Peraduan Pos Laju Hantar & Menang 2016


Pos Laju kini sedang mengadakan Peraduan Pos Laju Hantar & Menang 2016. Peraduan ini amat sesuai disertai oleh mereka yang selalu menggunakan perkhidmatan Pos Laju.

Peraduan ini hanya terbuka kepada pembelian produk-produk atau perkhidmatan Pos Laju melalui kaunter di

  • Pusat Pos Laju,
  • Pusat Perkhidmatan Pos Laju,
  • Pos Laju Go2u,
  • Kiosk Pos Laju,
  • Pejabat Pos
  • dan Pos-on-Wheels di seluruh Malaysia.

Pembelian produk-produk melalui kaunter Ejen Pos Laju, Pos Mini atau selainnya tidak layak untuk menyertai Peraduan ini.

 Peserta/Pelanggan perlu mengisi borang di atas talian dan perlu mengisi salah satu nombor Konsainan (jika banyak) dan nombor resit. Hanya satu penyertaan yang layak utuk setiap resit.
 
Peserta perlu menyimpan Nota Konsainan dan resit sebagai bukti pegeposan. Kegagalan untuk mengemukakan salinan Nota Konsainan boleh menyebabkan kelayakan pemenang terbatal dan Penganjur berhak untuk memilih pemenang lain yang layak.

Untuk detail cara penyertaan boleh lihat seperti dibawah.

Tempoh Peraduan : 1 Mac 2016 sehingga 31 Mei 2016

gh567.jpg

 

Cara Penyertaan

 

er12.jpg

 

poscoontest.png

sumber

P/s Nasihat eMenang: Kepada Sesiapa yang menang hadiah tu.. Hadiah Insurans tu jangan ambik tau.. sebab apa.. eMenang risaulah kalau insuran yang diberi tu insurans Konvensional.

Kalau Insurans Konvensional mesti terlibat dengan “Riba”. Jadi eMenang risaulah kalau terpromote produk ‘riba ‘.. Ingat, jangan ambil tau insurans tu  .. ambil hadiah Jongkong emas tu je.

(eMenang tak pasti Insuran yang diberi tu Insurans Konvesional atau tidak sebab nampak macam insurans Konvensional. Untuk kepastian boleh tanya pihak penganjur tu insuran Konvensional atau Takaful.. Kalau ia insuran Konvensional  jangan ambil )

Hadiah

 

bulan.jpg

 

hadiah-pos.png

 

PENAFIAN

1. Semua Peserta bersetuju dan mengakui bahawa semua hak harta intelektual dengan ini adalah milik Penganjur dan Penaja (termasuk syarikat bersekutu dan sehubungan dengannya).

2. Penganjur dan Penaja (termasuk syarikat bersekutu dan sehubungan dengannya) mempunyai hak mutlak untuk menggunakan nama dan / atau gambar Peserta bagi tujuan pengiklanan dan publisiti (“Penerbitan”) bagi Peraduan / Promosi / Tawaran / Kempen tanpa sebarang notis. Peserta tidak berhak untuk menuntut apa-apa hak milik dan / atau mendapat sebarang bentuk pampasan untuk Penerbitan tersebut.

3. Penganjur dan Penaja (termasuk syarikat bersekutu dan sehubungan dengannya) tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan, kerugian atau apa-apa bentuk liabiliti akibat daripada Penerbitan termasuk, tetapi tidak terhad kepada penyiaran yang sama oleh pihak Penganjur dan Penaja laman sesawang dan/atau Facebook.

NOTIS PRIVASI MENURUT AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010
Peserta dengan ini membenarkan dan memberi kuasa kepada pihak Penganjur dan Penaja untuk mengumpul, memproses, dan menyimpan butir-butir peribadi Peserta yang mengambil bahagian dalam Peraduan / Promosi / Tawaran / Kempen dan membolehkan pihak Penganjur dan Penaja untuk menganjurkan Peraduan / Promosi / Tawaran / Kempen sahaja (“Tujuan”). Peserta dengan ini membenarkan Penganjur dan Penaja mendedahkan maklumat peribadi Peserta kepada semua pihak berkaitan untuk Tujuan tersebut sahaja.

Terma & Syarat / FAQ

1. Peraduan “Pos Laju Hantar & Menang ” (“Peraduan”) dianjurkan oleh Pos Malaysia Berhad (“Penganjur”) dan terbuka kepada semua warga Malaysia termasuk kakitangan Penganjur kecuali kakitangan yang terlibat secara langsung dan ahli keluarga terdekat mereka. Peserta mestilah mempunyai pengenalan diri dan alamat yang sah untuk layak menyertai Peraduan ini. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pembatalan penyertaan.

2. Peraduan ini akan berlangsung dari 1 Mac 2016 sehingga 31 Mei 2016 (“Tempoh Peraduan”). Penganjur berhak untuk melanjutkan dan mengubah Tempoh Peraduan dan/atau membatalkan Peraduan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Penganjur tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang mungkin akan ditanggung atau dialami oleh peserta sebagai akibat langsung atau tidak langsung berikutan daripada sebarang perubahan, lanjutan atau pembatalan peraduan.

3. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan tidak akan dilayan dan akan terbatal secara automatik.

4. Peraduan ini hanya terbuka kepada pembelian produk-produk atau perkhidmatan Pos Laju melalui kaunter di Pusat Pos Laju, Pusat Perkhidmatan Pos Laju, Pos Laju Go2u, Kiosk Pos Laju, Pejabat Pos dan Pos-on-Wheels di seluruh Malaysia. Pembelian produk-produk melalui kaunter Ejen Pos Laju, Pos Mini atau selainnya tidak layak untuk menyertai Peraduan ini.

5. Peserta/Pelanggan perlu mengisi borang di atas talian dan perlu mengisi salah satu nombor Konsainan (jika banyak) dan nombor resit. Hanya satu penyertaan yang layak utuk setiap resit.

6. Peserta perlu menyimpan Nota Konsainan dan resit sebagai bukti pegeposan. Kegagalan untuk mengemukakan salinan Nota Konsainan boleh menyebabkan kelayakan pemenang terbatal dan Penganjur berhak untuk memilih pemenang lain yang layak.

7. Tidak ada had penyertaan semasa Tempoh Peraduan berlangsung.

8. Pemilihan pemenang adalah melalui kaedah yang telah ditetapkan oleh Penganjur. Bakal pemenang akan dihubungi melalui telefon. Kegagalan untuk menghubungi bakal pemenang dalam tiga (3) kali percubaan boleh menyebabkan kelayakan pemenang terbatal dan Penganjur berhak untuk memilih pemenang lain yang layak.

9. Bagi penyertaan yang dihantar atas nama organisasi (contoh: syarikat, kelab, persatuan dll), organisasi tersebut hendaklah mencalonkan seorang nama individu sebagai pemenang. Pihak Kegagalan pihak organisasi untuk mencalonkan seorang nama individu sebagai pemenang boleh menyebabkan kelayakan pemenang terbatal dan Penganjur berhak untuk memilih pemenang lain yang layak.

10. Hadiah tidak ditukar sebahagian atau sepenuhnya kepada hadiah lain dalam apa sahaja bentuk.

11. Pihak Penganjur berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana Hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang sama nilainya pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.

12. Hadiah mesti dituntut pada tarikh dan lokasi yang akan ditetapkan oleh pihak Penganjur. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk menarik balik Hadiah sekiranya pemenang gagal untuk menuntut Hadiah dalam tempoh yang ditetapkan.

13. Para pemenang dikehendaki menghadiri majlis penyampaian hadiah dan / atau program publisiti lain dan kos dan perbelanjaan untuk menuntut hadiah pada masa dan tempat yang ditetapkan oleh penganjur adalah di atas tanggungan Pemenang.

14. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta memberi kebenaran kepada Pos Malaysia untuk menggunakan sebarang maklumat dan/atau gambar Peserta, dan audio dan/atau rakaman visual di media massa untuk tujuan pemasaran, publisiti dan unsur-unsur pengiklanan tanpa sebarang notis dan/atau pampasan.

15. Keputusan Penganjur dalam semua perkara yang berkaitan dengan Peraduan ini adalah muktamad, konklusif dan terikat. Sebarang surat-menyurat, rayuan, bantahan atau percubaan untuk mempertikaikan keputusan Penganjur tidak akan dilayan dalam apa jua keadaan.

16. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta bersetuju mematuhi dan terikat kepada Syarat dan Peraduan Peraduan ini, serta keputusan Penganjur. Penganjur berhak untuk menukar atau meminda Syarat dan Peraturan Peraduan ini atau mana-mana bahagian daripadanya tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.

Hantarkan Penyertaan anda DiSini

Jika ada pertanyaan boleh tanya Disini


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?