Peraduan Reka & Warnakan Ais Krim Paddle Pop Anda


Anda berbakat melukis dan mewarna? Sertai Peraduan Reka & Warnakan Ais Krim Paddle Pop Anda untuk berpeluang memenangi hadiah menarik seperti  iPad terkini 16GB + WiFi , Basikal lipat serta alat mainan Permainan NERF.

Selain itu ada hadiah misteri untuk 2000 penyertaan terawal yang sah yang diterima.

Dalam peraduan ini anda dikehendaki me REKA Ais Krim Paddle Pop dengan melukisnya dalam borang peraduan yang disediakan.

Kemudian lengkapkan borang peraduan dengan melengkapkan butir-butir yang tertera pada borang peraduan berserta sekurang-kurangnya 1 (SATU) keping keratan muka “LION” dari produk ais krim Paddle Pop
seperti di bawah:

  • Paddle Pop Rainbow
  • Paddle Pop Dino Freeze
  • Paddle Pop Moo Bola
  • Paddle Pop Choco Magma
  • Paddle Pop Tornado

Cara Pemilihan Pemenang
Peserta akan diadili dan dibahagikan mengikut lingkungan umur para peserta yang mengambil bahagian dan karya seni yang paling kreatif dalam lingkungan umur tersebut akan dipilih sebagai Pemenang.

*Sekiranya pihak Penganjur mendapati mana-mana rekaan ais krim yang pada dasarnya dan/atau keseluruhannya kelihatan sama dan yang hanya membezakan adalah warnanya sahaja, jumlah keratan muka “LION” yang disertakan pada borang peraduan akan diambil kira untuk menentukan kelayakan dan/atau kemenangan.

(maksudnya lebih kurang sama cantiklah kut. jadi bila berlaku situasi macam ni, jumlah keratan muka ‘LION’ akan diambil kira untuk memilih pemenang)

Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 6 tahun dan keatas.

Anda disarankan untuk membaca terma dan syarat peraduan sebelum menghantar penyertaan.

Tempoh Peraduan 1 November 2015 hingga 3 Januari 2016.  Semua penyertaan mestilah sampai kepada pihak penganjur sebelum atau pada 11 Januari 2016

 Klik Pada Gambar Untuk Besarkan

Cara Penyertaan

semak

Masa nak hantar nanti seboleh-bolehnya anda lekatkan setem 80 sen.  Sebab apa, setem 60 sen hanya untuk sampul standard (yang warna putih tu).

paddle pop 1

Hadiah

hadiah paddle

Hadiah Pertama : iPad terkini 16GB + WiFi x 25 pemenang

Hadiah Kedua : Basikal lipat x 45 pemenang
Hadiah Ketiga : Permainan NERF (untuk lelaki / perempuan) x 75 pemenang
Hadiah Misteri : Untuk 2000 penyertaan terawal yang sah dan diterima. Setiap seorang hanya layak untuk satu hadiah sahaja.

Terma & Syarat Peraduan

1. Penganjur
Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd (1532-V)

2. Nama Peraduan
Reka Ais Krim Paddle Pop Anda !

3. Keterangan Ringkas Peraduan / Program
Peraduan ini diadakan bersempena dengan cuti akhir tahun persekolahan 2015.

4. Mekanisme Ringkas Peraduan
Reka & Warnakan Ais Krim Paddle Pop impian anda. Peserta mesti mematuhi mekanisma Peraduan ini sebagaimana yang diberitahu atau disampaikan oleh pihak Penganjur semasa Tempoh Peraduan.

5. Kriteria Kelayakan
Tertakluk kepada kriteria lain yang ditetapkan di bawah, Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia daripada Umur Kelayakan di bawah.

6. Hilang kelayakan
Pekerja, pemegang saham, pegawai, pengarah, ejen, pengedar dan wakil-wakil Penganjur dan setiap syarikat induk masing-masing, syarikat gabungan, bahagian, anak-anak syarikat, ejen, wakilwakil mereka dan Peraduan dan agensi-agensi pengiklanan, bersama-sama dengan ahli-ahli keluarga terdekat (tidak kira di mana mereka hidup) dan mereka yang tinggal di rumah yang sama orang itu (sama ada atau tidak berkaitan), tidak layak untuk menyertai Peraduan ini.

7. Umur Kelayakan
Peraduan ini adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia [“Peserta”] yang berumur dari 6 tahun dan ke atas pada 1 November 2015. Sekiranya Peserta adalah lebih muda daripada 18 tahun pada tarikh yang dinyatakan di atas, Peserta dikehendaki mendapatkan kebenaran ibu bapa / penjaga sebelum menyertai Peraduan ini dan juga ibu bapa / penjaga dikehendaki untuk mengisi butiran peribadi seperti yang tertera pada borang peraduan.

8. Caj
Pihak Penganjur tidak mengenakan bayaran bagi Penyertaan Peraduan yang dihantar oleh peserta. Semua kos yang ditanggung untuk Peraduan ini termasuk tetapi tidak terhad kepada penyediaan dan penyerahan Penyertaan hendaklah atas perbelanjaan sendiri Peserta.

9. Tempoh Peraduan
Peraduan akan diadakan dari 1 November 2015 hingga 3 Januari 2016. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk mengubah, menangguhkan atau menjadualkan semula Tempoh Peraduan atau mana-mana tarikh itu mengikut budi bicara mutlaknya.

10. Bahasa Peraduan
Bahasa Malaysia

11. Prosedur Kemasukan
a) Peserta dikehendaki mencipta dan mewarnai rekaan Ais Krim Paddle Pop (sila rujuk pada borang peraduan.

b) Peserta boleh menggunakan krayon, cat air, pensil warna dan pen dakwat sahaja untuk mewarni rekaan Ais Krim Paddle Pop tersebut.

c) Peserta perlu melengkapkan butir-butir yang tertera pada borang peraduan berserta sekurang-kurangnya 1 (SATU) keping keratan muka “LION” dari produk ais krim Paddle Pop seperti di bawah:

  • Paddle Pop Rainbow
  • Paddle Pop Dino Freeze
  • Paddle Pop Moo Bola
  • Paddle Pop Choco Magma
  • Paddle Pop Tornado

Baca Terma Peraduan dan Syarat ini dan Notis Privasi sebelum mengemukakan Penyertaan. Pihak Penganjur berhak untuk meminta untuk melihat kad pengenalan asal atau salinan asalnya lain yang
menyokong dokumen/bahan-bahan untuk tujuan pengesahan, jika tidak, berhak Penganjur untuk membatalkan penyertaan Peserta.

12. Tarikh Akhir
Kemasukan Penyertaan mesti diterima oleh Penganjur pada atau sebelum 11 Januari 2016. Penyertaan yang diterima sebelum bermulanya Tempoh Peraduan dan selepas Tarikh akhir kemasukan yang ditetapkan akan dibatalkan dan tidak layak untuk dipertimbangkan untuk Hadiah.

13. Mod Peraduan
Melalui Borang Penyertaan asal. Borang fotostat juga diterima. Borang peraduan boleh didapati di semua kedai yang mengambil bahagian dan juga boleh dimuat turun melalui laman sesawang www.paddlepopadventure.com

14. Alamat Penyerahan Penyertaan
Alamat pengeposan telah dicetak di laman hadapan di borang peraduan.

15. Pemilihan Pemenang
Peserta akan diadili dan dibahagikan mengikut lingkungan umur para peserta yang mengambil bahagian dan karya seni yang paling kreatif dalam lingkungan umur tersebut akan dipilih sebagai
Pemenang.

*Sekiranya pihak Penganjur mendapati mana-mana rekaan ais krim yang pada dasarnya dan/atau keseluruhannya kelihatan sama dan yang hanya membezakan adalah warnanya sahaja, jumlah keratan muka “LION” yang disertakan pada borang peraduan akan diambil kira untuk menentukan
kelayakan dan/atau kemenangan.

16. Hadiah
Terdapat sebanyak 135 (SATU RATUS TIGA PULUH LIMA) hadiah untuk dimenangi pada keseluruhan tempoh peraduan.

a) Hadiah Pertama : iPad terkini 16GB + WiFi x 25 pemenang

b) Hadiah Kedua : Basikal lipat x 45 pemenang
c) Hadiah Ketiga : Permainan NERF (untuk lelaki / perempuan) x 75 pemenang
d) Hadiah Misteri : Untuk 2000 penyertaan terawal yang sah dan diterima. Setiap seorang hanya layak untuk satu hadiah sahaja.

17. Pemberitahuan Pemenang
Pemenang akan diumumkan melalui laman sesawang www.paddlepopadventure.com dan/atau melalui panggilan telefon.

18. Tempoh Pengambilan
Dalam tempoh 60 hari dari tarikh pemberitahuan pemenang oleh pihak Penganjur. Hadiah yang tidak dituntut dalam tempoh yang ditetapkan akan dibatalkan.

19. Tempat Pengambilan
Tempah tuntutan akan diumumkan oleh pihak penganjur ataupun dikurier kepada para pememang.

20. Terma dan Syarat Terperinci
Boleh Baca dalam borang peraduan

Borang peraduan boleh didapati dikedai-kedai berhampiran anda atau Download melalui  http://www.paddlepop…st_with_TnC.pdf


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?