Pertandingan Melukis Kartun Pengguna 2016


Anda berbakat melukis? Kalau ya bolehlah sertai Pertandingan Melukis Kartun Pengguna 2016.

Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah dan warganegara Malaysia. Untuk menyertai pertandingan ini, penyertaannya adalah PERCUMA. Tiada bayaran yang dikenakan.

Dalam pertandingan ini hadiah yang ditawarkan adalah wang tunai. Semuanya akan 13 pemenang. Untuk detail cara penyertaan sila lihat dibawah.

Kategori

  • A. Umum (Terbuka kepada semua pelajar sekolah dan warganegara Malaysia)

Syarat

  • Pemilihan permukaan dan penggunaan teknik adalah bebas.
  • Lukisan boleh dihasilkan secara satu bingkai (1 frame) atau lebih, iaitu 2 hingga 3 bingkai.
  • Lukisan kartun menggunakan dakwat atau cat air sahaja.
  • Ciptaan mestilah asli dan hasil daripada idea sendiri.
  • Lukisan kartun adalah dalam saiz (A3) 420mm x 297mm atau (A2) 420mm x 594mm
  • Lukisan kartun hendaklah disertakan dengan dialog dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris sahaja.
  • Lukisan kartun hendaklah berkonsepkan humor, menarik dan berkesan.
  • Tarikh tutup untuk semua penyertaan pertandingan ialah 1 Julai 2016.
  • Semua Penyertaan akan menerima SIJIL PENYERTAAN yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Semua Pemenang akan menerima SIJIL PENCAPAIAN yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

kategori-hadiah.jpg

Hadiah
hadiahk.jpg

Borang Pertandingan Boleh Download SINI

contoh-borang.jpg

Borang Pertandingan Boleh Download SINI

SYARAT UMUM PERTANDINGAN

1. Semua ciptaan atau hasil karya penyertaan mestilah asli dan hasil daripada idea sendiri. Pihak penganjur berhak untuk menolak penyertaan atau menarik balik hadiah yang diberikan sekiranya didapati hasil karya adalah tidak asli. Pelanggaran hak cipta adalah suatu jenayah.

2. Semua penyertaan yang dihantar adalah hak milik FOMCA. Ia akan digunakan bagi tujuan promosi dan pendidikan seperti poster, cetakan risalah, buku, laman sesawang dan lain-lain.

3. Semua penyertaan hendaklah disertakan dengan borang penyertaan yang lengkap dan ditandatangani oleh peserta.
4. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.
5. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan, tersilap hantar atau penyertaan yang hilang. Bukti penyertaan atau pengeposan tidak diterima sebagai bukti penerimaan.

6. Warga FOMCA serta ahli keluarga terdekat tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.

7. Para peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan tetapi hanya berhak menerima satu hadiah utama bagi semua jenis pertandingan.

8. Keputusan daripada panel hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan berkenaan keputusan pertandingan tidak akan dilayan.
9. Pihak penganjur tidak akan mengembalikan karya penyertaan kepada peserta.

10. Sentiasa rujuk laman www.mypengguna.com untuk perkembangan dan aktiviti terkini.

11. Tarikh tutup penyertaan adalah 1 Julai 2016.

12. Semua Penyertaan akan menerima SIJIL PENYERTAAN yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
13. Semua Pemenang akan menerima SIJIL PENCAPAIAN yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
Alamatkan penyertaan kepada:

Urusetia Pertandingan Kepenggunaan HPM 2016
No. 24, Jalan SS1/22A
47300 Petaling Jaya, Selangor

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai pertandingan, sila hubungi:

Urusetia Pertandingan Kepenggunaan HPM 2016
Tel : 03-7876 4648
Faks : 03-7873 0636
E-mel : urusetia@mypengguna.com
Waktu Pejabat kami adalah dari 10:00 pagi. hingga 4:00 petang. Isnin – Jumaat. l **Pejabat kami akan ditutup pada setiap cuti umum mengikut cuti umum negeri Selangor dan Cuti umum Negara

Sebarang pengumuman atau maklumat terkini akan dipaparkan melalui laman web HPM: www.mypengguna.com

sumber


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?