Penebusan Go-Jer Dengan Nescafé Sejuk Gempak


Kumpul penyentap tin minuman NESCAFE untuk menebusnya dengan barangan eksklusif Nescafe seperti T-Shirt, Thumbdrive Necafe 4GB dan Pen Nescafe. Selain itu anda juga berpeluang memenangi hadiah Peti Sejuk mudah alih edisi terhad Nescafe.

40 pemenang akan dipilih untuk memenangi hadiah Peti Sejuk ini setiap selama 3 bulan peraduan ini berlangung. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan nombor yang dibahagikan . Kiranya macam lucky draw lah.

Sebagai contoh: Jika jumlah nombor bersiri Penyertaan Layak bagi bulan tersebut ialah 8889, maka jumlahnya akan dibahagikan dengan 40, yang bersamaan dengan 222.2, yang seterusnya akan dibulatkan ke bawah kepada 222. Nombor pengganda dalam kes ini ialah 222. Seramai empat puluh [40] Peserta bagi bulan yang ditetapkan dengan gandaan 222 iaitu 222, 444, 666 dan seterusnya akan menjadi pemenang Hadiah Bonus bulan tersebut.

Semua peserta terpilih akan dihubungi melalui telefon yang dilengkapkan di dalam Penyertaan Layak dan akan diberikan satu [1] soalan untuk dijawab. Untuk maklumat lanjut sila lihat dibawah.

Cara Penyertaan

go jer2tebus
Hadiah
hadiah

Terma & Syarat

Syarat & Peraturan Program (Sila rujuk laman web: www.nestle.com.my untuk Syarat & Peraturan Program dalam Bahasa Inggeris)
Penganjur, Kelayakan & Tempoh:

1.PROGRAM PENEBUSAN GO-JER DENGAN NESCAFÉ® SEJUK GEMPAK [“Program”] ini dianjurkan oleh Nestlé Products
Sdn. Bhd. [45229-H] [“pihak Penganjur”].

2.Program ganjaran kesetiaan ini terbuka kepada semua penduduk Malaysia yang berusia 18 tahun dan keatas pada 10/04/2015 dan mempunyai dokumen pengenalan yang sah [setiap seorang dan secara kolektif “Peserta”]. Pihak Penganjur berhak untuk memohon bukti dokumen pengenalan sah.

3.Program ini akan dianjurkan dari 10/04/2015 hingga 10/07/2015 [“Tempoh Program”] atau selagi stok Premium masih ada. Pihak Penganjur berhak untuk mengantungkan dan/atau menangguhkan Tempoh Program dan/atau membatalkan/menghentikan dan/atau meminda, membetulkan, menggugurkan dan/atau menambah kepada Syarat & Peraturan Program pada bila-bila masa sahaja tanpa memberi notis terlebih dahulu.

Peringkat 1: Penebusan, Kaedah Penebusan

1.Beli sebarang tin minuman NESCAFẾ yang turut serta dan kumpulkan penutup sentap NES berwarna emas atau perak sebagai bukti pembelian [“BP”] untuk menebus Premium. Sila rujuk kepada borang penebusan untuk senarai produk, Premium dan jumlah BP yang diperlukan untuk menebus setiap Premium.

2.Semua peserta boleh menebus Premium dengan penukaran BP seperti yang ditunjukkan dalam borang penebusan. Anda hanya boleh menebus lima [5] Premium dalam setiap borang penebusan. Borang penebusan yang mengandungi penebusan melebihi lima [5] Premium akan dibatalkan. Penebusan hanya melalui pos, kiriman tangan dan/atau khidmat kurier. Tiada penebusan serta-merta.

3.Setiap borang penebusan yang dihantar, mesti lengkap diisi dengan butiran yang diperlukan dan disertakan dengan BP
yang diperlukan. Borang yang tidak lengkap, tidak boleh dibaca, tidak tepat, borang dengan BP yang tidak betul dan/atau rosak akan dibatalkan. BP lebihan yangdikemukakan tidak akan dipulangkan. Setiap peserta berhak/layak untuk mengemukakan lebih daripada satu [1] borang penebusan. Salinan borang penebusan diterima.

4.Semua borang penebusan mesti dihantar ke alamat yang dinyatakan melalui pos, kiriman tangan, khidmat kurier atau Pos Laju, atas risiko Peserta sendiri. Bukti pos borang penebusan bukan bukti penerimaan oleh Penganjur. Tiada borang penebusan akan dilayan selepas 15/07/2015.

5.Premium akan dihantar ke alamat penghantaran yang diberikan oleh Peserta dalam masa 6 – 8 minggu selepas tarikh tutup iaitu 15/07/2015.Pihak Penganjur akan mengambil langkah berhati-hati semasa penghantaran Premium tetapi Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya Premium tidak diterima, lewat dihantar atau rosak semasa dihantar
kepada Peserta.

6.Sekiranya terdapat kerosakan pengeluaran, Peserta mesti memulangkan Premium tersebut kepada pihak Penganjur, tanpa kerosakan lanjut, dan dalam bungkusan asal untuk digantikan dalam tempoh dua [2] minggu selepas menerima Premium.

7.Semua Peserta mesti mematuhi terma dan syarat pihak yang mengatur dan/atau menyediakan Premium dan terma dan syarat yang dikaitkan dengan Premium tersebut, jika ada. 8.Pihak Penganjur berhak, atas budi bicara mutlaknya, menggantikan mana-mana Premium dengan barangan lain yang senilai dengannya, pada bila-bila masa, tanpa memberi notis terlebih dahulu. Semua Premium ditebus dalam ‘keadaan sedia ada’ dan tidak boleh ditukarkan dengan wang tunai, kredit, barangan lain atau baucar, sama ada secara sebahagian atau
sepenuhnya.

Peringkat 2: Peraduan, Kaedah Peraduan:
1.Golongan individu berikut tidak akan diambil kira sebagai layak untuk menyertai Peraduan ini:

[a].Kakitangan pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] dan ahli keluarga terdekat mereka [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri]; dan/atau

[b].Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal khidmat pengiklanan dan/atau promosi pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] dan ahli keluarga terdekat mereka [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri].

2.Terdapat sejumlah empat puluh [40] Hadiah Bonus selama tiga [3] bulan berturut-turut. Terdapat sejumlah seratus dua puluh [120] Hadiah Bonus untuk dimenangi sepanjang Tempoh Program.

3.Semua borang penyertaan yang diterima oleh Penganjur sepanjang Tempoh Peraduan, jika diluluskan oleh Penganjur, akan diperuntukkan satu [1] nombor bersiri [setiap satu dan secara kolektif “Penyertaan Layak”].

4.Nombor bersiri yang diperuntukkan bagi Penyertaan Layak setiap bulan akan dikira untuk memperoleh jumlah besar yang kemudian akan dibahagikan dengan empat puluh [40] untuk mendapatkan empat puluh [40] nombor bersiri kemenangan bagi Hadiah Bonus setiap bulan. Jika nombor mempunyai nilai perpuluhan, nombor bersiri kemenangan akan dibulatkan kepada nombor bulat paling dekat, lebih rendah yang dihasilkan daripada pembahagian tersebut.

Sebagai contoh: Jika jumlah nombor bersiri Penyertaan Layak bagi bulan tersebut ialah 8889, maka jumlahnya akan dibahagikan dengan 40, yang bersamaan dengan 222.2, yang seterusnya akan dibulatkan ke bawah kepada 222. Nombor pengganda dalam kes ini ialah 222. Seramai empat puluh [40] Peserta bagi bulan yang ditetapkan dengan gandaan 222 iaitu 222, 444, 666 dan seterusnya akan menjadi pemenang Hadiah Bonus bulan tersebut.

4.Semua peserta terpilih akan dihubungi melalui telefon yang dilengkapkan di dalam Penyertaan Layak dan akan diberikan satu [1] soalan untuk dijawab.

Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya perserta-peserta terpilih tidak dapat dihubungi diatas sebarang sebab selepas tiga [3] percubaan oleh Pihak Penganjur atau agensinya.

5.Untuk memenangi Hadiah Bonus peserta terpilih mesti menjawab soalan dengan betul. Sekiranya peserta terpilih gagal menjawab soalan dengan betul, maka peserta tersebut akan dibatalkan dan nombor bersiri selepas nombor bersiri peserta yang dibatalkan akan dipilih sebagai gantian.

6.Pemenang-pemenang akan memenangi Hadiah Bonus berupa sebuah Peti Sejuk Mudah Alih Edisi Terhad NESCAFẾ setiap satu.

7.Peserta hanya boleh memenangi satu [1] Hadiah Bonus setiap bulan dan maksimum dua [2] Hadiah Bonus sepanjang Tempoh Peraduan. Sekiranya ada pemenang berulang, nombor bersiri selepas nombor bersiri pemenang ulangan akan diisytiharkan sebagai
pemenang Hadiah Bonus tersebut.

8.Semua pemenang mesti mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak yang mengatur dan/atau menyediakan semua
Hadiah Bonus dan juga terma dan syarat yang disertakan bersama semua Hadiah Bonus berkenaan, jika ada. Semua Hadiah Bonus mesti dituntut dalam tempoh tiga [3] bulan dari tarikh Hadiah Bonus tersedia untuk diambil. Semua Hadiah Bonus yang tidak dituntut akan ditarik balik. Senarai pemenang juga akan diumumkan di laman web: www.nestle.com.my.

9.Pemenang akan diberitahu melalui pos. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya pemberitahuan menerusi pos kepada
pemenang tidak diterima atau lewat diterima. Pihak Penganjur atas budi bicara mutlaknya, berhak menggantikan mana-mana Hadiah Bonus dengan Hadiah Bonus lain yang senilai dengannya, pada bila-bila masa, tanpa memberi notis terlebih dahulu. Hadiah Bonus tidak boleh dipindah milik dan semua Hadiah Bonus diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’ dan tidak boleh ditukarkan dengan wang tunai, kredit, barangan lain atau baucar, sama ada secara sebahagian atau sepenuhnya.

Liabiliti & Tanggungjawab:

1.Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain yang berkaitan untuk menyertai Program ini dan menebus Premium dan Hadiah Bonus adalah tanggungjawab Peserta sepenuhnya.

2.Peserta akan bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika
berlaku sebarang kerugian, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan [termasuk kehilangan nyawa] akibat mengambil bahagian dalam Program ini, menuntut dan/atau menggunakan Premium dan Hadiah Bonus dan bersetuju untuk melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan pihak Penganjur terhadap sebarang liabiliti.

Hak Penganjur:
1.Pihak Penganjur berhak menggunakan nama dan/atau gambar Peserta sebagai bahan untuk tujuan
pengiklanan dan/atau perdagangan dan/atau publisiti tanpa sebarang notis kepada Peserta dan Peserta tidak berhak membuat tuntutan pemilikan atau mendapat
sebarang bentuk pampasan untuk bahan tersebut.

Perlindungan Data:
1.Dengan menyertai Program, Peserta memberi kebenaran kepada Penganjur dan syarikat gabungannya dan/atau syarikat berkaitannya untuk menggunakan nama, gambar dan imejnya untuk tujuan pengiklanan dan publisiti pada masa depan berhubung
dengan Program dalam mana-mana dan semua media tanpa sebarang pampasan tambahan, notis atau kebenaran.

2.Dengan menyertai Program, Penganjur
bersetuju hanya untuk mengumpulkan dan menggunakan data pada Laman Peminat Penganjur dan Laman Web Penganjur dan melindunginya seperti yang ditetapkan
di bawah. Bahagian ini juga menggariskan hak Peserta berkaitan dengan perlindungan data, dan memberitahu peserta cara untuk menghubungi Penganjur.

3.Pada masa tertentu, Penganjur boleh melantik pihak ketiga untuk memproses butiran peribadi Peserta. Semua pihak ketiga tersebut mempunyai kewajipan di bawah kontrak
untuk tidak menggunakan data peribadi Peserta. Semua pihak ketiga diwajibkan di bawah kontrak untuk tidak menggunakan data peribadi Peserta dengan sebarang
cara lain kecuali yang ditetapkan di dalam ini.

4.Di bawah undang-undang Malaysia, hak Peserta termasuk:

[a].hak untuk menarik balik persetujuan anda terhadap penggunaan butiran peribadi anda dengan menghubungi kami di pdpa@omniteam.com.my dan memberi kami nama dan alamat e-mel Peserta supaya kami boleh
mengeluarkan butiran berkenaan.

[b].hakuntuk mendapatkan salinan data peribadi mengenai anda yang dipegang oleh pihak kami [kami berhak untuk mengenakan
sedikit yuran untuk menunaikan hak ini].

[c].hak untuk membetulkan data peribadi tidak tepat mengenai anda yang dipegang oleh pihak kami.

5.Jika Peserta mahu membangkitkan sebarang isu perlindungan data dengan Penganjur, atau melaksanakan sebarang hak di bawah undang-undang, sila hubungi Penganjur di
pdpa@omniteam.com.my.

6.Penganjur mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya untuk memastikan data peribadi Peserta terlindung, dan menetapkan syarat kepada pemproses data pihak ketiga untuk berbuat demikian. Perhatian bahawa Penganjur boleh memberikan data peribadi Peserta jika perlu berbuat demikian di bawah undang-undang, menerusi waran geledah, subpoena atau arahan mahkamah.

Terma & Syarat:

1.Gambar Premium dan Hadiah Bonus adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin berbeza daripada barangan sebenar.

2.Syarat & Peraturan Program ini disediakan dalam beberapa bahasa. Sekiranya wujud
ketidakseragaman antara semua versi tersebut, maka, Syarat & Peraturan Program dalam Bahasa Inggeris yang akan diguna pakai.

3.Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

4.Dengan menyertai Program ini, Peserta bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada Syarat dan
Peraturan ini, serta keputusan Pihak Penganjur.

Dowload Borang Penebusan


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?