Peraduan Ekstravaganza Nestlé Drumstick


Anda pengemar ais krim Drumstick? Kalau gemar bolehlah join Peraduan Ekstravaganza Nestlé Drumstick ni, sambil makan ais krim sambil berpeluang menang hadiah.

eMenang nak bagi amaran sikit ni, kalau nak join peraduan ni jangan beli Ais Krim Drumstick ni semata-mata untuk join peraduan ni. Sebab apa, nanti bila tak menang mesti kecewa punya. Dah la Ais Krim sekarang ni kena GST. Kalau anda ada beli baru lah join, kalau tak beli jangan join. hehe..

Mekanisma pemilihan pemenang kami tak pasti macam mana, sama ada ditentukan secara no. bersiri atau penyertaan terbanyak. Peraduan Drumstick sebelum ni, pemenang ditentukan berdasarkan no siri yang dibahagi, yang peraduan ni tak pastilah macam mana. Pemenang nanti akan diumumkan di website mereka dan Facebook NestleDrumstick

Hadiah untuk Peraduan ini dikategorikan mengikut dua peringkat:

(PERINGKAT 2) – Peserta perlu hantar 3 POP KOD (maknanya kena makan 3 Aiskrim, 3 penutup tu boleh buat join. Peringkat hadiah ni, Sesuai untuk mereka yang suka makan aiskrim Drumstick atau ada adik beradik ramai atau sedara-mara ramai, ya lah kan sekali beli mesti kena banyak sebab nanti berebut. )

  • Hadiah Utama – Terdapat satu [1] pemenang hadiah utama sepanjang Tempoh Peraduan yang akan menerima percutian 10 hari ke destinasi pilihan mereka bernilai RM20,000.
  • Hadiah Mingguan – Terdapat lapan belas [18] pemenang sepanjang Tempoh Peraduan dan setiap seorang akan menerima sama ada GoPro Hero4 atau iPad Air 2 yang kesemuanya bernilai Ringgit Malaysia Dua Puluh Lapan Ribu Tujuh Ratus dan Lapan Puluh Dua [RM28,782].

(PERINGKAT 1) – Peserta hanya perlu hantar 1 sahaja POP KOD

  • Hadiah Harian – Terdapat sejumlah Satu Ribu dan Lima Puluh [1,050] pemenang sepanjang Tempoh Peraduan dan setiap seorang akan menerima Kredit Talian Mudah Alih bernilai Ringgit Malaysia Tiga Puluh [RM30] setiap satu.

Tempoh Peraduan: i 16 Mac 2015 hingga 26 April 2105

Cara Menyertai Peraduan

Untuk menyertai Peraduan ini, peserta dikehendaki melengkapkan langkah berikut:

how drusmstick

Penerangan
 
a. Beli mana-mana aiskrim Nestlé DRUMSTICK® dan hantar kod Bukti Pembelian [POP] yang tertera pada penutup atas.
 
b. Hantar Kod POP anda melalui SMS mengikut arahan di bawah:
SMS: DRUMSTICK<space>KodPOP<space>MyKad ke 36300
 
c. Untuk Hadiah Peringkat 1, peserta dikehendaki menghantar SATU (1) Kod POP dan mengemukakan Penutup Nestlé DRUMSTICK® sebagai bukti untuk menuntut Hadiah Harian jika terpilih.
Contoh: DRUMSTICK<space>KodPOP<space>MyKad ke 36300
 
d. Untuk hadiah Peringkat 2, peserta dikehendaki menghantar TIGA (3) Kod POP dan mengemukakan Penutup Nestlé DRUMSTICK® sebagai bukti untuk menuntut Hadiah Mingguan jika terpilih.

Contoh: DRUMSTICK<space>KodPOP<space>KodPOP<space>KodPOP<space>MyKad ke 36300
 
e. Pemenang Hadiah Mingguan Peringkat 2 tidak layak untuk memenangi Hadiah Utama.

f. Sekiranya terpilih sebagai pemenang, peserta dikehendaki menjawab satu soalan dengan betul, dan kemudian memberikan semua POP yang dikemukakan sepanjang kempen untuk menuntut hadiah.
 
g. Berikan butir-butir peribadi termasuk Nama seperti pada MyKad dan alamat E-mel, kebenaran untuk menerima komunikasi daripada Nestlé pada masa hadapan dan bersetuju dengan Syarat dan Peraturan Peraduan yang terkandung di sini.

Hadiah

prize drusmstick

(Hadiah PERINGKAT 2)

  • Hadiah Utama – Terdapat satu [1] pemenang hadiah utama sepanjang Tempoh Peraduan yang akan menerima percutian 10 hari ke destinasi pilihan mereka bernilai RM20,000.
  • Hadiah Mingguan – Terdapat lapan belas [18] pemenang sepanjang Tempoh Peraduan dan setiap seorang akan menerima sama ada GoPro Hero4 atau iPad Air 2 yang kesemuanya bernilai Ringgit Malaysia Dua Puluh Lapan Ribu Tujuh Ratus dan Lapan Puluh Dua [RM28,782].

(Hadiah PERINGKAT 1)

  • Hadiah Harian – Terdapat sejumlah Satu Ribu dan Lima Puluh [1,050] pemenang sepanjang Tempoh Peraduan dan setiap seorang akan menerima Kredit Talian Mudah Alih bernilai Ringgit Malaysia Tiga Puluh [RM30] setiap satu.

Terma & Syarat

Penganjur dan Kelayakan

1. Peraduan Ekstravaganza Nestlé Drumstick [“Peraduan”] ini dianjurkan oleh Nestlé Products Sdn. Bhd. [45229-H] dan ejen mereka yang sah [secara kolektif dirujuk sebagai “Pihak Penganjur”] dan terbuka kepada semua penduduk Malaysia dengan MyKad yang sah dan alamat di Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas pada 16 Mac 2015.
 
2. Golongan individu berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini:

  • Kakitangan Pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] dan ahli keluarga terdekat mereka [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri]; dan/atau
  • Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal khidmat pengiklanan dan/atau promosi Pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] dan ahli keluarga terdekat mereka [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri].

Tempoh
3. Peraduan ini akan diadakan dari 16 Mac 2015 jam “12:00:01” hingga 26 April 2105 jam “11:59:59” [“Tempoh Peraduan].
 
4. Pihak Penganjur berhak untuk meminda Tempoh Peraduan dan Kaedah Peraduan pada bila-bila masa. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan.

Cara Menyertai Peraduan

5. Untuk menyertai Peraduan ini, peserta dikehendaki melengkapkan langkah berikut:
 
a. Beli mana-mana aiskrim Nestlé DRUMSTICK® dan hantar kod Bukti Pembelian [POP] yang tertera pada penutup atas.
 
b. Hantar Kod POP anda melalui SMS mengikut arahan di bawah:
SMS: DRUMSTICK<space>KodPOP<space>MyKad ke 36300
 
c. Untuk Peringkat 1, peserta dikehendaki menghantar SATU (1) Kod POP dan mengemukakan Penutup Nestlé DRUMSTICK® sebagai bukti untuk menuntut Hadiah Harian jika terpilih.
Contoh: DRUMSTICK<space>KodPOP<space>MyKad ke 36300
 
d. Untuk Peringkat 2, peserta dikehendaki menghantar TIGA (3) Kod POP dan mengemukakan Penutup Nestlé DRUMSTICK® sebagai bukti untuk menuntut Hadiah Mingguan jika terpilih.

Contoh: DRUMSTICK<space>KodPOP<space>KodPOP
<space>KodPOP<space>MyKad ke 36300
 
e. Pemenang Hadiah Mingguan Peringkat 2 tidak layak untuk memenangi Hadiah Utama.

f. Sekiranya terpilih sebagai pemenang, peserta dikehendaki menjawab satu soalan dengan betul, dan kemudian memberikan semua POP yang dikemukakan sepanjang kempen untuk menuntut hadiah.
 
g. Berikan butir-butir peribadi termasuk Nama seperti pada MyKad dan alamat E-mel, kebenaran untuk menerima komunikasi daripada Nestlé pada masa hadapan dan bersetuju dengan Syarat dan Peraturan Peraduan yang terkandung di sini.
 
6. 6. Setiap penyertaan yang dihantar mestilah melengkapkan semua langkah yang dinyatakan dalam syarat Peraduan. Sebarang penyertaan yang tidak lengkap akan dibatalkan secara automatik.

7. Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu [1] penyertaan untuk Peraduan ini.

  • Setiap penyertaan yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan akan diberi nombor siri menurut masa penerimaan (hh/bb/tt/jj/mm/ss). Sekiranya terdapat penyertaan pendua daripada peserta yang sama atas apa jua sebab, penyertaan dengan nombor siri terbaru akan dianggap sebagai penyertaan yang sah.
  • Sekiranya terdapat penyertaan serupa, ditiru atau diciplak daripada peserta lain, penyertaan paling awal diterima akan dianggap sebagai penyertaan yang sah berdasarkan masa penerimaan.

Hadiah

8. Hadiah untuk Peraduan ini dikategorikan mengikut dua peringkat:

(PERINGKAT 2)

  • Hadiah Utama – Terdapat satu [1] pemenang hadiah utama sepanjang Tempoh Peraduan yang akan menerima percutian 10 hari ke destinasi pilihan mereka bernilai RM20,000.
  • Hadiah Mingguan – Terdapat lapan belas [18] pemenang sepanjang Tempoh Peraduan dan setiap seorang akan menerima sama ada GoPro Hero4 atau iPad Air 2 yang kesemuanya bernilai Ringgit Malaysia Dua Puluh Lapan Ribu Tujuh Ratus dan Lapan Puluh Dua [RM28,782].

(PERINGKAT 1)

  • Hadiah Harian – Terdapat sejumlah Satu Ribu dan Lima Puluh [1,050] pemenang sepanjang Tempoh Peraduan dan setiap seorang akan menerima Kredit Talian Mudah Alih bernilai Ringgit Malaysia Tiga Puluh [RM30] setiap satu.

Tuntutan Hadiah
9. Semua pemenang MESTI menyerah SEMUA penutup atas Nestlé DRUMSTICK® yang dikemukakan sepanjang tempoh peraduan dan satu salinan fotostat MyKad dalam masa lima [5] hari kerja selepas menerima pemberitahuan, menerusi surat berdaftar atau khidmat kurier ke alamat yang dinyatakan dalam pemberitahuan, bagi tujuan penentusahan untuk menuntut Hadiah mereka.
 
Kegagalan untuk mengemukakan salinan fotostat MyKad dan bukti pembelian akan mengakibatkan pembatalan/penarikan balik Hadiah. Bukti pos bukan bukti penerimaan oleh Pihak Penganjur. Pihak Penganjur tidak boleh dipertanggungjawabkan dalam apa jua cara terhadap sebarang kegagalan menerima serahan untuk menuntut Hadiah atas apa jua sebab.

10. Nama pemenang akan diumumkan di laman web NESTLÉ DRUMSTICK® website (http://nestle.com.my), NESTLÉ DRUMSTICK® Halaman Facebook Nestlé DRUMSTICK®(www.facebook.com/NestleDrumstick) dan laman web NESTLÉ DRUMSTICK® (http://www.drumstick.com.my) dan mereka akan dimaklumkan menerusi E-mel dan/atau Telefon berasaskan butiran hubungan yang diberikan kepada Pihak Penganjur apabila mereka mendaftar menerusi SMS atau Laman web Mudah Alih Nestlé DRUMSTICK®.
 
Pihak Penganjur tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi atas apa jua sebab selepas sekurang-kurang tiga [3] percubaan oleh Pihak Penganjur atau ejennya untuk menghubungi pemenang.
 
Semua hadiah mesti dituntut dalam tempoh 3 [tiga] bulan dari tarikh pemberitahuan. Semua hadiah yang tidak dituntut akan ditarik balik. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya pemberitahuan melalui pos kepada pemenang tidak diterima atau lewat diterima.

11. Setiap pemenang hanya layak untuk menang SEKALI bagi Peringkat 1 dan SEKALI bagi Peringkat 2 sepanjang Tempoh Peraduan.
 
12. Pihak Penganjur berhak menggunakan budi bicara mutlaknya untuk menukar sebarang hadiah dengan hadiah lain yang sama nilainya pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Nilai hadiah adalah betul pada masa percetakan. Semua hadiah diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’ dan tidak boleh ditukarkan dengan wang tunai, kredit, barangan lain atau baucar, sama ada secara sebahagian atau sepenuhnya.

13. Semua pemenang mesti mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak yang mengatur dan/atau menyediakan hadiah dan juga terma dan syarat yang disertakan bersama hadiah berkenaan, jika ada.

Liabiliti dan Tanggungjawab

14. Pemenang hendaklah bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kehilangan nyawa) kerana mengambil bahagian dalam Peraduan ini, menuntut dan/atau menggunakan hadiah Peraduan ini. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kehilangan nyawa) dalam apa bentuk sekalipun.
 
15. Semua kos rakaman, pengangkutan, penginapan, peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain untuk menyertai Peraduan ini dan menuntut hadiah adalah tanggungjawab pemenang sepenuhnya.
 
16. Pihak Penganjur juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kerosakan, kelewatan dalam operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tidak izin, atau perubahan komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau kepincangan teknikal mana-mana rangkaian atau talian telefon, sistem dalam talian komputer, pelayan atau pembekal, peralatan komputer, sistem, perkakas, perisian, kegagalan e-mel atau pemain akibat masalah teknikal atau kesesakan sambungan Internet dan/atau laman web.

17. Peserta juga bersetuju bahawa Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kelewatan, kecederaan atau kerosakan kepada komputer, sistem komputer atau perkakasan peserta dan/atau mana-mana pihak ketiga berkaitan dengan atau yang timbul daripada capaian kepada atau penyertaan dalam Peraduan ini, termasuk bermain, memuat turun sebarang bahan atau maklumat sama ada daripada SMS atau Laman web Mudah Alih Nestlé DRUMSTICK® dan berhubung dengan Peraduan ini, menghantar/memuat naik gambar untuk Peraduan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang kegagalan pelayan, kehilangan, kelewatan atau kerosakan data atau sebarang gangguan lain.

18. Laman web Mudah Alih Nestlé DRUMSTICK® disediakan dalam keadaan “sedia ada” dan melainkan dilarang di bawah undang-undang yang berkuat kuasa, Pihak Penganjur secara khusus menolak sebarang bentuk jaminan, termasuk tetapi tidak terhad kepada jaminan kebolehdagangan, kesesuaian untuk tujuan tertentu dan jaminan ketiadaan pelanggaran hak. Pihak Penganjur tidak boleh menjamin dan tidak menjanjikan apa-apa keputusan khusus daripada Laman web Mudah Alih Nestlé DRUMSTICK®. Tiada nasihat atau maklumat, sama ada secara lisan dan bertulis, yang anda perolehi daripada pihak kami, atau daripada atau menerusi Laman web Mudah Alih NNestlé DRUMSTICK® akan mewujudkan sebarang jaminan yang tidak dinyatakan secara khusus di dalam ini.

Hak Pihak Penganjur

19. Dengan mengemukakan penyertaan anda untuk Peraduan ini, SMS atau Laman Web Mudah Alih, semua peserta bersetuju dengan Syarat & Peraturan dan mengakui bahawa semua hak harta intelektual adalah kepunyaan Pihak Penganjur. Pihak Penganjur mempunyai hak eksklusif untuk menggunakan, menyunting, mengubah dan menerbitkan penyertaan yang dikemukakan oleh semua peserta, menerbitkan nama peserta dalam apa jua cara yang dianggap sesuai untuk sebarang tujuan pengiklanan, perdagangan, promosi dan untuk sebarang sebab lain, tanpa sebarang notis selanjutnya kepada peserta dan peserta tidak boleh menuntut hak milik atau sebarang bayaran atau pampasan bagi bahan tersebut. Untuk mengelakkan keraguan, bahan yang dikemukakan tidak akan disunting untuk tujuan pengadilan.

20. Pihak Penganjur berhak untuk mengubah suai, menggantung atau membatalkan Peraduan ini sekiranya ia tidak dapat dianjurkan seperti yang dirancang, atau sekiranya terdapat gangguan atau kerosakan teknikal, termasuk tetapi tidak terhad kepada jangkitan oleh virus komputer, pepijat, penggodaman, campur tangan tanpa izin, penipuan, kegagalan teknikal atau apa jua sebab di luar kawalan Pihak Penganjur, walaupun selepas usaha terbaik oleh Pihak Penganjur.

21. Pihak Penganjur, berhak atas budi bicara mutlaknya, untuk membatalkan penyertaan mana-mana peserta yang didapati atau disyaki menyalahgunakan proses penghantaran Peraduan, pengendalian Peraduan ini atau melanggar Syarat Capaian Laman web Mudah Alih Nestlé DRUMSTICK®. Pihak Penganjur berhak untuk menamatkan akaun ahli Laman web Mudah Alih Nestlé DRUMSTICK® mana-mana orang yang disyaki secara munasabah telah melanggar atau mencabuli mana-mana terma dan syarat ini dan Pihak Penganjur berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang dipercayai telah menjalankan kegiatan penipuan atau kegiatan lain yang mendatangkan keburukan kepada Peraduan dalam talian ini, proses penghantaran Peraduan dan/atau Laman web Mudah Alih Nestlé DRUMSTICK®.

22. Pihak Penganjur tidak akan menanggung liabiliti atau bertanggungjawab terhadap sebarang penyertaan yang lewat dan/atau tidak diterima disebabkan kegagalan syarikat Pemberi Perkhidmatan Internet [ISP] dan/atau rangkaian telekomunikasi yang berkenaan untuk menyediakan perkhidmatan internet dan/atau perkhidmatan komunikasi yang cekap dan/atau tepat pada masanya.
 
Terma & Syarat Lain

23. Semua penyertaan yang dikemukakan seharusnya original dan tidak mencabuli sebarang hak milik intelektual yang dimiliki oleh mana-mana pihak. Peserta tidak patut memaparkan, mengedarkan, menghasilkan semula atau mengemukakan dengan sebarang cara, apa-apa bahan yang mengandungi hak milik intelektual pihak lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada hak cipta atau maklumat hak milik lain yang dimiliki oleh pihak lain tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak milik intelektual atau maklumat hak milik tersebut. Jika anda percaya karya anda telah diciplak dan dipaparkan dengan cara yang melanggar hak milik intelektual, sila hubungi Pihak Penganjur.

24. Pihak Penganjur, atas budi bicara mutlaknya, berhak untuk mengubah suai Syarat & Peraturan ini tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu, jika perlu, untuk perjalanan lancar Peraduan.

25. Syarat dan Peraturan disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya wujud ketidakseragaman antara dua versi tersebut, Syarat & Peraturan versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

26. Keputusan Pengadil adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

27. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada Syaratdan Peraturan ini, serta keputusan Pihak Penganjur.

Kandungan Terlarang

28. Di bawah adalah sebahagian daripada senarai kandungan yang menyalahi undang-undang atau dilarang daripada dipaparkan di Laman web Mudah Alih Nestlé DRUMSTICK®. Paparan sebarang kandungan ini oleh peserta boleh, atas budi bicara mutlak Pihak Penganjur, mengakibatkan penyingkiran daripada aplikasi atau Laman Web Mudah Alih Nestlé DRUMSTICK® selain penyertaannya dibatalkan. Di samping itu, Pihak Penganjur berhak untuk menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya, atas budi bicara mutlaknya, terhadap sesiapa yang melanggar peruntukan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada mengeluarkan bahan komunikasi yang melanggar peruntukan tersebut daripada Laman Web Mudah Alih Nestlé DRUMSTICK® dan melaporkan pesalah kepada pihak berkuasa yang berkenaan. Kandungan terlarang adalah termasuk tetapi tidak terhad kepada kandungan yang, menurut pertimbangan mutlak Pihak Penganjur:-

  • menyinggung masyarakat dalam talian, seperti kandungan yang menggalakkan perkauman, mempunyai agenda politik dan / atau agama, sama ada berunsur provokasi atau sebaliknya, sebarang bentuk kandungan berunsur hasutan, keganasan, bahasa kasar, ketaksuban, kebencian atau sebarang bentuk ancaman fizikal terhadap mana-mana kumpulan atau individu;
  • termasuk makanan dan / atau bahan yang tidak peka kepada dan / atau menyinggung penganut agama lain dan / atau produk pesaing Nestlé;
  • mengganggu atau menggalakkan gangguan terhadap orang lain;
  • melibatkan penghantaran “mel remeh”, “surat berantai,” “spam,” atau sebarang pengiriman mel, e-mel atau komunikasi lain yang tidak diminta secara besar-besaran atau menyediakan pautan untuk penyebaran virus komputer;
  • termasuk sebarang maklumat yang [1] diketahui oleh peserta adalah palsu atau mengelirukan, [2] menggalakkan kegiatan haram dan / atau menyalahi undang-undang atau tingkah laku yang mengecam atau mengancam, atau [3] kelakuan sumbang, tidak senonoh, atau lucah, atau [4] mengaibkan, memfitnah, atau mencemarkan; dan/atau
  • merupakan atau termasuk sebarang salinan hasil karya orang lain yang tidak sah atau tidak dibenarkan, yang mempunyai hak cipta atau boleh mendapatkan hak cipta, termasuk tetapi tidak terhad kepada, [1] program cetak rompak komputer atau pautan kepadanya, [2] maklumat yang memintas peranti perlindungan salinan yang dipasang oleh pengeluar, [3] bahan cetak rompak atau pautan kepada fail cetak rompak.

Notis Perlindungan Data Peribadi

29. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta memberi kebenaran kepada Penganjur dan penyedia perkhidmatan pengiklanan dan/atau promosi Pihak Penganjur untuk menggunakan nama dan/atau gambar pemenang dan hadiah mereka untuk tujuan pengiklanan, perdagangan dan/atau publisiti, tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu kepada pemenang dan pemenang tidak layak menuntut pemilikan dan/atau bentuk pampasan lain ke atas bahan tersebut.

30. Dengan menyertai Peraduan ini, Pihak Penganjur bersetuju untuk menggunakan data yang dikumpulkan di laman web Pihak Penganjur dan memberikan perlindungan kepada data seperti yang ditetapkan di bawah. Bahagian ini juga menggariskan hak Peserta berkaitan dengan perlindungan data mereka dan memaklumkan Peserta tentang cara untuk menghubungi Pihak Penganjur berkaitan dengan data yang diberikan.

31. Pihak Penganjur berhak untuk melantik agensi/syarikat pihak ketiga untuk memproses maklumat peribadi yang diberikan oleh Peserta. Semua agensi/syarikat pihak ketiga akan mematuhi kontrak untuk tidak menggunakan maklumat peribadi Peserta dalam apa juga cara selain daripada yang dinyatakan dalam bahagian ini.

32. Menurut undang-undang Malaysia, hak Peserta termasuk:

  • hak untuk menarik balik kebenaran penggunaan data peribadi anda atau meminta akses dan/atau pembetulan mana-mana data peribadi dengan menghubungi Pihak Penganjur di fbsupport@mediacliq.com dan untuk memberikan nama dan alamat e-mel anda untuk mengeluarkan/membetulkan/mengakses data peribadi;
  • hak untuk mendapatkan satu salinan data peribadi anda yang disimpan oleh Pihak Penganjur, dan Pihak Penganjur juga berhak untuk mengenakan yuran yang berpatutan untuk menunaikan permintaan.
  • Sekiranya Peserta ingin membangkitkan sebarang isu berkaitan dengan perlindungan data peribadi dengan Pihak Penganjur, atau menggunakan sebarang hak di bawah undang-undang, sila hubungi Pihak Penganjur di fbsupport@mediacliq.com.
  • Pihak Pengangjur mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk memastikan perlindungan data peribadi Peserta dan untuk menetapkan garis panduan dalam pemprosesan data oleh mana-mana pihak ketiga. Pihak Penganjur bertanggungjawab untuk mendedahkan data peribadi Peserta sebagai sebahagian daripada kewajipan yang dikenakan oleh undang-undang, waran geledah, sepina dan/atau perintah mahkamah.

33. Anda boleh rujuk Dasar Privasi kami dalam Bahasa Malaysia di sini http://www.nestle.co…licy/privacy_bm dan dalam Bahasa Inggeris di sini http://www.nestle.co…/privacy_policy untuk penjelasan lanjut.

Untuk maklumat lanjut sila ke http://ww2.nestle.com.my/drumsticks/

jika ada soalan, tanya di Facebook NestleDrumstick


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?