Toyota Dream Car Art Contest 2016


Pertandingan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 15 tahun ke bawah.

Jadi kalau anda ada anak, saudara atau sesiapa sahaja berbakat melukis bagitaulah kat mereka supaya sertai Toyota Dream Car Art Contest 2016 ini.

Dalam pertandingan ini ada 3 kategori iaitu

  • Kategori 1 (Bawah 8 tahun) – Anugerah Emas x 1, Perak x 1, Gangsa x 1
  • Kategori 2 (8 – 11 tahun) – Anugerah Emas x 1, Perak x 1, Gangsa x 1
  • Kategori 3 (12 – 15 tahun – Anugerah Emas x 1, Perak x 1, Gangsa x 1

Bagi setiap kategori hadiah adalah seperti berikut

national contest

TARIKH TUTUP PENYERTAAN:  Penyertaan mesti diterima selewat-lewatnya pada 12 Februari 2016 (JUMAAT) , 12.00PM. Kalau nak pos cepat. Boleh guna POS LAJU, atau syarikat pos laju lain

Untuk detail cara penyertaan boleh tengok dibawah:

 

contestl_detailhowto1howto2howto3howto4arw

Klik Pada gambar Untuk Besarkan atau boleh tengok dekat SINI

Borang Penyertaan boleh Download Dekat SINI

HADIAH

award

TERMA & SYARAT

Terma dan Syarat ini mengesahkan penyertaan anda di dalam pertandingan ini. Dengan menyertai pertandingan ini, anda juga menyatakan bahawa anda telah membaca dan menerima tanpa syarat segala Terma dan Syarat yang terkandung di sini.

UMW Toyota Motor (dirujuk sebagai UMWT atau Pengedar selepas ini) dan Toyota Motor Corporation (dirujuk sebagai TMC selepas ini) boleh dengan budi bicara dan hak mutlak untuk meminda, mengubah, memadam atau menambah kepada Terma dan Syarat yang dinyatakan tanpa notis pemberitahuan. Peserta dan penjaga sah bersetuju untuk terikat dengan perubahan sedemikian.

1. SYARAT KELAYAKAN
1. Tiada pembelian produk atau yuran penyertaan/kemasukan dikenakan untuk menyertai pertandingan ini.

2. Penyertaan mestilah hasil seni asli peserta kanak-kanak (dirujuk sebagai Peserta selepas ini) bertepatan dengan syarat-syarat berikut:

1. Umur peserta mestilah berada di dalam kategori berikut:

  • Kategori 1: Bawah 8 tahun
  • Kategori 2: 8 – 11 tahun
  • Kategori 3: 12 – 15 tahun

Nota: Umur peserta adalah berdasarkan tarikh lahir peserta pada masa penyertaan diterima.

2. Peserta mestilah warganegara Malaysia yang sah pada masa penyertaan (Tarikh menghantar penyertaan: 25 November 2015 sehingga 12 Februari 2016)

3. Anak kepada kakitangan TMC, UMWT dan pengedar sah UMWT juga layak untuk menyertai pertandingan ini.

2. HASIL SENI DAN SYARAT PENYERTAAN

1. Hasil seni yang telah diterbitkan dalam apa jua bentuk, pernah dihantar ke pertandingan lain serta yang melanggar hak pihak ketiga tidak boleh menyertai pertandingan ini. Peserta hendaklah bertanggungjawab terhadap sebarang tindakan sivil atau jenayah, tindakan guaman, tuntutan atau litigasi ke atas UMW Toyota Motor Sdn Bhd dan sekutunya yang berpunca daripada pelanggaran hak pihak ketiga. Untuk melayakkan diri, hasil seni perlulah berkaitan dengan tema pertandingan yang disertai

2. Peserta dan ibu-bapanya atau penjaga sah perlu mengisytiharkan dan mengesahkan bahawa lukisan penyertaan Peserta tidak pernah diterbitkan dalam apa jua bentuk penerbitan sebelum ini, bahawa penyertaan itu tidak pernah dihantar ke mana-mana pertandingan dan tidak melanggar hak-hak pihak ketiga.

3. Penyertaan boleh dihantar melalui pos ke Malaysian Administration Office of Toyota Dream Car Art Contest:

U/P: Mohd Zunaidi Bin Mohd Dali
External Affairs Department, Marketing Division
UMW Toyota Motor Sdn Bhd.
No 2, Persiaran Raja Muda,
Seksyen 15, Shah Alam,
40200 Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

4. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan bagi pertandingan ini. Bagaimanapun, setiap penyertaan perlu dihantar dalam sampul surat berasingan.

5. Peserta daripada Sekolah Seni dan Sekolah-sekolah yang berkerjasama dengan UMWT hendaklah menghantar penyertaan melalui sekolah masing-masing untuk menyertai Pertandingan Seni Kereta Impian Toyota 2016.

6. Penyertaan perlu di diserahkan atas kertas lukisan bersaiz A3 dengan ukuran 297mm x 420mm (11.69 x 16.53 inci). Saiz maksima: 400mm x 550mm (15.7 x 21.7 inci).Penyertaan perlulah dilukis dengan tangan, ilustrasi berwarna dengan latar belakang. Hasil seni seperti gambar CG yang dibuat melalui komputer, kolaj, keratan gambar, dsb. tidak akan diterima sebagai penyertaan.

Sebarang jenis kertas adalah dibenarkan, dan sebarang medium kesenian (sebarang cat termasuk cat air, penanda berwarna, krayon, dsb.) boleh digunakan untuk menghasilkan penyertaan.

7. Sebarang hasil seni yang dilukis pada kertas dengan saiz selain daripada yang tersebut di atas boleh menyebabkan penyertaan ditolak.

8. Karya kolaborasi beberapa individu yang lengkap pada sekeping kertas tidak akan diterima sebagai penyertaan.

9. Setiap penyertaan mestilah disertakan bersama borang penyertaan yang lengkap dengan maklumat yang diperlukan. Borang penyertaan boleh dimuat turun daripada laman web Toyota Malaysia (www.toyota.com.my). Soal selidik yang boleh diserahkan dengan borang penyertaan juga boleh dimuat turun daripada laman web Toyota Malaysia (www.toyota.com.my). Borang penyertaan boleh diisi menggunakan komputer, kemudian masukkan tandatangan anda selepas dicetak.

10. Maklumat yang perlu diisi dalam borang penyertaan adalah digariskan seperti berikut dan perlu mempunyai tandatangan Peserta dan ibu-bapa atau penjaga sahnya.

  • a. Kategori umur
  • b. Tajuk hasil seni
  • c. Idea di sebalik lukisan kereta impian Peserta
  • d. Nama Peserta
  • e. Umur dan tarikh lahir Peserta
  • f. Jantina Peserta
  • g. Nama ibu-bapa atau penjaga sah Peserta
  • h. Alamat surat-menyurat
  • i. Nombor telefon dan nombor faks (jika ada)
  • j. Alamat emel (jika ada)
  • k. Tandatangan Peserta dan ibu-bapa atau penjaga sah untuk menandakan persetujuan mereka

11. Tandatangan ibu-bapa atau penjaga sah adalah diperlukan pada borang penyertaan pertandingan untuk menyatakan pengesahan dan persetujuan bagi Peserta menyertai pertandingan ini. Hanya penjaga dengan hak sah secukupnya dan/atau hak penjagaan Peserta dibenarkan menandatangani persetujuan tersebut.

12. Peserta dan ibu-bapa atau penjaga sahnya:

1. Mestilah layak untuk memasuki negara Jepun dengan sah dan tidak mempunyai sebarang larangan undang-undang untuk meninggalkan Malaysia,

2. Mampu dan sanggup untuk ke negara Jepun mengikut jadual yang ditetapkan oleh TCM, dan

3. Mestilah mengakui bahawa TMC tidak bertanggungjawab atau menjamin pemberian visa untuk ke negara Jepun.

13. Dengan menghantar borang penyertaan, Peserta dan ibu-bapa atau penjaga sahnya bersetuju untuk terikat kepada terma dan syarat ini, termasuk arahan yang dikeluarkan dari masa ke semasa kepada Peserta, dan akan menerima dan tidak menolak keputusan terakhir dibuat oleh juri-juri yang dilantik UMWT dan TMC.

3. TARIKH TUTUP PENYERTAAN
1. Penyertaan mesti diterima selewat-lewatnya pada 12 Februari 2016, 12.00PM (+8 GMT) di alamat (No. 2, Jalan Persiaran Raja Muda, Seksyen 15, Shah Alam, 40200, Selangor Darul Ehsan, Malaysia) melalui kaedah penyerahan yang dinyatakan di atas. Penyertaan yang diterima selepas 12 Februari 2016 akan ditolak daripada pertandingan ini.

4. PENGHAKIMAN
1. Hanya penyertaan yang menepati kriteria di atas layak untuk dihakimi dalam Pertandingan Kebangsaan, dan untuk Pertandingan Sedunia.

2. Tiga penyertaan terbaik dalam setiap kategori umur dalam Pertandingan Kebangsaan (9 pemenang kesemuanya bagi setiap Pertandingan Kebangsaan) akan dimasukkan ke Pertandingan Sedunia yang akan bermula pada bulan April hingga Ogos 2016 di Jepun. Penyertaan bagi kedua-dua Pertandingan Kebangsaan dan Pertandingan Sedunia akan dihakimi oleh juri-juri dan pakar dari luar yang diatur oleh TMC dan UMWT berdasarkan keaslian dan kreativiti.

3. Dalam Pertandingan Sedunia, pemenang (anugerah emas, anugerah perak, anugerah gangsa) dan finalis akan dipilih daripada penyertaan daripada negara-negara yang mengambil bahagian dan daripada pemenang anugerah yang terpilih, pemenang anugerah khas akan dipilih. Bagaimanapun, tiada hubungkait wujud di antara kedudukan penyertaan pada peringkat Pertandingan Kebangsaan dengan kedudukan pemenang dalam Pertandingan Sedunia.

4. Keputusan dan pemilihan Pemenang oleh hakim adalah muktamad.

5. PENGUMUMAN PEMENANG
1. Pemenang Pertandingan Kebangsaan akan diumumkan pada 1 April 2016. Pemenang Pertandingan Sedunia akan diumumkan pada bulan Ogos, 2016. (Tarikh tepat akan disahkan kemudian.)

2. Keputusan pertandingan akan diumumkan di laman web Toyota Malaysia (www.toyota.com.my) Pemenang Pertandingan Kebangsaan dan Pertandingan Sedunia akan diberitahu secara berasingan oleh UMWT.

3. TMC memerlukan setiap pemenang dan ibu-bapa atau penjaga sah pemenang untuk menandatangani pengisytiharan kelayakan/ketersediaan dan pelepasan liabiliti/publisiti demi manfaat pemenang. Hak ke atas hadiah akan terlupus jika pengisytiharan ini tidak ditandatangani.

4. Penerima hadiah mestilah pemenang itu sendiri dan bukannya ibu-bapa atau penjaga sah pemenang. Penglibatan ibu-bapa atau penjaga sah pemenang dalam pertandingan ini, termasuk, tanpa had, proses kemenangan, tidak membentuk atau memberi ibu-bapa atau penjaga sah hak atau tuntutan ke atas UMWT atau TMC atau mana-mana sekutunya.

5. Sekiranya pemberitahuan pemenang tidak dapat diberi dalam masa yang dinyatakan, dan selepas UMWT telah menggunakan cara dan jalan munasabah untuk menghubungi pemenang, hak ke atas hadiah akan dilupuskan.

6. Hadiah tidak boleh dipindah milik atau dijual kepada pihak ketiga melainkan mendapat persetujuan bertulis daripada UMWT atau TMC.

7. Pemenang hadiah tidak berhak untuk menuntut nilai tunai untuk hadiah perjalanan daripada UMWT atau TMC sekiranya mereka tidak dapat menyertai perjalanan tersebut atas sebarang sebab.

8. Peserta akan dibatalkan kelayakannya atau kehilangan hak ke atas hadiahnya jika didapati melanggar sebarang peraturan yang dinyatakan di sini.

9. Keputusan dan pemilihan Pemenang oleh hakim adalah muktamad.
10. UMWT atau TMC tidak akan melayan sebarang pertanyaan berkenaan keputusan Pertandingan Kebangsaan dan Pertandingan Sedunia.

6. HADIAH
1. PERTANDINGAN KEBANGSAAN
a. Hadiah tempat pertama hingga tempat ketiga dalam setiap kategori Pertandingan Kebangsaan adalah seperti berikut:

  • Kategori 1 (Bawah 8 tahun) – Anugerah Emas x 1, Perak x 1, Gangsa x 1
  • Kategori 2 (8 – 11 tahun) – Anugerah Emas x 1, Perak x 1, Gangsa x 1
  • Kategori 3 (12 – 15 tahun – Anugerah Emas x 1, Perak x 1, Gangsa x 1

b. Hadiah yang disenaraikan di laman web www.toyota.com.my adalah terhad kepada seorang Peserta yang memenangi Pertandingan Kebangsaan.

c. Sembilan (9) pemenang Pertandingan Kebangsaan (Anugerah Emas, Perak dan Gangsa untuk setiap kategori) (“Pemenang”) akan dimaklumkan ketika waktu kemenangan melalui telefon dan/atau emel. Jika UMWT tidak menerima jawapan bagi panggilan telefon kami (dalam SATU (1) minggu) atau emel (dalam SATU (1) bulan) daripada tempoh makluman, hak ke atas hadiah akan dilupuskan. UMWT tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang panggilan atau emel yang tidak diterima atau dihantar oleh Pemenang kerana masalah teknikal daripada pengendali telekomunikasi, kegagalan sistem internet atau sebarang kesilapan teknikal lain.

d. UMWT tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kegagalan untuk menghubungi Pemenang yang disebabkan oleh pemberian maklumat tidak sah di dalam borang Pertandingan.

e. UMWT berhak untuk mengesahkan butir-butir Peserta bagi memastikan butiran Peserta adalah tepat bagi tujuan pengumuman dan penyampaian hadiah pemenang.

f. Sekiranya UMWT memilih untuk mengeposkan Hadiah kepada Pemenang, UMWT tidak akan bertanggungjawab ke atas keselamatan dan keberkesanan penghantaran hadiah.

g. UMWT berhak untuk menggantikan hadiah-hadiah dengan hadiah lain yang sama nilainya tanpa makluman terdahulu kepada Pemenang.
h. Semua hadiah tidak boleh dipindahmilik atau ditukar untuk tunai atau kredit sama ada sebahagian atau sepenuhnya.

2. PERTANDINGAN SEDUNIA
a. Setiap pemenang anugerah emas, perak, gangsa dan anugerah khas dalam setiap kategori di Pertandingan Sedunia akan memenangi trip ke Jepun untuk setiap pemenang bersama seorang ibu/bapa atau penjaga yang sah. Termasuk di dalam hadiah ini adalah tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi ke Jepun dan perbelanjaan perjalanan dan tempat tinggal di Jepun, sepertimana ditentukan oleh TMC. Pemenang bertanggugjawab untuk kesemua perbelanjaan pergi dan balik ke lapangan terbang di negara mereka, perbelanjaan perjalanan domestik lain, dan kesemua cukai yang dikenakan pada hadiah. Tarikh tiket penerbangan tidak boleh diubah. Perjalanan ini dijadualkan pada Ogos 2016. Makluman tentang jadual tersebut akan diberikan kepada pemenang pada suatu tarikh yang lain.

b. Bagi finalis pula, hadiah akan dihantar kepada mereka.

7. SYARAT-SYARAT
1. Melainkan jika dilarang oleh undang-undang, UMWT, TMC dan agen-agen mereka mempunyai hak untuk mengumum, mengguna, mengadaptasi, menyunting atau mengubah penyertaan dalam sebarang cara dan semua media di mana-mana negara atau bidang kuasa untuk kegunaan komersial atau bukan komersial tanpa perlu mendedahkan identiti Peserta atau membayar sebarang pampasan kepada mereka.

2. Penghantaran penyertaan selanjutnya membentuk persetujuan Peserta dan ibu-bapa atau penjaga sahnya untuk memberi dan memindahkan, tanpa boleh ditarik balik, segala hak, pemilikan dan kepentingan ke atas penyertaan itu kepada UMWT atau TMC, termasuk, tanpa had, segala paten, hak reka cipta dan hak milik.

3. UMWT & TMC tidak akan memulangkan sebarang hasil seni yang telah dihantar untuk pertandingan.

4. Semua hak di dalam hasil seni yang dihantar, termasuk tetapi tidak terhad kepada penerbitan, penggunaan, adaptasi, suntingan, dan hak-hak mengubah akan menjadi milik TMC.

5. Hasil seni yang dihantar mungkin digunakan di dalam iklan dan bahan cetak oleh TMC bagi tujuan pengiklanan.

6. Pemenang mesti menghantar satu surat akuan kepada TMC yang menyatakan bahawa mereka memenuhi syarat-syarat kelayakan dan perjanjian yang mereka tidak akan menghantar hasil seni yang telah memenangi anugerah ke mana-mana pertandingan seni yang lain.

7. Pengedar mahupun TMC tidak menanggung sebarang liabiliti untuk penyertaan yang hilang, lambat atau rosak ketika pengeposan, atau untuk penyertaan yang mempunyai kos pos terhutang.

8. Sekiranya Pertandingan Sedunia dibatalkan, UMWT tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerosakan sampingan atau lanjutan, atau kerugian yang ditanggung akibat pembatalan Pertandingan Sedunia.

9. Sila maklum bahawa pemenang yang layak ke Pertandingan Sedunia dan ibu-bapa atau penjaga sah mereka mestilah bersetuju dengan syarat-syarat berikut:

1. Kesemua pertikaian dan perbezaan yang timbul akibat Pertandingan Sedunia akan tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah-mahkamah di Tokyo, Jepun;

2. Mereka mesti mematuhi bidang kuasa eksklusif tersebut jika berkenaan dengan sebarang pertikaian dan perbezaan tersebut; dan

3. Undang-undang Jepun akan digunapakai secara eksklusif untuk menyelesaikan sebarang kontroversi yang timbul daripada Pertandingan Sedunia, walau apa pun peraturan tentang percanggahan undang-undang.

10. Peserta dan ibu bapa atau penjaga sah juga bersetuju untuk: (1) membenarkan penggunaan gambar dan video yang diambil sepanjang penglibatan mereka di dalam pertandingan dan acara berkaitan pertandingan: dan (2) membenarkan UMWT dan Toyota Motor Corporation (TMC) untuk menyiarkan keputusan pertandingan (termasuk nama dan hasil seni) di laman web, risalah-risalah dan sebarang bentuk media bagi tujuan promosi dan pemasaran. Peserta dan ibu bapa atau penjaga sah akan melepaskan segala tuntutan untuk saraan/pampasan/ganti rugi pada masa kini dan akan datang akibat daripada penggunaan gambar dan video peserta dan memahami bahawa harta intelek daripada hasil-hasil seni tersebut adalah milik mutlak UMWT dan TMC.

11. Perlindungan kepada data peribadi merupakan perhatian utama UMWT dan TMC. Data peribadi yang dikumpul di dalam borang penyertaan dan sebagaimana yang dinyatakan oleh Peserta untuk tujuan Pertandingan ini akan diproses bersesuaian dengan Notis Perlindungan Data Peribadi UMWT dan/atau TMC (“Notis PDP”). Dengan menyertai Pertandingan ini, Peserta dan ibu bapa atau penjaga sahnya bersetuju untuk UMWT dan/atau TMC memproses data peribadi mereka dengan cara yang dinyatakan di dalam Notis PDP dan membenarkan UMWT dan/atau TMC untuk menghubungi Peserta berkaitan Pertandingan dan keputusan Pertandingan.

8. PERTANYAAN

1. Sekiranya Peserta mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai Pertandingan Seni Kereta Impian Toyota 2016, sila hubungi UMWT dari Isnin – Jumaat dari jam 8.00 pagi – 5.30 petang (ditutup pada hari cuti umum).
Emel: customersupport@toyota.com.my
Talian Bebas Toyota: 1800-8-TOYOTA (869682)
9. UMUM

1. Untuk mengelakkan keraguan, setiap Peserta diikat dengan Terma dan Syarat Lengkap yang tertera di laman web Toyota (http://www.toyota.com.my) tanpa mengira , sama ada peraturan dan syarat tersebut terkandung di sini. Sekiranya terdapat percanggahan, terma yang terkandung dalam Terma dan Syarat Lengkap di laman web Toyota (versi Bahasa Inggeris) akan diguna pakai.
Notis Perlindungan Data Peribadi bagi Pertandingan Seni Kereta Impian Toyota 2016 (“Pertandingan”)

1. Maklumat peribadi anda (seperti nama, jantina & nombor telefon) akan dikumpulkan secara langsung atau tidak langsung daripada anda dan/atau ibu bapa/penjaga yang sah apabila anda mengisi borang menyertai Pertandingan ini.

2. Peserta wajib memberi segala maklumat yang diminta di dalam borang Pertandingan kecuali dinyatakan sebaliknya. Penganjur tidak dapat memproses penyertaan Peserta di dalam Pertandingan ini sekiranya Peserta gagal untuk memberikan maklumat yang diminta.

3. Maklumat peribadi anda akan diproses oleh UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (“UMWT”) dan/atau Toyota Motor Corporation (“TMC”) bagi tujuan berikut:

1. Pengurusan Pertandingan, termasuk pengumuman keputusan Pertandingan, penghantaran hadiah Pertandingan melalui pos, kaji selidik bagi tujuan menambahbaik isi Pertandingan dan untuk menjalankan Pertandingan dengan ‘telus dan selamat’

2. Untuk mengendalikan analisis dan statistik; dan

3. Bagi tujuan pengurusan rekod dalaman UMWT dan/atau TMC

4. Maklumat peribadi Peserta yang dikumpul akan diproses oleh UMWT dan/atau TMC dan syarikat-syarikat berkaitan, anak-anak syarikat, syarikat-syarikat pemegang, syarikat-syarikat bersekutu dan rakan kongsi luar (seperti agensi pengiklanan, penasihat, agensi promosi dan pemasaran) (di dalam atau di luar Malaysia) bagi tujuan seperti yang dinyatakan di dalam perenggan ke-3 di atas.

5. Anda berhak untuk mengakses dan membetulkan maklumat peribadi anda yang ada pada kami. Kami akan berusaha untuk memastikan segala maklumat peribadi anda adalah tepat dan terkini dan sehubungan itu, kami memohon anda untuk terus menghubungi kami jika terdapat sebarang perubahan pada maklumat peribadi anda.
6. Jika:

  • a. anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai bagaimana untuk mengehadkan pemprosesan maklumat peribadi anda;
  • b. anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut;
  • c. anda ingin mengakses dan membetulkan maklumat peribadi anda yang ada pada kami; dan/atau
    d. anda ingin mengemukakan aduan berkaitan maklumat peribadi anda, sila hubungi:

Mohd Zunaidi Bin Mohd Dali
External Affairs Department, Marketing Division, UMW Toyota Motor Sdn. Bhd.
Tel: 1800-8-TOYOTA (869682)
Alamat Emel: customersupport@toyota.com.my
Fax: 03 – 5123 6741

7. Sekiranya terdapat sebarang konflik di antara Notis Perlindungan Data Peribadi versi bahasa Inggeris dan Notis Perlindungan Data Peribadi versi Bahasa Malaysia, terma-terma yang sepadan dengannya di dalam Notis bahasa Inggeris ini akan diguna pakai.

Untuk Maklumat Lanjut Layari


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?