Peraduan SMS Syok Choc Dutch Lady (Giant)


Dengan pembelian susu Dutch Lady UHT PureFarm 6x200ml (sebarang perisa/varian)* bernilai RM10 dan ke atas dalam satu resit di Giant anda layak untuk menyertai peraduan ini.

* Sila ambil perhatian Hanya susu Dutch Lady PureFarm 6x200ml sahaja yang terlibat untuk peraduan ini. Kalau pembelian yang 1 liter atau 500 ml tidak boleh sertai peraduan ini.

Dalam Peraduan ini ada 2 kategori hadiah iaitu hadiah Utama dan Hadiah Hadiah harian.

Untuk pemilihan hadiah harian, pemenang akan ditentukan berdasarkan no. bersiri yang dibahagi. Contohnya dalam sehari tu ada 300 penyertaan* yang diterima. 300 penyertaan ini akan dibahagikan dengan 2, peserta yang no. bersiri 150 akan dipilih sebagai pemenang. Kemudian dia akan di call oleh pihak penganjur untuk menjawab 1 soalan dengan betul. Setiap hari akan ada seorang pemenang hadiah harian.

Untuk pemilihan hadiah Utama, agak kompleks sikit. Ada 2 tapisan. Penerangannya lebih kurang macam nilah. Semua penyertaan yang  layak yang sah diterima sepanjang tempoh peraduan akan dibahagikan dengan 6. 

Katakanlah ada 6000 penyertaan yang diterima sepanjang tempoh peraduan ini berlangsung, 6000÷6=1000 . Jadi peserta yang bernombor siri yang ke 1000,2000,3000, 4000, 5000, 6000 akan disenaraikan sebagai calon untuk memenangi hadiah Utama dan Hadiah Pertama.

Daripada 6 calon pemenang ini, 3 penyertaan dengan resit yang mengandungi jumlah pembelian tertinggi akan memenangi Hadiah Utama setiap satu, manakala tiga 3  penyertaan seterusnya dengan resit yang mengandungi jumlah pembelian paling rendah akan memenangi Hadiah Pertama setiap satu.

Tempoh Peraduan: 1 Disember hingga 31 Disember 2015

Untuk lebih detail boleh baca  dibawah:

Cara pemilihan pemenang:
Peringkat Pertama: Hadiah Utama x 3 dan Hadiah Pertama x 3

i. Para pemenang Peringkat Pertama yang layak akan ditentukan berdasarkan jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan dibahagikan dengan 6.5, sebagai contoh:

Jika terdapat sebanyak 13,001 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 6.5 dan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah iaitu 2,000.

Maka penyertaan layak ke-2,000, ke-4,000, ke-6,000 dan seterusnya akan disenarai pendekkan. Jika penyertaan yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan layak seterusnya yang terdahulu akan menjadi pemenang gantian, sebagai contoh: pemenang gantian untuk penyertaan layak ke-2,000 adalah penyertaan layak ke-1,999.

ii. Daripada enam (6) penyertaan pemenang layak hadiah Peringkat Pertama yang disenarai pendekkan, tiga (3) penyertaan dengan resit yang mengandungi jumlah pembelian tertinggi akan memenangi Hadiah Utama setiap satu, manakala tiga (3) penyertaan seterusnya dengan resit yang mengandungi jumlah pembelian paling rendah akan memenangi Hadiah Pertama setiap satu.

iii. Sekiranya berlaku seri (jumlah pembelian resit yang sama), pemenang layak dengan penyertaan SMS yang lebih awal diterima akan dipilih.

Cara Pemilihan Pemenang Hadiah Harian.

Hadiah Harian x 31 (1 pemenang x 31 hari)
Pemenang Hadiah Harian yang layak akan ditentukan berdasarkan jumlah penyertaan layak yang diterima setiap hari dibahagikan dengan 2, sebagai contoh:

Jika terdapat sebanyak 401 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 2 dan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah iaitu 200. Maka penyertaan layak ke-200 akan memenangi Hadiah Harian hari tersebut.

Jika penyertaan yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan layak seterusnya yang terdahulu akan menjadi pemenang gantian, sebagai contoh: pemenang gantian untuk penyertaan layak ke-200 adalah penyertaan layak ke-199.

Para pemenang yang layak akan dihubungi melalui telefon dan dikehendaki menjawab satu soalan dengan betul sebelum boleh disahkan sebagai pemenang.

Sekiranya peserta gagal menjawab soalan dengan betul, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya dan memilih peserta seterusnya sebagai pemenang. Sekiranya peserta tidak dapat dihubungi pada cubaan pertama, contohnya, tidak menjawab telefon, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada sambungan, dan lain-lain, tiga (3) cubaan lain akan dibuat lagi dalam tempoh 24 jam yang berikutnya selepas cubaan pertama.

Sekiranya percubaan-percubaan ini tidak berhasil, kelayakan peserta akan dibatalkan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya peserta-peserta tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab.

Para pemenang yang layak dikehendaki menghantar semua resit
bercetak asal Giant atau G-Express dengan butiran resit yang sepadan dengan semua penyertaan SMS dan salinan kad pengenalan melalui Pos Laju/kurier dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas tarikh pemberitahuan sebagai pengesahan bukti pembelian. Sekiranya gagal, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya dan memilih peserta seterusnya sebagai pemenang.

Tempoh Peraduan: 1 Disember hingga 31 Disember 2015

Nasihat dari eMenang: Jangan beli semata-mata untuk join peraduan sebab nanti kalau tak menang hadiah mesti kecewa dan membazir duit. Kalau anda ada beli atau ada keperluan untuk beli dan minum baru beli.

Cara Penyertaan

a. Para peserta mesti membeli Produk jenama Dutch Lady yang turut serta bernilai RM10.00 dan ke atas dalam resit tunggal dari mana-mana pasar raya Giant atau kedai G-Express yang turut serta semasa Tempoh Peraduan. Satu resit tunggal tersebut melayakkan peserta kepada satu (1) penyertaan SMS.

b. Jawab satu soalan: “Produk jenama Dutch Lady yang turut serta dalam Peraduan ini adalah Susu UHT Dutch Lady Purefarm 200ml. Betul atau Salah”.

c. Taip (DLGIANT)(nombor stor Giant 4 digit)(nombor resit Giant 5 digit)(jumlah pembelian produk jenama Dutch Lady yang turut serta RM00.00)(tarikh resit HHBBTT)(nombor KP 12 digit)(jawapan)(nama) dan SMS ke 32632.

Contoh: DLGIANT 1010 34567 RM12.58 011215 881010145678 Betul Farah Yahya

d. Simpan semua resit bercetak tunggal asal dengan butiran resit Giant atau G-Express (bertarikh dalam Tempoh Peraduan) yang sepadan dengan semua penyertaan SMS sebagai bukti pembelian.

e. Hanya resit-resit bercetak asal Giant akan diterima. Salinan resit dan resit cetak semula tidak akan diterima. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan resit-resit yang sukar dibaca, rosak dan diubah.

f.Setiap hari sepanjang Tempoh Peraduan, Peraduan akan bermula pada pukul 12:00 pagi dan berakhir pada pukul 11:59 malam.

g.. Para peserta akan dicaj RM0.30 sen untuk setiap mesej SMS diterima. Caj ini adalah tambahan ke atas caj standard SMS yang dikenakan oleh operator telefon bimbit peserta. Pihak Penganjur tidak akan membayar balik kepada peserta untuk caj yang dikenakan termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), jika ada.

h.Para peserta hanya boleh menyertai peraduan ini melalui telefon bimbit sahaja.

Hadiah

hadiah dl giant

Hadiah-hadiah Peraduan:

  • Hadiah Utama x 3: iPhone 6S 16Gb setiap satu.
  • Hadiah Pertama x 3: iPad Mini 4 setiap satu.
  • Hadiah Harian x 31:  1x pemenang setiap hari: Baucar Giant bernilai RM500.00 setiap satu

Terma dan Syarat

1. Peraduan SMS Syok Choc Dutch Lady akan berlangsung dari 1 Disember 2015 hingga 31 Disember 2015 (“Tempoh Peraduan”). Dutch Lady Milk Industries Berhad (“Penganjur”) berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik.

2. Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas (pada 1 Disember 2015) yang merupakan pelanggan prabayar dan/atau pasca bayar Celcom, Digi dan/atau Maxis kecuali kakitangan Penganjur dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka, termasuk syarikat-syarikat gabungan dan/atau berkaitan, pengedar-pengedar, agensi-agensi pengiklanan dan promosi pihak Penganjur.

3. Produk-produk jenama Dutch Lady yang turut serta dalam Peraduan ini adalah Susu UHT Dutch Lady Purefarm 200ml (sebarang variasi) (”Produk jenama Dutch Lady yang turut serta”). Susu UHT Dutch Lady School dan Kid tidak turut serta dalam Peraduan ini.

4. Untuk menyertai Peraduan:

a. Para peserta mesti membeli Produk jenama Dutch Lady yang turut serta bernilai RM10.00 dan ke atas dalam resit tunggal dari mana-mana pasar raya Giant atau kedai G-Express yang turut serta semasa Tempoh Peraduan. Satu resit tunggal tersebut melayakkan peserta kepada satu (1) penyertaan SMS.

b. Jawab satu soalan: “Produk jenama Dutch Lady yang turut serta dalam Peraduan ini adalah Susu UHT Dutch Lady Purefarm 200ml. Betul/Salah”.

c. Taip (DLGIANT)(nombor stor Giant 4 digit)(nombor resit Giant 5 digit)(jumlah pembelian produk jenama Dutch Lady yang turut serta RM00.00)(tarikh resit HHBBTT)(nombor KP 12 digit)(jawapan)(nama) dan SMS ke 32632.

Contoh: DLGIANT 1010 34567 RM12.58 011215 881010145678 Betul Farah Yahya

d. Simpan semua resit bercetak tunggal asal dengan butiran resit Giant atau G-Express (bertarikh dalam Tempoh Peraduan) yang sepadan dengan semua penyertaan SMS sebagai bukti pembelian.

e. Hanya resit-resit bercetak asal Giant akan diterima. Salinan resit dan resit cetak semula tidak akan diterima. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan resit-resit yang sukar dibaca, rosak dan diubah.

f. Setiap hari sepanjang Tempoh Peraduan, Peraduan akan bermula pada pukul 12:00 pagi dan berakhir pada pukul 11:59 malam.

g. Para peserta akan dicaj RM0.30 sen untuk setiap mesej SMS diterima. Caj ini adalah tambahan ke atas caj standard SMS yang dikenakan oleh operator telefon bimbit peserta. Pihak Penganjur tidak akan membayar balik kepada peserta untuk caj yang dikenakan termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), jika ada.

h. Para peserta hanya boleh menyertai peraduan ini melalui telefon bimbit sahaja.

5. Cara pemilihan pemenang:
a. Peringkat Pertama: Hadiah Utama x 3 dan Hadiah Pertama x 3

i. Para pemenang Peringkat Pertama yang layak akan ditentukan berdasarkan jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan dibahagikan dengan 6.5, sebagai contoh:

jika terdapat sebanyak 13,001 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 6.5 dan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah iaitu 2,000.

Maka penyertaan layak ke-2,000, ke-4,000, ke-6,000 dan seterusnya akan disenarai pendekkan. Jika penyertaan yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan layak seterusnya yang terdahulu akan menjadi pemenang gantian, sebagai contoh: pemenang gantian untuk penyertaan layak ke-2,000 adalah penyertaan layak ke-1,999.

ii. Daripada enam (6) penyertaan pemenang layak hadiah Peringkat Pertama yang disenarai pendekkan, tiga (3) penyertaan dengan resit yang mengandungi jumlah pembelian tertinggi akan memenangi Hadiah Utama setiap satu, manakala tiga (3) penyertaan seterusnya dengan resit yang mengandungi jumlah pembelian paling rendah akan memenangi Hadiah Pertama setiap satu.

iii. Sekiranya berlaku seri (jumlah pembelian resit yang sama), pemenang layak dengan penyertaan SMS yang lebih awal diterima akan dipilih.

b. Peringkat Kedua: Hadiah Harian x 31 (1 pemenang x 31 hari)
i. Pemenang Hadiah Harian yang layak akan ditentukan berdasarkan jumlah penyertaan layak yang diterima setiap hari dibahagikan dengan 2, sebagai contoh:

jika terdapat sebanyak 401 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 2 dan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah iaitu 200. Maka penyertaan layak ke-200 akan memenangi Hadiah Harian hari tersebut.

Jika penyertaan yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan layak seterusnya yang terdahulu akan menjadi pemenang gantian, sebagai contoh: pemenang gantian untuk penyertaan layak ke-200 adalah penyertaan layak ke-199.

c. Para pemenang yang layak akan dihubungi melalui telefon dan dikehendaki menjawab satu soalan dengan betul sebelum boleh disahkan sebagai pemenang.

Sekiranya peserta gagal menjawab soalan dengan betul, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya dan memilih peserta seterusnya sebagai pemenang. Sekiranya peserta tidak dapat dihubungi pada cubaan pertama, contohnya, tidak menjawab telefon, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada sambungan, dan lain-lain, tiga (3) cubaan lain akan dibuat lagi dalam tempoh 24 jam yang berikutnya selepas cubaan pertama.

Sekiranya percubaan-percubaan ini tidak berhasil, kelayakan peserta akan dibatalkan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya peserta-peserta tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab.

d. Para pemenang yang layak dikehendaki menghantar semua resit
bercetak asal Giant atau G-Express dengan butiran resit yang sepadan dengan semua penyertaan SMS dan salinan kad pengenalan melalui Pos Laju/kurier dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas tarikh pemberitahuan sebagai pengesahan bukti pembelian. Sekiranya gagal, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya dan memilih peserta seterusnya sebagai pemenang.

6. Hadiah-hadiah Peraduan:
a. Peringkat Pertama:
i. Hadiah Utama x 3: iPhone 6S 16Gb setiap satu.
ii. Hadiah Pertama x 3: iPad Mini 4 setiap satu.

b. Peringkat Kedua:
i. Hadiah Harian x 31: Baucar Giant bernilai RM500.00 setiap satu.

c. Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) hadiah Peringkat Pertama dan satu (1) hadiah Peringkat Kedua sepanjang Tempoh Peraduan.

d. Kesemua hadiah mestilah dituntut oleh pemenang atas perbelanjaan sendiri dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh pemberitahuan. Semua hadiah yang gagal dituntut dua (2) bulan selepas tarikh pemberitahuan akan dilupuskan oleh pihak Penganjur.

e. Pihak Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk menggantikan hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang lebih kurang sama nilainya tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, dikembalikan atau ditukar dalam apa jua bentuk lain atas apa jua sebab. Nilai hadiah adalah betul pada masa pencetakan. Semua hadiah diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’.

7. Para peserta akan menanggung liabiliti dan tanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan di dalam Peraduan ini dan daripada penebusan dan penggunaan hadiah-hadiah.

8. Pihak Penganjur dan syarikat-syarikat yang terlibat dalam Peraduan ini tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang kelewatan, kegagalan penghantaran dan/atau gangguan mesej SMS dan tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang penggunaan telefon bimbit atau akaun pelanggan yang tidak dibenarkan sepanjang Peraduan ini.

9. Dengan menyertai Peraduan ini, para peserta memberi keizinan untuk memberi maklumat peribadinya dan pihak Penganjur berhak menyiarkan, menggunakan nama dan/atau gambar pemenang serta penyertaan mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan dan setiap peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan ke atas penggunaan penyertaan tersebut oleh pihak Penganjur.

10. Dutch Lady Milk Industries Berhad (5063-V) (”Dutch Lady”) mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan atau untuk berhubung dengan anda.

Maklumat ini disimpan oleh Dutch Lady dalam kaedah yang sesuai dengan data tersebut dan digunakan untuk memenuhi permintaan anda.

Dengan mengemukakan maklumat peribadi anda, kami menganggap bahawa keizinan telah diberi kepada Dutch Lady dan/atau agen-agen yang dilantik olehnya untuk menggunakan maklumat ini bagi tujuan pemasaran dan promosi yang terkini dan di masa hadapan serta untuk menambahbaikan produk-produk dan perkhidmatannya.

Sekiranya anda memaklumkan Dutch Lady melalui talian pelanggannya di 1-800-88-1191 atau di dutchladycareline@frieslandcampina.com bahawa maklumat tersebut tidak patut digunakan sebagai asas untuk hubungan seterusnya, Dutch Lady akan menghormati permintaan anda. Maklumat anda tidak akan diberi atau dikongsi dengan syarikat syarikat/rakan-rakan lain untuk kegunaan bebas mereka.

Untuk Notis Perlindungan Data Peribadi Pelanggan lengkap Dutch Lady, sila rujuk laman web Dutch Lady di www.dutchlady.com.my.

11. Dengan menyertai Peraduan ini, para peserta harus bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat rasmi yang ditetapkan serta segala keputusan pihak Penganjur.

12. Pihak Penganjur berhak untuk meminda, membatal atau mengubahsuai Terma dan Syarat ini tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan para peserta akan terikat dengan perubahan tersebut.

13. Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan

sumber


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?