Pertandingan Menulis Esei Integriti TH


Tabung Haji kini sedang mengadakan  Pertandingan Menulis Esei Integriti TH. Orang awam  dan para pendeposit Tabung Haji  dijemput untuk menyertai pertandingan ini.

Tarikh tutup penyertaan : 15 Disember 2015

Cara Penyertaan

Kriteria

  • Pertandingan Menulis Esei Integriti TH dilaksanakan secara individu.
  • Esei hendaklah ditulis dalam BAHASA MALAYSIA sahaja.
  • Panjang esei hendaklah tidak melebihi 4,000 patah perkataan dan jumlah perkataan mestilah dicatat dengan tepat pada penghujung esei.
  • Sumber rujukan (Bibliografi) penulisan esei hendaklah diletakkan pada muka surat terakhir.
  • Esei hendaklah ditaip di atas kertas A4 dalam jarak langkau dua (double spacing) menggunakan tulisan Arial (font 12) dan dicetak pada sebelah muka surat sahaja.
  •  Esei hendaklah hasil penulisan asli, idea sendiri dan belum pernah disiarkan oleh mana-mana bahan bercetak. Karya ciplak, plagiat atau terjemahan tidak akan diterima.
  • Peserta perlu memuat turun borang penyertaan ini terlebih dahulu. Sila kepilkan satu borang penyertaan bersama-sama dengan esei yang dihantar.
  • Esei perlu dihantar kepada Urusetia Pertandingan dalam bentuk hardcopy serta softcopy di dalam bentuk CD bagi mempermudahkan kerja-kerja penerbitan sekiranya perlu.

Penyertaan boleh dihantar terus atau pos laju kepada:

Bahagian Integriti
Lantai 15, Bangunan Tabung Haji
201, Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
(u.p. : Urusetia Pertandingan Esei Bulan Integriti TH 2015)

Download Borang Pertandingan

borang-th.png

Hadiah

hadiah-th.jpg

Syarat Pertandingan :

• Penyertaan adalah terbuka kepada pendeposit TH dan orang awam.
• Tajuk yang ditetapkan ialah seperti berikut :

  • Pengwujudan Lembaga Tabung Haji dalam Meningkatkan Ekonomi Umat Islam di Malaysia;
  • Peranan Lembaga Tabung Haji Mengimarahkan Syiar Islam melalui Pengurusan Rukun Islam Kelima;
  • Pelaburan Lembaga Tabung Haji berlandaskan Pematuhan Syariah memberikan Pulangan yang Kompetitif kepada Pelanggan Tabung Haji.

• Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.
• Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak menepati syarat-syarat pertandingan.
• TH berhak untuk mencetak dan menerbitkan esei yang menyertai pertandingan ini.
• Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan, tersilap hantar atau penyertaan yang hilang. Borang penyertaan atau bukti pengeposan tidak diterima sebagai bukti penyertaan.

• Keputusan panel juri adalah muktamad.

Jika ada pertanyaan sila tanya disini


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?