Peraduan WhatsApp Syok Choc Dutch Lady (99 Speedmart)


Sebelum ni eMenang ada kongsikan Peraduan Sms Syok Choc Dutch Lady di Giant dan Peraduan Sms Syok Choc Dutch Lady ( Selected Outlet). Kedua-dua tempoh peraduan ni sudah pun tamat pada 31 Disember 2015.

Selain 2 peraduan tu, Dutch Lady juga ada mengadakan Peraduan WhatsApp Syok Choc Dutch Lady di 99 Speedmart.

Tempoh peraduan ini akan tamat pada 14 Januari 2016. Untuk penyertaan dalam peraduan ini, anda boleh menghantar penyertan melalui aplikasi Whatsapp.

Dengan pembelian 2 pek blister  Susu UHT Dutch Lady Purefarm 6x200ml (sebarang variasi)  di kedai 99 Speedmart di Semenanjung Malaysia, anda layak untuk sertai peraduan ini. Untuk lebih detail boleh baca dibawah.

Jadi kalau anda ada beli susu Dutch Lady yang terlibat di kedai 99 Speedmart, bolehlah join peraduan ni.

Tempoh Peraduan: 15 Disember 2015 – 14  Januari 2016

Cara Penyertaan:

a. Para peserta mesti membeli dua (2) pek blister Produk jenama Dutch Lady yang turut serta dalam resit tunggal dari mana-mana kedai 99 Speedmart di Semenanjung Malaysia sahaja yang turut serta semasa Tempoh Peraduan. Satu resit tunggal tersebut melayakkan peserta kepada satu (1) penyertaan WhatsApp.

b. Jawab satu soalan: “Produk jenama Dutch Lady yang turut serta dalam Peraduan ini adalah Susu UHT Dutch Lady Purefarm 6x200ml. Betul/Salah”.

c.  Muat naik satu gambar jelas seluruh resit 99 Speedmart dan taip: DLnombor KP 12 digitjawapan kepada soalannama dan hantar melalui aplikasi WhatsApp ke 012-6718310.

d.  Simpan semua resit bercetak tunggal asal 99 Speedmart (bertarikh dalam Tempoh Peraduan) dengan butiran resit yang sepadan dengan semua penyertaan WhatsApp sebagai bukti pembelian.

e. Hanya resit-resit bercetak asal 99 Speedmart akan diterima. Salinan resit dan resit cetak semula tidak akan diterima. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan resit-resit yang sukar dibaca, rosak dan diubah.

f. Pihak Penganjur berhak membatalkan kelayakan peserta secara automatik bagi sebarang penyertaan yang tidak lengkap dan gambar resit yang tidak jelas atau sukar dibaca.

g.  Setiap hari sepanjang Tempoh Peraduan, Peraduan akan bermula pada pukul 12:00 pagi dan berakhir pada pukul 11:59 malam.

h.  Para peserta akan dicaj mengikut caj pelan data oleh pembekal khidmat rangkaian data. Pihak Penganjur tidak akan membayar balik kepada peserta untuk caj yang dikenakan termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), jika ada.

i.  Para peserta hanya boleh menyertai peraduan ini melalui telefon bimbit sahaja.

Jika ada sebarang pertanyaan boleh call no tell no. ni 1800-88-1191.

Nasihat dari eMenang: Jangan beli semata-mata untuk join peraduan sebab nanti kalau tak menang hadiah mesti kecewa dan membazir duit. Kalau anda memang nak beli atau minum atau ada keperluan untuk beli, baru beli.

Hadiah

hadiah 99 speedmart

Hadiah Syok Choc Whatsapp Contest (99 Speedmart)

  • Hadiah Utama x 3: Samsung S6 Edge Plus setiap satu.
  • Hadiah Pertama x 4: Samsung Tab A 9.7 setiap satu.
  • Hadiah Harian x 31: RM500.00 wang tunai setiap satu. (Seorang pemenang setiap hari)

Terma & Syarat

1. Peraduan WhatsApp Syok Choc Dutch Lady akan berlangsung dari 15 Disember 2015 hingga 14 Januari 2016 (“Tempoh Peraduan”). Dutch Lady Milk Industries Berhad (“Penganjur”) berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik.

2. Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas (pada 15 Disember 2015) kecuali kakitangan Penganjur dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka, termasuk syarikat-syarikat gabungan dan/atau berkaitan, pengedar-pengedar, agensi-agensi pengiklanan dan promosi pihak Penganjur.

3. Produk-produk jenama Dutch Lady yang turut serta dalam Peraduan ini adalah Susu UHT Dutch Lady Purefarm 6x200ml (sebarang variasi) (”Produk jenama Dutch Lady yang turut serta”). Susu UHT Dutch Lady School dan Kid tidak turut serta dalam Peraduan ini.

4. Untuk menyertai Peraduan:
a. Para peserta mesti membeli dua (2) pek blister Produk jenama Dutch Lady yang turut serta dalam resit tunggal dari mana-mana kedai 99 Speedmart di Semenanjung Malaysia sahaja yang turut serta semasa Tempoh Peraduan. Satu resit tunggal tersebut melayakkan peserta kepada satu (1) penyertaan WhatsApp.

b. Jawab satu soalan: “Produk jenama Dutch Lady yang turut serta dalam Peraduan ini adalah Susu UHT Dutch Lady Purefarm 6x200ml. Betul/Salah”.

c. Muat naik satu gambar jelas seluruh resit 99 Speedmart dan taip: DLnombor KP 12 digitjawapan kepada soalannama dan hantar melalui aplikasi WhatsApp ke 012-6718310.

d. Simpan semua resit bercetak tunggal asal 99 Speedmart (bertarikh dalam Tempoh Peraduan) dengan butiran resit yang sepadan dengan semua penyertaan WhatsApp sebagai bukti pembelian.

e. Hanya resit-resit bercetak asal 99 Speedmart akan diterima. Salinan resit dan resit cetak semula tidak akan diterima. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan resit-resit yang sukar dibaca, rosak dan diubah.

f. Pihak Penganjur berhak membatalkan kelayakan peserta secara automatik bagi sebarang penyertaan yang tidak lengkap dan gambar resit yang tidak jelas atau sukar dibaca.

g. Setiap hari sepanjang Tempoh Peraduan, Peraduan akan bermula pada pukul 12:00 pagi dan berakhir pada pukul 11:59 malam.

h. Para peserta akan dicaj mengikut caj pelan data oleh pembekal khidmat rangkaian data. Pihak Penganjur tidak akan membayar balik kepada peserta untuk caj yang dikenakan termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), jika ada.

i. Para peserta hanya boleh menyertai peraduan ini melalui telefon bimbit sahaja.

5. Cara pemilihan pemenang:
a. Peringkat Pertama: Hadiah Utama x 3 dan Hadiah Pertama x 4
i. Para pemenang Peringkat Pertama yang layak akan ditentukan berdasarkan jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan dibahagikan dengan 7.5, sebagai contoh: jika terdapat sebanyak 11,255 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 7.5 dan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah iaitu 1,500. Maka penyertaan layak ke-1,500, ke-3,000, ke-4,500 dan seterusnya akan disenarai pendekkan. Jika penyertaan yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan layak seterusnya yang terdahulu akan menjadi pemenang gantian, sebagai contoh: pemenang gantian untuk penyertaan layak ke-1,500 adalah penyertaan layak ke-1,499.

ii. Daripada tujuh (7) penyertaan pemenang layak hadiah Peringkat Pertama yang disenarai pendekkan, tiga (3) penyertaan dengan resit yang mengandungi jumlah pembelian tertinggi akan memenangi Hadiah Utama setiap satu, manakala empat (4) penyertaan seterusnya dengan resit yang mengandungi jumlah pembelian paling rendah akan memenangi Hadiah Pertama setiap satu.

iii. Sekiranya berlaku seri (jumlah pembelian resit yang sama), pemenang layak dengan penyertaan WhatsApp yang lebih awal diterima akan dipilih.

b. Peringkat Kedua: Hadiah Harian x 31 (1 pemenang x 31 hari)
i. Pemenang Hadiah Harian yang layak akan ditentukan berdasarkan jumlah penyertaan layak yang diterima setiap hari dibahagikan dengan 2, sebagai contoh: jika terdapat sebanyak 401 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 2 dan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah iaitu 200. Maka penyertaan layak ke-200 akan memenangi Hadiah Harian hari tersebut. Jika penyertaan yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan layak seterusnya yang terdahulu akan menjadi pemenang gantian, sebagai contoh: pemenang gantian untuk penyertaan layak ke-200 adalah penyertaan layak ke-199.

c. Para pemenang yang layak akan dihubungi melalui telefon dan dikehendaki menjawab satu soalan dengan betul sebelum boleh disahkan sebagai pemenang. Sekiranya peserta gagal menjawab soalan dengan betul, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya dan memilih peserta seterusnya sebagai pemenang. Sekiranya peserta tidak dapat dihubungi pada cubaan pertama, contohnya, tidak menjawab telefon, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada sambungan, dan lain-lain, tiga (3) cubaan lain akan dibuat lagi dalam tempoh 24 jam yang berikutnya selepas cubaan pertama. Sekiranya percubaan-percubaan ini tidak berhasil, kelayakan peserta akan dibatalkan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya peserta-peserta tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab.

d. Para pemenang yang layak dikehendaki menghantar semua resit bercetak asal 99 Speedmart dengan butiran resit yang sepadan dengan semua penyertaan WhatsApp dan salinan kad pengenalan melalui Pos Laju/kurier dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas tarikh pemberitahuan sebagai pengesahan bukti pembelian. Sekiranya gagal, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya dan memilih peserta seterusnya sebagai pemenang.

6. Hadiah-hadiah Peraduan:
a. Peringkat Pertama:
i. Hadiah Utama x 3: Samsung S6 Edge Plus setiap satu.
ii. Hadiah Pertama x 4: Samsung Tab A 9.7 setiap satu.
b. Peringkat Kedua:
i. Hadiah Harian x 31: RM500.00 wang tunai setiap satu.
c. Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) hadiah Peringkat Pertama dan satu (1) hadiah Peringkat Kedua sepanjang Tempoh Peraduan.

d. Kesemua hadiah mestilah dituntut oleh pemenang atas perbelanjaan sendiri dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh pemberitahuan. Semua hadiah yang gagal dituntut dua (2) bulan selepas tarikh pemberitahuan akan dilupuskan oleh pihak Penganjur.

e. Pihak Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk menggantikan hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang lebih kurang sama nilainya tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, dikembalikan atau ditukar dalam apa jua bentuk lain atas apa jua sebab. Nilai hadiah adalah betul pada masa pencetakan. Semua hadiah diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’.

7. Para peserta akan menanggung liabiliti dan tanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan di dalam Peraduan ini dan daripada penebusan dan penggunaan hadiah-hadiah.

8. Pihak Penganjur dan syarikat-syarikat yang terlibat dalam Peraduan ini tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang kelewatan, kegagalan penghantaran dan/atau gangguan mesej WhatsApp dan tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang penggunaan telefon bimbit atau akaun pelanggan yang tidak dibenarkan sepanjang Peraduan ini.

9. Dengan menyertai Peraduan ini, para peserta memberi keizinan untuk memberi maklumat peribadinya dan pihak Penganjur berhak menyiarkan, menggunakan nama dan/atau gambar pemenang serta penyertaan mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan dan setiap peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan ke atas penggunaan penyertaan tersebut oleh pihak Penganjur.

10. Dutch Lady Milk Industries Berhad (5063-V) (”Dutch Lady”) mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan atau untuk berhubung dengan anda. Maklumat ini disimpan oleh Dutch Lady dalam kaedah yang sesuai dengan data tersebut dan digunakan untuk memenuhi permintaan anda.

Dengan mengemukakan maklumat peribadi anda, kami menganggap bahawa keizinan telah diberi kepada Dutch Lady dan/atau agen-agen yang dilantik olehnya untuk menggunakan maklumat ini bagi tujuan pemasaran dan promosi yang terkini dan di masa hadapan serta untuk menambahbaikan produk-produk dan perkhidmatannya.

Sekiranya anda memaklumkan Dutch Lady melalui talian pelanggannya di 1-800-88-1191 atau di dutchladycareline@frieslandcampina.com bahawa maklumat tersebut tidak patut digunakan sebagai asas untuk hubungan seterusnya, Dutch Lady akan menghormati permintaan anda.

Maklumat anda tidak akan diberi atau dikongsi dengan syarikat-syarikat/rakan-rakan lain untuk kegunaan bebas mereka. Untuk Notis Perlindungan Data Peribadi Pelanggan lengkap Dutch Lady, sila rujuk laman web Dutch Lady di www.dutchlady.com.my.

11. Dengan menyertai Peraduan ini, para peserta harus bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat rasmi yang ditetapkan serta segala keputusan pihak Penganjur.

12. Pihak Penganjur berhak untuk meminda, membatal atau mengubahsuai Terma dan Syarat ini tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan para peserta akan terikat dengan perubahan tersebut.

13. Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan

sumber


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?