Peraduan Lebih Syok Lebih Meriah Dutch Lady


Dutch Lady kini mengadakan Peraduan Lebih Syok Lebih Meriah, dimana mereka menawarkan 10 hadiah mingguan baucar peralatan dapur bernilai RM3000 setiap satu. Peraduan ini berlangsung dari 28 Disember 2014 hingga 21 Februari 2015 iaitu bersamaan selama 8 Minggu, kiranya ada 80 hadiah yang ditawarkan.

Sehingga posting ini ditulis (30 Januari 2015), ada lagi 3 minggu lagi untuk peraduan ini tamat. Ini bermakna ada 30 lagi hadiah untuk dimenangi. Jadi jika anda ada beli atau mahu beli produk Dutch Lady, nanti bolehlah potong kodbar tu untuk sertai peraduan ini.

  • Minggu Peraduan 1: 28 Dis 2014-3 Jan 2015
  • Minggu Peraduan 2: 4 Jan 2015 -10 Jan 2015
  • Minggu Peraduan 3:11 Jan 2015 -17 Jan 2015
  • Minggu Peraduan 4: 18 Jan 2015 – 24 Jan 2015
  • Minggu Peraduan 5:25 Jan 2015 – 31 Jan 2015
  • Minggu Peraduan 6: 1 Feb 2015 – 7 Feb 2015
  • Minggu Peraduan 7: 8 Feb 2015 – 14 Feb 2015
  • Minggu Peraduan 8: 15 Feb 2015 – 21 Feb 2015

Selepas membaca terma & syarat peraduan, eMenang rasa  peraduan ini hanya sesuai untuk  pengemar atau pengguna produk minuman Dutch lady kerana untuk menyertai peraduan ini, peserta perlu kumpulakn kodbar (30 mata =1 penyertaan) dan pemenang pula ditentukan berdasarkan penyertaan layak tertinggi pada minggu tersebut.

Kalau anda memang pengemar atau pengguna produk minuman Dutch lady memang sesuailah join peraduan ni. Sebab anda atau keluarga anda memang minum susu Dutch Lady pun dan untuk sertai peraduan tu hanya sampingan saja.

Untuk pemilihan pemenang, setiap penyertaan layak yang diterima akan diasingkan mengikut negeri seperti alamat yang dinyatakan di dalam borang peraduan.

Negeri-negeri tersebut dikategorikan 5 kawasan berikut:

  • Pusat(Kuala Lumpur dan Selangor)
  • Utara(Kedah, Perak, Perlis dan Pulau Pinang)
  • Selatan(Johor, Melaka dan Negeri Sembilan)
  • Pantai Timur (Pahang, Kelantan dan Terengganu)
  • Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak)

Pada akhir setiap minggu peraduan, 2 peserta untuk setiap kawasan yang mempunyai jumlah penyertaan layak tertinggi diterima akan disenaraikan sebagai pemenang layak Minggu Peraduan tersebut. Jika berlaku seri, peserta dengan penyertaan layak yang lebih awal diterima akan disenaraikan. Dan pemenang ini akan dihubungi dan dikehendaki menjawab satu soalan dengan betul sebelum disahkan sebagai pemenang.

dl.png

Untuk Besarkan Terma & Syarat Klik SiNI

Jika ada pertanyaan sila tanya disini

Borang Peraduan


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?