Peraduan Mulakan Pelayaran Kejelitaan SAFI


Safi Kini mengadakan Peraduan Mulakan Pelayaran Kejelitaan SAFI dimana peserta berpeluang memenagi hadiah utama iaitu Percutian 3 hari 2 malam ke Langkawi untuk 2 orang untuk 10 pemenang.

Selain itu peraduan ini juga turut menawarkan hadiah sagu hati untuk 20  pemenang iaitu Hamper SAFI bernilai RM250. Dengan pembelian mana-mana produk SAFI bernilai RM20 dan  keatas di dalam satu resit, anda boleh menyertai peraduan ini.

Peraduan ini nampak macam sesuai untuk pengguna produk Safi. Peraduan tamat 30 April 2015

Cara Untuk Menyertaai

CARA – CARA PENYERTAAN

    1. Peserta mestilah membeli mana-mana produk SAFI bernilai RM20 di dalam satu resit sebagai bukti pembelian.
    2. Peserta haruslah menyusun produk-produk SAFI RANIA GOLD mengikut urutan 5 langkah penjagaan kecantikan dengan betul.
    3. Peserta haruslah melengkapkan pantun empat kerat “Melayari samudera ke pulau impian, Tampil menawan menuju destinasi” mengikut kreativiti peserta.
    4. Peserta haruslah melengkapkan butiran peribadi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan e-mel.

CARA-CARA UNTUK MENANG

    1. Penyertaan diadili berdasarkan:
      1. Susunan produk-produk SAFI RANIA GOLD mengikut 5 langkah penjagaan kecantikan yang betul, dan
      2. Kreativiti peserta melengkapkan pantun empat kerat
    2. Panel juri akan memilih sepuluh (10) pemenang utama dan dua puluh (20) pemenang sagu hati.
    3. Keputusan juri adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Hadiah

terma safi

  • 10x Hadiah Utama: Percutian 3 hari 2 malam ke Langkawi untuk 2 orang
  • 20x Hadiah Sagu Hati: Hamper SAFI bernilai RM250

TERMA & SYARAT:

    1. Dengan menyertai ‘Mulakan Pelayaran Kejelitaan SAFI’ (Peraduan) ini, para peserta dianggap telah membaca serta bersetuju dan/atau mematuhi semua terma dan syarat yang ditetapkan (termasuk yang diputuskan oleh WIPRO UNZA (M) SDN. BHD. tanpa sebarang notis).
    2. Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun keatas dan menetap di Malaysia kecuali kakitangan WIPRO UNZA (M) SDN. BHD., atau ahli keluarga terdekat dan/atau agensi pengiklanan dan promosi, pengedar yang dilantik dan syarikat pengelola peraduan termasuk syarikat yang berkaitan dan ahli keluarga terdekat mereka.
    3. Tempoh Peraduan melalui laman rasmi Facebook SAFI adalah dari 15 Mac 2015 hingga 30 April 2015.
    4. Semua penyertaan yang layak mestilah diterima oleh sistem kami pada 23:59:59 (Waktu Malaysia), 30 April 2015. Penyertaan yang lambat atau tidak sah tidak akan dilayan. Waktu penghantaran adalah mengikut waktu sistem kami.
    5. WIPRO UNZA (M) SDN. BHD. berhak untuk membatalkan dan/atau menolak mana-mana penyertaan yang salah, tidak lengkap, menimbulkan keraguan atau tidak sah. Peserta bersetuju untuk tidak secara sengaja merosakkan atau menyebabkan gangguan pada Peraduan dan/atau menghalang peserta lain dari menyertai Peraduan ini.
    6. WIPRO UNZA (M) SDN. BHD. berhak untuk membatalkan dan/atau menolak mana-mana penyertaan yang dianggap dan/atau mengandungi unsur-unsur tidak sesuai untuk mana-mana pihak. Dengan menyertai Peraduan ini, para peserta bersetuju untuk tidak menghantar penyertaan yang mengandungi sebarang unsur-unsur pornografi atau lucah, mengancam atau menggunakan bahasa kesat serta mengandungi unsur-unsur yang tidak sesuai untuk sesetengah pihak.
    7. WIPRO UNZA (M) SDN. BHD. dan syarikat induk, syarikat bersekutu, anak syarikat, pemegang lesen, pengarah, pegawai, ejen, kontraktor bebas, agensi-agensi pengiklanan dan promosi yang berkaitan serta penasihat undang-undang tidak bertanggungjawab ke atas:-
      1. sebarang kesilapan teknikal yang disebabkan oleh gangguan rangkaian internet, serangan virus, penggodaman maklumat, kerosakan dan kegagalan perkakasan maklumat atau sebaliknya;
      2. telefon, elektronik, perkakas atau program perisian, rangkaian, internet, pelayan atau kerosakan komputer, kegagalan, gangguan, kesilapan komunikasi atau sebarang kesukaran yang disebabkan oleh kesilapan manusia, mekanikal atau elektrik, tanpa had, termasuklah penangkapan data berkaitan maklumat penyertaan dalam talian yang salah atau tidak tepat;
      3. lambat, hilang, lewat, salah, tidak lengkap, tidak sah atau e-mel yang sukar difahami;
      4. gagal, tidak lengkap, hilang, tidak teratur, bercampur-aduk, terganggu, tiada transmisi atau transmisi komputer yang lambat;
      5. sebarang perkara yang berlaku di luar kawalan WIPRO UNZA (M) SDN. BHD. dan boleh menyebabkan gangguan atau kegagalan Peraduan;
      6. sebarang kecederaan, kerugian atau kerosakan yang timbul berhubung atau akibat daripada penerimaan, pemilikan, penggunaan hadiah atau daripada penyertaan dalam Peraduan; atau
      7. sebarang kesilapan cetakan atau tipografi dalam mana-mana bahan berkaitan dengan Peraduan.
    8. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta bersetuju untuk melepaskan daripada semua liabiliti dan melindungi WIPRO UNZA (M) SDN. BHD. dan para pekerja, pegawai, pengarah, pemegang saham, ejen, wakil-wakil, syarikat induk dan serta syarikat gabungan, anak-anak syarikat, pemegang lesen, agensi pengiklanan serta agensi berkaitan dan penasihat undang-undang dari mana-mana kerugian, ganti rugi, hak, apa-apa jenis tuntutan dan tindakan akibat daripada penerimaan, pemilikan, penggunaan atau penyalahgunaan hadiah atau sebarang aktiviti berkaitan dengan pengambilan hadiah, tanpa had termasuklah kecederaan, kematian, kerosakan harta benda dan tuntutan berdasarkan hak-hak publisiti, fitnah atau pencerobohan privasi.
    9. WIPRO UNZA (M) SDN. BHD. dan syarikat induk, syarikat bersekutu, anak syarikat, pemegang lesen, pengarah, pegawai, ejen, kontraktor bebas dan agensi-agensi pengiklanan/promosi yang berkaitan tidak menjamin, menyatakan dengan terang atau sebaliknya, dalam fakta atau undang-undang berhubung penggunaan atau penikmatan hadiah, termasuklah had tanpa batasan, kualiti, kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.
    10. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta bersetuju untuk membenarkan WIPRO UNZA (M) SDN. BHD. dan syarikat induk, anak syarikat, syarikat gabungan, pemegang lesen, pengarah, pegawai, ejen, kontraktor bebas dan agensi-agensi pengiklanan/promosi menggunakan nama, maklumat yang disertakan dalam laman web Peraduan, kesamaan, maklumat biografi dan kenyataan untuk sebarang tujuan, termasuklah, tanpa had, pengiklanan, perdagangan atau promosi tanpa sebarang had masa, di mana-mana media kelak tanpa sebarang pampasan, melainkan yang telah ditetapkan undang-undang. Status pemenang boleh dilucutkan dan/atau pemenang baru akan dipilih jika pemenang yang terpilih tidak dapat dihubungi, pendaftaran tidak sah dan/atau gagal menuntut hadiah. Keengganan atau pemulangan pemberitahuan hadiah yang gagal dihantar kepada pemenang terpilih juga dianggap batal dan/atau pemenang baru akan dipilih.
    11. Dengan penyertaan ini, para peserta mengakui kelayakan penyertaan dan menyatakan persetujuan terhadap sebarang publisiti berhubung penyertaan mereka oleh pihak WIPRO UNZA (M) SDN. BHD.
    12. Rayuan untuk menyemak status penyertaan tidak akan dilayan.
    13. WIPRO UNZA (M) SDN. BHD. berhak untuk membuat keputusan muktamad dalam sebarang pertikaian berbangkit.
    14. WIPRO UNZA (M) SDN. BHD. berhak untuk menggunakan mana-mana bahan yang diterima semasa Peraduan (termasuklah nama peserta, alamat e-mel, nombor telefon, gambar dan lain-lain) untuk tujuan pengiklanan, pemasaran dan komunikasi.
    15. WIPRO UNZA (M) SDN. BHD. berhak untuk meminda semula mekanik, terma dan syarat Peraduan serta lain-lain aspek berkaitan Peraduan tanpa sebarang notis.
    16. WIPRO UNZA (M) SDN. BHD. berhak untuk menggantung atau membatalkan Peraduan mengikut budi bicara dan keadaan yang tidak diduga tanpa sebarang notis.

CARA – CARA PENYERTAAN

    1. Peserta mestilah membeli mana-mana produk SAFI bernilai RM20 di dalam satu resit sebagai bukti pembelian.
    2. Peserta haruslah menyusun produk-produk SAFI RANIA GOLD mengikut urutan 5 langkah penjagaan kecantikan dengan betul.
    3. Peserta haruslah melengkapkan pantun empat kerat “Melayari samudera ke pulau impian, Tampil menawan menuju destinasi” mengikut kreativiti peserta.
    4. Peserta haruslah melengkapkan butiran peribadi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan e-mel.

CARA-CARA UNTUK MENANG

    1. Penyertaan diadili berdasarkan:
      1. Susunan produk-produk SAFI RANIA GOLD mengikut 5 langkah penjagaan kecantikan yang betul, dan
      2. Kreativiti peserta melengkapkan pantun empat kerat
    2. Panel juri akan memilih sepuluh (10) pemenang utama dan dua puluh (20) pemenang sagu hati.
    3. Keputusan juri adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.

HADIAH-HADIAH
10x Hadiah Utama: Percutian 3 hari 2 malam ke Langkawi untuk 2 orang

    1. Setiap pemenang akan menerima SATU (1) jemputan ke Percutian 3 Hari 2 Malam di Langkawi oleh SAFI dan mereka BOLEH MEMBAWA SEORANG LAGI RAKAN* untuk turut serta ke sana.

(* RAKAN anda mestilah berumur 18 tahun dan ke atas, dan MESTILAH seorang Muhrim kepada anda sekiranya dia berlainan jantina)

    1. Tarikh percutian ke Langkawi akan diumumkan kepada pemenang semasa pengumuman 10 Pemenang Bertuah kelak. Sekiranya Pemenang tidak dapat menyertai percutian ke Langkawi pada tarikh yang ditetapkan, TIADA wang tunai atau apa-apa imbuhan akan digantikan. NAMUN Pemenang boleh menggantikan tempatnya kepada siapa-siapa kenalan atau saudaranya. Sebarang perubahan nama untuk percutian ke Langkawi ini, mestilah diberitahu kepada pihak WIPRO UNZA (MALAYSIA) SDN BHD supaya segala urusan perjalanan boleh diuruskan dengan sempurna.
    2. Pihak WIPRO UNZA (MALAYSIA) SDN BHD juga berhak menukar tarikh Percutian ke Langkawi tanpa sebarang notis.
    3. WIPRO UNZA (MALAYSIA) SDN BHD akan HANYA menanggung tiket penerbangan pergi-balik KLIA / Langkawi, kos pengangkutan semasa di Langkawi, kos penginapan, makan serta aktiviti yang dianjurkan oleh pihak penganjur sahaja.

20x Hadiah Sagu Hati: Hamper SAFI bernilai RM250

  1. Senarai nama pemenang akan diumumkan pada bulan MEI 2015 dan dipaparkan di Facebook SAFI dan akan dihubungi melalui telefon/email.
  2. Sebarang kos perjalanan untuk mengambil hadiah ditanggung oleh pemenang sendiri.
  3. Sebarang hadiah tidak boleh ditukar ke wang ringgit. Wipro Unza (M) Sdn. Bhd. berhak untuk menggantikan hadiah dengan hadiah lain yang mempunyai nilai yang hampir sama. Sebarang bentuk kos atau bayaran yang berkaitan dengan menuntut hadiah ditanggung oleh pemenang sendiri.

Penyertaan secara Online , Untuk penyertaan offline perlu isi borang peraduan.


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?