Peraduan SMS Life’s Fun Jack ‘n Jill


Anda suka makan coklat Cloud 9 atau kerepek kentang Potato Chips/Crisps  Jack ‘n Jill ?

Dengan setiap pembelian mana-mana produk Jack ‘n Jill (yang tersenarai dibawah) berjumlah minimum RM5.00 dalam SATU resit tunggal anda layak untuk sertai peraduan ini:

  • Cloud 9
  • Cream-O
  • Nips
  • Potato Chips/Crisps
  • Roller Coaster
  • Magic Twin

Pemenang dalam peraduan ini ditentukan berdasarkan:

601

Jadi kalau anda anda beli produk yang terlibat bernilai RM 5 dan keatas bolehlah join peraduan ini.

Tempoh Peraduan: 6 Disember 2015 – 30 Januari 2016

Cara Penyertaan

cara sertai 2

Senarai produk Jack ‘n Jill yang terlibat sila lihat diatas.

Nasihat dari eMenang: Jangan beli semata-mata untuk join peraduan sebab nanti kalau tak menang hadiah mesti kecewa dan membazir duit. Kalau anda memang nak beli atau makan atau ada keperluan untuk beli, baru beli.

Hadiah

3x

Terma & Syarat

Penganjur & Kelayakan
1. “Peraduan SMS Life’s Fun Jack ‘n Jill” (“Peraduan”) dianjurkan oleh URC Snack Foods (Malaysia) Sdn. Bhd. (“Penganjur”).

2. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 13 tahun ke atas (“Peserta”) ketika bermulanya Peraduan, iaitu 12.00 pg, 6 Disember 2015.

3. Kumpulan orang berikut tidak layak menyertai Peraduan:

Semua kakitangan Penganjur (termasuk syarikat yang bersekutu dan berkaitan dengannya), serta ahli keluarga terdekat mereka; dan
Semua wakil, kakitangan, pekerja, dan/atau ejen penyedia khidmat pengiklanan dan/atau promosi Penganjur (termasuk semua syarikat berkaitan dengannya), serta ahli keluarga terdekat mereka.

Tempoh Peraduan
1. Peraduan akan berlangsung dari jam 12.00 pg, 6 Disember 2015 sehingga jam 11.59 mlm, 30 Januari 2016. Pihak Penganjur berhak untuk melanjutkan atau menukar tempoh peraduan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

2. Tempoh peraduan ini akan berlanjutan/merangkumi selama 8 minggu berturutan sepertimana yang disenaraikan dibawah:

409

Penyerahan Penyertaan & Kriteria Kelayakan
1. Para Peserta layak menyertai Peraduan dengan setiap pembelian mana-mana produk Jack ‘n Jill (yang tersenarai dibawah) berjumlah minimum RM5.00 dalam SATU resit tunggal:

  • Cloud 9
  • Cream-O
  • Nips
  • Potato Chips/Crisps
  • Roller Coaster
  • Magic Twin

2. Penyertaan Peraduan adalah melalui sistem pesanan ringkas (“SMS”), dan tertakluk kepada kadar bayaran tetap perkhidmatan telko telekomunikasi (min. RM0.30/sms).

3. Penyertaan yang dihantarkan perlu mengikut langkah sepertimana yang ditunjukan di bawah: JNJ No.KP No.resit/invois Nama mengikut KP dan hantarkan SMS ke 33310.

4. Setiap Penyertaan yang tidak lengkap dan/atau tidak disertakan dengan No. resit/invois sebagai bukti pembelian akan dibatalkan dengan serta-merta.

5. Para Peserta boleh menghantar seberapa banyak Penyertaan tetapi setiap penyertaan mesti disertakan dengan No. resit/invois sebagai bukti pembelian. Setiap SATU (1) invois/resit layak untuk SATU (1) Penyertaan sahaja. Penyertaan yang tidak lengkap, sukar dibaca, lewat atau tidak mempunyai bukti pembelian (No. invois/resit) yang sah atau mencukupi akan dibatalkan serta merta.

Pemilihan Pemenang

1. Hadiah-hadiah Peraduan terdiri daripada dua (2) kategori:
Hadiah Utama iPhone 6s x 24
Hadiah Wang Tunai bernilai RM1,000 x 80

2. Setiap minggu, sebanyak tiga (3) buah iPhone 6s dan sebanyak sepuluh (10) hadiah wang tunai bernilai RM1,000 bakal dimenangi berdasarkan tempoh mingguan penyerahan Penyertaan:

601

3. Pihak Penganjur akan mengumumkan Pemenang setiap minggu pada hari Rabu minggu berikutnya di laman web URC www.urc.com.my (“Laman Web”).

4. Setiap Peserta termasuk ahli keluarga terdekat dan setiap isi rumah hanya dibenarkan memenangi satu (1) Hadiah Utama sepanjang tempoh Peraduan.

5. Hadiah tidak boleh dipindah milik, dan tidak boleh ditukar dan/atau diganti dengan sebarang hadiah lain atau wang tunai (bagi Hadiah Utama), kredit, dan/atau baucar.

6. Para Pemenang akan dihubungi melalui SMS/panggilan kepada no. telefon yang digunakan untuk tujuan Penyertaan Peraduan. Sekiranya Pemenang tidak dapat dihubungi/gagal memberi balasan dalam tempoh TIGA PULUH (30) hari dari pengumuman pemenang, Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab dan berhak untuk memilih pemenang layak yang seterusnya. Semua hadiah hendaklah ditebus pada atau sebelum tarikh/tempoh TIGA PULUH (30) hari dari notis pemberitahuan. Sekiranya gagal, hadiah-hadiah yang tidak ditebus akan dilupuskan. Pihak Penganjur tidak akan melayan sebarang permintaan untuk melanjutkan tempoh penebusan hadiah. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya Pemenang tidak atau lewat menerima notis pemberitahuan melalui SMS/pangillan. Senarai para Pemenang akan diumumkan di laman web Penganjur atau mana mana medium lain yang dianggap sesuai oleh Penganjur.

7. Para Pemenang dikehendaki mengemukakan resit/invois asal ketika menebus Hadiah, dan sebarang duplikasi resit/invois tidak akan dilayan. Sekiranya resit/invois yang dikemukakan adalah salinan/duplikasi, Hadiah Pemenang akan ditarik balik dengan serta merta.

8. Jangkamasa bagi peruntukan Hadiah Utama adalah TIGA (3) bulan setelah tamatnya tempoh Peraduan, dan bergantung kepada bekalan stok. Pihak Penganjur berhak menggunakan budi bicaranya untuk menukar mana-mana hadiah dengan hadiah lain yang sama nilainya pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Semua hadiah diberikan dengan keadaan “sedia adanya” dan tidak boleh ditukar untuk wang tunai, kredit, barangan lain atau baucar sama ada sebahagiannya atau sepenuhnya.

9. Semua kos, cukai, yuran dan/atau kos-kos lain dan/atau perbelanjaan berkaitan dengan Penyertaan dalam Peraduan ini dan untuk menebus hadiah adalah tanggungjawab penuh para Peserta dan Pemenang.

10. Keputusan Penganjur dalam segala yang berkaitan dengan Peraduan (termasuk pilihan Pemenang) adalah muktamad. Sebarang pertanyaan berkenaan pilihan Pemenang tidak akan dilayan sama sekali.

Fasal Penyangkalan
1. Penganjur berhak menggunakan nama dan/atau gambar Pemenang untuk tujuan pengiklanan, perdagangan, dan/atau publisiti, tanpa sebarang notis terdahulu kepada Pemenang dan Pemenang tidak layak untuk menuntut pemilikan atau apa-apa bentuk pampasan atas penggunaan tersebut.

2. Penganjur (termasuk segala syarikat berkaitan dengannya) tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian, kecederaan, atau kemalangan yang mungkin berlaku akibat penyertaan Peraduan.

3. Penganjur (termasuk segala syarikat berkaitan dengannya) berhak membatalkan penyertaan mana-mana Peserta yang dengan munasabahnya disyaki telah menyalahi atau melanggar sebarang Terma & Syarat, dan berhak untuk mengambil tindakan undang-undang yang sepatutnya terhadap mana-mana individu yang dipercayai telah menjalankan aktiviti penipuan atau sebarang aktiviti lain yang menjejaskan Peraduan serta Laman Web.

4. Dengan menyertai Peraduan, Peserta bersetuju untuk mematuhi dan terikat dengan Terma & Syarat Peraduan ini. Sebarang percubaan untuk merosakkan Laman Web dengan sengaja atau menjejaskan operasi sah Peraduan ini adalah satu pelanggaran undang-undang jenayah dan sivil dan pihak penganjur berhak untuk mendapat ganti rugi daripada mereka yang membuat cubaan tersebut setakat mana yang dibenarkan oleh undang-undang.

5. PERHATIAN: Sebarang SMS yang dihantarkan oleh Penganjur kepada para Pemenang tidak akan mengandungi sebarang permintaan butiran kewangan, kad kredit, atau akaun bank. Jangan sesekali mendedahkan butiran peribadi anda kepada pihak ketiga tanpa pengesahan. Jika terdapat sebarang kecurigaan, sila hubungi Penganjur, ‘URC Snack Foods (Malaysia) Sdn. Bhd.’ melalui Talian Peraduan di 603-5569 5855 untuk pengesahan SMS yang diterima.

sumber


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?