Pertandingan Menulis Esei 2015 (PAPTI)


Pertandingan Menulis Esei 2015 (PAPTI) ini terbuka kepada semua mahasiswa Malaysia di seluruh Indonesia.

Tajuk Esei ialah “Mahasiswa Malaysia Di Indonesia Penghubung Diplomatik Dua Negara Serumpun”.  Panjang esei tidak melebihi 2,500 patah perkataan .

Esei boleh dihantar kepada urus setia melalui e-mel: papti@ymail.com selewat-lewatnya pada 30 September 2015.

 Hadiah bagi pemenang pertandingan menulis esei ini

  • Hadiah Pertama : RM1,000.00 berserta sijil
  • Hadiah Kedua : RM750.00 berserta sijil
  • Hadiah Ketiga : RM500.00 berserta sijil

Hadiah akan disampaikan kepada pemenang  pada malam Himpunan Alumni Indonesia 2015 yang akan diadakan di The Everly, Putrajaya, pada 28 November ini

Info Pertandingan Menulis Esei 2015 (PAPTI)

PERSATUAN Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI) sebuah pertubuhan berdaftar yang menjadi wadah menghimpun bekas pelajar Malaysia yang pernah menuntut di instusi pengajian tinggi seluruh Indonesia sejak tahun 1970-an.

Kini, PAPTI sudah berusia 40 tahun, sudah cukup dewasa untuk mengorak langkah yang lebih jauh ke hadapan. Justeru, pada usia yang ke-40 ini PAPTI ingin meraikannya dengan cara yang tersendiri. Pelbagai kegiatan telah dirancang dengan tujuan memperkenalkan PAPTI kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia.

Antara kegiatan yang dirancang ialah menganjurkan pertandingan mengarang esei untuk mahasiswa yang masih menuntut di IPT di seluruh Indonesia. Oleh itu, PAPTI menjemput dan mengalu-alukan semua mahasiswa Malaysia di seluruh Indonesia yang berminat untuk menyertai pertandingan ini.

OBJEKTIF PERTANDINGAN:

  1. Memperkenalkan PAPTI kepada seluruh mahasiswa Malaysia yang masih menuntut di IPT di seluruh Indonesia.
  2. Memacu kesedaran mahasiswa Malaysia di Indonesia bahawa mereka juga bertanggungjawab sebagai “duta kecil” negara.
  3. Mencungkil bakat dalam bidang penulisan dan membudayakan perkongsian ilmu dalam kalangan mahasiswa.

HADIAH:

Hadiah Pertama : RM1,000.00 berserta sijil
Hadiah Kedua : RM750.00 berserta sijil
Hadiah Ketiga : RM500.00 berserta sijil

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:

  • Tajuk Esei: “MAHASISWA MALAYSIA DI INDONESIA PENGHUBUNG DIPLOMATIK DUA NEGARA SERUMPUN”
  • Penyertaan terbuka kepada semua mahasiswa Malaysia di Indonesia.
  • Esei ilmiah atau separa ilmiah berbentuk ekspositori atau eksplanatori yang berkaitan dengan tajuk.
  • Esei hendaklah karya asli, menggunakan bahasa Melayu dan belum pernah diterbitkan di mana-mana akhbar, majalah, jurnal, buku dan sebagainya
  • Panjang esei tidak melebihi 2,500 patah perkataan atau 15 halaman A4.
  • Esei hendaklah ditaip menggunakan tulisan jenis aksara Times New Roman ukuran 12, dengan langkau 1.5.
  • Esei boleh dihantar kepada urus setia melalui e-mel: papti@ymail.com selewat-lewatnya pada 30 September 2015.
  • Bukti penghantaran tidak boleh dianggap sebagai bukti penerimaan. Pihak urus setia tidak akan bertanggungjawab terhadap kiriman yang tidak sampai.
  • Penyertaan hendaklah disertakan dengan nama penuh, no. kad pengenalan, dan nama IPT tempat pengajian.
  • Keputusan panel penilai adalah muktamad.
  • Esei akan menjadi hak milik PAPTI dan urus setia berhak untuk menggunakannya, menyunting dan menyiarkannya dalam mana-mana penerbitan.
  • Urus setia berhak untuk meminda syarat-syarat pertandingan tanpa memaklumkan kepada peserta terlebih dahulu.
  • Hanya peserta yang berjaya sahaja akan dihubungi oleh pihak urus setia.
  • Hadiah-hadiah pemenang akan disampaikan pada malam Himpunan Alumni Indonesia 2015 yang akan diadakan di The Everly, Putrajaya, pada 28 November ini.

Jika ada sebarang soalan dn info terbaru  berkaitan pertandingan menulis esei ini boleh layari SINI

sumber


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?