Peraduan “ Young At Heart” Farmhouse ® Omega


Sertai Peraduan “Young At Heart” Farmhouse ® Omega untuk berpeluang memenagi hadiah Baucar BP Healthcare bernilai RM200 setiap satu.

Terdapat 15 Baucar BP Healthcare  untuk dimenangi setiap bulan.  Peraduan ini berlangsung selama 3 bulan dan semua jumlah keseluruhan Terdapat 45 Hadiah untuk dimenangi sepanjang Tempoh Peraduan. Peserta boleh memenangi lebih daripada satu Hadiah sepanjang Tempoh Peraduan.

Cara pemenang dipilih:
Jumlah Penyertaan Layak yang diterima setiap bulan akan dibahagi kepada lima belas (15) untuk mendapatkan nombor siri peraduan yang menang. Sekiranya nombor siri peraduan adalah dalam nilai perpuluhan, nombor akan dibulatkan kepada nombor yang terdekat. Contohnya, sekiranya terdapat jumlah 8,000 Penyertaan Layak, 533.3 akan dibulatkan kepada 533 selepas dibahagi 15. Nombor siri yang menang ialah 533, 1066, 1599 dan seterusnya.

Peraduan berlangsung dari 1hb April 2015 sehingga 30hb Jun 2015. Jadi jika anda ada beli produk  FARMHOUSE atau mahu beli, bolehlah join peraduan ni.

Cara Penyertaan

cara pnyertaan farm house

Jadual Roadshow FARMHOUSE

jadual

Jika anda memasukkan borang penyertaan didalam kotak yang disediakan penganjur pada roadshow yang dijalankan, anda akan menerima tambahan penyertaan secara automatik. Sila baca cara penyertaan untuk maklumat lanjut.

Hadiah

15

  • April 15x – Baucar BP Healthcare bernilai RM200 setiap satu
  • Mei 15x – Baucar BP Healthcare bernilai RM200 setiap satu
  • Jun 15x –  Baucar BP Healthcare bernilai RM200 setiap satu

TERMA DAN SYARAT

Dengan menyertai Peraduan Young At Heart FARMHOUSE® Omega (“Peraduan”), anda (“Peserta”) mengakui telah membaca dan bersetuju untuk menerima terma dan syarat yang disenaraikan seperti berikut:-

1. Peraduan ini dianjurkan oleh F&N Dairies (Malaysia) Sdn Bhd [006431-M] (“Pihak Penganjur”) dan terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas (pada tahun 2015), kecuali kakitangan Pihak Penganjur termasuk ahli keluarga terdekat mereka, syarikat-syarikat sekutunya, pembekal/pengedar, agensi promosi/ pengiklanan/ perhubungan awam dan pihak lain yang terlibat dalam Peraduan ini.

2. Peraduan berlangsung dari 1hb April 2015 sehingga 30hb Jun 2015 (“Tempoh Peraduan”).

3. HADIAH PERADUAN: Terdapat lima belas (15) BP Healthcare Baucar bernilai RM200 setiap satu (“Hadiah”) untuk dimenangi setiap bulan. Terdapat empat puluh lima (45) Hadiah untuk dimenangi sepanjang Tempoh Peraduan. Peserta boleh memenangi lebih daripada satu (1) Hadiah sepanjang Tempoh Peraduan.

4. Jumlah Penyertaan Layak yang diterima setiap bulan akan dibahagi kepada lima belas (15) untuk mendapatkan nombor siri peraduan yang menang. Sekiranya nombor siri peraduan adalah dalam nilai perpuluhan, nombor akan dibulatkan kepada nombor yang terdekat. Contohnya, sekiranya terdapat jumlah 8,000 Penyertaan Layak, 533.3 akan dibulatkan kepada 533 selepas dibahagi 15. Nombor siri yang menang ialah 533, 1066, 1599 dan seterusnya.

5. Senarai pemenang akan diumumkan di www.fndairies.com dan akan dimaklumkan melalui pos.

6. Hadiah akan dihantar kepada alamat Peserta yang dinyatakan di dalam borang penyertaan. Peserta bertanggungjawab memberi alamat yang betul dan sah.

7. Semua hadiah adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan di dalam hadiah tersebut dan mesti dituntut dalam tempoh yang ditetapkan atau akan dilucuthakkan. Pihak Penganjur berhak untuk menggantikan hadiah dengan hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis. Hadiah tidak boleh ditukar kepada wang tunai dan dipindah milik.

8. Segala perbelanjaan untuk menyertai Peraduan ini dan menghadiri majlis penyampaian hadiah adalah ditanggung oleh Peserta sendiri.

9. Semua borang penyertaan dan Bukti Pembelian yang dikemukakan untuk penyertaan Peraduan ini akan menjadi hakmilik Pihak Penganjur.

10. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju dan memberi kebenaran kepada Pihak Penganjur untuk menggunakan nama, alamat, gambar, butiran peribadi, dokumen, dan maklumat tanpa sebarang bayaran royalti dan/atau bayaran pampasan untuk tujuan pengiklanan dan semua bentuk publisiti yang lain, termasuk, tanpa had kepada sebarang rakaman berkaitan dengan Peraduan ini dari semasa ke semasa.

11. Penyertaan yang akan dibatalkan secara automatik adalah penyertaan yang dihantar melalui penghantaran cepat/ kurier, Pos Laju atau sebarang perkhidmatan pos lain; penyertaan yang tidak lengkap, rosak, sukar dibaca, lewat dan tidak mempunyai bukti pembelian yang betul atau tidak mencukupi. Bukti penghantaran tidak boleh dianggap sebagai bukti penerimaan. Pihak Penganjur berhak membatalkan kelayakan mana-mana penyertaan tanpa sebarang notis.

12. Pihak Penganjur dan kesemua pihak-pihak lain yang terlibat dalam Peraduan ini, termasuk pengarah, pegawai dan ejen mereka tidak bertanggungjawab dalam apa-apa cara sekalipun terhadap yang berikut: (a) campur tangan oleh pihak-pihak yang tidak berkenaan semasa Peraduan ini; (b) sebarang bentuk gangguan teknikal dan kesilapan elektronik atau manusia dalam pengurusan Peraduan dan pemprosesan penyertaan; © sebarang penyertaan yang hilang, dicuri, rosak, salah dihantar atau tidak diterima; dan (d) semua liabiliti (termasuk kematian) sama ada disebabkan secara langsung atau tidak oleh penyertaan dalam Peraduan ini dan penggunaan Hadiah.

13. Pihak Penganjur berhak meminda terma dan syarat atas budi bicaranya tanpa sebarang notis. Segala keputusan oleh Pihak Penganjur adalah muktamad dan segala surat-menyurat tidak akan dilayan.

14. Pihak Penganjur berhak memindahkan butiran peribadi (termasuk, tanpa had, nama, alamat, nombor telefon, nombor kad pengenalan) kepada agensi terlantik bagi tujuan pengurusan dan menghubungi Peserta untuk tujuan Peraduan ini sahaja. Peserta mempunyai hak untuk mengakses, membetul atau menarik balik persetujuan untuk mendedahkan butiran peribadi daripada Pihak Penganjur. Permintaan boleh dibuat melalui email di www.fndairies.com/contact.html atau melalui pos di Perkhidmatan Pelanggan F&N Dairies (Malaysia) Sdn. Bhd., Level 7 Kompleks Metro Pudu, No. 1 Jalan Metro Pudu 2, Fraser Business Park, 55100 Kuala Lumpur. Rujuk www.fndairies.com untuk Notis Penuh di Bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 yang dipaparkan dalam Bahasa Inggeris.

15. Terma dan syarat Peraduan ini terdapat dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat percanggahan antara mana-mana versi, Bahasa Inggeris akan dijadikan rujukan.
 
sumber http://www.fndairies.com/


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?