Sertai Pertandingan Fotografi Islamik untuk berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM3000 untuk tempat pertama ,RM2000 untuk tempat kedua, dan RM1000 untuk tempat ketiga.
Untuk hadiah tempat 4 hingga ke-10, pemenang akan menerima hadiah wang tunai RM500 setiap seorang. Sesiapa saja (rakyat Malaysia) boleh sertai pertandingan ini dan penyertaan adalah percuma. Tapi gambar perlulah diambil kawasan Putrajaya sahaja dan menepati tema pertandingan.
Tema: Putrajaya Rahmat Ilahi
Sesiapa yang berminat bolehlah sertai pertandingan ini, kalau nak guna kamera handfone pun boleh, asalkan menggunakan handfone yang kameranya 5 megapixel dan keatas serta menepati tema.
- Nama Penuh (mengikut MyKad);
- No.MyKad dan
- No.Telefon
Tarikh penyertaan : 1 – 30 April 2015
ASPEK PEMARKAHAN:
- 40% Keaslian foto
- 20% Penceritaan
- 20% Tema
- 20% Nilai murni yang dipaparkan
Hadiah
Syarat Penyertaan Pertandingan
- Terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan penyertaan adalah percuma.
- Gambar yang dihantar hendaklah dalam bentuk digital
- Foto yang dihantar hendaklah menepati tema yang ditetapkan
- Sekiranya foto yang dihantar melibatkan gambar orang, peserta perlu menyertakan surat kebenaran individu tersebut
- Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan yang berlaku semasa proses penghantaran ke atas foto digital yang dihantar untuk pertandingan
- Kegagalan peserta mematuhi syarat yang ditetapkan membolehkan penyertaan dibatalkan oleh pihak penganjur
- Semua foto yang dihantar tidak akan dikembalikan dan menjadi hak milik penganjur. Penganjur berhak menggunakan foto tersebut untuk apa-apa tujuan penerbitan TANPA NOTIS dan sebarang pembayaran kepada peserta
- Semua penyertaan hendaklah sampai kepada penganjur sebelum atau pada 30 April 2015.
- Keputusan panel hakim adalah muktamad
- Keputusan pemenang akan diumumkan melalui laman web; www.myputrajayanews.com , facebook My Putrajaya News dan emel
- Foto pertandingan boleh dihantar melalui emel; myputrajayanews@gmail.com, kwdkmp@gmail.com dan disertai maklumat Nama Penuh (mengikut MyKad); No.MyKad dan No.Telefon
- Sekiranya mempunyai sebrang pertanyaan berhubung dengan program ini, boleh hubungi 010-8917845 / 011-20555085 / 03-88923650
Jika ada sebarang soalan sila tanya di SINI