Peraduan Dip & Win Lipton 2015


Berpeluang memenangi hadiah menarik dengan menyertai Peraduan Dip & Win Lipton 2015. Dalam peraduan ini ada satu hadiah Utama iaitu kereta Renault Megane R.S. 265 Sport.

Peserta yang menghantar uncang bersmiley terbanyak akan memenangi kereta Renault Megane R.S. 265 Sport yang bernilai RM 200,000.

Orang yang selalu minum teh Lipton sesuailah join peraduan ni.

Selain itu ada juga hadiah yang boleh ditebus serta merta iaitu 100 unit – Royal Albert Old Country Roses 16-Piece Tea Set bernilai RM4,599! Dyson AM06 Desk Fan bernilai RM1,099? (x1000 unit) dan Lipton Exclusive Tea Box – (50,000 unit) untuk tempat simpanan uncang teh .

Produk Lipton yang terlibat

  1. Lipton “Dip & Win” Teabags: LYL 100S atau 50S atau 25S (hanya produk yang mempunyai label peraduan “Dip & Win” Lipton sahaja)
  2. Lipton “Dip & Win” Potbags: P80 atau P40 atau P20 (hanya produk yang mempunyai label peraduan “Dip & Win” Lipton sahaja)

Penerangan Ringkas Cara Nak Join

Didalam Tea bags lipton yang anda beli tu akan tertera samaada no. 1,2,3 atau icon smiley  selepas anda merendam didalam air panas (masa anda celup tu).

  • Kalau tea bags yang ada rendam tu tertera no.1 anda boleh menebus Royal Albert Old Country Roses 16-Piece Tea Set.
  • Kalau tea bags yang ada rendam tu tertera no.2 anda boleh menebus Dyson AM06 Desk Fan.
  • Kalau tea bags yang ada rendam tu tertera no.3 anda boleh menebus Lipton Exclusive Tea Box.

*boleh tebus hadiah lebih daripada sekali, setiap borang penyertaan mesti dilekatkan 1 barkod

barkod lipton

Contoh Uncang Smiley icon Lipton

Kalau tea bags yang ada rendam tu tertera Smiley Icon Lipton anda tak dapat apa-apa tetapi jangan buang pulak kerana uncang Smiley Icon Lipton tu,  anda boleh kumpul dan gunakan uncang teh tu  untuk hantar dalam peraduan ini. Daripada buang macam tu saja, baik hantar ppenyertaan, mana tau kut termenang hadiah kereta.

1 uncang bersmiley mewakili 1 point. Peserta yang menghantar uncang bersmiley terbanyak akan memenangi kereta Renault Megane R.S. 265 Sport yang bernilai RM 200,000.

Masa anda nak hantar uncang teh lipton tu, keringkan betul-betul dan letakkan dalam plastik lutsinar kemudian masukan dalam sampul bersama borang peraduan yang telah dilengkapkan.

Anda jangan risau  jika no. atau smiley icon pada uncang tu pudar (hilang) selepas dikeringkan, pihak juri akan rendam semula nanti semasa proses pengesahan.

cara penyertaan lipton

Nasihat dari eMenang: Kalau anda nak minum atau ada keperluan nak beli teh Lipton ni, baru beli. Jangan beli semata-mata untuk join peraduan sebab nati kalau tak menang hadiah frust pulak.

HADIAH

hadiah lip dip

TERMA DAN SYARAT

Sila baca terma-terma dan syarat-syarat ini dengan teliti sebelum anda menyertai Peraduan ini. Dengan menyertai, anda dianggap telah menerima dan bersetuju untuk mematuhi terma-terma dan syarat-syarat ini. Penganjur berhak untuk mengubahsuai Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa tanpa perlu memberi notis terlebih dahulu.
1. MAKLUMAT PERADUAN
Peraduan ‘Dip & Win’ Lipton 2015 (“Peraduan”) ini dianjurkan oleh Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd (Co. No. 1532-V) (“Penganjur”). Peraduan ini bermula pada 1 September 2015 dan berakhir pada 30 November 2015 (“Tempoh Peraduan”).

Penganjur berhak untuk mengubah, melanjutkan atau menamatkan Tempoh Peraduan menurut budi bicaranya, sekiranya ia tidak menerima bilangan penyertaan yang sah yang mencukupi atau sekiranya Peraduan ini tidak dapat diteruskan atas sebab apa sekalipun atau atas sebab-sebab lain menurut Terma dan Syarat Peraduan ini.
2. KELAYAKAN
Peraduan ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas (pada tarikh penyertaan dalam peraduan ini) dan memiliki Kad Pengenalan Malaysia yang sah (“Peserta”).

Sekiranya Peserta berumur kurang daripada 18 tahun pada tarikh penyertaan, Peserta dikehendaki untuk mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa/penjaga mereka sebelum menyertai Peraduan ini dan dikehendaki untuk mengemukakan surat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga sah mereka, apabila diminta oleh Penganjur. Para kakitangan, pemegang syer, pegawai, pengarah, ejen, pengedar dan wakil Penganjur serta setiap syarikat induk mereka, sekutu, bahagian, anak syarikat, ejen, wakil serta agensi Peraduan dan pengiklanan, termasuk ahli-ahli keluarga terdekat (tidak kira di mana mereka menetap) dan mereka yang menetap bersama-sama dengan ahli-ahli keluarga terdekat individu tersebut (sama ada berkaitan atau tidak), tidak layak untuk menyertai Peraduan ini.

Para Peserta dikehendaki untuk membeli produk-produk Lipton yang mengambil bahagain (sila rujuk Jadual Pembelian di bawah). Penganjur mungkin memerlukan Peserta mengemukakan Bukti Pembelian untuk menebus hadiah sekiranya Peserta tersebut terpilih sebagai pemenang.

Penganjur berhak untuk menyingkirkan mana-mana Peserta yang tidak mematuhi mana-mana Terma dan Syarat Peraduan ini atau sekiranya Penganjur berpendapat bahawa Peserta tersebut tidak mematuhi mana-mana kriteria penyertaan Penganjur.
3. KAEDAH PERADUAN
1. Untuk menyertai Peraduan ini dan layak untuk menang, peserta perlu membeli sebarang produk Lipton (lihat Jadual Bukti Pembelian) sepertimana yang terkandung di dalam borang peraduan dan di laman webwww.Facebook.com/LiptonMalaysia
2. Jadual Pembelian

  1. Lipton “Dip & Win” Teabags: LYL 100S atau 50S atau 25S (hanya produk yang mempunyai label peraduan “Dip & Win” Lipton sahaja)
  2. Lipton “Dip & Win” Potbags: P80 atau P40 atau P20 (hanya produk yang mempunyai label peraduan “Dip & Win” Lipton sahaja)

3.Peserta boleh menghantar seberapa banyak (borang) penyertaan dengan syarat setiap penyertaan mesti disertakan dengan produk (uncang teh) Lipton Teabags atau (uncang teko teh) Lipton Potbags yang mengandungi angka bernombor 1, 2 , 3 atau icon Muka Smiley.

4. Peserta boleh menghantar lebih daripada SATU uncang teh (yang sah) Lipton Teabags atau Lipton Potbags di dalam satu borang penyertaan.

  1. Produk (uncang teh) Lipton Teabags dan (uncang teko teh) Lipton Potbags yang dihantar mestilah dikeringkan sepenuhnya terlebih dahulu dan diletakkan di dalam beg plastik lutsinar.
  2. Uncang Lipton Teabags dan Potbags yang kotor / basah / tidak kering sepenuhnya akan dibatalkan.

5. Peserta boleh menghantar lebih daripada SATU uncang teh (yang sah) Lipton Teabags atau Lipton Potbags di dalam satu borang penyertaan.

  1. Setiap borang penyertaan mestilah disertakan dengan satu (1) kod bar produk Lipton yang sah.
  2. Bagi penghantaraan (uncang teh) Lipton Teabags dan/atau (uncang teko teh) Lipton Potbags yang mengandungi icon Muka Smiley, peserta hanya boleh menghantar maksima 100 uncang teh di dalam satu borang penyertaan (berserta kod bar yang sah).

6. Sila rujuk frasa 4.1 untuk Jadual Hadiah yang diperolehi dari setiap uncang teh Lipton Teabags dan Lipton Potbags yang mempunyai nombor ataupun icon Smiley.

7. Salinan borang penyertaan juga diterima, tetapi mesti di sertakan dengan uncang teh Lipton Teabags dan uncang teko teh Lipton Potbags yang mempunyai nombor ataupun icon Smiley yang sah.

8. Peserta boleh menyertai Peraduan ini melalui cara seperti yang diterangkan di bawah:
9. Borang Penyertaan

10. Untuk penyerahan melalui borang penyertaan, para peserta perlu melengkapkan borang penyertaan dengan lengkap dan tepat. Borang penyertaan yang tidak lengkap akan dibatalkan.

  1. Peserta mesti menjawab BENAR atau PALSU pada soalan (di Langkah 1) yang tertera di borang peraduan.

11. Borang penyertaan mesti dihantar melalui POS BIASA SAHAJA ke alamat seperti berikut:

Peraduan ‘Dip&Win’ Lipton 2015, 
Peti Surat 8866, Pejabat Pos Kelana Jaya, 
46799 Petaling Jaya, Selangor.

12. Borang penyertaan yang diterima melalui sebarang kaedah penghantaran yang lain akan dibatalkan.

13. Bukti pengiriman pos tidak menandakan bukti penerimaan oleh pihak Penganjur.
14. Segala kos yang berkaitan dengan penyertaan peraduan ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta.

15. Setiap penyertaan yang lengkap dengan jawapan yang betul bersertakan uncang teh Lipton Teabags dan uncang teko teh Lipton Potbags yang mempunyai nombor ataupun icon Smiley yang sah akan diterima sebagai penyertaan yang layak.

  1. Setiap uncang teh Lipton yang bernombor 1, 2 atau 3 (yang diperolehi) dapat ditukar dengan hadiah peraduan (sila rujuk frasa 4.1 untuk Jadual Hadiah).
  2. Setiap uncang teh Lipton yang mempunyai icon Smiley akan diambilkira sebagai 1 (SATU) mata peraduan.

16. Nombor 1, 2, 3 atau icon Smiley akan muncul (jika ada) selepas merendam uncang teh Lipton ke dalam air panas. Contoh seperti gambarajah berikut:

  • smiley.jpg
  • Sekiranya berlaku di mana jumlah mata icon Smiley yang diperolehi di antara para peserta adalah seri, maka peserta-peserta tersebut dikehendaki menghadirkan diri pada sesi soaljawab yang dianjurkan oleh pihak penganjur untuk menentukan pemenangnya.

4. HADIAH-HADIAH PEMENANG & PENEBUSAN HADIAH

1. Hadiah-hadiah Peraduan:

  1. Uncang teh Lipton Teabags atau uncang teko teh Lipton Potbags yang mempunyai angka 1: Set Royal Albert Old Country Roses x 100 set
  2. Uncang teh Lipton Teabags atau uncang teko teh Lipton Potbags yang mempunyai angka 2: Dyson Air Multiplier 25cm x 1000 unit
  3. Uncang teh Lipton Teabags atau uncang teko teh Lipton Potbags yang mempunyai angka 3: Kotak Lipton Edisi Terhad x 50,000 unit
  4. Uncang Lipton Teabags atau uncang teko teh Lipton Potbags yang mempunyai icon Smiley (dengan jumlah jawapan yang tepat dan mempunyai mata (terkumpul) tertinggi akan memenangi sebuah kereta berjenama Renault (Megane R.S. 265 Sport, tidak termasuk insuran dan cukai jalan)

2. Setiap Pemenang layak untuk memenangi lebih dari SATU (1) hadiah peraduan.
3. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, ditukar, dan tiada pilihan wang tunai.
4. Semua keputusan hakim adalah muktamad dan tiada sebarang koresponden atau soalan akan dilayan.

5. Penganjur berhak untuk menukar hadiah-hadiah tersebut dengan hadiah-hadiah lain yang setara nilai sekiranya hadiah-hadiah yang disebutkan tiada dalam stok.

6. Para Peserta dikehendaki untuk mengemukakan bukti identiti semasa atau menjelang penebusan hadiah untuk tujuan pengesahan. Bentuk-bentuk bukti identiti yang diterima oleh Penganjur hanya seperti berikut: Kad Pengenalan Malaysia/Pasport/Lesen Memandu. Kegagalan untuk mengemukakan sebarang bukti identiti memberikan hak kepada Penganjur untuk menyingkirkan Peserta/Pemenang tersebut.
7. Penganjur akan menghubungi Pemenang melalui butiran atau alamat emel yang diberikan semasa proses penghantaran penyertaan. Para Peserta digalakkan untuk memastikan nombor-nombor hubungan mereka aktif, dan sentiasa memeriksa akaun emel mereka.

8. Semua Peserta mesti menuntut hadiah-hadiah mereka dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas dihubungi Penganjur (melalui emel atau sebarang bentuk perhubungan yang lain). Sekiranya Pemenang gagal untuk menuntut hadiah mereka atau mencalonkan wakil dalam tempoh yang diberikan, Penganjur berhak untuk melucutkan hadiah-hadiah tersebut atau memberikannya kepada Pemenang lain. Para Pemenang mesti mengemukakan bukti identiti mereka untuk menebus/menerima hadiah.

9. Sekiranya Pemenang mencalonkan wakil untuk menebus hadiah-hadiah tersebut bagi pihak mereka, wakil tersebut perlu membawa bersama surat kebenaran yang ditandatangani oleh Pemenang, salinan bukti identiti Pemenang, dan bukti identiti wakil tersebut. Sekiranya Pemenang atau wakilnya tidak dapat menuntut hadiah-hadiah tersebut dalam masa 30 hari, Pemenang akan disingkirkan secara automatik. Penganjur berhak untuk melucutkan hadiah tersebut atau memberikannya kepada Peserta/Pemenang lain.
5. HAK-HAK PENGANJUR
1. Peserta bersetuju bahawa semua bahan-bahan penyertaan oleh Peserta untuk Peraduan ini menjadi milik Penganjur. Di mana terpakai, hak cipta dan hak milik intelektual (termasuk hak-hak moral) termasuk tetapi tidak terhad kepada bahan-bahan digital atau bukan digital (cth: video dan gambar) menjadi milik Penganjur.
2. Penganjur berhak untuk menerbitkan, menggunakan nama-nama, foto-foto, gambar-gambar dan/atau video-video yang dihantar oleh Peserta/Pemenang atau yang berkenaan Peserta/Pemenang untuk tujuan pengiklanan, pemasaran, dan publisiti, tanpa perlu memberi notis terlebih dahulu atau pampasan kepada Peserta/Pemenang. Pemenang tidak layak untuk menuntut hak milik atau sebarang pampasan lain untuk bahan-bahan tersebut.

3. Sekiranya atas apa-apa sebab sekalipun Peraduan ini tidak dapat diteruskan sebagaimana yang dirancang kerana apa-apa sebab yang tidak terhad kepada jangkitan virus computer, pepijat, pengacauan, campur tangan tanpa kebenaran, penipuan, kegagalan teknikal, atau sebarang sebab lain di luar kuasa Penganjur yang merosakkan atau mengganggu penyeliaan, keselamatan, keadilan, kewibawaan, atau kelakuan wajar Peraduan ini, penganjur berhak, atas budi bicaranya, untuk menyingkirkan mana-mana individu yang mengganggu proses penyertaan, dan/atau membatalkan, menamatkan, mengubah, atau menggantung Peraduan ini. Sekiranya Penganjur memilih untuk membatalkan atau menamatkan Peraduan ini, Penganjur tidak akan memegang mana-mana hak cipta dalam mana-mana penyertaan.
4. Penganjur berhak, menurut budi bicaranya, untuk menyingkirkan atau melucutkan mana-mana Peserta dan/atau penyertaan yang dianggap (menurut budi bicara Penganjur) kurang senonoh atau tidak sesuai untuk tatapan umum, atau dianggap atau disyaki menipu/menggodam/mengganggu proses penyertaan Peraduan ini, operasi Peraduan ini atau melanggar mana-mana Terma dan Syarat Peraduan ini. Penganjur berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang dipercayai terlibat dengan aktiviti-aktiviti penipuan atau aktiviti-aktiviti lain yang memudaratkan Peraduan ini, Penganjur atau proses penyertaan Peraduan.
5. Penganjur berhak untuk mengubah Terma dan Syarat Peraduan ini pada bila-bila masa menurut budi bicaranya tanpa memberi notis terdahulu.
6. LIABILITI & TANGGUNGJAWAB
1. Kecuali disebutkan selainnya, semua kos pengangkutan, caj internet, kos peribadi dan/atau kos-kos lain, yuran dan/atau apa sahaja perbelanjaan lain yang ditanggung oleh para Peserta berkaitan dengan Peraduan ini (sama ada untuk tujuan penyertaan, melibatkan diri dalam atau menerima apa sahaja faedah atau hadiah daripada Peraduan ini) atau untuk tujuan penebusan hadiah atau perjalanan berkaitan adalah tanggungjawab Pemenang sepenuhnya, dan Penganjur, sekutunya, ejen sah atau agensi terlibat tidak bertanggungjawab atas kos-kos/caj-caj/yuran-yuran/perbelanjaan-perbelanjaan ini.
2. Penganjur, sekutu-sekutunya, pihak ketiga yang sah dan agensi-agensi terlibat tidak bertanggungjawab untuk penyertaan-penyertaan yang hilang, rosak, lambat semasa penghantaran, atau disebabkan keralatan komputer, IT atau teknologi. Peserta bertanggungjawab untuk memastikan penyertaannya mematuhi semua terma dan syarat Peraduain ini, peraturan Peraduan ini dan penyertaannya sampai ke Penganjur dalam bentuk yang dikehendaki oleh Penganjur.
3. Dengan menyertai Peraduan ini, semua peserta bersetuju untuk membebaskan, melepaskan, dan tidak mempertanggungjawabkan Penganjur, sekutu-sekutu dan agensi-agensinya, serta para kakitangan, pegawai, pengarah, dan wakilnya daripada sebarang tuntutan, kerugian atau kerosakan berpunca daripada atau berkaitan dengan penyertaan mereka dalam Peraduan ini (termasuk tetapi tidak terhad kepada, sebarang keralatan dalam pengiraan sebarang transaksi, sebarang kerosakan atau kepincangan dalam mana-mana system komputer atau peralatan), sebarang aktiviti berkaitan Peraduan dan penerimaan dan/atau penggunaan, penyalahgunaan, atau pemilikan sebarang hadiah yang diberikan. Penganjur berhak untuk mengubah Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu.
7. UNDANG-UNDANG DAN BIDANG KUASA
Peraduan ini dan Terma dan Syaratnya tertakluk di bawah undang-undang Malaysia, dan setiap peserta bersetuju untuk menyerahkan sebarang tuntutan, pertikaian atau kontroversi kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah-mahkamah di Malaysia.
8. NOTIS PRIVASI & PERSETUJUAN
Maklumat peribadi anda, termasuk tanpa had kepada data peribadi yang diperolehi daripada anda secara langsung apabila anda memberikan kami maklumat peribadi, contohnya apabila anda mendaftar untuk pertandingan/peraduan dan/atau pameran bergerak kami, membeli produk atau perkhidmatan dari kami, mendaftar untuk menerima maklumat, menggunakan aplikasi kami, mengisi kaji selidik, atau memberi komen atau membuat siasatan, dan / atau sebarang kemas kini selanjutnya yang diberikan kepada kami oleh anda berhubung dengan maklumat peribadi anda (“Data peribadi”), akan diproses untuk tujuan penyertaan anda dalam pertandingan/peraduan dan/atau pameran bergerak kami, untuk menyediakan anda dengan produk-produk atau perkhidmatan yang anda meminta daripada kami, untuk menyediakan anda dengan terlebih dahulu notis peristiwa masa depan, untuk bertindak balas kepada pertanyaan, untuk memberikan anda maklumat mengenai produk, perkhidmatan dan/atau siaran baru yang mungkin menarik minat anda , menjemput anda dan langganan anda untuk surat berita kami, dan/atau untuk tujuan pengauditan dalam kes-kes di mana terdapat pertikaian (secara kolektif, “Tujuan”).

 

Kami juga ingin memaklumkan kepada anda bahawa Data Peribadi anda mungkin didedahkan kepada pihak ketiga, seperti kepada ibu pejabat kami, pejabat serantau, anak-anak syarikat, sekutu dan/atau ahli dalam kumpulan Unilever syarikat-syarikat, dan/atau pembekal perkhidmatan kami, yang mungkin yang terletak di luar Malaysia, atas sebab-sebab yang berkaitan dengan Tujuan . 

Jika anda ingin mengakses, membetul, menghad atau mengemas kini Data Peribadi anda, atau membuat sebarang pertanyaan atau aduan mengenai pemprosesan maklumat, sila hubungi kami melalui: Pegawai Data Peribadi, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Aras 33-35, Menara TM, Jalan Pantai Baru, 59200 Kuala Lumpur. Tel: 03-2246 2188; Faks: 03-2282 1048; E-mel: Pdpa.Malaysia@Unilever.com 

Harap maklum bahawa kami perlu mendapatkan dan memproses data peribadi anda bagi tujuan kempen ini. Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana kami memproses data peribadi anda, sila lawati Polisi Privasi kami di: 

http://www.unilever…./privacypolicy/
http://www.unilever….cm77-371587.pdf

 

Download Borang Peraduan

 

Sumber


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2020 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?