Pertandingan Melukis Poster Pengguna 2016


Sebelum ini eMenang ada kongsikan mengenai Pertandingan Melukis Kartun Pengguna 2016.  Selain pertandingan itu, pihak penganjur iaitu FOMCA juga mengadakan Pertandingan Melukis Poster Pengguna 2016.

Dalam pertandingan melukis poster ini ada 4 kategori, Anda boleh rujuk info dibawah  untuk lebih detail:

Kategori

  • A: Sekolah Rendah (Tahun 4-6)
  • B. Menengah Rendah (Tingkatan 1-3)
  • C. Menengah Atas (Tingkatan 4-5)
  • D. Umum (Terbuka kepada semua warganegara Malaysia)

Syarat

  • Bebas menggunakan sebarang bahan pewarna.
  • Peserta boleh memilih untuk menghasilkan lukisan dengan menggunakan sama ada tajuk dalam bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris
  • Hanya satu bahasa sahaja yang dibenarkan dalam satu lukisan.
  • Lukisan grafik dan adaptasi menggunakan komputer tidak dibenarkan.
  • Lukisan dan idea poster mestilah hasil ciptaan sendiri.
  • Poster hendaklah dihasilkan atas kertas berukuran:
  • 37.5 cm x 27cm (drawing block) bagi Kategori A
  • 420 mm x 594 mm (A2) bagi kategori B, Kategori C dan Kategori D.
  • Penyertaan hendaklah disertakan dengan borang penyertaan pertandingan yang lengkap.
  • Borang penyertaan hendaklah dilekatkan sepenuhnya di belakang poster..
  • Tarikh tutup untuk semua penyertaan pertandingan ialah 1 Julai 2016.
  • Semua Penyertaan akan menerima SIJIL PENYERTAAN yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Semua Pemenang akan menerima SIJIL PENCAPAIAN yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

Untuk paparan yang lebih jelas boleh ke LINK INI

posstee

 

Hadiah

Hadiah poster 1

 

Borang Pertandingan Boleh Download SINI

contoh-borang.jpg

Borang Pertandingan Boleh Download SINI

SYARAT UMUM PERTANDINGAN

1. Semua ciptaan atau hasil karya penyertaan mestilah asli dan hasil daripada idea sendiri. Pihak penganjur berhak untuk menolak penyertaan atau menarik balik hadiah yang diberikan sekiranya didapati hasil karya adalah tidak asli. Pelanggaran hak cipta adalah suatu jenayah.

2. Semua penyertaan yang dihantar adalah hak milik FOMCA. Ia akan digunakan bagi tujuan promosi dan pendidikan seperti poster, cetakan risalah, buku, laman sesawang dan lain-lain.

3. Semua penyertaan hendaklah disertakan dengan borang penyertaan yang lengkap dan ditandatangani oleh peserta.
4. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.
5. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan, tersilap hantar atau penyertaan yang hilang. Bukti penyertaan atau pengeposan tidak diterima sebagai bukti penerimaan.

6. Warga FOMCA serta ahli keluarga terdekat tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.

7. Para peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan tetapi hanya berhak menerima satu hadiah utama bagi semua jenis pertandingan.

8. Keputusan daripada panel hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan berkenaan keputusan pertandingan tidak akan dilayan.
9. Pihak penganjur tidak akan mengembalikan karya penyertaan kepada peserta.

10. Sentiasa rujuk laman www.mypengguna.com untuk perkembangan dan aktiviti terkini.

11. Tarikh tutup penyertaan adalah 1 Julai 2016.

12. Semua Penyertaan akan menerima SIJIL PENYERTAAN yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
13. Semua Pemenang akan menerima SIJIL PENCAPAIAN yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
Alamatkan penyertaan kepada:

Urusetia Pertandingan Kepenggunaan HPM 2016
No. 24, Jalan SS1/22A
47300 Petaling Jaya, Selangor

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai pertandingan, sila hubungi:

Urusetia Pertandingan Kepenggunaan HPM 2016
Tel : 03-7876 4648
Faks : 03-7873 0636
E-mel : urusetia@mypengguna.com
Waktu Pejabat kami adalah dari 10:00 pagi. hingga 4:00 petang. Isnin – Jumaat. l **Pejabat kami akan ditutup pada setiap cuti umum mengikut cuti umum negeri Selangor dan Cuti umum Negara

Sebarang pengumuman atau maklumat terkini akan dipaparkan melalui laman web HPM: www.mypengguna.com

sumber


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?