Peraduan Nestlé Hou Fatt


Untuk menyertai peraduan ini anda perlu menyertakan bukti pembelian produk minuman yang terlibat. Peraduan ni amat sesuai disertai oleh mereka yang gemar minum Milo, Nescafe kotak atau tin.

Daripada buang kotak atau penutup tin tu, baik guna buat join peraduan ni.

Borang Peraduan boleh didapati dikedai-kedai atau pasaraya berhampiran anda atau juga boleh  Download secara Online

Borang penyertaan yang lengkap diisi perlu di sertakan bersama 1 bukti pembelian dan dimasukkan ke dalam 1 sampul surat. Anda TIDAK boleh letak berbilang borang penyertaan dalam 1 sampul surat.

Rujuk jadual bukti pembelian dibawah untuk melihat macam mana  bukti pembelian dikira.

Pemenang dalam peraduan ini ditentukan berdasarkan no. bersiri yang dibahagi.Kiranya macam lucky drawlah.

Jika ada sebarang pertanyaan boleh call no yang tertera diatas.

Hadiah:

Hadiah untuk peraduan dibahagikan kepada [2] peringkat.

Peringkat 1 – Hadiah Harian: Terdapat lima [5] Hadiah Harian untuk empat puluh dua [42] hari berturut-turut. Sejumlah dua ratus sepuluh [210] Hadiah Harian disediakan untuk dimenangi sepanjang Tempoh Peraduan.

Cara Pemilihan Pemenang:

Nombor bersiri yang diperuntukkan bagi Penyertaan Layak setiap hari akan disusun kira untuk memperoleh jumlah besar yang kemudian akan dibahagikan dengan lima [5] untuk mendapatkan nombor bersiri kemenangan bagi Hadiah Harian setiap hari.

Jika nombor mempunyai nilai perpuluhan, nombor bersiri kemenangan akan dibundarkan ke bawah kepada nombor bulat paling dekat, lebih rendah yang dihasilkan daripada pembahagian tersebut.

Sebagai contoh: Jika jumlah nombor bersiri Penyertaan Layak bagi hari tersebut berjumlah 887, maka 887 akan dibahagikan dengan 5, yang bersamaan dengan 177.4, yang seterusnya akan dibundarkan ke bawah kepada 177. Nombor pengganda dalam kes ini ialah 177. Lima [5] Peserta bagi hari yang ditetapkan dengan gandaan 177 iaitu 177, 354, 531, 708 dan
885 akan menjadi pemenang Hadiah Harian.

Setiap seorang Pemenang Hadiah Harian yang terpilih akan memenangi wang tunai Ringgit Malaysia Lapan Ratus [RM800].

Peringkat 2 – Hadiah Utama: Terdapat [1] Hadiah Utama untuk [3] tiga tempoh 2 minggu berturut-turut. Sejumlah tiga [3] Hadiah Utama disediakan untuk dimenangi sepanjang Tempoh Peraduan. Tempoh 2 minggu tersebut adalah seperti berikut:

  • Dwi-mingguan 1: 11/01 – 24/01/2016
  • Dwi-mingguan 2: 25/01 – 07/02/2016
  • Dwi-mingguan 3: 08/02 – 21/02/2016

Cara Pemilihan Pemenang:

Nombor bersiri yang diperuntukkan bagi Penyertaan Layak setiap dwi-minggu akan disusun kira untuk memperoleh jumlah besar yang kemudian akan dibahagikan dengan dua [2] untuk mendapatkan nombor bersiri kemenangan bagi Hadiah Utama setiap tempoh 2 minggu.

Jika nombor mempunyai nilai perpuluhan, nombor bersiri kemenangan akan dibundarkan ke bawah kepada nombor bulat paling dekat, lebih rendah yang dihasilkan daripada pembahagian tersebut.

Sebagai contoh: Jika jumlah nombor bersiri Penyertaan Layak bagi tempoh dwi-mingguan tersebut ialah 21689, maka 21689 akan dibahagikan dengan 2, yang bersamaan dengan 10844.5, dan seterusnya akan dibundarkan ke bawah kepada 10844. Peserta bagi tempoh dwi-mingguan tersebut yang ditetapkan nombor bersiri 10844 akan menjadi Pemenang Hadiah Utama.

Pemenang Hadiah Utama yang terpilih masing-masing akan memenangi sebuah Myvi 1.3 Premium XS (transmisi automatik, harga atas jalan) bernilai Ringgit Malaysia Empat Puluh Sembilan Ribu Dua Ratus Enam Puluh Dua dan Sen Lima Belas [RM49,262.15] setiap satu. Harga yang ditunjukkan adalah mengikut harga yang ditetapkan bagi Semenanjung Malaysia dan betul pada masa percetakan.

Peserta boleh memenangi hanya satu [1] Hadiah Utama sepanjang tempoh peraduan. Sekiranya terdapat Pemenang berulang, nombor siri selepas nombor bersiri Pemenang berulang akan diisytiharkan sebagai Pemenang Hadiah Utama tersebut.

Tempoh Peraduan:  11 Januari 2016 hingga 21 Februari 2016

Nasihat dari eMenang: Jangan beli semata-mata untuk join peraduan sebab nanti kalau tak menang hadiah mesti kecewa dan membazir duit. Kalau anda memang nak  minum atau  atau ada keperluan untuk beli, baru beli.

Cara-Cara Penyertaan:

1. Setiap pembelian mana-mana produk Sedia untuk Diminum NESTLÉ turut serta sepanjang Tempoh Peraduan akan melayakkan Peserta untuk menyertai Peraduan.

Sila rujuk kepada Jadual Bukti Pembelian dibawah [“Jadual BP”] untuk melihat pembungkusan produk yang dikehendaki sebagai bukti pembelian untuk menyertai Peraduan [“BP”].

2.Jawab 3 soalan dengan menandakan (√) pada jawapan yang betul di dalam kotak yang telah disediakan.

3.Lengkapkan borang penyertaan ini, sertakan 1 bukti pembelian dalam 1 sampul surat, lekatkan setem yang mencukupi dan hantarkan ke alamat berikut:

PERADUAN NESTLÉ® HOU FATT
Nestlé Products Sdn. Bhd.
Peti Surat 8812, Pejabat Pos Kelana Jaya
46798 Petaling

jaual nestele

 [“Jadual BP”] – Klik Pada gambar Untuk Besarkan

Borang Peraduan boleh didapati dikedai-kedai atau pasaraya berhampiran anda atau juga boleh  Download secara Online

Hadiah

hadiah neste

Terma & Syarat

Penganjur & Kelayakan:
1. PERADUAN NESTLÉ HOU FATT [“Peraduan] dianjurkan oleh Nestlé Products Sdn. Bhd. [45229-H] [“Penganjur”] dan dibuka kepada semua penduduk sah Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas pada 11/01/2016 [setiap seorang dan secara kolektif “Peserta”].

2. Individu berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini:

[a]. Kakitangan Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] dan ahli keluarga terdekat mereka [suami/isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik (dan suami/isteri mereka)]; dan/atau

[b]. Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal khidmat pengiklanan dan/atau promosi Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitan masing-masing] dan ahli keluarga terdekat mereka [suami/isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik (dan suami/isteri mereka)].

3. Penganjur berhak untuk mengecualikan dan/atau membatalkan kelayakan Peserta yang tidak termasuk dalam kategori Peserta dan/atau yang melanggar Syarat dan Peraturan Peraduan.

Tempoh:
1. Peraduan akan diadakan dari 11/01/2016 hingga 21/02/2016 [“Tempoh Peraduan”]. Penganjur berhak atas budi bicaranya yang mutlak untuk mengubah, menangguh, menjadualkan semula dan/atau melanjutkan Tempoh Peraduan dan/atau membatalkan/menamatkan Peraduan pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu.

Kriteria Kelayakan dan Penghantaran Penyertaan:

1. Setiap pembelian mana-mana produk Sedia untuk Diminum NESTLÉ turut serta sepanjang Tempoh Peraduan akan melayakkan Peserta untuk menyertai Peraduan. Sila rujuk kepada Jadual Bukti Pembelian [“Jadual BP”] untuk pembungkusan produk yang dikehendaki sebagai bukti pembelian untuk menyertai Peraduan [“BP”].

2. Peserta dikehendaki melengkapkan setiap borang penyertaan dengan butir-butir yang dikehendaki, dan menjawab dengan betul tiga [3] soalan Betul atau Salah yang dinyatakan dalam borang penyertaan. Borang yang telah diisi dengan lengkap bersama dengan BP mesti dimasukkan dalam satu sampul surat dan dikirimkan melalui pos biasa ke alamat Peti Surat yang dinyatakan dalam borang penyertaan. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kiriman pos yang tidak diterima disebabkan tidak cukup setem pos atau alamat salah. Penyertaan yang diterima melalui khidmat penghantar surat, perkhidmatan kurier, POS Laju dan/atau apa jua cara lain akan dibatalkan secara automatik. Bukti pos tidak boleh dijadikan bukti penerimaan oleh Penganjur.

3. Semua borang penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik. Borang penyertaan yang tidak lengkap, tidak boleh dibaca dan/atau tidak tepat, penyertaan dengan jawapan salah, penyertaan dengan BP tidak betul dan/atau cacat akan dibatalkan. Sampul surat yang mengandungi berbilang penyertaan dan/atau BP akan dibatalkan. Salinan foto borang penyertaan diterima. 4. Semua borang penyertaan yang diterima oleh Penganjur sepanjang Tempoh Peraduan yang lengkap dengan butir-butir dikehendaki, BP dan jawapan betul, jika diluluskan oleh Penganjur, akan diberi nombor bersiri menurut Jadual BP berdasarkan BP yang dikemukakan [setiap satu dan secara kolektif “Penyertaan Layak”].

Hadiah:

1. Hadiah untuk peraduan dibahagikan kepada [2] peringkat.

2. Peringkat 1 – Hadiah Harian: Terdapat lima [5] Hadiah Harian untuk empat puluh dua [42] hari berturut-turut. Sejumlah dua ratus sepuluh [210] Hadiah Harian disediakan untuk dimenangi sepanjang Tempoh Peraduan.

3. Nombor bersiri yang diperuntukkan bagi Penyertaan Layak setiap hari akan disusun kira untuk memperoleh jumlah besar yang kemudian akan dibahagikan dengan lima [5] untuk mendapatkan nombor bersiri kemenangan bagi Hadiah Harian setiap hari.

Jika nombor mempunyai nilai perpuluhan, nombor bersiri kemenangan akan dibundarkan ke bawah kepada nombor bulat paling dekat, lebih rendah yang dihasilkan daripada pembahagian tersebut.

Sebagai contoh: Jika jumlah nombor bersiri Penyertaan Layak bagi hari tersebut berjumlah 887, maka 887 akan dibahagikan dengan 5, yang bersamaan dengan 177.4, yang seterusnya akan dibundarkan ke bawah kepada 177. Nombor pengganda dalam kes ini ialah 177. Lima [5] Peserta bagi hari yang ditetapkan dengan gandaan 177 iaitu 177, 354, 531, 708 dan
885 akan menjadi pemenang Hadiah Harian.

4. Setiap seorang Pemenang Hadiah Harian yang terpilih akan memenangi wang tunai Ringgit Malaysia Lapan Ratus [RM800].

5. Peserta boleh menang hanya satu [1] Hadiah Harian setiap
hari dan maksimum dua [2] Hadiah Harian sepanjang Tempoh Peraduan. Sekiranya terdapat Pemenang berulang, nombor bersiri selepas nombor bersiri Pemenang berulang akan diisytiharkan sebagai Pemenang Hadiah Harian
tersebut.

6. Peringkat 2 – Hadiah Utama: Terdapat [1] Hadiah Utama untuk [3] tiga tempoh dwi-mingguan berturut-turut. Sejumlah tiga [3] Hadiah Utama disediakan untuk dimenangi sepanjang Tempoh Peraduan. Tempoh dwi-mingguan tersebut adalah seperti berikut: Dwi-mingguan 1: 11/01 – 24/01/2016 Dwi-mingguan 2: 25/01 – 07/02/2016 Dwi-mingguan 3: 08/02 – 21/02/2016

7. Nombor bersiri yang diperuntukkan bagi Penyertaan Layak setiap dwi-minggu akan disusun kira untuk memperoleh jumlah besar yang kemudian akan dibahagikan dengan dua [2] untuk mendapatkan nombor bersiri kemenangan bagi Hadiah Utama setiap tempoh dwi-mingguan.

Jika nombor mempunyai nilai perpuluhan, nombor bersiri kemenangan akan dibundarkan ke bawah kepada nombor bulat paling dekat, lebih rendah yang dihasilkan daripada pembahagian tersebut. Sebagai contoh: Jika jumlah nombor bersiri Penyertaan Layak bagi tempoh dwi-mingguan tersebut ialah 21689, maka 21689 akan dibahagikan dengan 2, yang bersamaan dengan 10844.5, dan seterusnya akan dibundarkan ke bawah kepada 10844. Peserta bagi tempoh dwi-mingguan tersebut yang ditetapkan nombor bersiri 10844 akan menjadi Pemenang Hadiah Utama.

8. Pemenang Hadiah Utama yang terpilih masing-masing akan memenangi sebuah Myvi 1.3 Premium XS (transmisi automatik, harga atas jalan) bernilai Ringgit Malaysia Empat Puluh Sembilan Ribu Dua Ratus Enam Puluh Dua dan Sen Lima Belas [RM49,262.15] setiap satu. Harga yang ditunjukkan adalah mengikut harga yang ditetapkan bagi Semenanjung Malaysia dan betul pada masa percetakan.

9. Peserta boleh memenangi hanya satu [1] Hadiah Utama sepanjang tempoh peraduan. Sekiranya terdapat Pemenang berulang, nombor siri selepas nombor bersiri Pemenang berulang
akan diisytiharkan sebagai Pemenang Hadiah Utama tersebut.

Liabiliti & Tanggungjawab:
1. Semua Pemenang akan menerima pemberitahuan melalui pos. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya pemberitahuan pos tidak diterima atau lewat diterima oleh Pemenang. Pemenang mesti mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak yang mengatur dan/atau menyediakan semua Hadiah dan juga terma dan syarat yang disertakan bersama semua Hadiah berkenaan, jika ada. Senarai pemenang akan diumumkan di laman web Penganjur [www.nestle.com.my].

2. Penggunaan hadiah yang disediakan oleh pihak ketiga akan tertakluk kepada terma dan syarat pihak ketiga. Penganjur tidak menanggung liabiliti dalam apa jua hal berkaitan hadiah yang disediakan oleh pihak ketiga. Penganjur tidak menerima sebarang tanggungjawab terhadap tindakan atau kegagalan bertindak oleh pihak ketiga.

3. Pemenang dan/atau warisnya hendaklah bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan [termasuk kehilangan nyawa] akibat mengambil bahagian dalam Peraduan, menuntut dan/atau menggunakan Hadiah dan bersetuju untuk melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan Penganjur daripada sebarang liabiliti.

4. Semua kospengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain yang berkaitan untuk menyertai Peraduan dan menuntut Hadiah adalah tanggungjawab Pemenang sepenuhnya.

Hak Penganjur:

1. Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menilai semula dan mengubah proses pemilihan pemenang Hadiah yang terkandung di dalam ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Keputusan pengadil adalah muktamad dan tiada surat-menyurat akan dilayan selepas itu.

2. Penganjur berhak, atas budi bicara mutlaknya, menggantikan mana-mana Hadiah dengan hadiah lain yang senilai dengannya, pada bila-bila masa, tanpa memberi notis terlebih dahulu. Hadiah tidak boleh dipindah milik dan semua hadiah diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’ dan tidak boleh ditukarkan dengan wang tunai, kredit, barangan lain atau baucar, sama ada secara sebahagian
atau sepenuhnya.

3. Dengan menyertai Peraduan ini, semua Peserta bersetuju dan memperakui bahawa semua hak milik intelektual padanya menjadi milik Penganjur dan setiap Peserta membenarkan Penganjur mengumpul, menggunakan, memproses dan/atau mendedahkan mana-mana dan semua maklumat peribadi Peserta termasuk tanpa terhad kepada nama, gambar atau imej Peserta untuk tujuan Peraduan, termasuk aktiviti pengiklanan, publisiti, pemasaran dan promosi yang dijalankan dengan cara yang dianggap sesuai oleh Penganjur, dalam mana-mana media dan tanpa pampasan, pemberitahuan atau kebenaran tambahan, dan sebarang aktiviti sampingan lain yang berkaitan dengan Peraduan.

Pemenang tidak berhak membuat tuntutan pemilikan atau mendapat sebarang bentuk pampasan untuk bahan tersebut. Perlindungan Data: 1. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta memberi kebenaran kepada Penganjur untuk memproses data peribadi Peserta yang diberikan dalam borang penyertaan untuk tujuan Peraduan termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan di Halaman Peminat dan Laman Web.

2. Pada masa tertentu, Penganjur boleh melantik pihak ketiga untuk memproses butir-butir peribadi Peserta. Semua pihak ketiga tersebut mempunyai kewajipan di bawah kontrak untuk tidak menggunakan data peribadi Peserta. Semua pihak ketiga diwajibkan di bawah kontrak untuk tidak menggunakan data peribadi Peserta dengan sebarang cara lain kecuali yang ditetapkan di dalam ini.

3. Di bawah undang-undang Malaysia, hak Peserta termasuk: [a]. hak untuk menarik balik persetujuan anda terhadap penggunaan butiran peribadi anda dengan menghubungi Penganjur di pdpa@omniteam.com.my dan memberikan nama dan alamat e-mel Peserta supaya Penganjur boleh mengeluarkan butiran berkenaan. [b]. hak untuk mendapatkan salinan data peribadi mengenai Peserta yang dipegang oleh Penganjur [pihak Penganjur berhak untuk mengenakan sedikit yuran untuk menunaikan hak ini]. [c]. hak untuk membetulkan data peribadi tidak tepat mengenai anda yang dipegang oleh Penganjur.

4. Jika Peserta mahu membangkitkan sebarang isu perlindungan data dengan Penganjur, atau melaksanakan sebarang hak di bawah undang-undang, sila hubungi Penganjur di pdpa@omniteam.com.my. 5. Penganjur mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya untuk memastikan data peribadi Peserta terlindung, dan menetapkan syarat kepada pemproses data pihak ketiga untuk berbuat demikian. Perhatian bahawa Penganjur boleh memberikan data peribadi Peserta jika perlu berbuat demikian di bawah undang-undang, menerusi waran geledah, sepina atau perintah mahkamah. 6. Untuk meneliti sepenuhnya Notis Privasi, anda boleh ke laman http://nestle.com.my…licy/privacy_bm (untuk versi Bahasa Malaysia) dan http://nestle.com.my…/privacy_policy (untuk versi Bahasa Inggeris). Terma & Syarat:

1. Gambar Hadiah yang ditunjukkan dalam borang Peraduan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin berbeza daripada hadiah sebenar.

2. Syarat dan Peraturan Peraduan disediakan dalam beberapa bahasa. Sekiranya wujud ketidakseragaman antara mana-mana versi Syarat dan Peraturan Peraduan, versi Bahasa Inggeris yang dipaparkan di laman web Penganjur hendaklah diguna pakai.

3. Syarat dan Peraturan Peraduan dan kaedah penyertaan Peraduan boleh dipinda dari masa ke masa dan akan diguna pakai berbanding sebarang peruntukan atau pernyataan yang terkandung dalam mana-mana bahan promosi atau pengiklanan lain bagi Peraduan. Peserta amat dinasihatkan supaya melayari laman web Penganjur dari masa ke masa untuk memastikan mereka menyedari sebarang perkembangan dan perubahan yang dibuat.

4. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada Syarat dan Peraturan, serta keputusan Penganjur.

Borang Peraduan Boleh di Download secara Online


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?