Pertandingan Mencipta Logo Kementerian Pertahanan


Kementerian Pertahanan Malaysia kini sedang mengadakan Pertandingan Mencipta Logo. Pertandingan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

Hanya satu reka bentuk logo sahaja akan dipilih untuk memenangi pertandingan ini. Pemenang akan menerima hadiah tunai RM2000 dan sijil penyertaan.

Cara penyertaan sila baca dibawah.

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, sila berhubung ditalian

  • 03-2071 4891 (Kapt Mohd Azmil bin A. Hashim / azmil@mod.gov.my);
  • 03-2071 5738 (Pn. Lilyana binti Lokman / lilyana@mod.gov.my);
  • 03-2071 6562 (Lt Hafizul Hadi bin Hisham TLDM / hafizulhadi@mod.gov.my) untuk mendapatkan penerangan lanjut.

Tempoh Pertandingan: 2 Feb 2016 (Selasa) hingga 10 Feb 2016 (Rabu) jam 10.00 pagi.

Cara Penyertaan

Cipta Logo Mengikut Kreativiti anda berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

Spesifikasi Reka Bentuk Logo

  • Reka bentuk hendaklah dihasilkan menggunakan kertas bersaiz A4 (ukuran 21cm x 29.7cm) berwarna putih dalam komputer grafik dan dilekatkan pada kertas tebal atau “mounting board” dan juga disediakan dalam bentuk ‘softcopy’ menggunakan format AI (Adobe Illustrator) atau JPEG resolusi minimum 1280 x 960 atau menggunakan software terkini yang bersesuaian.
  • Pereka hendaklah memberi keterangan atau penjelasan (rasional) ke atas reka bentuk logo dan symbol serta warna yang digunakan.
  • Reka cipta logo hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) warna tetapi tidak melebihi lima (5) warna.
  • Reka cipta logo tidak menggunakan ‘1’.
  • Berciri gabungan moden dan futuristik mengambarkan tentera dan awam serta menggambarkan identiti, imej Kementerian dan menggambarkan aspirasi Kementerian untuk menjadi peneraju dalam bidang pertahanan Negara.
  • Reka bentuk hendaklah menarik, jelas, mudah dan kemas.

BORANG PENYERTAAN
a. Setiap peserta hendaklah mengisi borang penyertaan yang disediakan.

b. Maklumat peserta hendaklah dicatatkan dengan jelas dibelakang hasil karya masing-masing iaitu :

  • Nama Penuh;
  • Nombor Tentera / Kad Pengenalan;
  • Bahagian / Jabatan / Agensi;
  • Alamat Penuh; dan
  • Nombor Telefon.

Penyertaan hendaklah dihantar dalam bentuk hard copy dan soft copy sama ada melalui:

– Pos; atau Emel (dalam format .ai dan .jpeg)
– Penyertaan dibuka mulai 2 Feb 2016 (Selasa) hingga 10 Feb 2016 (Rabu) jam 10.00 pagi.
– Sebarang penyertaan yang diterima selepas 10 Feb 2016 tidak akan dilayan oleh pihak Urus Setia.
Setiap penyertaan hendaklah dihantar ke alamat berikut:

Unit Komunikasi Strategik
Tingkat 6, Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634, Kuala Lumpur

-Pastikan di sebelah atas kiri sampul tertulis ‘Pertandingan Mencipta Logo’.

– Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri.

Borang Penyertaan Boleh Download Di SINI

borang

Hadiah

gggg

  • 1x Pemenang: Wang Tunai RM2000  beserta sijil penyertaan.

Pertandingan Mencipta Logo Kementerian Pertahanan

Kementerian Pertahanan Malaysia berhasrat untuk mencipta logo yang menjadi identiti serta tanda pengenalan imej organisasi dan diguna pakai dalam kesemua aktiviti pameran atau percetakan dan dalam mana-mana acara atau majlis rasmi Kementerian.

Penciptaan logo baru Kementerian Pertahanan selaras dengan peranan serta hala tuju baharu Kementerian dengan berpandukan visi, misi dan objektif Kementerian ini dalam mengangkat martabat warga tentera dan awam Kementerian ini.

OBJEKTIF PERTANDINGAN

  • 1.1 Mewujudkan logo baharu bagi menggambarkan “core business” sebenar Kementerian.
  • 1.2 Memberi peluang kepada masyarakat untuk mengambil bahagian.

Terma & Syarat

SYARAT PERTANDINGAN, SPESIFIKASI REKA BENTUK LOGO DAN BORANG PENYERTAAN

2.1 Syarat dan Terma Pertandingan
a. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia.

b. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Walau bagaimanapun, hanya satu logo akan dipilh sebagai pemenang.

c. Semua ciptaan mestilah Asli dan tidak diceduk / ditiru / diciplak dari mana-mana logo tempatan mahupun dari luar Negara.

d. Semua logo yang diterima oleh Urus Setia Pertandingan Logo Kementerian Pertahanan Malaysia akan menjadi hak milik Kementerian dan tidak boleh dikembalikan. Kementerian berhak ke atas logo yang terpilih sama ada untuk dipinda atau diubahsuai bagi maksud untuk digunakan atau dipamerkan ataupun dicetak dalam mana-mana acara atau majlis rasmi Kementerian.

e. Pemenang akan menerima hadiah tunai beserta sijil penyertaan.

2.2 Spesifikasi Reka Bentuk Logo
a. Reka bentuk mestilah baru dan asli serta tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitive dan boleh menyinggung mana-mana pihak. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga. Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/ciplak.

b. Reka bentuk hendaklah dihasilkan menggunakan kertas bersaiz A4 (ukuran 21cm x 29.7cm) berwarna putih dalam komputer grafik dan dilekatkan pada kertas tebal atau “mounting board” dan juga disediakan dalam bentuk ‘softcopy’ menggunakan format AI (Adobe Illustrator) atau JPEG resolusi minimum 1280 x 960 atau menggunakan software terkini yang bersesuaian.

c. Pereka hendaklah memberi keterangan atau penjelasan (rasional) ke atas reka bentuk logo dan symbol serta warna yang digunakan.

d. Reka cipta logo hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) warna tetapi tidak melebihi lima (5) warna.

e. Reka cipta logo tidak menggunakan ‘1’.

f. Berciri gabungan moden dan futuristik mengambarkan tentera dan awam serta menggambarkan identiti, imej Kementerian dan menggambarkan aspirasi Kementerian untuk menjadi peneraju dalam bidang pertahanan Negara.

g. Reka bentuk hendaklah menarik, jelas, mudah dan kemas.

2.3 BORANG PENYERTAAN
a. Setiap peserta hendaklah mengisi borang penyertaan yang disediakan.

b. Maklumat peserta hendaklah dicatatkan dengan jelas dibelakang hasil karya masing-masing iaitu :

  • Nama Penuh;
  • Nombor Tentera / Kad Pengenalan;
  • Bahagian / Jabatan / Agensi;
  • Alamat Penuh; dan
  • Nombor Telefon.

Penyertaan hendaklah dihantar dalam bentuk hard copy dan soft copy sama ada melalui:

– Pos; atau Emel (dalam format .ai dan .jpeg)
– Penyertaan dibuka mulai 2 Feb 2016 (Selasa) hingga 10 Feb 2016 (Rabu) jam 10.00 pagi.
– Sebarang penyertaan yang diterima selepas 10 Feb 2016 tidak akan dilayan oleh pihak Urus Setia.
Setiap penyertaan hendaklah dihantar ke alamat berikut:

Unit Komunikasi Strategik
Tingkat 6, Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634, Kuala Lumpur

-Pastikan di sebelah atas kiri sampul tertulis ‘Pertandingan Mencipta Logo’.

– Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri.

3. METODOLOGI PENILAIAN

  • 3.1 Penilaian akan dilakukan terhadap semua penyertaan yang diterima peserta yang menyertai pertandingan.
  • 3.2 Penilaian akan dijalankan melalui penelitian terhadap layout/design logo yang dihantar kepada Urus Setia Pertandingan

4. HADIAH PERTANDINGAN

  • 4.1 Hanya satu reka bentuk logo sahaja akan dipilih untuk memenangi pertandingan ini. Pemenang hanya layak menerima satu hadiah tunai dan sijil penghargaan sahaja.

5. PANEL PENILAI

  • 5.1 Penilaian akan dibuat oleh satu Jawatankuasa Penilai yang dibentuk berasingan.
  • 5.2 Semua penyertaan adalah tertakluk kepada keputusan MUKTAMAD oleh Panel Penilai.
  • 5.3 Panel Penilai berhak untuk membatalkan penyertaan mana-mana peringkat pertandingan sekiranya didapati peserta tidak mematuhi mana-mana syarat yang dinyatakan.
  • 5.4 Panel Penilai berhak mengubahsuai dan meminda reka bentuk logo yang disertai sekiranya perlu.
  • 5.5 Logo yang terpilih akan diguna pakai dan menjadi hak milik Kementerian Pertahanan Malaysia.

6. HADIAH

  • 6.1 Johan akan menerima wang tunai RM2,000 beserta sijil penyertaan.
  • 6.2 Semua pemenang akan dimaklumkan oleh pihak Urus Setia melalui telefon atau surat atau email.
  • 6.3 Majlis penyampaian hadiah akan dilakukan dalam satu majlis yang akan dimaklumkan kemudian.

** Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, sila berhubung ditalian

  • 03-2071 4891 (Kapt Mohd Azmil bin A. Hashim / azmil@mod.gov.my);
  • 03-2071 5738 (Pn. Lilyana binti Lokman / lilyana@mod.gov.my);
  • 03-2071 6562 (Lt Hafizul Hadi bin Hisham TLDM / hafizulhadi@mod.gov.my) untuk mendapatkan penerangan lanjut.

Borang Penyertaan Boleh Download Di SINI

sumber


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?