Peraduan Whatsapp & Menang Di Kedai Petronas MESRA


Dengan pembelian mana-mana produk Nestlé bernilai RM5 di Kedai Petronas Mesra (stesyen minyak petronas yang ada logo MESRA tu) semasa tempoh peraduan dalam satu resit dan asli anda boleh sertai peraduan ini.

Cara penyertaannya: Pada bahagian hadapan resit yang telah dibeli tu, tulis nama penuh dan nombor MyKad

Kemudian ambil gambar resit dan hantar melalui WhatsApp ke 013-677 7085 untuk mengambil bahagian dan berpeluang untuk menang.

Nasihat dari eMenang: Kalau anda teringin nak makan baru beli. jangan beli semata-mata untuk join peraduan ni sebab nanti kalau tak menang frust pulak.

Cara pemilihan Pemenang.

Hadiah mingguan dan bulanan dalam peraduan ini ditentukan berdasarkan no. siri yang dibahagikan. Kiaranya macam lucky drawlah.  Kalau hantar 1 penyertaan pun peluang nak menang hadiah tu tetap ada. 

Hadiah Utama pula iaitu RM10,000 untuk 2 pemenang akan diberikan kepada 2 peserta penyertaan terbanyak sepanjang tempoh peraduan. Ni rasanya orang yang suka makan produk Nestle je kut boleh menang.

Ingat nasihat dari eMenang, jangan beli semata-mata untuk join peraduan ini. Kalau ada keperluan beli baru beli.

cara penyertaan petronas

Klik pada gambar untuk besarkan

HADIAH
hadiah petronas

Hadiah Utama x 2:
Wang tunai RM10,000

Hadiah Bulanan x 2 (x 2 bulan):
Bulan 1 – Samsung Galaxy Tab A9.7
Bulan 2 – Berjenama Tablet 9.7 “16GB

Hadiah Mingguan x 20 (x 8 minggu):
Bernilai RM100 minyak PETRONAS percuma
Bernilai RM100 minyak PETRONAS percuma

Terma & Syarat

Penganjur & Kelayakan:
1. PERADUAN WHATSAPP & MENANG DI KEDAI MESRA [“Peraduan] dianjurkan oleh Nestlé Products Sdn. Bhd. [45229-H] [“Penganjur”] dan dibuka kepada semua penduduk sah Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas pada 01/09/2015 [setiap seorang dan secara kolektif “Peserta”]. Bukti dokumen pengenalan mungkin diperlukan.

2. Individu berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini:

[a]. Kakitangan Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] dan ahli keluarga terdekat mereka
[suami/isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik (dan suami/isteri mereka)]; dan/atau

[b]. Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal khidmat pengiklanan dan/atau promosi Penganjur [termasuksyarikat bersekutu dan berkaitan masing-masing] dan ahli keluarga terdekat mereka [suami/isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik (dan suami/isteri mereka)].

3. Penganjur berhak untuk mengecualikan dan/atau membatalkan kelayakan Peserta yang tidak termasuk dalam kategori Peserta dan/atau yang melanggar Syarat dan Peraturan Peraduan.

Tempoh:
1. Peraduan akan diadakan dari 01/09/2015 hingga 31/10/2015 [“Tempoh Peraduan”]. Penganjur berhak secara mutlak untuk mengubah, menangguh, menjadualkan semula dan/atau melanjutkan Tempoh Peraduan dan/atau membatalkan /menamatkan Peraduan pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu.

Kriteria Kelayakan dan Penghantaran Penyertaan Melalui Pesanan WhatsApp:

1. Untuk menyertai Peraduan, beli sebarang produk NESTLÉ bernilai sekurang-kurangnya Ringgit Malaysia Lima [RM5.00] dalam satu resit tunggal dari mana-mana Kedai Mesra yang turut serta sepanjang Tempoh Peraduan. Dapatkan resit bercetak dengan bukti pembelian produk NESTLÉ, tulis nama & nombor MyKad anda pada resit [“POP”]. Tangkap
gambar POP, dan hantar gambar melalui Pesanan WhatsApp [“WAM”] ke 014-9823695. Penganjur TIDAK AKAN menghantar sebarang laporan perakuan untuk penyertaan WAM yang dihantar.

2. Setiap peserta layak menghantar lebih daripada satu [1] penyertaan WAM tetapi setiap penyertaan mesti disertakan dengan satu [1] POP unik dan memenuhi syarat penyertaan WAM sebagaimana yang dinyatakan. Setiap penyertaan WAM dikenal pasti mengikut nombor MyKad dan gambar POP yang dikemukakan dalam penyertaan WAM.

3. Semua penyertaan WAM yang diterima oleh Penganjur sepanjang Tempoh Peraduan yang lengkap, jika diluluskan dan disah layak oleh Penganjur, akan diberi nombor bersiri mengikut jumlah pembelian produk NESTLÉ dalam POP yang dikemukakan [setiap satu dan secara kolektif “Penyertaan WAM yang Layak”].

4. Penganjur berhak untuk meminta bukti POP untuk pengesahan. Peserta MESTI menyimpan POP asal yang dikemukakan dalam penyertaan WAM untuk pengesahan Pemenang dan penebusan Hadiah. Kegagalan untuk menunjukkan POP apabila diminta akan mengakibatkan pembatalan kelayakan dan Hadiah.

5. Penganjur juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kerosakan, kelewatan, kegagalan operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tanpa izin, atau perubahan komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau gangguan teknikal terhadap sebarang rangkaian atau talian telefon, laman web, sistem komputer dalam talian, pelayan atau penyedia perkhidmatan, peralatan komputer, sistem, peranti, perisian, kegagalan e-mel atau penerimaan penyertaan disebabkan oleh masalah teknikal atau kesesakan lalu lintas di internet atau perkhidmatan telekomunikasi.

Hadiah:
1. Peringkat 1 – Hadiah Mingguan:Terdapat dua puluh [20] Hadiah Mingguan untuk lapan [8] minggu berturut-turut. Terdapat sejumlah satu ratus enam puluh [160] Hadiah Mingguan untuk dimenangi sepanjang Tempoh Peraduan.

2. Tempoh mingguan adalah seperti berikut:

  • Minggu 1: 01/09 – 07/09/2015,
  • Minggu 2: 08/09 – 14/09/2015,
  • Minggu 3: 15/09 – 21/09/2015,
  • Minggu 4: 22/09 – 30/09/2015,
  • Minggu 5: 01/10 – 07/10/2015,
  • Minggu 6: 08/10 – 14/10/2015,
  • Minggu 7: 23/10 – 21/10/2015,
  • Minggu 8: 22/10 – 31/10/2015

3. Nombor bersiri yang diperuntukkan bagi Penyertaan Layak setiap minggu akan dikira untuk memperoleh jumlah besar yang kemudian akan dibahagikan dengan dua puluh [20] untuk mendapatkan nombor bersiri kemenangan bagi Hadiah Mingguan setiap minggu. Jika nombor mempunyai nilai perpuluhan, nombor bersiri kemenangan akan dibundarkan ke
bawah kepada nombor bulat paling dekat, lebih rendah yang dihasilkan daripada pembahagian tersebut.

Sebagai contoh:
Jika jumlah nombor bersiri Penyertaan Layak bagi minggu tersebut ialah 889, maka 889 akan dibahagikan dengan 20, yang bersamaan dengan 44.4, yang seterusnya akan dibundarkan ke bawah kepada 44. Nombor pengganda dalam kes ini ialah 44. Seramai dua puluh [20] Peserta bagi minggu tersebut yang ditetapkan nombor bersiri dengan gandaan 44 iaitu 44, 88, 132, 176 dan seterusnya akan diisytiharkan sebagai Pemenang Hadiah Mingguan bagi minggu tersebut.

4. Setiap Pemenang yang terpilih akan memenangi Hadiah Mingguan berupa wang tunai Ringgit Malaysia Satu Ratus
[RM100].

5. Peserta hanya boleh memenangi satu [1] Hadiah Mingguan setiap minggu dan maksimum dua [2] Hadiah Mingguan sepanjang Tempoh Peraduan. Sekiranya terdapat Pemenang berulang, nombor bersiri selepas nombor bersiri Pemenang berulang akan diisytiharkan sebagai Pemenang Hadiah Mingguan tersebut.

6. Peringkat 2 – Hadiah Bulanan:
Terdapat dua [2] Hadiah Bulanan untuk dua [2] bulan berturut-turut. Terdapat sejumlah empat [4] Hadiah Bulanan untuk
dimenangi sepanjang Tempoh Peraduan.

7. Tempoh bulanan adalah seperti berikut:

  • Bulan 1: 01/09 – 30/09/2015,
  • Bulan 2: 01/10 – 31/10/2015

8. Nombor bersiri yang diperuntukkan bagi Penyertaan Layak setiap bulan akan dikira untuk memperoleh jumlah besar yang kemudian akan dibahagikan dengan dua [2] untuk mendapatkan nombor bersiri kemenangan bagi Hadiah Bulanan setiap bulan. Jika nombor mempunyai nilai perpuluhan, nombor bersiri kemenangan akan dibundarkan ke
bawah kepada nombor bulat paling dekat, lebih rendah yang dihasilkan daripada pembahagian tersebut.

Sebagai contoh:
Jika jumlah nombor bersiri Penyertaan Layak bagi bulan tersebut ialah 9889, maka 9889 akan dibahagikan dengan dua [2], yang bersamaan dengan 4944.5, yang seterusnya akan dibundarkan ke bawah kepada 4944. Nombor pengganda dalam kes ini ialah 4944. Dua [2] Peserta bagi bulan tersebut yang ditetapkan nombor bersiri dengan gandaan 4944 iaitu 4494 dan 9888 akan menjadi Pemenang Hadiah Bulanan bagi bulan tersebut.

9. Pemenang yang terpilih bagi Bulan 1 akan memenangi Hadiah Bulanan berupa sebuah Samsung Galaxy Tab A9.7 setiap seorang dan pemenang yang terpilih bagi Bulan 2 akan memenangi Hadiah Bulanan berupa sebuah iPad Air 2 (16GB Wi) setiap seorang.

10. Peserta hanya boleh memenangi satu [1] Hadiah Bulanan dan maksimum dua [2] Hadiah Bulanan sepanjang Tempoh Peraduan. Sekiranya terdapat Pemenang berulang, nombor bersiri selepas nombor bersiri Pemenang berulang akan diisytiharkan sebagai Pemenang Hadiah Bulanan tersebut.

11. Peringkat 3 – Hadiah Utama: Terdapat sejumlah dua [2] Hadiah Utama untuk dimenangi sepanjang Tempoh Peraduan.

12. Pada akhir Tempoh Peraduan, semua Penyertaan Layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan akan dikira dan diteliti untuk menentukan dua [2] Peserta yang mengemukakan paling banyak Penyertaan Layak.

13. Dua [2] Peserta yang mengemukakan paling banyak Penyertaan Layak akan memenangi Hadiah Utama berupa Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu [RM10000] tunai setiap seorang. Peserta hanya boleh menang satu [1] Hadiah Utama.

Liabiliti & Tanggungjawab:
1. Semua pemenang akan menerima pemberitahuan melalui pos. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya pemberitahuan pos tidak diterima atau lewat diterima oleh Pemenang. Pemenang mesti mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak yang mengatur dan/atau menyediakan semua Hadiah dan juga terma dan syarat yang disertakan bersama semua Hadiah berkenaan, jika ada. Senarai pemenang akan diumumkan di laman web Penganjur [www.nestle.com.my].

2. Pemenang dan/atau waris mereka hendaklah bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan [termasuk kehilangan nyawa] akibat mengambil bahagian dalam Peraduan, menuntut dan/atau menggunakan Hadiah dan bersetuju untuk melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan Penganjur daripada sebarang liabiliti.

3. Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain yang berkaitan untuk menyertai Peraduan dan menuntut Hadiah adalah tanggungjawab Pemenang sepenuhnya.

Hak Penganjur:
1. Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menilai semula dan mengubah proses pemilihan Pemenang Hadiah yang terkandung di dalam ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Keputusan pengadil adalah muktamad dan tiada surat-menyurat akan dilayan selepas itu.

2. Penganjur berhak, atas budi bicara mutlaknya, menggantikan mana-mana Hadiah dengan hadiah lain yang senilai dengannya, pada bila-bila masa, tanpa memberi notis terlebih dahulu. Hadiah tidak boleh dipindah milik dan semua hadiah diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’ dan tidak boleh ditukarkan dengan wang tunai, kredit, barangan lain atau baucar, sama ada secara sebahagian atau sepenuhnya.

3. Dengan menyertai Peraduan ini, semua Peserta bersetuju dan memperakui bahawa semua hak milik intelektual padanya menjadi milik Penganjur dan setiap Peserta membenarkan Penganjur mengumpul, menggunakan, memproses dan/atau mendedahkan mana-mana dan semua maklumat peribadi Peserta termasuk tanpa terhad kepada nama, gambar atau imej Peserta untuk tujuan Peraduan, termasuk aktiviti pengiklanan, publisiti, pemasaran dan promosi yang dijalankan dengan cara yang dianggap sesuai oleh Penganjur, dalam mana-mana media dan tanpa pampasan, pemberitahuan atau kebenaran tambahan, dan sebarang aktiviti sampingan lain yang berkaitan dengan Peraduan. Pemenang tidak berhak membuat tuntutan pemilikan atau mendapat sebarang bentuk pampasan untuk bahan tersebut.

Perlindungan Data:
1. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta memberi kebenaran kepada Penganjur untuk memproses data peribadi Peserta yang diberikan dalam borang penyertaan untuk tujuan Peraduan termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan di Halaman Peminat dan Laman Web.

2. Pada masa tertentu, Penganjur boleh melantik pihak ketiga untuk memproses butir-butir peribadi Peserta. Semua pihak ketiga tersebut mempunyai kewajipan di bawah kontrak untuk tidak menggunakan data peribadi Peserta. Semua pihak ketiga diwajibkan di bawah kontrak untuk tidak menggunakan data peribadi Peserta dengan sebarang cara lain kecuali yang ditetapkan di dalam ini.

3. Di bawah undang-undang Malaysia, hak Peserta termasuk:

[a]. hak untuk menarik balik persetujuan anda terhadap penggunaan butiran peribadi anda dengan menghubungi Penganjur di pdpa@omniteam.com.my dan memberikan nama dan alamat e-mel Peserta supaya Penganjur boleh mengeluarkan butiran berkenaan.

[b]. hak untuk mendapatkan salinan data peribadi mengenai Peserta yang dipegang oleh Penganjur [pihak Penganjur berhak untuk mengenakan sedikit yuran untuk menunaikan hak ini].

[c]. hak untuk membetulkan data peribadi tidak tepat mengenai anda yang dipegang oleh Penganjur.

4. Jika Peserta mahu membangkitkan sebarang isu perlindungan data dengan Penganjur, atau melaksanakan sebarang hak di bawah undang-undang, sila hubungi Penganjur di pdpa@omniteam.com.my.

5. Penganjur mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya untuk memastikan data peribadi Peserta terlindung, dan menetapkan syarat kepada pemproses data pihak ketiga untuk berbuat demikian. Perhatian bahawa Penganjur boleh memberikan data peribadi Peserta jika perlu berbuat demikian di bawah undang-undang, menerusi waran geledah,
sepina atau perintah mahkamah.

6. Untuk meneliti sepenuhnya Notis Privasi, anda boleh ke laman http://nestle.com.my/info/privacy_policy/privacy_bm
(untuk versi Bahasa Malaysia) dan http://nestle.com.my/info/privacy_policy (untuk versi Bahasa Inggeris).

Terma & Syarat:
1. Gambar Hadiah yang ditunjukkan dalam borang penyertaan Peraduan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin berbeza daripada hadiah sebenar.

2. Syarat dan Peraturan Peraduan disediakan dalam beberapa bahasa. Sekiranya terdapat perkara yang tidak konsisten antara mana-mana versi Syarat dan Peraturan Peraduan, versi Bahasa Inggeris yang dipaparkan di laman web Penganjur hendaklah diguna pakai.

3. Syarat dan Peraturan Peraduan dan kaedah penyertaan Peraduan boleh dipinda dari masa ke masa dan akan diguna pakai berbanding sebarang peruntukan atau pernyataan yang terkandung dalam mana-mana bahan promosi atau pengiklanan lain bagi Peraduan. Peserta amat dinasihatkan supaya melayari laman web Penganjur dari masa ke masa
untuk memastikan mereka menyedari sebarang perkembangan dan perubahan yang dibuat.

4. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada Syarat dan Peraturan Peraduan, serta keputusan Penganjur.


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2020 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?