Peraduan Hargai Detik Keemasan Sunquick 2015


Anda gemar minum minuman Sunquick ? Ini ada berita baik untuk anda dimana sekarang ni Sunquick sedang mengadakan Peraduan Hargai Detik Keemasan Sunquick 2015.

Dengan setiap pembelian satu (1) botol produk Sunquick 840ml  atau dua (2) botol Sunquick 330ml sebarang perisa anda layak untuk sertai peraduan ini.

Sebagai contoh, satu (1) botol Sunquick 840ml (10 mata) dan dua (2) botol Sunquick 330ml (10 mata) memberikan jumlah dua puluh (20) mata dan melayakkan peserta kepada dua (2) penyertaan.

Dalam peraduan ini ada hadiah mingguan dan hadiah Terutama (first time dengar istilah ni, hehe.. Untuk pemenang hadiah mingguan, pemenang akan ditentukan secara no. bersiri yang dibahagi, kiranya macam lucky drawlah.

Hadiah Mingguan ialah baucar Habib Jewels bernilai RM1,000 untuk 5 pemenang setiap minggu.

Untuk Hadiah Terutama pulak, 9  calon pemenang terpilih perlu menghadiri satu acara di Kuala Lumpur. 9  peserta untuk finalis ini akan dipilih secara no. bersiri yang dibahagi (boleh baca lebih lanjut dibawah).

Kesemua 9 peserta finalis ini akan bersaing untuk merebut hadiah Utama iaitu sebuah Proton Exora. 8 Peserta yang tidak berjaya akan memenangi hadiah saguhati iaitu iPad Air 2 64Gb setiap seorang.

Harga iPad Air 2 64Gb ini eMenang tengok kat website Apple dalam lingkugan harga RM2,399 – RM2,899. Kira lumayan jugaklah hadiah saguhati ni.

Untuk lebih detail berkenaan peraduan ini boleh tengok dibawah:

Tempoh Peraduan: 1 November 2015 hingga 31 Disember 2015

Cara Penyertaan

a.Beli sebarang Produk jenama Sunquick yang turut serta dari kedai-kedai yang mengambil bahagian dalam promosi ini. Setiap sepuluh (10) mata yang dikumpulkan daripada pembelian barangan-barangan Produk jenama Sunquick yang turut serta melayakkan peserta kepada satu (1) penyertaan.

Sebagai contoh, satu (1) botol Sunquick 840ml (10 mata) dan dua (2) botol Sunquick 330ml (10 mata) memberikan jumlah dua puluh (20) mata dan melayakkan peserta kepada dua (2) penyertaan.

b. Jawab 3 soalan dengan menandakan ‘Betul’ pada kenyataan yang betul sahaja.

c. Lengkapkan borang penyertaan dan lampirkan resit asal bercetak tunggal sebagai bukti pembelian. Salinan resit dan resit cetak semula tidak akan diterima.

d. Hantar borang penyertaan secara pos biasa ke:

Peraduan Hargai Detik Keemasan Sunquick 2015,
Peti Surat 3186, 47507 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

e. Salinan fotostat borang penyertaan adalah dibenarkan. Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi setiap penyertaan mestilah disertakan dengan resit asal bercetak tunggal yang sepadan.

soal

Nasihat dari eMenang: Jangan beli semata-mata untuk join peraduan sebab nanti kalau tak menang hadiah mesti kecewa dan membazir duit. Kalau ada keperluan untuk beli  atau minum baru beli.

HADIAH

hadiah125

 

SYARAT DAN PERATURAN PENYERTAAN PERADUAN
1. Peraduan Hargai Detik Keemasan Sunquick 2015 akan berlangsung dari 1 November 2015 hingga 31 Disember 2015 (“Tempoh Peraduan”). Barkath CO-RO Manufacturing Sdn. Bhd. (251079-P) (“Penganjur”) berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.

Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik. Peraduan ini akan diadakan selama 9 minggu dan tempoh minggu peraduan adalah seperti berikut (“Minggu Peraduan”):

  • Minggu Peraduan 1: 1 November 2015 – 7 November 2015
  • Minggu Peraduan 2: 8 November 2015 – 14 November 2015
  • Minggu Peraduan 3: 15 November 2015 – 21 November 2015
  • Minggu Peraduan 4: 22 November 2015 – 28 November 2015
  • Minggu Peraduan 5: 29 November 2015 – 5 Disember 2015
  • Minggu Peraduan 6: 6 Disember 2015 – 12 Disember 2015
  • Minggu Peraduan 7: 13 Disember 2015 – 19 Disember 2015
  • Minggu Peraduan 8: 20 Disember 2015 – 26 Disember 2015
  • Minggu Peraduan 9: 27 Disember 2015 – 31 Disember 2015

2. Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas (pada 1 November 2015), kecuali kakitangan Penganjur dan ahli-ahli

keluarga terdekat mereka, termasuk syarikat-syarikat gabungan dan/atau berkaitan, pengedar-pengedar, agensi-agensi pengiklanan dan promosi pihak Penganjur.

3. Produk-produk jenama Sunquick yang turut serta dalam Peraduan ini adalah Sunquick 840ml dan 330ml) (”Produk jenama Sunquick yang turut serta”).

4. Cara penyertaan:

a. Beli sebarang Produk jenama Sunquick yang turut serta dari kedai-kedai yang mengambil bahagian dalam promosi ini. Setiap sepuluh (10) mata yang dikumpulkan daripada pembelian barangan-barangan Produk jenama Sunquick yang turut serta melayakkan peserta kepada satu (1) penyertaan.

Sebagai contoh, satu (1) botol Sunquick 840ml (10 mata) dan dua (2) botol Sunquick 330ml (10 mata) memberikan jumlah dua puluh (20) mata dan melayakkan peserta kepada dua (2) penyertaan.

b. Jawab 3 soalan dengan menandakan ‘Betul’ pada kenyataan yang betul sahaja.

c. Lengkapkan borang penyertaan dan lampirkan resit asal bercetak tunggal sebagai bukti pembelian. Salinan resit dan resit cetak semula tidak akan diterima.

d. Hantar borang penyertaan secara pos biasa ke:

Peraduan Hargai Detik Keemasan Sunquick 2015,

Peti Surat 3186, 47507 Subang Jaya,

Selangor Darul Ehsan.

e. Salinan fotostat borang penyertaan adalah dibenarkan. Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi setiap penyertaan mestilah disertakan dengan resit asal bercetak tunggal yang sepadan.

f. Bukti kiriman borang penyertaan tidak akan dianggap sebagai bukti penerimaan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas penyertaan yang hilang, lewat atau tersilap alamat.

g. Penyertaan-penyertaan yang diterima melalui perkhidmatan kurier, penghantaran ekspres, penghantaran berdaftar dan/atau sebarang kaedah penghantaran yang lain selain daripada yang dinyatakan akan dibatalkan secara automatik.

h. Pihak Penganjur berhak membatalkan kelayakan peserta secara automatik bagi sebarang penyertaan yang tidak lengkap, sukar dibaca, rosak dan lewat atau penyertaan tanpa resit yang betul atau sah.

5. Cara pemilihan pemenang dan Hadiah-hadiah Peraduan:

a. Hadiah Mingguan x 45:

i. Terdapat empat puluh lima (45) Hadiah Mingguan untuk dimenangi sepanjang Tempoh Peraduan.
ii. Pemenang-pemenang Hadiah Mingguan akan ditentukan berdasarkan jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Minggu Peraduan dan dibahagikan dengan 5.5,

sebagai contoh: jika terdapat sebanyak 1,103 penyertaan layak diterima, jumlah ini

akan dibahagikan dengan 5.5 dan dibundarkan kepada nombor bulat yang paling dekat dan yang lebih rendah, iaitu 200.

Maka penyertaan layak ke-200, ke-400, ke-600 dan seterusnya akan berpeluang memenangi Hadiah Mingguan setiap satu. Jika penyertaan yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan seterusnya yang terdahulu akan layak menjadi pemenang gantian,  sebagai contoh: pemenang gantian untuk penyertaan layak ke-200 adalah penyertaan layak ke-199.

iii. Hadiah Mingguan ialah baucar Habib Jewels bernilai RM1,000 setiap satu.

b. Hadiah Terutama:

 Hadiah Utama x 1 dan Hadiah Sagu Hati x 8:

i. Pemenang-pemenang Hadiah Terutama akan ditentukan berdasarkan jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan dan dibahagikan dengan 9.5,

sebagai contoh: jika terdapat sebanyak 9,505 penyertaan layak diterima, jumlah ini akan dibahagikan dengan 9.5 dan dibundarkan kepada nombor bulat yang paling dekat dan yang lebih rendah, iaitu 1,000.

Maka penyertaan layak ke-1,000, ke-2,000, ke-3,000 dan seterusnya akan berpeluang memenangi Hadiah Terutama setiap satu. Jika penyertaan yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan seterusnya yang terdahulu akan layak menjadi pemenang gantian, sebagai contoh: pemenang gantian untuk penyertaan layak ke-1,000 adalah penyertaan layak ke-999.

ii. Kesemua sembilan (9) pemenang-pemenang Hadiah Terutama layak yang disenarai pendekkan akan dikehendaki untuk mengambil bahagian dalam acara berasingan di Kuala Lumpur (semua kos perjalanan adalah tanggungjawab peserta) untuk menentukan kedudukan mereka dari satu (1) hingga sembilan (9).

Peserta tempat pertama akan memenangi Hadiah Utama manakala lapan (8) peserta lain akan memenangi Hadiah Sagu Hati setiap satu.

iii. Hadiah Utama ialah kereta Proton Exora 1.6 Standard AT. Hadiah Utama tidak termasuk insurans automobil, pendaftaran dan cukai jalan, dimana kos-kos tersebut akan ditanggung oleh pemenang. Pihak Penganjur berhak menukar warna kereta ke warna yang lain.

iv. Hadiah Sagu Hati ialah iPad Air 2 64Gb setiap satu.

c. Para pemenang yang layak akan dihubungi melalui telefon dan dikehendaki menjawab satu soalan dengan betul sebelum boleh disahkan sebagai pemenang. Sekiranya peserta gagal menjawab soalan dengan betul, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya dan memilih peserta seterusnya sebagai pemenang.

Sekiranya peserta tidak dapat dihubungi pada cubaan pertama, contohnya, tidak menjawab telefon, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada sambungan, dan lain-lain, tiga (3) cubaan lain akan dibuat lagi dalam tempoh 24 jam yang berikutnya selepas cubaan pertama.

 Sekiranya percubaan-percubaan ini tidak berhasil, kelayakan peserta akan dibatalkan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya peserta-peserta tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab.

d. Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) Hadiah Mingguan dan satu (1) Hadiah Terutama sepanjang Tempoh Peraduan.

e. Kesemua hadiah mestilah dituntut oleh pemenang atas perbelanjaan sendiri dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh pemberitahuan. Semua hadiah yang gagal dituntut dua (2) bulan selepas tarikh pemberitahuan akan dilupuskan oleh pihak Penganjur.

f. Pihak Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk menggantikan hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang lebih kurang sama nilainya tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, dikembalikan atau ditukar dalam apa jua bentuk lain atas apa jua sebab. Nilai hadiah adalah betul pada masa pencetakan. Semua hadiah diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’.

6. Para peserta akan menanggung liabiliti dan tanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan di dalam Peraduan ini.

7. Dengan menyertai Peraduan ini, para peserta memberi keizinan untuk memberi maklumat peribadinya dan pihak Penganjur berhak menyiarkan, menggunakan nama dan/atau gambar pemenang serta penyertaan mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan dan setiap peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan ke atas penggunaan penyertaan tersebut oleh pihak Penganjur.

8. Pihak Penganjur mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan atau untuk berhubung dengan anda. Maklumat ini disimpan oleh pihak Penganjur dalam kaedah yang sesuai dengan data tersebut dan digunakan untuk memenuhi permintaan anda. Dengan mengemukakan maklumat peribadi anda, kami menganggap bahawa keizinan telah diberi kepada pihak Penganjur dan/atau agen-agen yang dilantik olehnya untuk menggunakan maklumat ini bagi tujuan pemasaran dan promosi yang terkini dan di masa hadapan serta untuk menambahbaikan produk-produk dan perkhidmatannya.

Sekiranya anda memaklumkan pihak Penganjur melalui talian pelanggannya di 1 800 88 8332 bahawa maklumat tersebut tidak patut digunakan sebagai asas untuk hubungan seterusnya, pihak Penganjur akan menghormati permintaan anda. Maklumat anda tidak akan diberi atau dikongsi dengan syarikat-syarikat/rakan-rakan lain untuk kegunaan bebas mereka.

9. Dengan menyertai Peraduan ini, para peserta harus bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat rasmi yang ditetapkan serta segala keputusan pihak Penganjur.

10. Pihak Penganjur berhak untuk meminda, membatal atau mengubahsuai Terma dan Syarat ini tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan para peserta akan terikat dengan perubahan tersebut.

11. Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

Download Borang Peraduan

sumber


2 Comments
  1. Aisyah Mustapha 4 years ago

    hai saya nak tanya…. apakah maksud resit pembelian tunggal??
    adakah pembayaran sunquick perlu dilakukan secara bersendirian dari barang lain??
    klu dikira dalam satu resit yang sama dengan barang lain akan diterimakah?

    • Author
      Contest 4 years ago

      Sila call no ini untuk maklumat lanjut 1 800 88 8332

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?