Peraduan Teka Silang Kata Hacks 2015


Lama tak update peraduan.. hehe.. Hari ni nak share Peraduan Teka Silang Kata Hacks 2015.

Untuk menyertai peraduan ini, peserta perlu menjawab teka silang kata dalam borang peraduan tu serta perlu sertakan 50 pembalut gula-gula Hacks sebagai syarat penyertaan. Pemenang dalam dalam peraduan ini ditentukan secara cabutan bertuah.Untuk yang suka makan gula-gula Hacks ni, memang sesuailah join peraduan ni.

eMenang nak beri amaran sikit ni, jangan beli gula-gula Hacks ni semata-mata  nak join peraduan ni. Bukan apa, gula-gula Hacks ni bukan macam gula-gula biasa. Rasa-Hacks ni ada rasa macam pedas-pedas sikit. Dari tak sakit kerongosng boleh sakit kerongkok.. Kerongkok ke ke kerongkong.. ahhh mana-mana lah..haha.

Harga sepaket Hacks yang 100 gram tu dalam RM 2 lebih,  dalam tu kalau tak silap ada 25 biji.

Ingat tau, kalau ada keperluan nak beli atau makan baru beli. Kalau tak jangan beli. Sebab nanti kalau tak habis membazir pulak. Pastu tak menang, lagi la frust.. tak gitu.

Hacks Perisa Epal & Cengkih tu sedap, pembalut yang warna koko tu sila rujuk gambar dibawah.

 

Borang Peraduan

Cara Penyertaan:

teka silang

petak

Syarat dan Peraturan Penyertaan Peraduan

  • Peraduan Teka Silang Kata “Pemenang-pemenang”. “Peraduan” ini
    dianjurkan oleh HACKS Malaysia Sdn. Bhd. (8526-K)(Penganjur)akan bermula
    pada 1 Ogos 2015 dan berakhir pada 30 September 2015(Tempoh Peraduan). 
  • Penganjur berhak untuk memindah Tempoh Peraduan pada bila-bila masa.
    Peraduan ini dibuka kepada semua penduduk Malaysia berumur 18 tahun dan
    ke atas, kecuali kakitangan Penganjur dan agensi pengiklanan, promosi,
    acara dan perhubungan awam mereka, serta anggota keluarga terdekat
    masing-masing. 
  • Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang diingini
    tetapi setiap penyertaan mesti disertakan bersama borang penyertaan dan
    bukti pembelian 50 pembalut pelbagai perisa. 
  • Peserta dibenarkan mengambil bahagian dalam semua Pusingan Mingguan dan Cabutan Akhir sepanjang Tempoh Peraduan ini.

Untuk Terma & Syarat dan Maklumat lanjut layari laman web www.HACKSMALAYSIA.com.


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?