Pertandingan Melukis Kartun Kepenggunaan


Anda ada bakat melukis? Sertai Pertandingan Melukis Kartun Kepenggunaan untuk berpeluang memenangi hadiah wang tunai. Pertandingan ini terbuka kepada Terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan pelajar yang belajar di Malaysia.

Borang Pertandingan boleh didapati disini Print muka surat 29. Lihat detail dibawah untuk terma & syarat.

Syarat

  • Pemilihan permukaan dan penggunaan teknik adalah bebas.
  • Lukisan boleh dihasilkan secara satu bingkai (1 frame) atau lebih, iaitu 2 hingga 3 bingkai.
  • Lukisan kartun menggunakan dakwat atau cat air sahaja.
  • Ciptaan mestilah asli dan hasil daripada idea sendiri.
  • Lukisan kartun adalah dalam saiz (A3) 420mm x 297mm atau (A2) 420mm x 594mm
  • Lukisan kartun hendaklah disertakan dengan dialog dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris sahaja.
  • Lukisan kartun hendaklah berkonsepkan humor, menarik dan berkesan.
  • Tarikh tutup untuk semua penyertaan pertandingan ialah 3 Julai 2015.
  • Semua Penyertaan akan menerima SIJIL PENYERTAAN yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Semua Pemenang akan menerima SIJIL PENCAPAIAN yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

Pilih salah satu daripada topik yang berikut

tajuk kartun

Hadiah

ha

Syarat Umum Pertandingan

  • Semua ciptaan atau hasil karya penyertaan mestilah asli dan hasil daripada idea sendiri. Pihak penganjur berhak untuk menolak penyertaan atau menarik balik hadiah yang diberikan sekiranya didapati hasil karya adalah tidak asli. Pelanggaran hak cipta adalah suatu jenayah.
  • Semua penyertaan yang dihantar adalah hak milik FOMCA. Ia akan digunakan bagi tujuan promosi dan pendidikan seperti poster, cetakan risalah, buku, laman web dan lain-lain.
  • Semua penyertaan hendaklah disertakan dengan borang penyertaan yang lengkap dan ditandatangani oleh peserta.
  • Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  • Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan, tersilap hantar atau penyertaan yang hilang. Bukti penyertaan atau pengeposan tidak diterima sebagai bukti penerimaan.
  • Warga FOMCA serta ahli keluarga terdekat tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.
  • Para peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan tetapi hanya berhak menerima satu hadiah utama bagi semua jenis pertandingan.
  • Keputusan daripada panel hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan berkenaan keputusan pertandingan tidak akan dilayan.
  • Pihak penganjur tidak akan mengembalikan karya penyertaan kepada peserta.
  • Sentiasa rujuk laman www.mypengguna.com untuk perkembangan dan aktiviti terkini.
  • Tarikh tutup penyertaan adalah 3 Julai 2015.

Alamatkan penyertaan kepada:
Urusetia Pertandingan Kepenggunaan HPM 2015
No. 24, Jalan SS1/22A
47300 Petaling Jaya, Selangor

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai pertandingan, sila hubungi:
Urusetia Pertandingan Kepenggunaan HPM 2015

  • Tel : 03-7877 4741
  • Faks : 03-7873 0636
  • E-mel : urusetia@mypengguna.com
  • Waktu bekerja : 10.00 pagi – 4.00 ptg (Isnin hingga Jumaat)

pertandingan

Borang Pertandingan boleh didapati disini Print muka surat 29

(Tandakan bahagian Kartun untuk penyertaan ini)


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?