Pertandingan Menulis Esei Sempena Sambutan Hari Braille Sedunia 2016


Anda pandai Menulis esei? Sertai Pertandingan Menulis Esei Sempena Hari Braille Sedunia 2016 anjuran KL Braille Resources dan berpeluang memenagi hadiah wang tunai RM500.

Penyertaan pertandingan adalah terbuka kepada semua iaitu tidak dihadkan kepada OKU penglihatan sahaja.

Terdapat 2 kategori yang dipertandingkan iaitu kategori bawah 15 tahun dan kategori terbuka.

Semua orang adalah dijemput berkarya atas salah satu tajuk yang disenaraikan dan mengemukakannya kepada urusetia penganjur menurut syarat yang ditetapkan.

Tarikh Tutup Penyertaan: 30 November 2015.

Cara Penyertaan

Pilih salah satu tajuk dan Karang Esei seperti tajuk dibawah. Esei perlu dihantar dalam format Word menerusi emel KL Braille iaitu kl.braille.resource@gmail.com

Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan biodata ringkas penulis.

Esei hendaklah sampai kepada urusetia sebelum atau pada 30 November 2015.

 Tajuk esei bagi kategori bawah 15 tahun:

1. Mesin Braille Kesayanganku.
2. Pengalaman Saya Mempelajari Tulisan Braille.
3. Pentingnya Tulisan Braille Dalam Kehidupan Seharian Saya.

Panjang esei untuk kategori bawah 15 tahun hendaklah tidak kurang daripada 350 patah perkataan.

Tajuk esei bagi kategori terbuka:

1. Literasi Braille Membantu OKU Penglihatan Mengakses Ilmu Dan Maklumat.
2. Kemajuan Teknologi Braille Menjanjikan Masa Hadapan OKU Penglihatan Yang Lebih Baik.
3. Cabaran Dalam Usaha Penyediaan Bahan Bacaan Braille.

Panjang esei bagi kategori terbuka hendaklah tidak kurang daripada 1000 patah perkataan.

Hadiah

Hadiah wang tunai terkumpul berjumlah RM1,500 disediakan kepada 3 orang pemenang bagi setiap kategori. Esei terpilih akan dimuatkan dalam Majalah Bestari KL Braille serta buku program sambutan Hari Braille Sedunia 2016.

  • Hadiah Kategori Bawah 15 Tahun: 3x Pemenang RM500 Setiap Seorang.
  • Hadiah Kategori Terbuka: 3x Pemenang RM500 Setiap Seorang.

Syarat-Syarat Tambahan:

  1.  Penyertaan adalah secara percuma.
  2.  Seorang peserta boleh menghantar satu penyertaan sahaja.
  3. Peserta kategori bawah 15 tahun hendaklah berumur kurang dari 15 tahun pada tarik h 30 November 2015 dan penyertaannya disokong dengan cop sekolah.
  4.  Esei d itulis dalam Bahasa Melayu.
  5. Esei perlu dihantar dalam format Word menerusi emel KL Braille iaitu kl.braille.resource@gmail.com
  6.  Setiap penyertaan mestilah disertakan deng an biodata ringkas penulis.
  7. Esei hendaklah sampai kepada urusetia sebelu m atau pada 30 November 2015.
  8. Semua esei yang berjaya memenangi hadiah adalah menjadi hak milik penganjur.
  9. Penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan yang tidak memenuhi syarat.
  10. Keputusan panel juri adalah muktamad.

Sebarang pertanyaan mengenai pertandingan bolehlah diemelkan kepada kl.braille.resource@gmail.com ataupun berhubung terus dengan Urusetia Pertandingan, Siti Atikah Binti Ayob di talian 03-40322111.

Alamat: KL Braille Resources, No. 12-1, Jalan Pelangi 18, Taman Pelangi Jaya, 51000 Sentul, Kuala Lumpur.
Tel. no.: 03-40322111
Faks no.: 03-40323111
E-mail: kl.braille.resource@gmail.com
FB.: kl.braille.resources

sumber


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?