Peraduan Serlahkan Impianmu Bersama Ribena


Kepada yang tak menang hadiah peraduan Ribena tahun lepas,  tahun ni Ribena ada anjur lagi Peraduan Serlahkan Impianmu Bersama Ribena tahun 2015. Yang mana dah menang hadiah tahun lepas tu pergi main jauh-jauh.. haha..

Pemenang dalam peraduan ni ditentukan berdasarkan no. siri yang dibahagi, kiranya macam lucky draw lah. Kalau hantar 1 penyertaan pun masih berpeluang menang hadiah.

Penerangan: Pemilihan Pemenang bagi hadiah Pertama& Kedua

Terdapat 6 Hadiah Pertama berupa Baucar Barang Kemas Habib Jewels bernilai RM5,000 setiap satu dan 40 (empat puluh) Hadiah Kedua berupa Baucar Membeli Belah bernilai RM1,000 setiap satu.

Jumlah nombor bersiri penyertaan layak yang diperuntukkan sepanjang Tempoh Peraduan akan dibahagi dengan 46 (empat puluh enam) untuk menentukan nombor bersiri peserta terpilih bagi Hadiah Pertama dan Kedua. Nombor bersiri kemenangan adalah nombor bersiri bulat paling dekat, lebih rendah yang dihasilkan daripada pembahagian. 6 (enam) nombor bersiri pertama akan memenangi Hadiah Pertama dan 40 (empat puluh) nombor bersiri seterusnya akan memenangi Hadiah Kedua.

Sebagai contoh: Jika jumlah nombor bersiri penyertaan layak ialah 8889, maka jumlah tersebut akan dibahagikan dengan 46 untuk menentukan nombor bersiri peserta terpilih bagi Hadiah Pertama dan Kedua. Peserta terpilih untuk Hadiah Pertama ialah penyertaan dengan nombor bersiri 193, 386, 579, 772, 965 dan 1158. Peserta terpilih untuk Hadiah Kedua ialah penyertaan dengan nombor bersiri 1351, 1544, 1737, 1930, 2123 dan seterusnya.

Setiap peserta boleh memenangi salah 1 (satu) Hadiah-hadiah Utama sahaja. Untuk lebih detail berkenan ini sila baca terma & syarat.

Untuk sertai peraduan  ini, peserta perlu menghantar borang peraduan yang telah diisi dengan detail-detail penyertaan dan disertakan bersama 1 bukti pembelian dalam 1 sampul surat. Ingat, satu bukti pembelian, 1 sampul surat.

Tempoh Peraduan: Peraduan akan diadakan dari 1 April 2015  hingga 31 Mei 2015.

Cara Penyertaan:

Beli mana-mana produk Ribena yang mengambil bahagian untuk melayakkan anda meyerai peraduan ini. (Sila rujuk Jadual Bukti Pembelian)

1. Kira jumlah produk Ribena pada ilustrasi di bawah dan tuliskan jawapan yang betul di dalam ruang yang disediakan di atas Borang Penyertaan.

2. Jawab BETUL atau SALAH pada kenyataan yang diberikan di Borang Penyertaan.

3. Lengkapkan borang penyertaan anda, sertakan 1 (satu) bukti pembelian ke dalam 1 (satu) sampul surat, lekatkan setem yang mencukupi dan hantarkan ke alamat berikut:

Peraduan Serlahkan Impianmu Bersama Ribena!
d/p OMNITEAM SDN BHD
PETI SURAT 8820
PEJABAT POS KELANA JAYA
46798 PETALING JAYA

Kira jumlah produk Ribena pada ilustrasi di bawah, jawab BETUL atau SALAH pada kenyataan yang diberikan dan tuliskan jawapan yang betul di dalam ruang yang disediakan di Borang Penyertaan.

ribenaa

kod bar ribena

Hadiah

hadiah ribena

HADIAH PERTAMA X 1
Kereta Proton Exora 1.6 Standard MT model terbaru bernilai RM60,XXX

HADIAH PERTAMA X 6
Baucar Habib Jewels bernilai RM5,000

HADIAH KEDUA X 40
Baucar membeli-belah bernilai RM1,000

HADIAH MINGGUAN X 5
Baucar membeli-belah bernilai RM500
Setiap minggu selama 8 miggu

Syarat & Peraturan Peraduan

Penganjur & Kelayakan Menyertai Peraduan
1. Peraduan Serlahkan Impianmu Bersama Ribena! (“Peraduan) dianjurkan oleh GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn Bhd (GSK) (3467-X) dan Suntory Beverage and Food (M) Sdn Bhd (107196A) (“Penganjur”) dan dibuka kepada semua penduduk Malaysia berusia melebihi 18 tahun pada 04/04/2014.

2. Golongan individu berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan:
a. Kakitangan tetap dan/atau kontrak Penganjur (termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya) serta ahli keluarga terdekat mereka (anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri); dan/atau;
b. Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal khidmat pengiklanan dan/atau promosi Penganjur (termasuk syarikat bersekutu dan berkaitan masing-masing) serta ahli keluarga terdekat mereka (anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri).

Tempoh Peraduan
1. Peraduan akan diadakan dari 1 April 2015 to 31 Mei 2015 (“Tempoh Peraduan”). Semua penyertaan yang diterima luar tempoh ini akan dibatalkan.

2. Penganjur berhak untuk meminda Tempoh Peraduan dan Cara Menyertai Peraduan pada bila-bila masa dan akan memaklumkan Peserta sekiranya pindaan sedemikian dilakukan.

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan
1. Setiap pembelian mana-mana produk Ribena yang turut serta sepanjang Tempoh Peraduan akan melayakkan anda menyertai Peraduan. Sila rujuk jadual bukti pembelian yang ditunjukkan dalam borang penyertaan untuk senarai lengkap produk yang turut serta dan bukti pembelian yang dikehendaki untuk menyertai Peraduan.

2. Setiap borang penyertaan yang dikemukakan mesti lengkap dengan butir-butir yang dikehendaki, kiraan betul produk Ribena dalam ilustrasi yang ditunjukkan dalam borang penyertaan dan mesti disertakan dengan bukti pembelian yang dikehendaki. Penyertaan dengan borang penyertaan yang tidak lengkap, tidak boleh dibaca dan/atau tidak tepat, penyertaan dengan jawapan salah, penyertaan dengan bukti pembelian tidak betul dan/atau rosak, akan dibatalkan.

3. Setiap peserta layak mengemukakan lebih daripada 1 (satu) borang penyertaan. Salinan foto borang penyertaan diterima. Setiap penyertaan mesti dihantar melalui pos biasa ke alamat Peti Surat yang dinyatakan. Bukti pos tidak boleh dianggap sebagai bukti penerimaan oleh Penganjur.

4. Setiap borang penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan akan diperuntukkan nombor bersiri menurut jadual bukti pembelian.

Hadiah Mingguan
1. Terdapat 5 (lima) Hadiah Mingguan berupa Baucar Membeli Belah bernilai RM500 setiap satu untuk 8 (lapan) minggu.
2. Jumlah nombor bersiri penyertaan layak yang diperuntukkan setiap minggu akan dibahagi dengan 5 (lima) untuk menentukan nombor bersiri peserta terpilih bagi Hadiah Mingguan. Nombor bersiri kemenangan adalah nombor bersiri bulat paling dekat, lebih rendah yang dihasilkan daripada pembahagian.
Sebagai contoh: Jika jumlah nombor bersiri penyertaan layak yang diperuntukkan bagi Minggu 1 ialah 888, maka jumlah tersebut akan dibahagikan dengan 5 untuk menentukan nombor bersiri peserta terpilih. Peserta terpilih untuk Hadiah Mingguan bagi Minggu 1 ialah penyertaan dengan nombor bersiri 177, 354, 531, 708 dan 885.
3. Setiap peserta boleh memenangi 1 (satu) sahaja Hadiah Mingguan.

Hadiah-hadiah Utama
A. Hadiah Utama
1. Terdapat 1 (satu) Hadiah Utama berupa Proton Exora 1.6 Standard MT bernilai RM60,477.50

2. Jumlah nombor bersiri penyertaan layak yang diperuntukkan sepanjang Tempoh Peraduan akan dibahagi dengan 2 (dua) untuk menentukan nombor bersiri peserta terpilih bagi Hadiah Utama. Nombor bersiri kemenangan adalah nombor bersiri bulat paling dekat, lebih rendah yang dihasilkan daripada pembahagian.
Sebagai contoh: Jika jumlah nombor bersiri penyertaan layak ialah 8889, maka jumlah tersebut akan dibahagikan dengan 2 untuk menentukan nombor bersiri kemenangan. Peserta terpilih untuk Hadiah Utama ialah penyertaan dengan nombor bersiri 4444.

B. Hadiah Pertama dan Kedua
1. Terdapat 6 (enam) Hadiah Pertama berupa Baucar Barang Kemas Habib Jewels bernilai RM5,000 setiap satu dan 40 (empat puluh) Hadiah Kedua berupa Baucar Membeli Belah bernilai RM1,000 setiap satu.

2. Jumlah nombor bersiri penyertaan layak yang diperuntukkan sepanjang Tempoh Peraduan akan dibahagi dengan 46 (empat puluh enam) untuk menentukan nombor bersiri peserta terpilih bagi Hadiah Pertama dan Kedua. Nombor bersiri kemenangan adalah nombor bersiri bulat paling dekat, lebih rendah yang dihasilkan daripada pembahagian. 6 (enam) nombor bersiri pertama akan memenangi Hadiah Pertama dan 40 (empat puluh) nombor bersiri seterusnya akan memenangi Hadiah Kedua.
Sebagai contoh: Jika jumlah nombor bersiri penyertaan layak ialah 8889, maka jumlah tersebut akan dibahagikan dengan 46 untuk menentukan nombor bersiri peserta terpilih bagi Hadiah Pertama dan Kedua. Peserta terpilih untuk Hadiah Pertama ialah penyertaan dengan nombor bersiri 193, 386, 579, 772, 965 dan 1158. Peserta terpilih untuk Hadiah Kedua ialah penyertaan dengan nombor bersiri 1351, 1544, 1737, 1930, 2123 dan seterusnya.

3. Setiap peserta boleh memenangi salah 1 (satu) Hadiah-hadiah Utama sahaja.

Kelayakan Pemenang
1. Semua peserta yang terpilih akan dihubungi menerusi nombor telefon yang diberikan dalam borang penyertaan dan akan diberi 1 (satu) soalan untuk dijawab. Penganjur tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya peserta terpilih tidak dapat dihubungi atas apa juga sebab selepas sekurang-kurangnya 3 (tiga) percubaan oleh Penganjur atau ejennya.

2. Untuk memenangi Hadiah, peserta terpilih mesti menjawab soalan dengan betul. Sekiranya peserta terpilih gagal menjawab soalan dengan betul, kelayakannya akan dibatalkan dan nombor bersiri lebih tinggi seterusnya daripada nombor siri terpilih akan dipilih sebagai ganti.

Hak Penganjur dan Dasar Privasi
1. Maklumat yang diberikan oleh peserta mestilah benar. Sekiranya peserta memberi maklumat palsu, Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan. Pemenang akan diminta membuktikan identiti mereka apabila diminta. Sekiranya pemenang tidak dapat mengesahkan dan membuktikan identiti, penyertaan akan dibatalkan secara automatik.

2. Pemenang akan diberitahu melalui pos. Semua hadiah mesti dituntut daripada Penganjur dalam masa 3 (tiga) bulan dari tarikh hadiah disediakan untuk kutipan. Semua hadiah yang tidak dituntut akan dibatalkan. Penganjur tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya surat pemberitahuan yang dihantar melalui pos kepada pemenang tidak diterima atau lewat diterima. Senarai pemenang juga akan diumumkan di laman web Peraduan http://www.ribena-serlahkan.com.my.

3. Hadiah tidak boleh dipindah milik kepada orang lain dan mesti diterima dalam bentuk yang ditawarkan. Alternatif tunai tidak akan ditawarkan bagi menggantikan hadiah yang dinyatakan. Produk tertakluk kepada jaminan biasa sebaik sahaja diserah dan Penganjur tidak bertanggungjawab dari segi teknikal jika gagal gagal berfungsi. Penganjur berhak untuk menggantikan hadiah dinyatakan dengan hadiah lain yang sama nilainya jika hadiah tidak boleh didapati atas apa jua sebab.

4. Peserta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang kejadian tidak diingini/malang, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan yang timbul daripada penyertaan mereka dalam peraduan dan/atau tuntutan hadiah. Penganjur dan agensinya tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada peserta atau pihak lain terhadap sebarang kerugian atau kerosakan dalam apa jua bentuk yang dialami oleh mana-mana peserta akibat keputusan menyertai atau tidak menyertai peraduan atau akibat sebarang tindakan yang diambil atau yang tidak diambil oleh pihak penganjur dan agensinya.

5. Penganjur dan agensinya tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang penyertaan yang tidak lengkap atau tidak boleh dibaca disebabkan masalah seperti kepincangan komputer, kehilangan sambungan Internet atau masalah transmisi.
6. Penganjur hanya boleh menggunakan data peribadi untuk tujuan memproses penyertaan peraduan dan untuk pemberitahuan kepada pemenang. Dengan memberikan data peribadi mereka, peserta dianggap sudah membaca dan memahami Dasar Privasi Penganjur yang boleh didapati di http://www.ribena-serlahkan.com.my dan Peserta membenarkan data peribadi mereka digunakan dengan cara yang ditetapkan di atas dan dalam Dasar Privasi.

7. Penganjur berhak menggunakan semua penyertaan yang dikemukakan oleh peserta untuk sebarang aktiviti pemasaran atau promosi dan bahan cetakan, tanpa sebarang notis terlebih dahulu kepada peserta/pemenang dan mereka tidak berhak untuk menuntut pemilikan atau sebarang bentuk pampasan lain ke atas bahan.

8. Syarat & Peraturan Peraduan ini disediakan dalam beberapa bahasa. Sekiranya wujud ketidakseragaman antara semua versi tersebut, maka, Syarat & Peraturan Peraduan dalam Bahasa Inggeris yang tertera di laman web Peraduan akan diguna pakai.

9. Keputusan Penganjur adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

10. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada Syarat dan Peraturan ini, serta keputusan Penganjur.

Download Borang Peraduan Di SINI


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?