Peraduan Choose Your Own Adventure With Maggi Royale


Berpeluang memenangi hadiah Pakej Pengembaraan Pilihan’ bernilai RM20,000 untuk 2 pemenang dengan menyertai  Peraduan Choose Your Own Adventure With Maggi Royale.

Hadiah pertama, 10 pemenang akan  memenangi hadiah Pakej Cuti Ekstrem Pilihan’ bernilai RM8,000. Untuk hadiah lain-lain sila lihat dibawah. Untuk hadiah Saguhati pula, sebanyak 80 pemenang akan memenangi hadiah Beg American Tourister bernilai RM500.

Untuk setiap pembelian mana-mana produk MAGGI ROYALE yang ditunjukkan dalam jadual Bukti Pembelian [“Jadual BP”] dalam Tempoh Peraduan, anda layak menyertai Peraduan ini. Pemenang dalam peraduan ini, ditentukan berdasarkan no. bersiri yang dibahagi. Kiranya macam lucky drawa lah.

Kalau berminat nak join, boleh tengok seperti dibawah.

Tempoh Peraduan: 1 Julai- 31 Ogos 2015

Cara Penyertaan

950 951
Hadiah
hadiah

Syarat & Peraturan Peraduan

Penganjur & Kelayakan:

1. PERADUAN CHOOSE YOUR OWN ADVENTURE WITH MAGGI ROYALE [“Peraduan] dianjurkan oleh Nestlé Products Sdn. Bhd. [45229-H] [“Penganjur”] dan dibuka kepada semua penduduk sah Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas pada 01/07/2015 [setiap seorang dan secara kolektif “Peserta”]. Bukti dokumen pengenalan mungkin diperlukan.
2.Individu berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini: [a] Kakitangan Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] dan ahli keluarga terdekat mereka [suami/isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik (dan suami/isteri mereka)]; dan/atau [b] Wakil,
kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal khidmat pengiklanan dan/atau promosi Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitan masing-masing] dan ahli keluarga terdekat mereka [suami/isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik (dan suami/isteri mereka)].

 3.Penganjur berhak untuk mengecualikan dan/atau membatalkan kelayakan Peserta yang tidak termasuk dalam kategori Peserta dan/atau yang melanggar Syarat dan Peraturan Peraduan.

Tempoh:

1.Peraduan akan diadakan dari 01/07/2015 hingga 31/08/2015 [“Tempoh Peraduan”]. Penganjur berhak secara mutlak untuk mengubah, menangguh, menjadualkan semula dan/atau melanjutkan Tempoh Peraduan dan/atau membatalkan/menamatkan Peraduan pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu.
Kriteria Kelayakan:

1.Terdapat dua [2] kaedah menyertai Peraduan iaitu dengan menghantar borang penyertaan melalui pos [“Pos”] dan/atau menghantar penyertaan digital menerusi Perkhidmatan Pesanan Multimedia daripada mana-mana talian mudah alih yang berdaftar di dalam negara [“MMS”].

2.Untuk setiap pembelian mana-mana produk MAGGI ROYALE yang ditunjukkan dalam jadual Bukti Pembelian [“Jadual BP”] pada borang permohonan dalam Tempoh Peraduan, anda layak menyertai Peraduan. Bukti pembelian [“BP”] bagi setiap penyertaan Pos dan/atau MMS ialah satu [1] resit tunggal bercetak dengan pembelian mana-mana produk MAGGI ROYALE yang turut serta, dengan tarikh di dalam tempoh Peraduan. Sila rujuk Jadual BP untuk keterangan lanjut.

3. Setiap Peserta berhak/layak untuk menghantar lebih daripada satu [1] penyertaan melalui Pos dan/atau MMS tetapi setiap penyertaan Pos dan/atau MMS mesti disertakan dengan satu [1] BP unik.
Penghantaran Penyertaan Melalui Pos :

1.Peserta dikehendaki melengkapkan borang penyertaan dengan butir-butir yang dikehendaki dan menjawab
satu [1] kenyataan seperti yang ditunjukkan dalam borang penyertaan. Borang yang telah diisi dengan lengkap bersama dengan BP mesti dimasukkan dalam satu sampul surat dan dikirimkan melalui pos biasa ke alamat Peti Surat yang dinyatakan dalam borang penyertaan. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kiriman pos yang tidak diterima disebabkan tidak cukup setem pos atau alamat salah. Penyertaan yang diterima melalui khidmat penghantar surat, perkhidmatan kurier, Pos Laju dan/atau apa jua cara lain akan dibatalkan secara automatik. Bukti pos tidak boleh dijadikan bukti penerimaan oleh Penganjur.
2. Semua borang penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik. Borang penyertaan yang tidak lengkap, tidak boleh dibaca dan/atau tidak tepat, penyertaan dengan jawapan salah, penyertaan dengan BP tidak betul dan/atau cacat akan dibatalkan. Sampul surat yang mengandungi berbilang penyertaan dan/atau BP akan dibatalkan. Salinan foto borang penyertaan diterima.

3.Semua borang penyertaan yang diterima oleh Penganjur sepanjang Tempoh Peraduan yang lengkap dengan butir-butir dikehendaki, BP dan jawapan betul, jika diluluskan oleh Penganjur, akan diberi nombor bersiri menurut Jadual BP berdasarkan BP yang dikemukakan [setiap satu dan secara kolektif “Penyertaan Layak Pos”].

Penghantaran Penyertaan Melalui MMS:

1. Peraduan ini boleh disertai dengan menghantar penyertaan digital melalui MMS dari mana-mana talian mudah alih yang berdaftar di dalam negara. Setiap penyertaan yang dihantar melalui MMS mesti dilengkapi dengan butir-butir yang diperlukan dan gambar BP. Ambil gambar BP anda dan taipkan kapsyen berikut: “NAMA PENUH<jarak>NO MYKAD<jarak>JAWAPAN<jarak>TARIKH BP” dan hantar ke 017 338 6443. Penganjur TIDAK AKAN membalas sebarang laporan pengesahan bagi penyertaan MMS yang dihantar.
2.Setiap penyertaan yang dihantar melalui MMS ke 017 338 6443 akan dicaj RM0.50 tidak termasuk caj biasa yang dikenakan oleh pengendali rangkaian. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu (1) penyertaan MMS tetapi mesti memenuhi keperluan penyertaan
MMS yang ditetapkan untuk melayakkan diri. Setiap Peserta dikenal pasti menerusi nombor MyKad masing-masing dan gambar BP yang dikemukakan dalam MMS.
3.Semua penyertaan MMS yang diterima oleh Penganjur dalam Tempoh Peraduan yang lengkap dengan butir-butir yang diperlukan, gambar BP dan jawapan yang betul, jika diluluskan dan dianggap layak oleh Penganjur, akan diberi nombor bersiri menurut Jadual BP berasaskan BP yang dikemukakan [setiap satu dan secara bersama “Penyertaan MMS Layak”].
4. Penganjur berhak untuk meminta bukti BP untuk pengesahan. Peserta MESTI menyimpan BP asal yang dikemukakan dalam penyertaan MMS untuk pengesahan Pemenang dan tuntutan Hadiah. Kegagalan untuk mengemukakan BP apabila diminta akan menyebabkan pembatalan penyertaan dan penarikan balik Hadiah.
5. Penganjur juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kerosakan, kelewatan, kegagalan operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tanpa izin, atau perubahan komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau gangguan teknikal terhadap sebarang rangkaian atau talian telefon, laman web, sistem komputer dalam talian, pelayan atau penyedia perkhidmatan, peralatan komputer, sistem, peranti, perisian, kegagalan e-mel atau penerimaan penyertaan disebabkan oleh masalah teknikal atau kesesakan lalu lintas di Internet atau perkhidmatan telekomunikasi.
Hadiah untuk Penyertaan Pos dan MMS:

 

1. Terdapat sejumlah tujuh puluh satu [71] Hadiah untuk dimenangi bagi kaedah Pos dan MMS masing-masing sepanjang Tempoh Peraduan.

2. Nombor bersiri yang diperuntukkan bagi setiap Penyertaan Layak Pos dan MMS sepanjang Tempoh Peraduan akan dikira secara berasingan untuk mendapatkan jumlah nombor, yang kemudian akan dibahagikan dengan nombor Hadiah bagi setiap kategori di bawah. Jumlah nombor bersiri bagi setiap penyertaan Pos dan MMS dibahagi oleh: • dua [2] untuk mendapatkan satu [1] nombor bersiri kemenangan bagi Hadiah Utama. • lima [5] untuk mendapatkan lima [5] nombor bersiri kemenangan bagi Hadiah Pertama. • sepuluh [10] untuk mendapatkan sepuluh [10] nombor bersiri kemenangan bagi Hadiah Ke-2. • lima belas [15] untuk mendapatkan lima belas [15] nombor bersiri kemenangan bagi Hadiah Ke-3. • empat puluh [40] untuk mendapatkan empat puluh [40] nombor bersiri kemenangan bagi Hadiah Sagu Hati. Sekiranya terdapat nombor dengan angka perpuluhan, nombor bersiri kemenangan akan dibundarkan ke bawah kepada nombor bulat paling dekat yang dihasilkan daripada pembahagian tersebut.
Sebagai contoh – Penyertaan Pos Layak:
– Bagi pemilihan Hadiah Utama, jika nombor bersiri Penyertaan Layak Pos
berjumlah 889, maka 889 akan dibahagikan dengan 2 yang bersamaan 444.5. Nombor ini dibundarkan ke bawah kepada 444. Peserta yang diberi nombor 444 akan menjadi Pemenang Hadiah Utama Pos. – Untuk pemilihan Hadiah Pertama, jika nombor bersiri Penyertaan Layak Pos berjumlah 889, maka 889 akan dibahagikan dengan 5 yang bersamaan 177.8. Nombor ini dibundarkan kepada 177. Dalam kes ini, nombor pengganda ialah 177. Seramai lima [5] Peserta yang diperuntukkan nombor bersiri dengan gandaan 177 iaitu 177, 354, 531, 708 dan 885 akan menjadi Pemenang Hadiah Pertama Pos.
Sebagai contoh – Penyertaan Layak MMS:
– Bagi pemilihan Hadiah Utama, jika nombor bersiri Penyertaan Layak MMS berjumlah 687, maka 687 akan dibahagikan dengan 2, yang bersamaan 343.5. Nombor ini dibundarkan ke bawah kepada 343. Peserta yang diberi nombor 343 akan menjadi Pemenang Hadiah Utama MMS. – Bagi pemilihan Hadiah Ke-2, jika nombor bersiri Penyertaan Layak Pos berjumlah 889, maka 889 akan dibahagikan dengan 10 yang bersamaan 88.9. Nombor ini dibundarkan kepada 88. Dalam kes ini, nombor pengganda ialah 88. Seramai sepuluh [10] Peserta diperuntukkan nombor bersiri dengan gandaan 88, iaitu 88, 176, 264, 352 dan seterusnya akan menjadi Pemenang Hadiah Ke-3 MMS.

3. Pemenang Pos dan MMS akan memenangi Hadiah mereka dalam lima [5] kategori seperti berikut: • Seorang [1] Pemenang Pos dan seorang [1] Pemenang MMS masing-masing akan memenangi Hadiah Utama ‘Pakej Pengembaraan Pilihan’ bernilai Ringgit Malaysia
dua puluh ribu [RM20,000]. • Lima [5] Pemenang Pos dan lima [5] Pemenang MMS masing-masing akan memenangi Hadiah Pertama ‘Pakej Cuti Ekstrem Pilihan’ bernilai Ringgit Malaysia lapan ribu [RM8,000]. • Sepuluh [10] Pemenang Pos dan sepuluh [10] Pemenang MMS masing-masing akan memenangi Hadiah Ke-2 ‘Pakej Cuti Ekstrem Pilihan’ bernilai Ringgit Malaysia tiga ribu [RM3,000]. • Lima belas [15] Pemenang Pos dan lima belas [15] Pemenang MMS masing-masing akan memenangi Hadiah Ke-3 ‘Pakej Cuti Ekstrem Pilihan’ bernilai Ringgit Malaysia seribu lima ratus [RM1,500]. • Empat puluh [40] Pemenang Pos dan empat puluh [40] Pemenang MMS masing-masing akan memenangi Hadiah Sagu Hati Beg American Tourister bernilai Ringgit Malaysia lima ratus [RM500].
4.Peserta hanya boleh memenangi satu [1] Hadiah sepanjang Tempoh Peraduan. Terdapat sejumlah seratus empat puluh dua [142] Pemenang unik sepanjang Tempoh Peraduan.
5.Sekiranya terdapat Pemenang berulang, nombor bersiri selepas nombor bersiri Pemenang berulang akan diisytiharkan sebagai Pemenang gantian. Pemenang berulang akan secara automatik memenangi Hadiah bernilai lebih tinggi dan Hadiah bernilai lebih rendah akan dimenangi oleh Pemenang seterusnya.
Liabiliti & Tanggungjawab:

1.Semua Pemenang akan menerima pemberitahuan melalui pos. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya pemberitahuan pos tidak diterima atau lewat diterima oleh Pemenang. Pemenang mesti mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak yang mengatur dan/atau menyediakan semua Hadiah dan juga terma dan syarat yang disertakan bersama semua Hadiah berkenaan, jika ada. Senarai Pemenang akan diumumkan di laman web Penganjur [www.maggi.com.my].
2.Pemenang dan warisnya hendaklah bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang liabiliti,
kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan [termasuk kehilangan nyawa] akibat mengambil bahagian dalam Peraduan, menuntut dan/atau menggunakan Hadiah dan bersetuju untuk melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan Penganjur daripada sebarang liabiliti.
3.Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain yang berkaitan untuk menyertai Peraduan dan menuntut Hadiah adalah tanggungjawab Pemenang sepenuhnya.
Hak Penganjur:

1.Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menilai semula dan mengubah
proses pemilihan Pemenang Hadiah yang terkandung di dalam ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Keputusan pengadil adalah muktamad dan tiada surat-menyurat akan dilayan selepas itu.

2.  Penganjur berhak, atas budi bicara mutlaknya, menggantikan mana-mana Hadiah dengan Hadiah lain
yang senilai dengannya, pada bila-bila masa, tanpa memberi notis terlebih dahulu. Hadiah tidak boleh dipindah milik dan semua Hadiah diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’ dan tidak boleh ditukarkan dengan wang tunai, kredit, barangan lain atau baucar, sama ada secara sebahagian atau sepenuhnya.
3. Dengan menyertai Peraduan ini, semua Peserta bersetuju dan memperakui bahawa semua hak milik intelektual padanya menjadi milik Penganjur dan setiap Peserta membenarkan Penganjur mengumpul, menggunakan, memproses dan/atau mendedahkan mana-mana dan semua maklumat peribadi Peserta termasuk tanpa terhad kepada nama, gambar atau imej Peserta untuk tujuan Peraduan, termasuk aktiviti pengiklanan, publisiti, pemasaran dan promosi yang dijalankan dengan cara yang dianggap sesuai oleh Penganjur, dalam mana-mana media dan tanpa pampasan, pemberitahuan atau kebenaran tambahan, dan sebarang aktiviti sampingan lain yang berkaitan dengan Peraduan. Pemenang tidak berhak membuat tuntutan pemilikan atau mendapat sebarang bentuk pampasan untuk bahan tersebut.
Perlindungan Data:

1.Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta memberi kebenaran kepada Penganjur untuk memproses data peribadi Peserta
yang diberikan dalam borang penyertaan untuk tujuan Peraduan termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan di Halaman Peminat dan Laman Web.
2. Pada masa tertentu, Penganjur boleh melantik pihak ketiga untuk memproses butir-butir peribadi Peserta. Semua pihak ketiga tersebut mempunyai kewajipan di bawah kontrak untuk tidak menggunakan data peribadi Peserta. Semua pihak ketiga diwajibkan di bawah kontrak untuk tidak menggunakan data peribadi Peserta dengan sebarang cara lain kecuali yang ditetapkan di dalam ini.

3.Di bawah undang-undang Malaysia, hak Peserta termasuk: [a] hak untuk menarik balik persetujuan anda terhadap penggunaan butiran peribadi anda dengan menghubungi Penganjur di pdpa@omniteam.com.my dan memberikan nama dan alamat e-mel Peserta supaya Penganjur boleh mengeluarkan butiran berkenaan. [b] hak untuk mendapatkan salinan data peribadi mengenai Peserta yang dipegang oleh Penganjur [pihak Penganjur berhak untuk mengenakan sedikit yuran untuk menunaikan hak ini]. [c] hak untuk membetulkan data peribadi tidak tepat mengenai anda yang dipegang oleh Penganjur.
4.Jika Peserta mahu membangkitkan sebarang isu perlindungan data dengan Penganjur, atau melaksanakan sebarang hak di bawah undang-undang, sila hubungi Penganjur di pdpa@omniteam.com.my.
5.Penganjur mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya untuk memastikan data peribadi Peserta terlindung, dan menetapkan syarat kepada pemproses data pihak ketiga untuk berbuat demikian. Perhatian bahawa
Penganjur boleh memberikan data peribadi Peserta jika perlu berbuat demikian di bawah undang-undang, menerusi waran geledah, sepina atau perintah mahkamah.
6.Untuk meneliti sepenuhnya Notis Privasi, anda boleh ke laman http://nestle.com.my/info/privacy_policy/privacy_bm
(untuk versi Bahasa Malaysia) dan http://nestle.com.my/info/privacy_policy
(untuk versi Bahasa Inggeris).
Terma & Syarat:

1.Gambar Hadiah yang ditunjukkan dalam borang Peraduan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin berbeza daripada Hadiah sebenar.
2.Syarat dan Peraturan Peraduan disediakan dalam beberapa bahasa. Sekiranya terdapat perkara yang tidak konsisten antara mana-mana versi Syarat dan Peraturan Peraduan, versi Bahasa Inggeris yang dipaparkan di laman web Penganjur hendaklah diguna pakai.

3.Syarat dan Peraturan Peraduan dan kaedah penyertaan Peraduan boleh dipinda dari masa ke masa dan akan diguna pakai berbanding
sebarang peruntukan atau pernyataan yang terkandung dalam mana-mana bahan promosi atau pengiklanan lain bagi Peraduan. Peserta amat dinasihatkan supaya melayari laman web Penganjur dari masa ke masa untuk memastikan mereka menyedari sebarang perkembangan dan perubahan yang dibuat.
4.Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada Syarat dan Peraturan, serta keputusan Penganjur.

Contest Form


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?