Pertandingan Fotografi Kepenggunaan


Sertai Pertandingan Fotografi Kepenggunaan untuk berpeluang menangi hadiah wang tunai. Dalam pertandingan ini ada 2 kategori iaitu untuk para pelajar  dan kategori umum yang terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, eMenang ingin menasihatkan, pastikan gambar Fotografi anda tidak mengandungi gambar yang mendedahkan aurat. Setiap gambar yang dihantar adalah tanggungjawab masing-masing. eMenang tidak bertanggung jawab diatas perkara tersebut.

Sila lihat dibawah untuk terma & syarat pertandingan ini.

Kategori

  • A. Pelajar (Terbuka kepada semua pelajar sekolah, IPTA/S, Institut Pendidikan Guru, Matrikulasi & Tingkatan 6)
  • B. Umum (Terbuka kepada semua warganegara Malaysia)

Syarat Pertandingan

  • Pertandingan terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan pelajar yang menuntut di Malaysia.
  • Peserta boleh menggunakan kamera digital sekurang-kurangnya 4.3 megapixel atau kamera analog negatif filem. Untuk penggunaan kamera analog, negatif scan boleh digunakan sekurang-kurangnya resolusi 300 dpi) . Saiz minimum 2MB
  • Foto perlu dihasilkan secara cetakan tunggal (single print) sahaja.
  • Saiz gambar bercetak (print) adalah
    • 8” x 10 in (8R) tanpa bingkai bagai kategori A
    • 12” x 15” (12R) tanpa bingkai bagai kategori B.
  • Karya yang dihantar hendaklah yang belum pernah menyertai mana-mana pertandingan atau pameran fotografi.
  • Pihak menganjur berhak mencetak dan menerbitkan sebarang karya peserta untuk tujuan publisiti atau promosi.
  • Teknik mengambil gambar adalah bebas.
  • Gambar digital “super-imposed” tidak akan diterima. Gambar komposit, gambar helah atau manipulasi juga tidak akan diterima. Hanya proses merapikan imej seperti memotong, imbangan cahaya dan warna serta menghalusi dan menajamkan imej sahaja yang dibenarkan.
  • Gambar yang dihantar (print) hendaklah disertakan dengan CD dalam format JPEG atau TIFF atau BITMAP.
  • Penyertaan hendaklah disertakan dengan borang penyertaan pertandingan yang lengkap. Borang penyertaan hendaklah dilekatkan di belakang gambar bersama-sama dengan penerangan mengenai gambar (tidak melebihi 20 patah perkataan). Penyertaan tanpa penerangan mengenai gambar tidak akan diterima.
  • Penerangan mengenai gambar boleh ditulis dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris. 
  • Tarikh tutup untuk semua penyertaan pertandingan ialah 3 Julai 2015.
  • Semua Penyertaan akan menerima SIJIL PENYERTAAN yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Semua Pemenang akan menerima SIJIL PENCAPAIAN yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

 

kategori

hadiah foto

Syarat Umum Pertandingan

  • Semua ciptaan atau hasil karya penyertaan mestilah asli dan hasil daripada idea sendiri. Pihak penganjur berhak untuk menolak penyertaan atau menarik balik hadiah yang diberikan sekiranya didapati hasil karya adalah tidak asli. Pelanggaran hak cipta adalah suatu jenayah.
  • Semua penyertaan yang dihantar adalah hak milik FOMCA. Ia akan digunakan bagi tujuan promosi dan pendidikan seperti poster, cetakan risalah, buku, laman web dan lain-lain.
  • Semua penyertaan hendaklah disertakan dengan borang penyertaan yang lengkap dan ditandatangani oleh peserta.
  • Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  • Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan, tersilap hantar atau penyertaan yang hilang. Bukti penyertaan atau pengeposan tidak diterima sebagai bukti penerimaan.
  • Warga FOMCA serta ahli keluarga terdekat tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.
  • Para peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan tetapi hanya berhak menerima satu hadiah utama bagi semua jenis pertandingan.
  • Keputusan daripada panel hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan berkenaan keputusan pertandingan tidak akan dilayan.
  • Pihak penganjur tidak akan mengembalikan karya penyertaan kepada peserta.
  • Sentiasa rujuk laman www.mypengguna.com untuk perkembangan dan aktiviti terkini.
  • Tarikh tutup penyertaan adalah 3 Julai 2015.

Alamatkan penyertaan kepada:
Urusetia Pertandingan Kepenggunaan HPM 2015
No. 24, Jalan SS1/22A
47300 Petaling Jaya, Selangor

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai pertandingan, sila hubungi:
Urusetia Pertandingan Kepenggunaan HPM 2015

  • Tel : 03-7877 4741
  • Faks : 03-7873 0636
  • E-mel : urusetia@mypengguna.com
  • Waktu bekerja : 10.00 pagi – 4.00 ptg (Isnin hingga Jumaat)

pertandingan

Borang Pertandingan boleh didapati disini

(Tandakan bahagian Fotografi untuk penyertaan ini)

Untuk maklumat lanjut sila lihat disini


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?