Peraduan Lagi Sihat Lagi Happy Bersama Nestlế


Dengan pembelian mana-mana 3 produk Nestle yang turut dalam 1 resit pembelian anda boleh menyertai Peraduan Lagi Sihat Lagi Happy Bersama Nestlế .

Contohnya macam ni, anda pergi pasaraya atau kedai yang ada resit bercetak . Kemudian masa anda shopping tu anda ada beli beli Mi Maggi Kari, coklat Kit Kat dan Milo.

Jadi anda dah boleh guna resit pembelian tu untuk join peraduan ni (isi borang peraduan dan serta resit tersebut kemudian hantar borang penyertaan). Selepas boang peraduan tu disemak oleh juri, nanti borang tersebut akan diberi 1 no. bersiri.

Kalau anda ada beli kombinasi 9 produk Nestle berlainan dalam 1 resit pembelian, borang anda akan diberikan 3 no.bersiri.

Contohnya anda ada beli Nescafe, Milo, Mi Maggi, Nestle Corn Flakes, Koko Krunch, Kit Kat, Nestum, Ice Cream Nestle dan minuman Yogurt Bliss dalam 1 resit, resit tu anda boleh gunakan untuk sertai peraduan ini dan nanti borang anda anda akan diberikan 3 no. bersiri (penganjur akan cop masa proses pemilihan pemenang).

No.bersiri  ni nanti akan digunakan untuk memilih pemenang, kiranya macam lucky draw lah.

Anda boleh hantar penyertaan dalam peraduan ini dengan 2 cara:

  1. Melalui pos biasa:  Dapatkan borang peraduan di kedai atau pasaraya berdekatan anda atau download di website,  Boleh juga Isi Borang secara Online kemudian print) selepas print hantar macam biasa  bersama resit pembelian.
  2. Masukkan borang anda yang lengkap ke dalam kotak penyertaan yang disediakan di kedai-kedai terpilih pada tarikh yang dinyatakan.

Tempoh peraduan : 25 Ogos 2015 hingga 30 September 2015

Cara Pemilihan Pemenang.

Semua borang penyertaan yang diterima oleh Penganjur sepanjang Tempoh Peraduan yang lengkap dengan butir-butir dikehendaki, BP dan jawapan betul, jika diluluskan oleh Penganjur, akan diberi nombor bersiri menurut bilangan produk-produk NESTLẾ yang dibeli berdasarkan BP yang dikemukakan [setiap satu dan secara kolektif “Penyertaan Layak”].

Hadiah Mingguan
1. Hadiah Mingguan untuk Peraduan dibahagi kepada dua [2] peringkat. Tempoh mingguan adalah seperti berikut:

  • Minggu 1: 25/08 – 31/08/2015
  • Minggu 2: 01/09 – 07/09/2015
  • Minggu 3: 08/09 – 14/09/2015
  • Minggu 4: 15/09 – 21/09/2015
  • Minggu 5: 22/09 – 30/09/2015

Peringkat 1 – Hadiah Sagu Hati:
Terdapat satu ratus [100] Hadiah Sagu Hati untuk lima [5] minggu berturut-turut. Terdapat sejumlah lima ratus [500] Hadiah Sagu Hati untuk dimenangi sepanjang Tempoh Peraduan.
 
Nombor bersiri yang diperuntukkan bagi Penyertaan Layak setiap minggu akan disusun kira untuk memperoleh jumlah besar yang kemudian akan dibahagikan dengan seratus [100] untuk mendapatkan nombor bersiri kemenangan bagi Hadiah Sagu Hati setiap minggu. Jika nombor mempunyai nilai perpuluhan, nombor bersiri kemenangan akan dibundarkan ke bawah kepada nombor bulat paling dekat, lebih rendah yang dihasilkan daripada pembahagian tersebut. Sebagai contoh Jika jumlah nombor bersiri Penyertaan Layak bagi minggu tersebut ialah 8889, maka 8889 akan dibahagikan dengan 100, yang bersamaan dengan 88.8, dan seterusnya akan dibundarkan ke bawah kepada 88. Nombor pengganda dalam kes ini ialah 88. Seramai seratus [100] Peserta bagi minggu tersebut yang ditetapkan nombor bersiri dengan gandaan 88 iaitu 88, 176, 264, 352 dan seterusnya akan menjadi pemenang Hadiah Sagu Hati bagi minggu tersebut.
 
Setiap seorang Pemenang yang terpilih akan memenangi Hadiah Sagu Hati berbentuk Baucar Beli-Belah Barang Runcit bernilai Ringgit Malaysia Lima Ratus [RM500].

Setiap Peserta hanya boleh memenangi satu [1] Hadiah Sagu Hati setiap minggu dan maksimum dua [2] Hadiah Sagu Hati sepanjang Tempoh Peraduan. Sekiranya terdapat Pemenang berulang, nombor bersiri selepas nombor bersiri Pemenang berulang akan diisytiharkan sebagai Pemenang Hadiah Sagu Hati tersebut.

Peringkat 2 – Hadiah Utama:
Terdapat sepuluh [10] Hadiah Utama untuk lima [5] minggu berturut-turut. Terdapat sejumlah lima puluh [50] Hadiah Utama untuk dimenangi sepanjang Tempoh Peraduan.
 
Nombor bersiri yang diperuntukkan bagi Penyertaan Layak setiap minggu akan disusun kira untuk memperoleh jumlah besar yang kemudian akan dibahagikan dengan sepuluh [10] untuk mendapatkan nombor bersiri kemenangan bagi Hadiah Utama setiap minggu. Jika nombor mempunyai nilai perpuluhan, nombor bersiri kemenangan akan dibundarkan ke bawah kepada nombor bulat paling dekat, lebih rendah yang dihasilkan daripada pembahagian tersebut. Sebagai contoh Jika jumlah nombor bersiri Penyertaan Layak bagi minggu tersebut ialah 8889, maka 8889 akan dibahagikan dengan 10, yang bersamaan dengan 888.9, dan seterusnya akan dibundarkan ke bawah kepada 888. Nombor pengganda dalam kes ini ialah 888. Seramai sepuluh [10] Peserta bagi minggu tersebut yang ditetapkan nombor bersiri dengan gandaan 888 iaitu 888, 1776, 2664, 3552 dan seterusnya akan menjadi Pemenang Hadiah Utama bagi minggu tersebut.
 
Setiap Pemenang yang terpilih akan memenangi Hadiah Utama berbentuk Baucar Beli-Belah Barang Runcit untuk satu [1] tahun bernilai Ringgit Malaysia Dua Belas Ribu [RM12,000].

Nasihat dari eMenang: Jangan beli semata-mata untuk join peraduan ni, sebab nanti kalau tak menang frust pulak.

cara.jpg Klik pada gambar untuk besarkan
detail lagi happy
partipatant-brand.jpg

Hadiah

hadiah  mingguan

Syarat & Peraturan Peraduan

Penganjur & Kelayakan
1. Peraduan Lagi Sihat Lagi Happy Bersama NESTLẾ [“Peraduan] dianjurkan oleh Nestlé Products Sdn. Bhd. [45229-H] [“Penganjur”] dan dibuka kepada semua penduduk sah Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas pada 25/08/2015 [setiap seorang dan secara kolektif “Peserta”]. Bukti dokumen pengenalan mungkin diperlukan.
2. Individu berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini:

 

  • a. Kakitangan Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] dan ahli keluarga terdekat mereka [suami/isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik (dan suami/isteri mereka)]; dan/atau
  • b. Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal khidmat pengiklanan dan/atau promosi Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitan masing-masing] dan ahli keluarga terdekat mereka [suami/isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik (dan suami/isteri mereka)].

 

3. Penganjur berhak untuk mengecualikan dan/atau membatalkan kelayakan Peserta yang tidak termasuk dalam kategori Peserta dan/atau yang melanggar Syarat dan Peraturan Peraduan.

Tempoh
1. Peraduan akan diadakan dari 25/08/2015 hingga 30/09/2015 [“Tempoh Peraduan”]. Penganjur berhak secara mutlak untuk mengubah, menangguh, menjadualkan semula dan/atau melanjutkan Tempoh Peraduan dan/atau membatalkan/menamatkan Peraduan pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu.

Kriteria Kelayakan dan Penghantaran Penyertaan
1. Setiap pembelian mana-mana tiga [3] produk-produk NESTLẾ yang berlainan yang turut serta dalam satu resit rasmi yang jelas tertera dengan pembelian produk-produk NESTLẾ turut serta sepanjang Tempoh Peraduan sebagai Bukti Pembelian [“BP”] akan melayakkan Peserta menyertai Peraduan. Sila layari laman web: www.nestle.com.my untuk rangkaian jenama-jenama produk NESTLẾ yang lengkap yang mengambil bahagian.

2. Peserta dikehendaki melengkapkan borang penyertaan dengan butir-butir yang dikehendaki dan menjawab tiga [3] soalan yang ditunjukkan dalam borang penyertaan. Borang yang telah diisi dengan lengkap bersama dengan BP mesti dimasukkan dalam satu sampul surat dan dikirimkan melalui pos biasa ke alamat Peti Surat yang dinyatakan dalam borang penyertaan. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kiriman pos yang tidak diterima disebabkan tidak cukup setem pos atau alamat salah. Penyertaan yang diterima melalui khidmat penghantar surat, perkhidmatan kurier, Pos Laju dan/atau apa jua cara lain akan dibatalkan secara automatik. Bukti pos tidak boleh dijadikan bukti penerimaan oleh Penganjur.

3. Semua borang penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik. Borang penyertaan yang tidak lengkap, tidak boleh dibaca dan/atau tidak tepat, penyertaan dengan jawapan salah, penyertaan dengan BP tidak betul dan/atau cacat akan dibatalkan. Sampul surat yang mengandungi berbilang penyertaan dan/atau BP akan dibatalkan. Salinan foto borang penyertaan diterima.

4. Semua borang penyertaan yang diterima oleh Penganjur sepanjang Tempoh Peraduan yang lengkap dengan butir-butir dikehendaki, BP dan jawapan betul, jika diluluskan oleh Penganjur, akan diberi nombor bersiri menurut bilangan produk-produk NESTLẾ yang dibeli berdasarkan BP yang dikemukakan [setiap satu dan secara kolektif “Penyertaan Layak”].

Hadiah Mingguan
1. Hadiah Mingguan untuk Peraduan dibahagi kepada dua [2] peringkat. Tempoh mingguan adalah seperti berikut:

  • Minggu 1: 25/08 – 31/08/2015
  • Minggu 2: 01/09 – 07/09/2015
  • Minggu 3: 08/09 – 14/09/2015
  • Minggu 4: 15/09 – 21/09/2015
  • Minggu 5: 22/09 – 30/09/2015

Peringkat 1 – Hadiah Sagu Hati:
Terdapat satu ratus [100] Hadiah Sagu Hati untuk lima [5] minggu berturut-turut. Terdapat sejumlah lima ratus [500] Hadiah Sagu Hati untuk dimenangi sepanjang Tempoh Peraduan.
 
2. Nombor bersiri yang diperuntukkan bagi Penyertaan Layak setiap minggu akan disusun kira untuk memperoleh jumlah besar yang kemudian akan dibahagikan dengan seratus [100] untuk mendapatkan nombor bersiri kemenangan bagi Hadiah Sagu Hati setiap minggu. Jika nombor mempunyai nilai perpuluhan, nombor bersiri kemenangan akan dibundarkan ke bawah kepada nombor bulat paling dekat, lebih rendah yang dihasilkan daripada pembahagian tersebut. Sebagai contoh Jika jumlah nombor bersiri Penyertaan Layak bagi minggu tersebut ialah 8889, maka 8889 akan dibahagikan dengan 100, yang bersamaan dengan 88.8, dan seterusnya akan dibundarkan ke bawah kepada 88. Nombor pengganda dalam kes ini ialah 88. Seramai seratus [100] Peserta bagi minggu tersebut yang ditetapkan nombor bersiri dengan gandaan 88 iaitu 88, 176, 264, 352 dan seterusnya akan menjadi pemenang Hadiah Sagu Hati bagi minggu tersebut.
 
3. Setiap seorang Pemenang yang terpilih akan memenangi Hadiah Sagu Hati berbentuk Baucar Beli-Belah Barang Runcit bernilai Ringgit Malaysia Lima Ratus [RM500].

4. Setiap Peserta hanya boleh memenangi satu [1] Hadiah Sagu Hati setiap minggu dan maksimum dua [2] Hadiah Sagu Hati sepanjang Tempoh Peraduan. Sekiranya terdapat Pemenang berulang, nombor bersiri selepas nombor bersiri Pemenang berulang akan diisytiharkan sebagai Pemenang Hadiah Sagu Hati tersebut.

Peringkat 2 – Hadiah Utama:
Terdapat sepuluh [10] Hadiah Utama untuk lima [5] minggu berturut-turut. Terdapat sejumlah lima puluh [50] Hadiah Utama untuk dimenangi sepanjang Tempoh Peraduan.
 
5. Nombor bersiri yang diperuntukkan bagi Penyertaan Layak setiap minggu akan disusun kira untuk memperoleh jumlah besar yang kemudian akan dibahagikan dengan sepuluh [10] untuk mendapatkan nombor bersiri kemenangan bagi Hadiah Utama setiap minggu. Jika nombor mempunyai nilai perpuluhan, nombor bersiri kemenangan akan dibundarkan ke bawah kepada nombor bulat paling dekat, lebih rendah yang dihasilkan daripada pembahagian tersebut. Sebagai contoh Jika jumlah nombor bersiri Penyertaan Layak bagi minggu tersebut ialah 8889, maka 8889 akan dibahagikan dengan 10, yang bersamaan dengan 888.9, dan seterusnya akan dibundarkan ke bawah kepada 888. Nombor pengganda dalam kes ini ialah 888. Seramai sepuluh [10] Peserta bagi minggu tersebut yang ditetapkan nombor bersiri dengan gandaan 888 iaitu 888, 1776, 2664, 3552 dan seterusnya akan menjadi Pemenang Hadiah Utama bagi minggu tersebut.
 
6. Setiap Pemenang yang terpilih akan memenangi Hadiah Utama berbentuk Baucar Beli-Belah Barang Runcit untuk satu [1] tahun bernilai Ringgit Malaysia Dua Belas Ribu [RM12,000].
 
7. Setiap peserta hanya boleh memenangi satu [1] Hadiah Utama sepanjang tempoh Peraduan. Sekiranya terdapat Pemenang berulang, nombor bersiri selepas nombor bersiri Pemenang berulang akan diisytiharkan sebagai Pemenang Hadiah Utama tersebut.
 
8. Peserta hanya boleh memenangi salah satu [1] Hadiah setiap minggu. Sekiranya Peserta memenangi kedua-dua Hadiah Utama dan Hadiah Sagu hati dalam minggu yang sama, Pemenang secara automatik akan memenangi Hadiah Utama dan nombor bersiri selepas nombor bersiri Pemenang akan diisytiharkan sebagai Pemenang Hadiah Sagu Hati.

Hadiah Utama Cabaran Pusingan Akhir
1. Peraduan Lagi Sihat Lagi Happy Bersama NESTLẾ [“Peraduan] dianjurkan oleh Nestlé Products Sdn. Bhd. [45229-H] [“Penganjur”] dan dibuka kepada semua penduduk sah Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas pada 25/08/2015 [setiap seorang dan secara kolektif “Peserta”]. Bukti dokumen pengenalan mungkin diperlukan.

2. Nombor bersiri yang diperuntukkan bagi semua Penyertaan Layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan akan disusun kira untuk memperoleh jumlah besar yang kemudian akan dibahagikan dengan lapan [8] untuk mendapatkan lapan [8] nombor bersiri Finalis. Jika nombor mempunyai nilai perpuluhan, nombor bersiri akan dibundarkan ke bawah kepada nombor bulat paling dekat, lebih rendah yang dihasilkan daripada pembahagian tersebut. Sebagai contoh Jika jumlah semua nombor bersiri Penyertaan Layak ialah 8889, maka 8889 akan dibahagikan dengan 8, yang bersamaan dengan 1111.1, dan seterusnya akan dibundarkan ke bawah kepada 1111. Nombor pengganda dalam kes ini ialah 1111. Seramai lapan [8] Peserta yang ditetapkan nombor bersiri dengan gandaan 1111 iaitu 1111, 2222, 3333, 4444 dan seterusnya akan diisytiharkan sebagai Finalis.

3. Hanya Finalis dengan nama dan butir-butir yang ditulis pada borang penyertaan boleh menyertai Cabaran. Kelayakan penyertaan untuk Cabaran tidak boleh sama sekali dipindahkan. Finalis akan dihubungi melalui telefon, berdasarkan nombor yang diberikan dalam borang penyertaan dan akan diberitahu tentang butir-butir untuk penyertaan dalam Cabaran. Sekiranya terdapat mana-mana Finalis yang tidak dapat dihubungi selepas tiga [3] percubaan, menolak atau tidak dapat menyertai Cabaran atas apa jua sebab, penyertaan Finalis akan dibatalkan dan Peserta dengan nombor bersiri selepas nombor bersiri Peserta yang dibatalkan akan dipilih sebagai Finalis.
 
4. Hadiah Cabaran adalah sejumlah Ringgit Malaysia Satu Ratus Lima Puluh Ribu [RM150,000] tunai untuk dikongsi antara lapan [8] Finalis. Kesemua lapan [8] Finalis dikehendaki menyertai Cabaran yang ditetapkan oleh Penganjur untuk menentukan Hadiah Cabaran yang akan dimenangi oleh setiap seorang daripada mereka.

5. Bentuk Cabaran akan hanya dimaklumkan kepada Finalis semasa Cabaran. Sekiranya, selepas pengesahan penyertaan, Finalis gagal hadir pada hari Cabaran, penyertaan Finalis akan dibatalkan secara automatik.

Liabiliti & Tanggungjawab
1. Semua Pemenang akan menerima pemberitahuan melalui pos. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya pemberitahuan pos tidak diterima atau lewat diterima oleh Pemenang. Pemenang mesti mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak yang mengatur dan/atau menyediakan semua Hadiah dan juga terma dan syarat yang disertakan bersama semua Hadiah berkenaan, jika ada. Senarai pemenang akan diumumkan di laman web Penganjur [www.nestle.com.my].

2. Pemenang dan/atau warisnya hendaklah bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan [termasuk kehilangan nyawa] akibat mengambil bahagian dalam Peraduan, menuntut dan/atau menggunakan Hadiah dan bersetuju untuk melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan Penganjur daripada sebarang liabiliti.
 
3. Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain yang berkaitan untuk menyertai Peraduan dan menuntut Hadiah adalah tanggungjawab Pemenang sepenuhnya.

Hak Penganjur
1. Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menilai semula dan mengubah proses pemilihan pemenang Hadiah yang terkandung di dalam ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Keputusan pengadil adalah muktamad dan tiada surat-menyurat akan dilayan selepas itu.

2. Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya menggantikan mana-mana Hadiah dengan hadiah lain yang senilai dengannya, pada bila-bila masa, tanpa memberi notis terlebih dahulu. Hadiah tidak boleh dipindah milik dan semua hadiah diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’ dan tidak boleh ditukarkan dengan wang tunai, kredit, barangan lain atau baucar, sama ada secara sebahagian atau sepenuhnya.

3. Dengan menyertai Peraduan ini, semua Peserta bersetuju dan memperakui bahawa semua hak milik intelektual padanya menjadi milik Penganjur dan setiap Peserta membenarkan Penganjur mengumpul, menggunakan, memproses dan/atau mendedahkan mana-mana dan semua maklumat peribadi Peserta termasuk tanpa terhad kepada nama, gambar atau imej Peserta untuk tujuan Peraduan, termasuk aktiviti pengiklanan, publisiti, pemasaran dan promosi yang dijalankan dengan cara yang dianggap sesuai oleh Penganjur, dalam mana-mana media dan tanpa pampasan, pemberitahuan atau kebenaran tambahan, dan sebarang aktiviti sampingan lain yang berkaitan dengan Peraduan. Pemenang tidak berhak membuat tuntutan pemilikan atau mendapat sebarang bentuk pampasan untuk bahan tersebut.

Perlindungan Data
1. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta memberi kebenaran kepada Penganjur untuk memproses data peribadi Peserta yang diberikan dalam borang penyertaan untuk tujuan Peraduan termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan di Halaman Peminat dan Laman Web.
 
2. Pada masa tertentu, Penganjur boleh melantik pihak ketiga untuk memproses butir-butir peribadi Peserta. Semua pihak ketiga tersebut mempunyai kewajipan di bawah kontrak untuk tidak menggunakan data peribadi Peserta. Semua pihak ketiga diwajibkan di bawah kontrak untuk tidak menggunakan data peribadi Peserta dengan sebarang cara lain kecuali yang ditetapkan di dalam ini.
 
3. Di bawah undang-undang Malaysia, hak Peserta termasuk:

a. hak untuk menarik balik persetujuan anda terhadap penggunaan butiran peribadi anda dengan menghubungi Penganjur di pdpa@omniteam.com.my dan memberikan nama dan alamat e-mel Peserta supaya Penganjur boleh mengeluarkan butiran berkenaan.
 
b. hak untuk mendapatkan salinan data peribadi mengenai Peserta yang dipegang oleh Penganjur [pihak Penganjur berhak untuk mengenakan sedikit yuran untuk menunaikan hak ini].
 
c. hak untuk membetulkan data peribadi tidak tepat mengenai anda yang dipegang oleh Penganjur.
 
4. Jika Peserta mahu membangkitkan sebarang isu perlindungan data dengan Penganjur, atau melaksanakan sebarang hak di bawah undang-undang, sila hubungi Penganjur di pdpa@omniteam.com.my.

5. Penganjur mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya untuk memastikan data peribadi Peserta terlindung, dan menetapkan syarat kepada pemproses data pihak ketiga untuk berbuat demikian. Perhatian bahawa Penganjur boleh memberikan data peribadi Peserta jika perlu berbuat demikian di bawah undang-undang, menerusi waran geledah, sepina atau perintah mahkamah.
 
6. Untuk meneliti sepenuhnya Notis Privasi, anda boleh ke laman http://nestle.com.my…licy/privacy_bm (untuk versi Bahasa Malaysia) dan http://nestle.com.my…/privacy_policy (untuk versi Bahasa Inggeris).

Terma & Syarat
1. Gambar Hadiah yang ditunjukkan dalam borang Peraduan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin berbeza daripada hadiah sebenar.

2. Syarat dan Peraturan Peraduan disediakan dalam beberapa bahasa. Sekiranya terdapat perkara yang tidak konsisten antara mana-mana versi Syarat dan Peraturan Peraduan, versi Bahasa Inggeris yang dipaparkan di laman web Penganjur hendaklah diguna pakai.
 
3. Syarat dan Peraturan Peraduan dan kaedah penyertaan Peraduan boleh dipinda dari masa ke masa dan akan diguna pakai berbanding sebarang peruntukan atau pernyataan yang terkandung dalam mana-mana bahan promosi atau pengiklanan lain bagi Peraduan. Peserta amat dinasihatkan supaya melayari laman web Penganjur dari masa ke masa untuk memastikan mereka menyedari sebarang perkembangan dan perubahan yang dibuat.

4. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada Syarat dan Peraturan, serta keputusan Penganjur.

Download Borang Peraduan


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?