Peraduan “Yeo’s Cintan CNY Reunion”


Anda pengguna produk makanan dalam tin Yeo’s atau Mi Cintan?

Dengan pembelian mana-mana produk makanan dalam tin Yeo’s, sos Yeo’s (kicap/taucu) dan/atau Mi Cintan bernilai RM8 dan keatas dalam 1 resit , anda layak untuk menyertai peraduan ini.

Resit yang berlipat tidak akan diterima. Jadi lepas anda ada beli produk tu, sila jangan lipat resit.

Penghantaran hanya boleh dihantar secara online sahaja dan peraduan ini akan tamat pada 31 Januari 2016. Untuk penghantaran boleh submit di SINI

Pemenang dalam peraduan ni  dipilih melalui sistem rawak komputer,kiranya macam cabutan bertuahlah. Walaupun  hantar 1 penyertaan, peluang nak menang hadiah tu tetap.

Dalam peraduan ini, ada hadiah mingguan dan hadiah Utama. Boleh rujuk dibawah untuk tengok senarai hadiah.

Peraduan ini dah masuk minggu 4 iaitu minggu terakhir.

  • Minggu 4 – 23 Jan 2016 ke 31 Jan 2016

Jadi kalau minggu ni anda ada beli produk makanan dalam tin /sos Yeo’s atau Mi Cintan  bernilai RM8 dan ke atas, resit tu bolehlah gunakan untuk sertai peraduan ini.

Selain itu, eMenang nak pesan juga disini, jangan beli semata-mata untuk join peraduan sebab nanti kalau tak menang hadiah mesti kecewa dan membazir duit.

Kalau anda ada keprluan untuk beli produk yang terlibat baru beli. Untuk detail cara penyertaan, sila lihat dibawah.

Peraduan akan ditutup pada 31 Januari 2016 pukul 11.59 malam.

Cara Menyertai

1. Untuk mengambil bahagian dalam Peraduan ini, Peserta Yang Layak hendaklah mematuhi setiap satu yang berikut:-

Langkah 1:

Beli mana-mana produk makanan dalam tin Yeo’s, sos Yeo’s (kicap/taucu) dan/atau Mi Cintan (“Produk Yeo’s) menggunakan Resit Rasmi kedai, kuantiti dan jumlah nilai pembelian dicetak dengan jelas. Setiap pembelian Produk Yeo’s / Cintan berjumlah RM8.00 dan ke atas dalam satu Resit Rasmi adalah bersamaan dengan 1 penyertaan peraduan sahaja.

Langkah 2:

Layari laman web Peraduan CNY Yeo’s Cintan Reunion (http://www.yeos.com.my/cnyreunion/bm/)

Langkah 3:

Isikan borang penyertaan

  • (Nama,
  • Nombor Telefon,
  • Nombor Kad Pengenalan
  • &  Emel).

Seterusnya jawab satu soalan mudah. Penganjur mungkin mengubah/menggilirkan soalan-soalan sepanjang tempoh peraduan pada bila-bila masa menurut budi bicara mutlaknya.

Langkah 4:

Lampirkan foto Resit Rasmi sebagai bukti pembelian. Masukkan nombor Resit Rasmi, kuantiti produk, jumlah nilai pembelian dan klik hantar.

Setiap produk kuantiti Yeo’s atau Cintan perlu diasing dengan jelas mengikut produk kategorinya

Pelampiran foto hendaklah memenuhi kriteria yang berikut:-

  • Foto hendaklah menunjukkan dengan jelas nombor Resit Rasmi, kuantiti pembelian produk dan jumlah nilai pembelian daripada makanan dalam tin Yeo’s, sos Yeo’s (kicap/taucu) atau Mi Cintan yang dibeli. Resit yang berlipat tidak akan diterima.
  • Foto-foto hendaklah memenuhi standard kualiti visual yang minima. Kejelasan imej yang terjejas oleh pencampuran warna, kekasaran, kekaburan, pendedahan berlebihan, artifak mampatan atau lain-lain degradasi yang jelas kelihatan tidak akan diterima dan akan dibatalkan.

Langkah 5:

Simpan foto Resit Rasmi untuk tujuan pengesahan.Peserta Layak boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang mereka mahu.

Hadiah

hy

Cabutan Mingguan

Hadiah Utama Mingguan

  • 3 x RM888 Baucar Makanan

Hadiah Saguhati Cabutan Mingguan

  • 10 x RM50 Baucar Makanan

Jadual Cabutan Mingguan

  • Minggu 1 – 1 Jan 2016 ke 8 Jan 2016
  • Minggu 2 – 9 Jan 2016 ke 15 Jan 2016             
  • Minggu 3 – 16 Jan 2016 ke 22 Jan 2016
  • Minggu 4 – 23 Jan 2016 ke 31 Jan 2016

Cabutan Utama

Hadiah Utama

  • 3 x RM2,388 Sajian Makanan Tahun Baru Cina

Terma & Syarat

Penganjur Dan Kelayakan

1. Peraduan “Yeo’s Cintan CNY Reunion” (“Peraduan”) dianjurkan oleh Yeo Hiap Seng Trading Sdn. Bhd (“Penganjur”).

2. Peraduan ini terbuka kepada semua warga Malaysia yang tinggal di Malaysia sahaja kecuali mereka yang dinyatakan dalam perenggan 1.3 di bawah. Bagi warga Malaysia yang berumur bawah 18 tahun, kebenaran daripada penjaga mereka yang sah hendaklah diperolehi terlebih dahulu (“Peserta Layak”).

3. Mereka yang berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini:-

Para pekerja Penganjur (termasuklah anggota bersekutunya dan/atau syarikat-syarikat yang berkaitan) dan ahli keluarga mereka yang terdekat (anak, ibu bapa, adik-beradik termasuk pasangan mereka); dan/atau

Wakil, pekerja dan/atau agen periklanan dan/atau penyedia perkhidmatan promosi bagi Penganjur (termasuklah anggota bersekutunya dan/atau syarikat-syarikat yang berkaitan) dan ahli keluarga mereka yang terdekat (anak, ibu bapa, adik-beradik termasuk pasangan mereka).

Tempoh

1. Peraduan ini akan bermula dari 1 Januari 2016 pada 12.00 pagi dan ditutup pada 31 Januari 2016 pukul 11.59 malam (“Tempoh Peraduan”).

Penganjur boleh, mengikut budi bicara mutlaknya, meminda Tempoh Peraduan pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada mana-mana pihak. Kecuali dinyatakan sebaliknya oleh Penganjur, sebarang penyertaan dalam Peraduan ini adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat yang dinyatakan di sini yang akan kekal berkuatkuasa pada setiap masa. Penyertaan yang diterima di luar daripada Tempoh Peraduan akan dibatal secara automatik.  

Cara Menyertai

1. Untuk mengambil bahagian dalam Peraduan ini, Peserta Yang Layak hendaklah mematuhi setiap satu yang berikut:-

Langkah 1:

Beli mana-mana produk makanan dalam tin Yeo’s, sos Yeo’s (kicap/taucu) dan/atau Mi Cintan (“Produk Yeo’s) menggunakan Resit Rasmi kedai, kuantiti dan jumlah nilai pembelian dicetak dengan jelas. Setiap pembelian Produk Yeo’s / Cintan berjumlah RM8.00 dan ke atas dalam satu Resit Rasmi adalah bersamaan dengan 1 penyertaan peraduan sahaja.

Langkah 2:

Layari laman web Peraduan CNY Yeo’s Cintan Reunion (http://www.yeos.com.my/cnyreunion/bm/)

Langkah 3:

Isikan borang penyertaan (Nama, Nombor Telefon, Nombor Kad Pengenalan & Alamat Emel). Seterusnya jawab satu soalan mudah. Penganjur mungkin mengubah/menggilirkan soalan-soalan sepanjang tempoh peraduan pada bila-bila masa menurut budi bicara mutlaknya.

Langkah 4:

Lampirkan foto Resit Rasmi sebagai bukti pembelian. Masukkan nombor Resit Rasmi, kuantiti produk, jumlah nilai pembelian dan klik hantar.

Setiap produk kuantiti Yeo’s atau Cintan perlu diasing dengan jelas mengikut produk kategorinya

Pelampiran foto hendaklah memenuhi kriteria yang berikut:-

Foto hendaklah menunjukkan dengan jelas nombor Resit Rasmi, kuantiti pembelian produk dan jumlah nilai pembelian daripada makanan dalam tin Yeo’s, sos Yeo’s (kicap/taucu) atau Mi Cintan yang dibeli. Resit yang berlipat tidak akan diterima.

Foto-foto hendaklah memenuhi standard kualiti visual yang minima. Kejelasan imej yang terjejas oleh pencampuran warna, kekasaran, kekaburan, pendedahan berlebihan, artifak mampatan atau lain-lain degradasi yang jelas kelihatan tidak akan diterima dan akan dibatalkan.

Langkah 5:

Simpan foto Resit Rasmi untuk tujuan pengesahan.Peserta Layak boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang mereka mahu.

2. Jumlah penyertaan yang diterima akan bergantung kepada jumlah resit yang dihantar. Setiap resit yang dihantar adalah bersamaan dengan satu penyertaan.

Cara untuk Menang dan Hadiah-Hadiah Peraduan

1. Semua pemenang untuk Cabutan Mingguan dan Cabutan Utama akan dipilih melalui sistem rawak komputer dan jawapan akan disemak. Penganjur mempunyai budi bicara sepenuhnya dalam menentukan hadiah bagi setiap pemenang. Setiap pemenang berhak mendapat hanya satu hadiah bagi setiap cabutan.

2. Para pemenang akan menerima yang berikut:-

Cabutan Mingguan

Hadiah Utama Mingguan

  • 3 x RM888 Baucar Makana

Hadiah Saguhati Cabutan Mingguan

  • 10 x RM50 Baucar Makanan

Jadual Cabutan Mingguan

  • Minggu 1 – 1 Jan 2016 ke 8 Jan 2016
  • Minggu 2 – 9 Jan 2016 ke 15 Jan 2016             
  • Minggu 3 – 16 Jan 2016 ke 22 Jan 2016
  • Minggu 4 – 16 Jan 2016 ke 22 Jan 2016           
    Minggu 5 – 23 Jan 2016 ke 31 Jan 2016

Cabutan Utama

Hadiah Utama

  • 3 x RM2,388 Sajian Makanan Tahun Baru Cina

Semua penyertaan yang diterima dalam tempoh peraduan layak untuk cabutan Hadiah Utama.

3. Semua penyertaan hendaklah diterima oleh Penganjur melalui laman web Yeo’s Cintan CNY Reunion sepanjang tempoh peraduan. Nama para pemenang untuk Cabutan Mingguan dan Cabutan Hadiah Utama akan diumumkan setiap minggu mengikut kaedah yang berikut sepanjang tempoh peraduan:-

4. Para pemenang Peraduan akan diberitahu melalui panggilan telefon untuk urusan pengambilan hadiah dan tertakluk kepada yang berikut:-

Semua pemenang hendaklah menunjukkan foto yang telah dihantar sebagai bukti pembelian untuk Peraduan ini, beserta satu salinan Kad Pengenalan bagi tujuan pengesahan untuk pengambilan hadiah. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kemenangan penyertaan akan dibatalkan.

Bagi pemenang yang berumur bawah 18 tahun, pengambilan hadiah hendaklah ditemani oleh penjaga mereka yang sah.

Semua hadiah hendaklah dituntut dalam masa 30 hari daripada tarikh pemberitahuan dari pejabat Penganjur. Hadiah yang tidak dituntut akan ditarik balik selepas tempoh 30 hari.

5. Penganjur berhak mengikut budi bicaranya untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah alternatif yang sama nilainya, pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Semua hadiah diberi berdasarkan “Sedia ada” dan tidak boleh ditukar ganti atau dijual untuk mendapat tunai, kredit, lain-lain item atau baucar sama ada sebahagian atau sepenuhnya dan tidak boleh dipindah milik kepada orang lain.

6. Peserta Yang Layak dan/atau para pemenang bertanggungjawab sepenuhnya bagi sebarang kecederaan, kerosakan atau tuntutan akibat daripada atau yang timbul daripada penyertaan mereka dalam Peraduan ini, penggunaan hadiah yang dimenangi dan/atau pengambilan hadiah mereka. Semua kos pengangkutan, penginapan, peribadi dan/atau sebarang kos yang lain dan/atau sebarang perbelanjaan lain yang berkaitan yang ditanggung kerana menyertai Peraduan ini dan/atau ketika menebus hadiah, adalah ditanggung sepenuhnya oleh Peserta Layak dan para pemenang.

7. Penganjur mempunyai hak mutlak untuk membatalkan mana-mana individu yang didapati telah mengusik proses penyertaan atau operasi Peraduan atau telah bertindak melanggar atau berpotensi untuk melanggar Terma dan Syarat Peraduan.

8. Keputusan Penganjur ke atas pemilihan para pemenang adalah muktamad, konklusif dan mengikat. Sebarang surat-menyurat atau pertikaian tidak akan dilayan.

Liabiliti & Tanggungjawab

1. Penganjur, syarikat-syarikatnya yang berkaitan dan bersekutu dan agensinya dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Peraduan menafikan sebarang dan semua liabiliti yang timbul daripada Peraduan ini dan tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan atas sebarang kehilangan (termasuk tanpa had, kehilangantidak langsung, khas atau akibat atau kehilangan keuntungan), perbelanjaan, kerosakan, kecederaan peribadi atau kematian yang dialami (sama ada yang timbul daripada mana-mana kecuaian orang atau tidak) yang timbul daripada sebarang penyertaan peserta dalam Peraduan ini, penebusan dan/atau penggunaan hadiah, kecuali bagi sebarang liabiliti yang tidak boleh dikecualikan daripada undang-undang (yang mana liabiliti tersebut adalah terhad kepada jumlah minima yang dibenarkan oleh undang-undang).

2. Dengan menyertai Peraduan ini, semua Peserta Layak bersetuju untuk mempertahankan, menanggung rugi dan meletakkan Penganjur selamat daripada dan terhadap sebarang saman, tuntutan, kerugian, kerosakan dan perbelanjaan, termasuk fi guaman yang munasabah yang mungkin timbul daripada atau dalam hubungan dengan Peraduan.

Hak Penganjur

1. Semua penyertaan akan menjadi hak milik Penganjur dan Peserta Layak tidak akan menuntut, menggunakan atau mengeksploitasi penyertaan tersebut bagi sebarang tujuan dengan apa-apa cara pada bila-bila masa. Dengan menyertai Peraduan ini, setiap Peserta Layak bersetuju bahawa Penganjur berhak untuk menerbitkan, menggunakan nama dan/atau foto-foto Peserta Layak dan/atau para pemenang sebagai bahan untuk tujuan pengiklanan dan/atau publisiti tanpa memberi bayaran atau notis terlebih dahulu dan seterusnya bersetuju bahawa dengan menyertai Peraduan ini, Peserta Layak dan/atau para pemenang mengenepikan semua hak yang berkaitan dengan foto yang mereka telah sertakan untuk peraduan ini. Peserta Layak tidak berhak untuk menuntut pemilikan atau lain-lain bentuk pampasan terhadap bahan-bahan tersebut.

2. Dengan menyertai Peraduan ini, setiap Peserta Layak adalah dianggap telah membaca, memahami semua Terma dan Syarat Peraduan ini dan mereka bersetuju sepenuhnya dan tanpa syarat untuk terikat dengannya (sepertimana bila diubah atau berubah). Penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat ini dimana perlu atas sebab undang-undang, teknikal atau komersil dan sebarang pindaan yang sedemikian akan berkuatkuasa apabila dipaparkan di laman web Peraduan. Sila semak terma dan syarat ini setiap masa untuk melihat jika terdapat sebarang perubahan.

3. Penganjur berhak untuk mengubah suai, menggantung atau membatalkan Peraduan ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu sekiranya Peraduan tidak boleh dijalankan seperti yang dirancang, diganggu secara teknikal atau dirosakkan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, jangkitan oleh virus komputer, pepijat, diusik, campur tangan tanpa izin, penipuan,kegagalan teknikal, atau apa-apa sebab di luar kawalan Penganjur, walaupun selepas usaha terbaik oleh Penganjur.

4. Sebarang terma dan syarat yang terpakai untuk Peraduan ini yang menyalahi undang-undang, dilarang atau tidak boleh dikuatkuasakan di bawah sebarang undang-undang atau peraturan, akan tidak lagi terpakai (tanpa menjejaskan kesahan peruntukan yang lain).

5. Setiap Peserta Layak bersetuju bahawa beliau telah membaca dan memahami Terma dan Syarat ini dan dengan penyertaan mereka dalam Peraduan ini.

6. Terma dan Syarat yang ditetapkan disini adalah ditadbir dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia.

sumber


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2020 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?