Anda pandai menulis Esei ? Sertai Pertandingan Mengarang Esei Kepenggunaan 2015 untuk berpeluang memenangi hadiah wang tunai tunai. Borang Pertandingan boleh didapati disini Print muka surat 29.
Tarikh Tutup penyertaan 3 Julai 2015.
Kategori
- A. Sekolah Rendah (Tahun 4-6)
- B. Menengah Rendah (Tingkatan 1-3)
- C. Menengah Atas (Tingkatan 4-5)
- D. IPTA/S, Institut Pendidikan Guru, Matrikulasi & Tingkatan 6
- E. Umum (Terbuka kepada semua warganegara Malaysia)
Syarat
- Panjang esei tidak melebihi
- 300 patah perkataan bagi Kategori A
- 1,000 patah perkataan bagi Kategori B dan kategori C
- 2,500 patah perkataan bagi kategori D dan E.
- Esei hendaklah ditaip menggunakan tulisan ”Arial 12 poin” atau menggunakan tulisan tangan yang jelas. Sama ada ditaip atau tulisan tangan, semua esei hendaklah langkau sebaris (“double line spacing”).
- Penyertaan esei boleh dihantar melalui e-mel ke urusetia@mypengguna.com. Penyertaan hendaklah disertakan dengan borang penyertaan pertandingan yang lengkap.
- Esei mestilah asli dan menggunakan olahan idea sendiri.
- Tarikh tutup untuk semua penyertaan pertandingan ialah 3 Julai 2015.
- Pelajar yang menghantar esei secara atas talian (online) akan diberikan keutamaan untuk proses penghantaran sijil penyertaan.
- Semua Penyertaan akan menerima SIJIL PENYERTAAN yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
- Semua Pemenang akan menerima SIJIL PENCAPAIAN yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
Borang Pertandingan boleh didapati disini Print muka surat 29