Peraduan Masak & Menang Mahsuri


Anda pandai masak? Sertai peraduan Masak & Menang Mahsuri untuk berpeluang memenangi hadiah duit raya RM500 berserta 5 pas berbuka bersama Mahsuri di rumah kebajikan terpilih setiap minggu!

Pihak Mahsuri akan pilih 4 pemenang paling kreatif setiap minggu. Peraduan ini akan berlangsung selama 6 minggu, jadinya akan ada 24 pemenang kesemuanya.

Pemenang Minggu 1&2: Pusat Jagaan Rumah Kesayangan, Petaling Jaya pada 20 Jun (Sabtu)
Pemenang Minggu 3&4: Rumah Kebajikan Baitul Hidayah, Puchong pada 27 Jun (Sabtu)
Pemenang Minggu 5: Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari, Shah Alam pada 4 Jul (Sabtu)
Pemenang Minggu 6: Rumah Nur Sakinah, Shah Alam pada 11 Jul (Sabtu

Cara Penyertaan

1- Untuk menyertai Peraduan ini, peserta mesti mendaftar sebagai seorang ahli laman web Facebook di www.facebook.com [“Facebook”] atau Twitter di www.twitter.com [“Twitter”] atau Instagram di www.instagram.com [“Instagram”]. Sila rujuk kepada dasar privasi dan terma dan syarat di laman web Facebook, Twitter dan Instagram, yang akan mengikat ahli dan pengguna laman web Facebook, Twitter dan Instagram.

Penerangan dari eMenang:  anda boleh memilih sama ada untuk menyertai melalui Facebook, Twitter atau Instagram. Kalau anda cuma ada akaun facebook sudah memadai untuk menyertai peraduan ini.

2- Peserta kemudian mesti mengunjungi Laman Facebook Mahsuri [“Facebook Mahsuri”] di www.facebook.com/MyMahsuri dan klik “Like” untuk menjadi peminat. Peserta dinasihatkan supaya membaca dan memahami Dasar Privasi serta terma dan syarat yang berkaitan sebelum membuat keputusan untuk menjadi peminat Laman Facebook Mahsuri. Bagi penyertaan melalui Twitter dan Instagram, peserta mestilah terlebih dahulu memuatturun Aplikasi Twitter [“Aplikasi Twitter?] dan Aplikasi Instagram [“Aplikasi Instagram”] ke Telefon Pintar mereka.

Penerangan dari eMenang:  Selepas mengikuti syarat no.1, Peserta kemuadiannya perlu “LIKE” Facebook Mahsuri.  Berdasarkan kebiasaannya apabila anda LIKE sesuatu Facebook Page, anda akan menerima update dari Facebook Page tersebut. Disini eMenang ingin menasihatkan, jika anda menerima update dari Facebook Mahsuri dan update tersebut mengandungi gambar yang mendedahkan aurat, sila skip dan jangan tengok gambar tersebut.  Bagi peserta yang nak sertai melalui Twitter atau Instagram, eMenang tak pasti sama ada anda perlu LIKE jugak Facebook Mahsuri ataupun tidak. Untuk play safe, better LIKE. (dan jangan lupa nasihat eMenang berkaitan facebook page tadi 🙂

3- Untuk menyertai Peraduan ini, peserta dikehendaki memuatnaik satu foto masakan dengan menggunakan sos Mahsuri dan memberikan nama resipi masakan tersebut bersama hashtag. Foto masakan mestilah jelas mengandungi sos Mahsuri.

4. Setiap penyertaan mesti dibuat menerusi cara berikut:

a. Laman Facebook Mahsuri

  • Peserta dikehendaki mencari catatan dinding (wall post) Facebook Mahsuri yang menjemput penyertaan dalam Peraduan ini yang dipaparkan oleh Mahsuri di Laman Facebook Mahsuri.
  • #MYMahsuri  dan #manis atau #pedas  atau #ayam atau #tiram

Penerangan dari eMenang:  Untuk penghantaran penyertaan melalui Facebook, anda boleh upload gambar masakan dengan menggunakan sos Mahsuri  di wall Facebook Mahsuri yang menjemput penyertaan dalam Peraduan ini. Sebagai contoh,  Ini adalah jemputan catatan  link jemputan tersebut. Kemudian jangan lupa letak nama resepi anda  bersama hashtag #MYMahsuri  dan #manis atau #pedas  atau #ayam atau #tiram.

 

b. Aplikasi Twitter
Peserta dikehendaki memuatnaik foto menerusi Aplikasi Twitter sendiri dan kemudian melengkapkan penyertaan dengan mengakhiri penyertaan dengan

  • #MYMahsuri  dan #manis atau #pedas  atau #ayam atau #tiram

Penerangan dari eMenang: Upload gambar masakan dengan menggunakan sos Mahsuri di twitter anda dan  nama resepi bersama hashtag #MYMahsuri  dan #manis atau #pedas  atau #ayam atau #tiram.

c. Aplikasi Instagram
Peserta dikehendaki memuatnaik foto menerusi Aplikasi Instagram sendiri dan kemudian melengkapkan penyertaan dengan mengakhiri penyertaan dengan

  • #MYMahsuri  dan #manis atau #pedas  atau #ayam atau #tiram

Penerangan dari eMenang: Sama macam penyertaan melalui Twitter

(Semua Foto masakan mestilah jelas mengandungi sos Mahsuri.)

Pemilihan pemenang-pemenang oleh panel pengadil adalah berdasarkan kreativiti, keaslian, perkaitan gambar penyertaan dengan Peraduan.

 

cara-penyertaan-peraduan-masak.jpg

Hadiah

 4X pemenang setiap minggu akan menerima wang tunai RM500 dan sambil beramal bersama Mahsuri di rumah kebajikan terpilih*

Setiap pemenang boleh membawa 5 ahli keluarga untuk berbuka puasa bersama Mahsuri di rumah kebajikan berikut:

Pemenang Minggu 1&2: Pusat Jagaan Rumah Kesayangan, Petaling Jaya pada 20 Jun (Sabtu)
Pemenang Minggu 3&4: Rumah Kebajikan Baitul Hidayah, Puchong pada 27 Jun (Sabtu)
Pemenang Minggu 5: Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari, Shah Alam pada 4 Jul (Sabtu)
Pemenang Minggu 6: Rumah Nur Sakinah, Shah Alam pada 11 Jul (Sabtu

Syarat & Peraturan Peraduan

Penganjur & Kelayakan
1. Peraduan Masak & Menang [“Peraduan”] ini dibuka kepada semua penduduk Malaysia, yang mempunyai MyKad sah dan alamat kediaman di Malaysia, berumur antara 25 dan ke atas pada 28 Mei 2015.

2. Golongan individu berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini:

a. Kakitangan Pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] dan ahli keluarga terdekat mereka [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri]; dan/atau

b. Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal khidmat pengiklanan dan/atau promosi Pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] dan ahli keluarga terdekat mereka [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri].

Tempoh
1. Peraduan ini akan diadakan dari 28 Mei 2015 hingga 8 Julai 2015 waktu Malaysia [“Tempoh Peraduan”].
Pihak Penganjur berhak untuk meminda Tempoh Peraduan pada bila-bila masa. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan.

2. 4 pemenang akan dipilih setiap minggu seperti berikut:

  • Minggu 1: 28 Mei – 3 Jun
  • Minggu 2: 4 Jun – 10 Jun
  • Minggu 3: 11 Jun – 17 Jun
  • Minggu 4: 18 Jun – 24 Jun
  • Minggu 5: 25 Jun – 1 Jul
  • Minggu 6: 2 Jul – 8 Jul

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan

1. Untuk menyertai Peraduan, peserta mesti mendaftar sebagai seorang ahli laman web Facebook di www.facebook.com [“Facebook”] atau Twitter di www.twitter.com [“Twitter”] atau Instagram di www.instagram.com [“Instagram”]. Sila rujuk kepada dasar privasi dan terma dan syarat di laman web Facebook, Twitter dan Instagram, yang akan mengikat ahli dan pengguna laman web Facebook, Twitter dan Instagram.

2. Peserta kemudian mesti mengunjungi Laman Facebook Mahsuri [“Facebook Mahsuri”] di www.facebook.com/MyMahsuri dan klik “Like” untuk menjadi peminat. Peserta dinasihatkan supaya membaca dan memahami Dasar Privasi serta terma dan syarat yang berkaitan sebelum membuat keputusan untuk menjadi peminat Laman Facebook Mahsuri.
Bagi penyertaan melalui Twitter dan Instagram, peserta mestilah terlebih dahulu memuatturun Aplikasi Twitter [“Aplikasi Twitter?] dan Aplikasi Instagram [“Aplikasi Instagram”] ke Telefon Pintar mereka.

3. Untuk menyertai Peraduan ini, peserta dikehendaki memuatnaik satu foto masakan dengan menggunakan sos Mahsuri dan memberikan nama resipi masakan tersebut bersama hashtag. Foto masakan mestilah jelas mengandungi sos Mahsuri.

4. Setiap penyertaan mesti dibuat menerusi cara berikut:

a. Laman Facebook Mahsuri

  • Peserta dikehendaki mencari catatan dinding (wall post) Facebook Mahsuri yang menjemput penyertaan dalam Peraduan ini yang dipaparkan oleh Mahsuri di Laman Facebook Mahsuri.
  • #MYMahsuri ” dan “#manis” atau “#pedas” atau “#ayam” atau “#tiram”

b. Aplikasi Twitter
Peserta dikehendaki memuatnaik foto menerusi Aplikasi Twitter sendiri dan kemudian melengkapkan penyertaan dengan mengakhiri penyertaan dengan

  • “#MYMahsuri “ dan “#manis” atau “#pedas” atau “#ayam” atau “#tiram”

c. Aplikasi Instagram
Peserta dikehendaki memuatnaik foto menerusi Aplikasi Instagram sendiri dan kemudian melengkapkan penyertaan dengan mengakhiri penyertaan dengan

  • “#MYMahsuri “ dan “#manis” atau “#pedas” atau “#ayam” atau “#tiram”

5. Pemilihan pemenang-pemenang oleh panel pengadil adalah berdasarkan kreativiti, keaslian, perkaitan gambar penyertaan dengan Peraduan.

6. Selepas penilaian oleh Pihak Penganjur, semua penyertaan yang dikemukakan untuk Peraduan ini akan dipaparkan dalam album gambar Laman Facebook Masak & Menang sepanjang Tempoh Peraduan.

7. Setiap penyertaan yang diterima dalam Tempoh Peraduan akan disirikan mengikut waktu penerimaan (tt/bb/hh/jj/mm/ss).

8. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang diingini setiap minggu. Setiap peserta hanya layak untuk memenangi sekali sahaja sepanjang tempoh peraduan.

9. Untuk menyertai Peraduan ini, setiap penyertaan yang dikemukakan mesti melengkapkan semua langkah dalam Peraduan. Mana-mana penyertaan yang tidak lengkap akan dibatalkan secara automatik. Hanya pemenang akan diberitahu melalui, laman Facebook Mahsuri, e-mel dan/atau telefon. Pihak Penganjur tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya berlaku sebarang kesilapan, kelewatan atau kekurangan dalam pemberitahuan melalui Laman Facebook Mahsuri, e-mel dan/atau telefon kepada pemenang.

10. Bukti pembelian tidak diperlukan untuk Peraduan ini.

11. Penganjur berhak menggunakan gambar dan resipi semua pemenang dan menggunakannya untuk tujuan publisiti.

Hadiah
1. Dua Puluh Empat [24] Peserta (4 pemenang x 6 minggu) yang akan memenangi wang tunai bernilai Lima Ratus Ringgit Malaysia [RM500] dan peluang untuk beramal bersama Mahsuri di rumah kebajikan terpilih.

2. Setiap pemenang boleh membawa 5 ahli keluarga untuk berbuka puasa bersama Mahsuri di rumah kebajikan berikut:

a. Pemenang Minggu 1 & 2: Pusat Jagaan Rumah Kesayangan, Petaling Jaya pada 20 Jun (Sabtu)
b. Pemenang Minggu 3 & 4: Rumah Kebajikan Baitul Hidayah, Puchong pada 27 Jun (Sabtu)
c. Pemenang Minggu 5: Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari, Shah Alam pada 4 Jul (Sabtu)
d. Pemenang Minggu 6: Rumah Nur Sakinah, Shah Alam pada 11 Jul (Sabtu)

Tuntutan Hadiah
1. Pemenang yang terpilih akan diumumkan melalui catatan dinding (wall post) di Laman Facebook Mahsuri Pemenang akan juga menerima sama ada mesej peribadi atau ditag dalam komen di Laman Facebook Mahsuri oleh Pihak Penganjur. Pemenang yang terpilih dikehendaki memberi jawapan kepada Pihak Penganjur berdasarkan arahan yang diberikan dalam masa lima [5] hari dari tarikh pemberitahuan. Jika gagal memberikan jawapan, penyertaan terbaik seterusnya akan dipilih sebagai pemenang. Pihak Penganjur tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi atas apa jua sebab selepas sekurang-kurang tiga [3] percubaan oleh Pihak Penganjur atau wakilnya untuk menghubungi pemenang. Semua hadiah mesti dituntut dalam tempoh tiga [3] bulan dari tarikh pemberitahuan. Semua hadiah yang tidak dituntut akan ditarik balik. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya pemberitahuan melalui e-Mel kepada pemenang tidak diterima atau lewat diterima.

2. Pemenang yang terpilih dikehendaki melengkapkan proses pengesahan dengan menghantar e-mel kepada fbsupport@mediacliq.com untuk memberikan nombor MyKad mereka, Alamat E-mel, Nombor Telefon Bimbit, Alamat Kediaman, dan bersetuju dengan Syarat & Peraturan Peraduan, dan memberi kebenaran menurut Notis Perlindungan Data Peribadi.

3. Pemenang MESTI mengemukakan satu salinan fotostat MyKad dalam masa lima [5] hari kerja, selepas menerima pemberitahuan, melalui E-mel ke fbsupport@mediacliq.com bagi tujuan pengesahan untuk menuntut Hadiah mereka. Kegagalan untuk memberikan salinan fotostat MyKad akan mengakibatkan pembatalan Hadiah. Bukti pos bukan bukti penerimaan oleh Pihak Penganjur. Sebarang penghantaran melalui pos tidak akan dilayan.

4. Semua pemenang mesti mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak yang mengatur dan/atau menyediakan hadiah dan juga terma dan syarat yang disertakan bersama hadiah berkenaan, jika ada.

Liabiliti dan Tanggungjawab
1. Pemenang hendaklah bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kehilangan nyawa) kerana mengambil bahagian dalam Peraduan ini, menuntut dan/atau menggunakan hadiah Peraduan ini

2. Semua kos rakaman, pengangkutan, penginapan, peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain untuk menyertai Peraduan ini dan menuntut hadiah menjadi tanggungjawab penuh pemenang

3. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemadaman, kerosakan, kelewatan dalam operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tidak izin, atau perubahan komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau kepincangan teknikal mana-mana rangkaian atau talian telefon, sistem dalam talian komputer, pelayan atau pembekal, peralatan komputer, sistem, perkakas, perisian, kegagalan e-mel atau pemain akibat masalah teknikal atau kesesakan sambungan Internet dan/atau Laman web.

4. Laman Peminat Facebook Mahsuri dan Aplikasi FacebookMasak dan Menang disediakan dalam keadaan “sedia ada” dan melainkan dilarang di bawah undang-undang yang berkuat kuasa, Pihak Penganjur secara khusus menolak sebarang bentuk waranti, termasuk tetapi tidak terhad kepada waranti kebolehniagaan, kesesuaian untuk tujuan tertentu dan jaminan ketiadaan pelanggaran hak. Pihak Penganjur tidak boleh menjamin dan tidak menjanjikan apa-apa keputusan khusus daripada penggunaan Laman Peminat Facebook Mahsuri dan Aplikasi Facebook Mahsuri. Tiada nasihat atau maklumat, sama ada secara lisan dan bertulis, yang anda perolehi daripada kami, atau daripada atau menerusi Laman Peminat Mahsuri dan Aplikasi Facebook Moh Berbuka Puasa akan mewujudkan sebarang waranti yang tidak dinyatakan secara khusus di dalam ini.

Hak Pihak Penganjur
1. Dengan mengemukakan penyertaan anda untuk Peraduan ini, semua peserta bersetuju dan mengakui bahawa semua hak harta intelektual adalah kepunyaan Pihak Penganjur. Pihak Penganjur mempunyai hak eksklusif untuk menggunakan, menyunting, mengubah dan menerbitkan penyertaan yang dikemukakan oleh semua peserta, menerbitkan nama peserta dalam apa jua cara yang dianggap sesuai untuk sebarang tujuan pengiklanan, perdagangan, promosi dan untuk sebarang sebab lain, tanpa sebarang notis seterusnya kepada peserta dan peserta tidak boleh menuntut hak milik atau sebarang bayaran atau pampasan bagi bahan tersebut. Untuk mengelakkan keraguan, bahan yang dikemukakan tidak akan disunting untuk tujuan pengadilan. Pihak Penganjur akan menggunakan gambar yang dikemukakan oleh peserta untuk paparan di Laman Facebook Mahsuri

2. Pihak Penganjur berhak untuk mengubah suai, menggantung atau membatalkan Peraduan ini sekiranya ia tidak dapat dianjurkan seperti yang dirancang, atau sekiranya terdapat gangguan atau kerosakan teknikal, termasuk tetapi tidak terhad kepada jangkitan oleh virus komputer, pepijat, penggodaman, campur tangan tanpa izin, penipuan, kegagalan teknikal atau apa jua sebab di luar kawalan Pihak Penganjur, walaupun selepas usaha terbaik oleh Pihak Penganjur.

3. Pihak Penganjur, berhak atas budi bicara mutlaknya, untuk membatalkan penyertaan mana-mana peserta yang didapati atau disyaki menyalahgunakan proses penghantaran Peraduan, pengendalian Peraduan ini atau melanggar Syarat Capaian Laman Peminat Mahsuri dan Aplikasi Facebook Mahsuri. Pihak Penganjur berhak untuk menamatkan akaun ahli Laman Peminat Mahsuri dan Aplikasi Facebook Moh Berbuka Puasa Day mana-mana orang yang disyaki secara munasabah telah melanggar atau mencabuli mana-mana terma dan syarat ini dan Pihak Penganjur berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang dipercayai telah menjalankan kegiatan penipuan atau kegiatan lain yang mendatangkan keburukan kepada Peraduan dalam talian ini, proses penghantaran Peraduan dan/atau Laman Peminat Mahsuri dan Aplikasi Facebook Mahsuri.

Terma & Syarat Lain
1. Pihak Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk mengubah suai Syarat & Peraturan ini tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu, jika perlu, untuk memastikan kelancaran penganjuran Peraduan.

2. Syarat dan Peraturan disediakan dalam Bahasa Bahasa Malaysia sahaja.
3. Keputusan Pengadil adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.
4. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada Syarat dan Peraturan ini, serta keputusan Pihak Penganjur.

Keperluan Teknikal
Pemenang hendaklah bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kehilangan nyawa) kerana mengambil bahagian dalam Peraduan ini, menuntut dan/atau menggunakan hadiah Peraduan ini 2. Pihak Penganjur tidak boleh dipertanggungjawabkan atau tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang penyertaan yang lewat dan/atau tidak diterima disebabkan kegagalan syarikat Pemberi Perkhidmatan Internet [ISP] dan/atau rangkaian telekomunikasi yang berkenaan untuk menyediakan perkhidmatan internet dan/atau perkhidmatan komunikasi yang cekap dan/atau tepat pada masanya.

Kandungan Terlarang
1. Di bawah adalah sebahagian daripada senarai kandungan yang menyalahi undang-undang atau dilarang daripada dipaparkan di Laman Peminat Mahsuri dan Aplikasi Facebook Mahsuri. Keahlian peserta boleh ditamatkan dan penyertaannya dibatalkan atas budi bicara mutlak Pihak Penganjur sekiranya memaparkan kandungan tersebut.

Di samping itu, Pihak Penganjur berhak untuk menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya, atas budi bicara mutlaknya, terhadap sesiapa yang melanggar peruntukan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada mengeluarkan bahan komunikasi yang melanggar peruntukan tersebut daripada Laman Peminat Mahsuri dan Aplikasi Facebook Moh Berbuka Puasa dan melaporkan pesalah kepada pihak berkuasa yang berkenaan. Kandungan terlarang adalah termasuk tetapi tidak terhad kepada kandungan yang, menurut pertimbangan mutlak Pihak Penganjur:

  • menyinggung perasaan masyarakat dalam talian, seperti kandungan berunsur hasutan, agenda politik dan keagamaan, kandungan keagamaan yang mencetus kemarahan, keganasan, bahasa kasar, ketaksuban, kebencian atau sebarang bentuk ancaman fizikal terhadap mana-mana kumpulan atau individu;
  • termasuk bahan yang menyinggung amalan penganut agama lain dan/atau produk pesaing LEE KUM KEE yang kelihatan dalam gambar foto tersebut;
  • mengganggu atau menggalakkan gangguan terhadap orang lain;
  • melibatkan penghantaran “mel remeh”, “surat berantai,” “spam,” atau sebarang pengiriman mel, e-mel atau komunikasi lain yang tidak diminta secara besar-besaran;
  • termasuk sebarang maklumat yang [1] diketahui oleh peserta sebagai palsu atau mengelirukan, [2] menggalakkan aktiviti haram atau tindakan penyalahgunaan, atau [3] bersifat ugutan, lucah, memfitnah, atau mengandungi fitnah bertulis;
  • merupakan atau termasuk sebarang salinan hasil karya orang lain yang tidak sah atau tidak dibenarkan, yang mempunyai hak cipta atau boleh mendapatkan hak cipta, termasuk tetapi tidak terhad kepada, [1] program cetak rompak komputer atau pautan kepadanya, [2] maklumat yang memintas peranti perlindungan salinan yang dipasang oleh pengeluar, [3] bahan cetak rompak atau pautan kepada fail cetak rompak;
  • memaparkan sebarang bentuk bahan lucah, pornografi atau seksual secara nyata;
  • meliputi bahan yang mengeksploitasikan manusia secara ganas dan seksual;
  • menyediakan maklumat berbentuk arahan untuk melakukan aktiviti haram seperti membuat atau membeli senjata haram, mengganggu privasi seseorang, atau membekalkan atau mencipta virus komputer.

sumber


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?