Brahim’s iPhone Contest


Tauke kedai makan atau yang nak buat kenduri makan besar-besaran sesuailah join peraduan ni.

Pemenang-pemenang akan dipilih berdasarkan nilai belian tertinggi.Peserta boleh menghantar sebanyak mana resit pembelian yang bernilai sekurang-kurangnya RM10/resit daripada pasaraya yang mengambil bahagian didalam satu borang. (eMenang ada nampak borang ni dekat Giant)

Dalam syarat-syarat tu dah tulis pemenang dipilih berdasarkan nilai belian tertinggi. Jadi jika anda saja-saja nak beli produk rempah Brahim’s ni semata-mata nak menang iPhone, eMenang amat-amat tidak mengalakkan dan melarang anda untuk berbuat demikian. Sebab nanti tak menang hadiah iPhone kecewa pulak.

Peraduan ni hanya sesuai untuk pengguna produk Brahim’s yang selalu gunakan rempah ni dalam masakan harian mereka. Kalau sebulan tu, 10 atau 20 paket rempah orang tu guna, memang bolehlah join peraduan ni.Kalau tak menang pun mesti tak kisah sangat sebab orang tu memang guna produk Brahim’s.

Harga sepaket Brahim’s Briyani Mutton Rice 250g dalam RM 13 lebih. Brahim’s Sambal Ikan Bilis 180g dalam RM 6 lebih, kalau saja-saja beli semata-mata nak join peraduan ni kan rugi tu.

Ataupun, kalau anda ada nak buat kenduri pada cuti yang akan datang, bolehlah beli produk Brahim’s ni siap-siap. lepas tu resit tu boleh guna untuk sertai peraduan ini.

Salah satu pasaraya yang mengambil bahagian adalah pasaraya Giant.

Tempoh Peraduan adalah 1 Februari 2015- 30 April 2015. Borang Penyertaan mestilah diterima sebelum atau pada 8 Mei 2015. Kepada yang join tu, jangan lupa Tulis “Brahim’s iPhone Contest” pada sampul surat penyertaan.

Cara Penyertaan:

cara sertai1

Hadiah

hadiah iphone
20x – iPhone 6
ermasyarat

Download Borang Peraduan

Senarai pemenang


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?