disenarai pendek setiap minggu oleh Penganjur dan akan dipaparkan di laman web untuk undian oleh orang ramai.
Pemilihan pemenang mingguan adalah berdasarkan 40% undian tertinggi oleh orang ramai di dalam laman web rasmi Quaker dan 60% berdasarkan penilaian juri professional yang telah dipilih oleh pihak penganjur. Pemenang-pemenang mingguan adalah terdiri daripada 1 peserta finalis dan 2 pemenang saguh hati.

Untuk Hadiah Utama pula, Pada minggu ke – 8, 8 finalis akan beralih secara automatic ke pusingan akhir (cook off) untuk merebut hadiah utama. 

Kesemua 8 peserta akhir mingguan akan diundang untuk mengambil bahagian di Pusingan akhir untuk berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM30,000 (Hadiah Utama).

  1. Pusingan akhir akan diadakan di Lembah Klang (di Wilayah Persekutuan atau Selangor) pada tarikh yang akan ditetapkan nanti dalam bulan Mei atau Jun. Pihak PepsiCo tidak akan membayar kos perjalanan peserta akhir ke Lembah Klang untuk mengambil bahagian di Pusingan akhir.
  2. Jika peserta akhir mingguan tidak ingin terlibat di Pusingan akhir, peserta itu akan hilang kelayakan memenangi hadiah.
  3. Kesemua bahan yang disenaraikan di dalam resipi akan disediakan oleh pihak PepsiCo di pusingan akhir.
  4. Para peserta akhir harus menyediakan resipi seperti yang dihantar sewaktu penyertaan kepada Juri sewaktu pusingan akhir.
  5. Resipi terbaik yang telah dipilih oleh Juri akan diumumkan sebagai pemenang
  6. Proses penerimaan hadiah utama akan dimaklumkan kepada pemenang oleh PepsiCo.

Untuk detail cara penyertaan sila lihat dibawah:

pq

Tempoh Peraduan: 18Mac 2016  hingga 12 May 2016, 11.59pm

Cara Penyertaan

quaker how

Klik Gambar Untuk Besarkan

Hantarkan Penyertaan Anda DiSINI

Hadiah

hadiah quaker

Terma & Syarat Peraduan

1. Penganjur
PepsiCo Malaysia Sdn Bhd (“PepsiCo”)
2. Umum
Terma dan Syarat ialah peraturan. Istilah “Terma” dan “Syarat” digunakan secara bersilih ganti dan ianya mempunyai maksud yang sama.
Peraturan ini adalah untuk peraduan “Quaker Resipi Paling Oatsome” yang dipromosikan di laman web Quaker Malaysia (http://www.OatsomenyaQuaker.com.my) dan dengan menyertai Peraduan ini, bermakna anda bersetuju dengan Peraturan.
Peraduan ini dianjurkan oleh PepsiCo Malaysia Sdn Bhd dan syarikat gabungannya ( “PepsiCo”). PepsiCo berhak untuk membatalkan atau meminda semua atau mana-mana bahagian Peraduan dan / atau Peraturan tanpa notis bagi apa-apa kejadian yang berada di luar kawalan munasabah PepsiCo. Apa-apa perubahan kepada Peraturan, atau pembatalan Peraduan ini, akan dipaparkan pada halaman laman web Quaker Malaysia (http://www.OatsomenyaQuaker.com.my). Adalah menjadi tanggungjawab peserta untuk memberi perhatian kepada maklumat dan apa-apa perubahan kepada Peraturan.
Sekiranya berlaku apa-apa pertikaian mengenai Peraturan, kelakuan atau Keputusan Peraduan, atau apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan Peraduan, keputusan PepsiCo adalah muktamad dan tidak boleh dicabar dan tiada surat-menyurat atau perbincangan akan dilaksanakan, komen yang dikeluarkan, atau alasan yang diberikan berkenaan dengan apa-apa keputusan yang dibuat oleh PepsiCo.
3. Nama Peraduan
“Quaker Resipi Paling Oatsome”
4. Syarat – syarat kelayakan
Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia [dan Penduduk Tetap] berumur 13 tahun ke atas. Bukti diperlukan ketika pemberian hadiah.
Anak syarikat, pengedar, wakil jualan, peruncit, agensi promosi dan pengiklanan, semua agensi perkhidmatan lain dan pembekal yang terlibat dengan kempen ini, dan ahli-ahli keluarga mereka yang terdekat (pasangan, ibu bapa, anak, adik-beradik dan pasangan masing-masing, tidak kira di mana mereka tinggal) dan isi rumah masing-masing, sama ada berkaitan atau tidak, adalah tidak layak untuk mengambil bahagian dan menang.
Produk yang boleh digunakan untuk Peraduan ialah Quaker Oat Segera, Quaker Oat Cepat Dimasak, Quaker Campuran Bijirin, Quaker Oats For Rice dan Quaker Oat Cereal Drink (sebarang saiz) ( ‘Produk Penyertaan’).
5. Tempoh Peraduan
Penyertaan Peraduan bermula pada 18 Mac 2016 00:00am dan berakhir pada 12 Mei 2016 11:59pm ( ‘Tempoh Peraduan’)
Peserta boleh menghantar penyertaan mereka bila-bila masa sepanjang Tempoh Peraduan.
Penyertaan yang dihantar sebelum bermulanya Tempoh Peraduan dan selepas penutupan Tempoh Peraduan akan dibatalkan dan tidak layak untuk menerima hadiah.
Penyertaan akan dianggap diterima pada masa penerimaan oleh PepsiCo dan bukan pada masa penghantaran. PepsiCo tidak bertanggungjawab untuk penyertaan lewat, hilang atau salah penghantaran.
PepsiCo mempunyai hak untuk mengesahkan kesahihan untuk setiap penyertaan dan berhak untuk membatalkan sebarang penyertaan yang mengganggu proses penyertaan, penyertaan yang tidak mengikut terma dan syarat, berulang-ulang atau tidak sah atau jika peserta terlibat dalam kelakuan yang menjejaskan proses pengendalian peraduan.
6. Penyertaan Peraduan
Hanya jika dinyatakan di dalam Peraturan, hanya satu penyertaan bagi setiap Bukti pembelian dibenarkan. Sekiranya PepsiCo mendapati atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa orang yang sama telah menghantar penyertaan berulang kali dengan menggunakan bukti pembelian produk yang sama. penyertaan individu tersebut akan dibatalkan dan, jika Peserta itu telah pun dipilih sebagai pemenang yang menerima hadiah, peserta lain akan dipilih sebagai pemenang.
Setiap Peserta berpeluang memenangi satu (1) hadiah mingguan dan satu (1) hadiah finalis sahaja. penyertaan berganda yang berkongsi maklumat peribadi yang sama tidak layak untuk hadiah tambahan.
Hanya jika dinyatakan dalam Syarat Peraduan, PepsiCo tidak bertanggungjawab bagi pemulangan apa-apa Penyertaan.
1. Dengan memuat naik penyertaan (a) peserta memberi kebenaran kepada PepsiCo hak kekal, tidak eksklusif, di seluruh dunia, lesen bebas royalti untuk menggunakan, menyalin, mencetak, paparan, mengeluarkan semula, mengubahsuai, menerbitkan, menyiarkan, menghantar dan mengedarkan gambar dan resipi (b) peserta bersetuju untuk menanggung rugi PepsiCo dan sekutu-sekutunya, pengarah, pegawai dan pekerja dan membebaskan mereka dari mana-mana dan semua tuntutan dan perbelanjaan, termasuk yuran peguam, yang timbul dari gambar dan / atau penggunaan resipi oleh PepsiCo.
2. Semua resipi yang dihantar akan menjadi hak milik PepsiCo dan PepsiCo berhak untuk menggunakan gambar untuk media liputan, iklan atau publisiti tanpa apa-apa komunikasi lanjut atau balasan kepada pemenang.
7. Cara-cara penyertaan
Peserta perlu mengemukakan resipi asal yang disediakan dengan menggunakan mana-mana Produk Penyertaan yang mengambil bahagian sebagai bahan, bersama-sama dengan gambar hidangan dikemukakan ( ‘Penyertaan’).
Penyerahan hendaklah disertakan dengan resit pembelian Produk Penyertaan sebagai bukti pembelian.
Penyertaan hanya boleh dibuat melalui laman web – http://www.OatsomenyaQuaker.com.my/. Sebarang penyertaam melalui medium yang lain tidak layak untuk Peraduan.
Peraduan Mingguan
1. Minggu 1: 18-24 Mac
2. Minggu 2: 25-31 Mac
3. Minggu 3: 1-7 Apr
4. Minggu 4: 8-14 Apr
5. Minggu 5: 15-21 Apr
6. Minggu 6: 22-28 Apr
7. Minggu 7: 29 Apr – 5 Mei
8. Minggu 8: 6-12 Mei
10 penyertaan akan disenarai pendek setiap minggu oleh Penganjur dan akan dipaparkan di laman web untuk undian oleh orang ramai.
Pemilihan pemenang mingguan adalah berdasarkan 40% undian tertinggi oleh orang ramai di dalam laman web rasmi Quaker dan 60% berdasarkan penilaian juri professional yang telah dipilih oleh pihak penganjur. Pemenang-pemenang mingguan adalah terdiri daripada 1 peserta akhir dan 2 pemenang saguh hati.
Pada minggu ke – 8, 8 finalis akan beralih secara automatic ke pusingan akhir (cook off) untuk merebut hadiah utama.
Setiap peserta akhir mingguan akan memenangi:
1. Wang tunai RM 500
2. Hamper Quaker
3. Peluang untuk memasuki pusingan akhir
Setiap pemenang sagu hati akan memenangi:
1. Wang tunai RM 100
2. Hamper Quaker
Jika berlaku masalah teknikal atau apa-apa yang di luar kawalan PepsiCo yang menyebabkan pengundian melalui medium yang lain tidak terdapat, digantung atau dibatalkan juga tidak akan menjadi tanggungjawab PepsiCo.
PepsiCo berhak, pada bila-bila masa, untuk mengesahkan kesahihan undi dan pengundi (termasuk identiti pengundi, umur dan tempat tinggal) dan untuk membatalkan penyertaan mana-mana pengundi yang mengemukakan undi yang tidak selaras dengan Terma dan Syarat ini atau yang mengganggu proses pengundian.
Penggunaan mana-mana perisian mengundi automatik atau apa-apa cara mekanikal atau elektronik lain yang membolehkan seseorang individu untuk secara automatik mengundi berulang kali adalah dilarang dan akan menyebabkan semua undi yang diundi kepada peserta itu tidak sah.
8. Bahasa Peraduan
Penyertaan hanya boleh dibuat dalam Bahasa Inggeris dan / atau Bahasa Malaysia. Penyertaan yang dihantar dalam bahasa-bahasa lain akan dibatalkan secara automatik.
PepsiCo berhak untuk membuang Penyertaan, posting, grafik, komen, video, gambar atau apa-apa kandungan lain yang:
1. Mempunyai unsur fitnah, memfitnah atau memburuk-burukkan
2. Melanggar hak cipta atau harta intelek
3. Membiarkan atau menggalakkan aktiviti haram
4. Mengelirukan, palsu atau memperdayakan
5. Penggunaan bahasa yang kasar, lucah, terkutuk atau mengancam
6. Spam atau bertujuan untuk menyebabkan gangguan teknikal kepada laman ini atau Facebook
7. Tawaran nasihat perubatan yang tidak dibenarkan
8. Mana-mana komen diluar topik
Peserta memberikan kebenaran kepada PepsiCo untuk menggunakan nama peserta termasuk menyiarkan (Penyertaan) nama pemenang pada halaman laman web Quaker Malaysia.
9. Pemilihan Pemenang Mingguan
Pemenang dipilih berdasarkan kreativiti dan pematuhan kepada syarat-syarat Peraduan.
Pemenang akan dipilih berdasarkan nilai dan kualiti resepi Peserta itu mengikut kepada tema “Quaker Resepi Paling Oatsome” Berikut adalah kriteria yang akan digunakan:
1. Keaslian
2. Relevan mengikut kriteria Quaker
3. Menarik
4. Pemenang akan dipilih oleh pihak PepsiCo
10. Pemilihan Pemenang Utama di Pusingan Akhir
Kesemua 8 peserta akhir mingguan akan diundang untuk mengambil bahagian di Pusingan akhir untuk berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM30,000 (Hadiah Utama).
Pusingan akhir akan diadakan di Lembah Klang (di Wilayah Persekutuan atau Selangor) pada tarikh yang akan ditetapkan nanti dalam bulan Mei atau Jun. Pihak PepsiCo tidak akan membayar kos perjalanan peserta akhir ke Lembah Klang untuk mengambil bahagian di Pusingan akhir.
Jika peserta akhir mingguan tidak ingin terlibat di Pusingan akhir, peserta itu akan hilang kelayakan memenangi hadiah.
Kesemua bahan yang disenaraikan di dalam resipi akan disediakan oleh pihak PepsiCo di pusingan akhir.
Para peserta akhir harus menyediakan resipi seperti yang dihantar sewaktu penyertaan kepada Juri sewaktu pusingan akhir.
Resipi terbaik yang telah dipilih oleh Juri akan diumumkan sebagai pemenang
Proses penerimaan hadiah utama akan dimaklumkan kepada pemenang oleh PepsiCo.
11. Proses Peraduan
Jika Peraduan ini tidak mampu berjalan seperti yang dirancang di atas apa-apa sebab tertentu tetapi tidak terhad kepada jangkitan oleh virus komputer atau sebarang gangguan, PepsiCo berhak untuk membatalkan, menamatkan, mengubah atau menggantung Peraduan atau memberikan hadiah sebagai pengganti ahdiah asal.
12. Pemberitahuan Pemenang
Pemenang akan dimaklumkan melalui e-mel dan seterusnya pemenang akan diminta untuk memberikan maklumat peribadi melalui e-mel dalam tempoh masa yang 1 hari untuk memberikan maklumat. Jika tidak, pemenang akan hilang kelayakan.
13. Tempoh pengambilan hadiah
Pihak PepsiCo. akan mengepos hadiah kepada pemenang dalam jangka masa 30 hari (untuk pemenang di kawasan Lembah Klang) dan 45 hari (untuk pemenang di luar kawasan Lembah Klang) selepas pengumuman pemenang.
Kami menggunakan maklumat anda untuk:
Untuk menyesuaikan pengalaman anda (maklumat anda membantu kami untuk lebih memahami keperluan anda yang berkaitan dengan Peraduan);
Untuk memaklumkan dan mengesahkan.
14. Pendedahan Maklumat kepada pihak luar
Kami tidak menjual, berdagang, atau memindahkan maklumat peribadi anda kepada pihak luar. Ini tidak termasuk pihak ketiga yang dipercayai yang membantu kami dalam mengendalikan laman web dan Facebook dan aplikasi, menjalankan perniagaan, atau perkhidmatan, selagi pihak-pihak yang terbabit bersetuju untuk menyimpan maklumat sulit ini. Kami juga boleh mengeluarkan maklumat anda apabila kami percaya maklumat itu perlu dikongsikan bagi mematuhi undang-undang, penguatkuasaan dasar laman web, hak-hak, harta, atau keselamatan orang lain.
Polisi Privasi Talian
Polisi privasi talian ini hanya berkuasa kepada maklumat yang dikumpul melalui laman web kami dan halaman Facebook dan tidak kepada maklumat yang dikumpul di luar talian.
15. Lain-lain
Resit asli pembelian produk Quaker harus dikemukakan sewaktu menuntut hadiah. Salinan/ Salinan pendua tidak akan dilayan.
Pemberian Hadiah tertakluk kepada pengesahan resit pembelian Produk Penyertaan.
Sekiranya berlaku kematian, waris atau ahli keluarga tidak boleh menuntut hadiah.
Pemberitahuan status Pemenang mesti dirahsiakan sehingga didedahkan kepada umum oleh PepsiCo atau hadiah Pemenang akan dibatalkan.
Di atas permintaan PepsiCo, pemenang mesti mengambil bahagian dalam semua aktiviti promosi (seperti publisiti dan fotografi) sewaktu memenangi hadiah, secara percuma, dan memberi kebenaran kepada pihak Penganjur untuk menggunakan nama, imej sekiranya mereka adalah pemenang (termasuk gambar, filem dan / atau rakaman) sebagai promosi atau dalam mana-mana media untuk tempoh yang tidak terhad tanpa ganjaran bagi menggalakkan promosi (termasuk apa-apa keputusan), mana-mana produk dihasilkan, diedarkan atau dibekalkan oleh PepsiCo.
PepsiCo berhak untuk meminta pemenang menyediakan bukti identiti sebagai penduduk tetap Malaysia sewaktu penghantaran hadiah. Identiti yang dianggap sesuai untuk pengesahan adalah mengikut budi bicara PepsiCo.
Hadiah-hadiah tidak boleh dipindah milik
Syarat dan Peraturan Peraduan ini disediakan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Sekiranya wujud ketidakseragaman antara semua versi tersebut, maka Syarat dan Peraturan dalam Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
16. Governing Law and Jurisdiction (no translation?)
Peraturan dan apa-apa pertikaian atau tuntutan yang timbul daripada atau berkaitan dengan Peraduan, kewujudan, rundingan, sah, penamatan atau kebolehlaksanaan (termasuk pertikaian atau tuntutan yang bukan kontrak) akan ditadbir dan ditafsir mengikut undang-undang Malaysia. Mahkamah-mahkamah Malaysia mempunyai bidang kuasa eksklusif berhubung dengan apa-apa pertikaian atau tuntutan yang timbul daripada atau berkaitan dengan Peraturan atau sebarang perkara, kewujudan, rundingan, sah, penamatan atau kebolehlaksanaan (termasuk pertikaian atau tuntutan yang bukan kontrak).

sumber

Hantarkan Penyertaan Anda DiSINI


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?