Peraduan Minum & Menang Pran Juice (Edisi Iftar)


Berita baik bagi pengguna-pengguna Pran Juice yang disayangi. Sertai peraduan mudah ini dan menang hadiah serta duit raya yang ditawarkan bernilai RM21,000!!!

Kongsi detik iftar (buka puasa) anda bersama mana-mana produk Pran Juice (Jus Mangga, Jus Epal, Jus Oren) melalui gambar dan hantar melalui kotak ‘komen’ di Laman Facebook Pran Juice (Post Peraduan) dan sertakan hashtag #iftar dan #minumpranjuice.

Peserta juga boleh kongsikan gambar / video di Instagram dengan hashtag #iftar dan #minumpranjuice.

Kriteria Pengadilan / Kemenangan

 PEMENANG UTAMA akan dipilih berdasarkan penyertaan paling kreatif.

Maklumat tentang di mana untuk mendapatkan produk Pran Juice boleh rujuk di laman Where to Buy

Tempoh Peraduan : 18 Jun – 17 Julai 2015

Cara Penyertaan:

1.  Klik ‘like’ untuk menjadi peminat PRAN JUICE di Facebook dan ‘follow’ akaun Instagram Pran Juice di @pran.juice.

2.  Kongsi detik iftar anda bersama mana-mana produk Pran Juice (Jus Mangga, Jus Epal, Jus Oren) melalui gambar dan hantar melalui kotak ‘komen’ di Laman Facebook Pran Juice (Post Peraduan) dan sertakan hashtag #iftar & #minumpranjuice. Peserta juga boleh kongsikan gambar / video di Instagram dengan tag @pran.juice diikuti hashtag #iftar & #minumpranjuice (Pastikan profile anda adalah PUBLIC)

Para peserta boleh menghantar sebanyak mana penyertaan yang mereka mahu.

 Penerangan

Langkah 1 :
LIKE Facebook PRAN JUICE
atau
FOLLOW Instagram @pran.juice

Langkah 2 :
Ambil gambar / rekod video saat berbuka puasa anda bersama PRAN JUICE.

Kemudian anda dikehendaki untuk:
-Post gambar anda di ruangan komen (poster peraduan) Facebook PRAN JUICE >> https://goo.gl/9JcykK  ATAU
-Post gambar / video di akaun Instagram anda. Jangan lupa tag Instagram @pran.juice serta diikuti hashtag ‪#‎iftar‬ DAN ‪#‎minumpranjuice

p/s Nasihat dari eMenang, Pastikan gambar atau video anda tidak mendedahkan aurat‬

Contoh gambar berbuka puasa.

10369198_849639605085859_5535917028974623485_n

11402310_1152675281425174_5589813557673368514_o

Hadiah

peraduan minum dan menang hadiah

HADIAH UTAMA:

  • Hadiah Pertama: Wang tunai RM8,000 x 1,
  • Hadiah Kedua: Wang tunai RM3,000 x 1
  • Hadiah Ketiga: Wang tunai RM1,000 x 1

PEMENANG HARIAN: Hamper bernilai RM100 x 3 pemenang x 30 hari

Terma & Syarat

Peraduan “Minum & Menang” Pran Juice dianjurkan oleh Pinnacle Food (M) Sdn Bhd, PT 9892 (2739), Off Jalan Baru Kampung Baru, Sungai Buloh, Seksyen U4, 40160 Shah Alam, Selangor (“Pihak Penganjur”).

1.  Tempoh

1.1   Peraduan ini bermula pada pukul 9:00 pagi, pada 18 Jun 2015 dan berakhir pada pukul 11.59 malam pada 17 Julai 2015. (“Tempoh Peraduan”)

1.2   Pihak Penganjur berhak memanjangkan Tempoh Peraduan pada bila-bila masa tanpa sebarang makluman terlebih dahulu kepada mana-mana pihak (“Tempoh Lanjutan). Melainkan Tempoh Lanjutan diumumkan, mana-mana penyertaan selepas 11.59 malam pada 17 Julai 2015 (tanpa mengambil kira sebarang sebab yang muncul atau wujud) dikira hilang kelayakan. Sebarang penyertaan Peraduan ketika Tempoh Lanjutan (jika ada) akan tertakluk di bawah terma dan syarat ini (“Terma dan Syarat”), yang akan kekal berkuat kuasa sepenuhnya.

2.  Kelayakan

2.1    Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia, pemastautin tetap dan warga asing dengan alamat tetap di Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 Januari 2015. Pekerja dan keluarga terdekat Pihak Penganjur, syarikat-syarikat dan agensi-agensi berkaitan dan pengedar yang dilantik adalah tidak layak menyertai peraduan ini. Peserta di bawah umur 18 tahun pada 1 Januari 2015 perlu mendapatkan kebenaran ibubapa atau penjaga dan dengan menyertai peraduan ini, adalah dianggap yang kebenaran telah diperolehi.

3.  Mekanisma Peraduan

3.1   Para peserta perlu mempunyai keahlian Facebook ATAU Instagram yang sah. Peserta hanya boleh mendaftar untuk keahlian Facebook di http://www.facebook.com dan keahlian  Instagram di http://www.instagram.com.

3.2   Bagaimana menyertai:

3.2.1    Klik ‘like’ untuk menjadi peminat Pran Juice di Facebook dan ‘follow’ akaun Instagram Pran Juice di @pran.juice.

3.2.2    Kongsi detik iftar anda bersama mana-mana produk Pran Juice (Jus Mangga, Jus Epal, Jus Oren) melalui gambar dan hantar melalui kotak ‘komen’ di Laman Facebook Pran Juice (Post Peraduan) dan sertakan hashtag #iftar & #minumpranjuice. Peserta juga boleh kongsikan gambar / video di Instagram dengan tag @pran.juice diikuti hashtag #iftar & #minumpranjuice (Pastikan profile anda adalah PUBLIC)

3.2.3      Para peserta boleh menghantar sebanyak mana penyertaan yang mereka mahu.

3.2.4      Penyertaan tidak boleh membayangkan atau mengandungi unsur yang berikut tetapi tidak terhad kepada:-

3.2.4.1   Lucah

3.2.4.2   Kata-kata kesat

3.2.4.3   Bahan-bahan hakcipta atau dengan tanda dagangan pihak ketiga.

3.3   Penyertaan yang tidak menepati semua keperluan di bawah klausa 3.2 akan hilang kelayakan penyertaan.

3.4   Pihak Penganjur berhak atas budi bicara mereka, membatalkan kelayakan mana-mana peserta yang diketahui atau dipercayai menipu dalam Peraduan.

 4. Hadiah-hadiah Peraduan

4.1.1   HADIAH UTAMA: Wang tunai RM8,000 x 1, RM3,000 x 1 & RM1,000 x 1

4.1.2   PEMENANG HARIAN: Hamper bernilai RM100 x 3 pemenang x 30 hari.

4.2   Pihak Penganjur berhak menggantikan mana-mana hadiah dengan barangan bernilai sama tanpa notis terlebih dahulu.

4.3   Peserta hanya layak untuk menjadi pemenang harian sekali sahaja.

4.4   Hadiah-hadiah tidak boleh ditukar, dipindah milik atau ditebus tunai dalam apa jua bentuk atas apa jua sebab.

4.5   Semua Pemenang Peraduan mesti mematuhi terma dan syarat semua pihak yang mengatur dan/atau menyediakan hadiah dan terma dan syarat dikenakan ke atas hadiah-hadiah, jika ada.

4.6   Pihak Penganjur tidak memberi sebarang jaminan berkenaan hadiah-hadiah dan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang masalah dan/atau kerosakan berkenaan atau muncul daripadanya.

4.7   Sekiranya Pemenang Peraduan memilih untuk tidak menerima hadiah, mereka menolak semua hak, kemahuan dan tuntutan ke atas hadiah tersebut dan hadiah tersebut akan diuruskan bergantung kepada budi bicara Penganjur.

4.8   Semua hadiah diterima adalah risiko Pemenang Peraduan sepenuhnya, dan Penganjur tidak terlibat dengan sebarang tanggungjawab dan jaminan berkenaan sebarang hadiah sejauh yang dibenarkan berdasarkan undang-undang. Pemenang Peraduan akan mematuhi terma dan syarat bagi setiap hadiah.

4.9   Semua nama dan tanda dagangan jenama yang berkaitan dengan atau digunakan untuk menggambarkan hadiah-hadiah adalah dimiliki oleh pemilik masing-masing. Pihak Pengajur tidak berhubungkait dengan pihak-pihak ini dalam apa cara sekalipun.

4.10 Gambar-gambar hadiah yang digunakan adalah untuk tujuan promosi sahaja dan tidak semestinya mencerminkan hadiah-hadiah sebenar.

 5.  Kriteria Pengadilan / Kemenangan

 5.1   PEMENANG UTAMA akan dipilih berdasarkan penyertaan paling kreatif.

 5.2   Semua keputusan Penganjur berhubung Peraduan ini adalah muktamad dan semua peserta bersetuju mematuhi keputusan Penganjur dari segi semua aspek berhubung Peraduan ini.

6.  Pemberitahuan Pemenang Peraduan dan Pengambilan Hadiah

6.1   Penganjur akan memaklumkan para Pemenang Peraduan melalui laman Facebook Pran Juice dan akaun Instagram @pran.juice. Pihak Penganjur akan memaklumkan Pemenang Hadiah Utama ketika upacara pemberian hadiah (Kami akan mengumumkan butiran selepas peraduan tamat melalui Facebook dan media lain). Pemenang Peraduan adalah dikehendaki memberikan nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit melalui mesej peribadi Facebook. Jika mana-mana Pemenang Peraduan tidak memberikan nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit mereka dalam lima (5) hari bekerja selepas pengumuman pemenang, Penganjur berhak membatalkan hadiah-hadiah tersebut.

6.2  Pihak Penganjur berhak menggunakan kaedah atau medium lain yang dirasakan sesuai untuk tujuan menghubungi dan/atau mengumumkan Pemenang Peraduan mengikut budi bicaranya sendiri.

6.3   Pihak Penganjur, rakan sekutunya dan pihak penaja tidak akan dipertanggungjawabkan di atas ketidak-terimaan atau penghantaran lewat berkenaan pemberitahuan kepada para pemenang.

7.   Publisiti

7.1    Pihak Penganjur berhak menerbitkan, menggunakan nama dan/atau gambar Pemenang Peraduan sebagai bahan untuk tujuan pengiklanan dan/atau publisiti perdagangan, tanpa sebarang makluman sebelumnya kepada Pemenang Peraduan dan Pemenang Peraduan tidak berhak menuntut pemilikan atau sebarang bentuk pampasan.

8. Liabiliti

8.1  Pemenang Peraduan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas sebarang liabiliti, kejadian tidak diingini, kecederaan, kehilangan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) diakibatkan dari penyertaan mereka dalam Peraduan ini, penebusan dan/atau penggunaan hadiah-hadiah. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti, kejadian tidak diingini, kecederaan, kehilangan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) dalam apa cara sekalipun.

8.2   Semua kos dan/atau apa-apa kos lain, yuran dan/atau perbelanjaan berkaitan yang dikenakan ke atas peserta di dalam Peraduan ini dan untuk menebus hadiah-hadiah adalah tanggungjawab sepenuhnya para Peserta.

9. Penggantungan

9.1    Penganjur berhak mengubah, menggantung atau membatalkan Peraduan ini sekiranya ia tidak berupaya berjalan seperti dirancang, mengalami gangguan atau kerosakan teknikal atau sebarang sebab-sebab lain di luar kawalan Penganjur, walaupun dengan usaha terbaik pihak Penganjur.

10. Hak-hak Penganjur

10.1 Pihak Penganjur berhak menukar terma dan syarat peraduan tanpa makluman terlebih dahulu.

Jika anda ada sebarang pertanya boleh tanya di Facebook pranjuice  https://goo.gl/9JcykK


1 Comment
  1. dressesengreen 4 years ago

    Bambini Timberland Boots / Timberland UK Vendita

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?