Promosi 100 Plus Kumpul Dan Menang


100 Plus kini mengadakan Promosi 100 Plus Kumpul Dan Menang dimana anda boleh menebus  Jersi ADIDAS Koleksi 100PLUS dan set Tin Eksklusif Koleksi Bola Sepak 100PLUS dengan menggunakan tab istimewa minuman tin dan label  botol edisi terhad 100 Plus.

Selain itu,  peserta juga berpeluang memenangi hadiah UTAMA iaitu berjumpa dengan lagenda bola sepak Brazil, PELE dan pemain kebangsaan Brazil Oscar. Setiap borang penebusan lengkap yang dihantar akan diberi nombor bersiri. 

Nombor bersiri ini akan dibahagi untuk memilih 100 pemenang bertuah untuk bertemu dengan Oscar & Pelé . Sila baca keterangan dibawah untuk lebih detail berkenaan proses pemilihan ini.

Peringkat 1: Penebusan
Dua (2) Premium eksklusif untuk penebusan adalah seperti dibawah:

  • 1 (satu) Jersi ADIDAS Koleksi 100PLUS – 10,000 (sepuluh ribu) unit.
  • 1 (satu) set Tin Eksklusif Koleksi Bola Sepak 100PLUS – 1,000,000 (satu juta) unit.

Beli HANYA tin minuman 100PLUS edisi terhad 325ml dengan tab istimewa (tab penuh) dan/atau botol minuman 100PLUS edisi terhad 500ml/1.5L dengan label botol 100PLUS edisi terhad. Kumpulkan tab istimewa (tab penuh) dan/atau dengan label botol 100PLUS edisi terhad yang diperlukan sebagai Bukti Pembelian (“BP”) untuk menebus Premium.

 Sila rujuk borang penebusan untuk produk turut serta dan BP yang diperlukan bagi setiap Premium dan kaedah penebusan. Semua Peserta boleh menukarkan BP untuk menebus Premium seperti yang dipaparkan dalam borang penebusan.

Penebusan boleh dibuat selagi stok Premium masih ada. Sila kunjungi www.facebook.com/my100plus untuk maklumat lanjut tentang Premium dan kaedah penebusan.

Setiap peserta boleh menebus seberapa banyak Premium yang diingin dalam 1 (satu) borang penebusan yang dihantar. Semua permintaan penebusan akan dilayan atas dasar “siapa dahulu didahulukan” sahaja. Sekiranya mana-mana Premium yang diminta kehabisan stok, Penganjur berhak, atas budi bicara mutlaknya, untuk menggantikannya dengan mana-mana Premium yang ada.

Hanya borang penebusan lengkap diisi yang dihantar ke alamat dinyatakan akan diterima. Borang penebusan MESTI dihantar melalui pos, khidmat penghantar surat, perkhidmatan kurier atau POS Laju atas risiko dan perbelanjaan Peserta sendiri. Borang penebusan yang diterima selepas 30/05/2015, 23.59mlm tidak akan dilayan.

Peringkat 2: Peraduan
 Semua borang penebusan layak yang diterima oleh Penganjur dalam Tempoh Peraduan akan diberi 1 (satu) nombor bersiri untuk setiap satu (1) Premium yang ditebus.

 Terdapat 100 (satu ratus) Hadiah Utama berupa peluang untuk bertemu dengan Oscar & Pelé untuk dimenangi sepanjang Tempoh Peraduan.

 Nombor bersiri yang diperuntukkan sepanjang Tempoh Peraduan akan dikira untuk memperoleh jumlah besar yang kemudian akan dibahagikan dengan 100 (satu ratus) untuk mendapatkan 100 (satu ratus) nombor bersiri kemenangan. Jika nombor mempunyai nilai perpuluhan, nombor bersiri kemenangan akan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat, lebih rendah yang dihasilkan daripada
pembahagian tersebut.

Sebagai contoh: Jika jumlah nombor bersiri penyertaan layak berjumlah 10,999, maka 10,999 akan dibahagikan dengan 100, yang bersamaan dengan 109.9, yang seterusnya akan dibundarkan ke bawah kepada 109. Nombor pengganda dalam kes ini ialah 109. Seramai 100 (satu ratus) Peserta yang ditetapkan dengan gandaan 109 iaitu 109, 218, 327, 436 dan seterusnya akan menjadi Pemenang Hadiah Utama.

Semua Peserta dengan nombor bersiri terpilih akan dimaklumkan melalui SMS menerusi telefon bimbit yang diberikan dalam borang penebusan, dan beliau perlu menjawab 1 (satu) soalan promosi mudah dengan betul melalui SMS untuk memenangi Hadiah Utama. Sekiranya Peserta gagal untuk menjawab soalan dengan betul, maka kemenangan beliau akan dibatalkan dan Peserta berikutnya akan dipilih sebagai pengganti.

Pemenang masing-masing akan memenangi Hadiah Utama berupa peluang untuk bertemu dengan Oscar & Pelé. Upacara ini akan diadakan di Lembah Klang pada tarikh yang akan ditentukan oleh Penganjur. Peserta hanya boleh memenangi satu 1 (satu) Hadiah Utama sahaja.

Semua Pemenang akan menerima jemputan Upacara Hadiah Utama melalui SMS. Semua Hadiah Utama mesti dituntut dari Penganjur pada tarikh Upacara diadakan. SEMUA HADIAH UTAMA YANG TIDAK DITUNTUT AKAN DITARIK BALIK.

Cara-Cara

cara2

100 limited

Hadiah

hadiah 100 plus

TERMA & SYARAT PROMOSI

Penganjur & Tempoh Promosi
1. PROMOSI 100PLUS KUMPUL DAN MENANG! (“Promosi”) ini terbuka kepada semua penduduk Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas pada tahun 2015, kecuali kakitangan F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd. (“Penganjur”), syarikat sekutu, anak syarikat, agensi pengiklanan/Perhubungan Awam dan pembekal mereka, serta anggota keluarga terdekat masing-masing.

2. Promosi bermula dari 15/04/2015 dan berakhir pada 30/05/2015 (“Tempoh Promosi”). Promosi terbahagi kepada kepada 2 (dua) peringkat iaitu Penebusan dan Peraduan.

3. Penganjur berhak untuk menukar, membatalkan, menamatkan dan/atau menggantung Promosi pada bila-bila masa dalam Tempoh Promosi tanpa perlu memberikan notis terlebih dahulu.

4. Untuk mengelakkan keraguan, pembatalan, penamatan atau penggantungan oleh Penganjur tidak melayakkan peserta untuk membuat sebarang tuntutan atau pampasan daripada Penganjur bagi sebarang kerugian, kerosakan yang dialami atau kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh Peserta sama ada secara langsung dan/atau tidak langsung yang timbul daripada atau berhubung dengan pembatalan, penamatan atau penggantungan Promosi oleh Penganjur.

Peringkat 1: Penebusan
5. Dua (2) Premium eksklusif untuk penebusan adalah seperti dibawah:

  • 1 (satu) Jersi ADIDAS Koleksi 100PLUS – 10,000 (sepuluh ribu) unit.
  • 1 (satu) set Tin Eksklusif Koleksi Bola Sepak 100PLUS – 1,000,000 (satu juta) unit.

6. Beli HANYA tin minuman 100PLUS edisi terhad 325ml dengan tab istimewa (tab penuh) dan/atau botol minuman 100PLUS edisi terhad 500ml/1.5L dengan label botol 100PLUS edisi terhad. Kumpulkan tab istimewa (tab penuh) dan/atau dengan label botol 100PLUS edisi terhad yang diperlukan sebagai Bukti Pembelian (“BP”) untuk menebus Premium.

7. Sila rujuk borang penebusan untuk produk turut serta dan BP yang diperlukan bagi setiap Premium dan kaedah penebusan. Semua Peserta boleh menukarkan BP untuk menebus Premium seperti yang dipaparkan dalam borang penebusan.

8. Penebusan boleh dibuat selagi stok Premium masih ada. Sila kunjungi www.facebook.com/my100plus untuk maklumat lanjut tentang Premium dan kaedah penebusan.

9. Setiap peserta boleh menebus seberapa banyak Premium yang diingin dalam 1 (satu) borang penebusan yang dihantar. Semua permintaan penebusan akan dilayan atas dasar “siapa dahulu didahulukan” sahaja. Sekiranya mana-mana Premium yang diminta kehabisan stok, Penganjur berhak, atas budi bicara mutlaknya, untuk menggantikannya dengan mana-mana Premium yang ada.

10. Hanya borang penebusan lengkap diisi yang dihantar ke alamat dinyatakan akan diterima. Borang penebusan MESTI dihantar melalui pos, khidmat penghantar surat, perkhidmatan kurier atau POS Laju atas risiko dan perbelanjaan Peserta sendiri. Borang penebusan yang diterima selepas 30/05/2015, 23.59mlm tidak akan dilayan.

11. Bukti pengeposan borang penebusan bukan bukti penerimaan oleh Penganjur. Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang BP dan atau butiran peribadi lain yang hilang, lewat atau disalah hantar. Perbualan dengan pengendali talian khas tidak dianggap sebagai bukti penerimaan oleh Penganjur.

12. Peserta dibenarkan untuk menghantar berbilang borang penebusan. Salinan foto borang penebusan dibenarkan/diterima. Semua borang penebusan termasuk BP yang dikemukakan menjadi hak milik Penganjur dan tidak akan dipulangkan.

13. Semua borang penebusan yang dikemukakan tertakluk kepada penentusahan Penganjur. Penganjur mempunyai hak mutlak untuk membatalkan secara automatik borang penebusan yang tidak lengkap, tidak boleh dibaca atau rosak, lewat (iaitu borang penebusan yang diterima selepas 30/05/2015, 23.59mlm) atau borang penebusan tanpa BP yang diperlukan atau kekurangan BP.

14. Penganjur, atas budi bicara mutlaknya, berhak untuk menolak, membatalkan atau menarik balik manamana
borang penebusan tanpa perlu memberikan sebarang notis terlebih dahulu kepada mana-mana borang penebusan tanpa perlu memberikan sebarang notis terlebih dahulu kepada mana-mana pihak. Penganjur berhak untuk menarik balik Premium yang ditebus sekiranya peserta tidak mematuhi Terma & Syarat Promosi.

Kutipan Premium yang Ditebus
15. Penganjur akan membuka Pusat Kutipan Barangan Premium di beberapa lokasi seperti yang dinyatakan dalam borang penebusan.

16. Semua Peserta MESTI memilih dan menyatakan dengan jelas 1 (satu) Pusat Kutipan dalam borang penebusan. Sekiranya Peserta gagal untuk menyatakan Pusat Kutipan yang dipilih maka Penganjur secara automatik akan menetapkan Pusat Kutipan berasaskan alamat Peserta pada borang penebusan yang diterima.

17. Semua Peserta akan dimaklumkan menerusi SMS ke nombor telefon bimbit yang dinyatakan dalam borang penebusan dan akan diberikan maklumat kutipan Premium.

18. Penganjur tidak akan menanggung liabiliti atau bertanggungjawab terhadap sebarang kelewatan dan/ atau kegagalan penerimaan penyertaan SMS akibat kegagalan rangkaian syarikat telefon atau ISP yang berkenaan dan atau kegagalan untuk menyediakan perkhidmatan SMS yang tepat pada masanya dan/atau cekap.

19. Semua Barangan Premium mesti dikutip dalam tempoh kutipan yang dinyatakan dalam borang penebusan. Peserta MESTI menunjukkan MyKad mereka untuk tujuan pengesahan dan kutipan. Peserta boleh melantik seorang wakil untuk mengutip Premium bagi pihak mereka. Wakil tersebut MESTI menunjukkan surat kebenaran daripada Peserta dan satu salinan foto MyKad peserta semasa kutipan. SEMUA PREMIUM YANG TIDAK DIKUTIP AKAN DITARIK BALIK.

20. Peserta mesti memastikan bahawa Premium yang ditebus adalah dalam keadaan baik semasa kutipan. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang Premium yang rosak selepas kutipan dibuat. Untuk mengelakkan keraguan, Premium akan dianggap sebagai telah dituntut apabila peserta menandatangani surat perakuan penerimaan Premium semasa kutipan.

21. Semua Peserta mesti mematuhi terma dan syarat pihak yang mengatur dan/atau menyediakan Premium dan terma dan syarat yang disertakan bersama Premium, jika ada. Semua kos yang berkaitan dengan penerimaan/ kutipan dan/atau penggunaan Premium akan ditanggung sepenuhnya oleh Peserta.

Peringkat 2: Peraduan
22. Semua borang penebusan layak yang diterima oleh Penganjur dalam Tempoh Peraduan akan diberi 1 (satu) nombor bersiri untuk setiap satu (1) Premium yang ditebus.

23. Terdapat 100 (satu ratus) Hadiah Utama berupa peluang untuk bertemu dengan Oscar & Pelé untuk dimenangi sepanjang Tempoh Peraduan.

24. Nombor bersiri yang diperuntukkan sepanjang Tempoh Peraduan akan dikira untuk memperoleh jumlah besar yang kemudian akan dibahagikan dengan 100 (satu ratus) untuk mendapatkan 100 (satu ratus) nombor bersiri kemenangan. Jika nombor mempunyai nilai perpuluhan, nombor bersiri kemenangan akan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat, lebih rendah yang dihasilkan daripada
pembahagian tersebut.
Sebagai contoh: Jika jumlah nombor bersiri penyertaan layak berjumlah 10,999, maka 10,999 akan dibahagikan dengan 100, yang bersamaan dengan 109.9, yang seterusnya akan dibundarkan ke bawah kepada 109. Nombor pengganda dalam kes ini ialah 109. Seramai 100 (satu ratus) Peserta yang ditetapkan dengan gandaan 109 iaitu 109, 218, 327, 436 dan seterusnya akan menjadi Pemenang Hadiah Utama.

25. Semua Peserta dengan nombor bersiri terpilih akan dimaklumkan melalui SMS menerusi telefon bimbit yang diberikan dalam borang penebusan, dan beliau perlu menjawab 1 (satu) soalan promosi mudah dengan betul melalui SMS untuk memenangi Hadiah Utama. Sekiranya Peserta gagal untuk menjawab soalan dengan betul, maka kemenangan beliau akan dibatalkan dan Peserta berikutnya akan dipilih sebagai pengganti.

26. Pemenang masing-masing akan memenangi Hadiah Utama berupa peluang untuk bertemu dengan Oscar & Pelé. Upacara ini akan diadakan di Lembah Klang pada tarikh yang akan ditentukan oleh Penganjur. Peserta hanya boleh memenangi satu 1 (satu) Hadiah Utama sahaja.

27. Semua Pemenang akan menerima jemputan Upacara Hadiah Utama melalui SMS. Semua Hadiah Utama mesti dituntut dari Penganjur pada tarikh Upacara diadakan. SEMUA HADIAH UTAMA YANG TIDAK DITUNTUT AKAN DITARIK BALIK.

28. Pemenang mesti mematuhi terma & syarat pihak yang mengatur dan/atau menyediakan Hadiah Utama. Penganjur berhak untuk menarik balik Hadiah Utama sekiranya Pemenang tidak mematuhi Terma & Syarat Promosi dan Terma & Syarat Hadiah Utama.

29. Penganjur tidak akan menanggung liabiliti atau bertanggungjawab terhadap sebarang kelewatan dan/ atau kegagalan penerimaan penyertaan SMS akibat kegagalan rangkaian syarikat telefon atau ISP yang berkenaan dan atau kegagalan untuk menyediakan perkhidmatan SMS yang tepat pada masanya dan/atau cekap.

30. Keputusan Penganjur dalam semua perkara berkaitan Hadiah Utama adalah mutakhir, muktamad dan mengikat. Tiada surat-menyurat akan dilayan. Penganjur berhak untuk menukar, membatalkan, menamatkan dan/atau menggantung Hadiah Utama, tanpa perlu memberikan notis terlebih dahulu.

Notis Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
31. Notis bertulis (“Notis”) ini bertujuan untuk memaklumkan anda bahawa data peribadi anda diproses oleh atau bagi pihak F&N Beverages Marketing Sdn Bhd (“F&N” atau “kami”). Tambahan lagi, dengan mengemukakan borang promosi ini, anda dengan ini membenarkan pemprosesan data peribadi anda oleh F&N sebagaimana yang dinyatakan dalam Notis ini. Kami akan memproses data peribadi yang anda berikan kepada kami seperti nama, nombor kad pengenalan negara, nombor hubungan, alamat dan sebarang maklumat lain yang kami minta daripada anda dalam borang promosi ini. F&N akan memproses data peribadi anda, termasuk sebarang maklumat tambahan yang anda berikan kepada F&N, untuk tujuan menjalankan peraduan ini dan menghubungi anda (jika perlu).

32. Data peribadi yang anda berikan kepada kami boleh diedarkan kepada penyedia perkhidmatan kami hanya untuk tujuan yang disebutkan di atas. Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa data peribadi yang anda sediakan adalah tepat, lengkap dan tidak mengelirukan dan bahawa data peribadi tersebut dikemaskinikan. Anda boleh membaca dan meminta agar data peribadi anda dibetulkan dan/ atau mengehadkan pemprosesan data peribadi, atau membuat sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan data peribadi anda atau menghantar e-mel kepada penyedia perkhidmatan kami di pdpa@omniteam.com.my.

Sekiranya terdapat ketidakseragaman antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia Notis ini, versi Bahasa Inggeris yang boleh didapati di www.facebook.com/my100plus akan diguna pakai dan mengatasi versi Bahasa Malaysia.
Hak Penganjur

33. Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana Premium dan Hadiah Utama dengan barangan lain yang sama nilainya, pada bila-bila masa, tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu. Semua Premium dan Hadiah Utama ditebus dalam keadaan “sedia ada” dan tidak boleh ditukarkan dengan kredit atau barangan lain atau baucar sama ada secara sebahagiannya atau sepenuhnya.

34. Keputusan Penganjur dalam semua perkara berkaitan Promosi adalah mutakhir, muktamad dan mengikat. Tiada surat-menyurat akan dilayan.

35. Melainkan dimaklumkan sebaliknya oleh Penganjur, peserta mungkin menerima pesanan promosi daripada Penganjur pada masa depan.

36. Penyertaan dalam Promosi ini dan penerimaan sebarang Premium dan/atau Hadiah Utama menandakan kebenaran yang tidak boleh dibatalkan (melainkan dimaklumkan sebaliknya oleh peserta) kepada Penganjur untuk menggunakan nama dan gambar peserta untuk tujuan publisiti dan pengiklanan tanpa sebarang pampasan mahupun perlu memberikan notis kepada peserta terlebih.

37. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya Premium hilang, rosak, ranap atau dicuri semasa dan selepas kutipan dan/atau penghantaran Premium.

38. Semua peserta bersetuju secara tidak bersyarat untuk menanggung liabiliti penuh dan bertanggungjawab sepenuhnya setakat dibenarkan undang-undang sekiranya berlaku sebarang kerugian, kejadian tidak diingini, kecederaan, ganti rugi, tuntutan, atau kemalangan (termasuk kehilangan nyawa) yang dialami akibat daripada penyertaan mereka dalam Promosi ini, penebusan dan atau penggunaan Premium dan Hadiah Utama.

39. Penganjur sama sekali tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kesilapan percetakan yang tertera pada produk 100PLUS atau Bukti Pembelian yang diedarkan di pasaran.

40. Dengan menyertai Promosi ini, peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat Promosi ini dan menerima bahawa semua keputusan yang dibuat oleh Penganjur adalah muktamad dan mengikat. Penganjur berhak untuk menukar, meminda, menambah atau menggugurkan mana-mana Terma & Syarat Promosi ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis kepada peserta dan peserta hendaklah terikat kepada perubahan sedemikian.

41. Terma & Syarat Promosi ini disediakan dalam beberapa bahasa. Sekiranya terdapat percanggahan antara semua versi yang disediakan, versi Bahasa Inggeris Terma dan Syarat Promosi yang boleh didapati di www.facebook.com/my100plus akan diguna pakai.

42. Untuk pertanyaan lanjut mengenai Promosi, sila hubungi Talian Khas di 03-7880 7803 (10 pagi – 5
petang, Isnin hingga Jumaat, kecuali cuti umum) atau kunjungi www.facebook.com/my100plus.

untuk maklumat lanjut SINI


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?