Peraduan Shok Angpow Bonanza Shokubutso


Shokubutso kini mengadakan Peraduan Shok Angpow Bonanza dimana peserta berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM8,888.88 untuk 3 pemenang. Selain itu, peraduan ini juga ada 100 hadiah mingguan berupa hadiah wang tunai RM88.88 setiap satu selama 7 minggu peraduan ini berlangsung.

Dengan resit pembelian Rm15 dan keatas produk Shokubutso yang terlibat (boleh tengok pada gambar rajah), anda  boleh sertai peraduan ini. Jadi jika anda ada atau ingin membeli produk Shokubutso dalam tempoh peraduan ini, sila dapatkan resit pembelian tu sekali selepas beli dan jangan buang pula sebab anda boleh guna resit tu untuk join peraduan ni. Tapi kalau beli RM15 ke ataslah, kalau beli RM14.90 ke bawah tak ambil resit pun tak apa, buat menyemak rumah saja.

Pemilihan Finalis & Peserta (pemenang) adalah berasaskan daripada jumlah penyertaan yang layak dibahagi dengan jumlah hadiah. Contoh: Jika jumlah penyertaan layak yang diterima adalah 3,200, angka ini akan dibahagi dengan tiga (3) dan dibulatkan kepada nombor terdekat lebih rendah untuk memilih tiga (3) Finalis daripada penyertaan layak.

Ini bermakna penyertaan yang layak dengan nombor siri 1066, 2132 dan 3198 akan dipilih sebagai tiga (3) Finalis. Kaedah pemilihan ini juga akan digunakan untuk menentukan semua pemenang Hadiah Mingguan.

Setiap Finalis dan Peserta yang terpilih akan dihubungi melalui telefon untuk menjawab satu (1) soalan promosi dengan betul. Sekiranya terdapat mana-mana peserta yang terpilih tidak dapat dihubungi dalam 3 percubaan atau tidak dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul, peserta dengan nombor bersiri lebih rendah yang seterusnya akan dihubungi.

Anda boleh sertai peraduan ini dengan 2 cara seperti dibawah:

Pilihan 1: Penyertaan melalui SMS ke 33310
a. Penyertaan melalui SMS bagi peraduan ini hanya dibenarkan untuk pengguna telefon mudah alih yang melanggan perkhidmatan Maxis, Digi, Celcom dan Umobile (“Pengendali Perkhidmatan Telekomunikasiâ€). Setiap penyertaan SMS akan dikenakan caj tambahan RM0.30 selain sebarang caj biasa yang dikenakan oleh pengendali perkhidmatan telekomunikasi.
b. Bukti Pembelian (resit asal) mesti disimpan untuk pengesahan sekiranya peserta terpilih. Kegagalan mengemukakan resit asal akan mengakibatkan penyertaan dibatalkan.

Pilihan 2: Penyertaan melalui Pos (Borang Peraduan)
a. Salinan borang penyertaan juga diterima. Penyertaan yang diterima melalui perkhidmatan penghantar surat, perkhidmatan kurier, POS Laju dan/atau sebarang cara penghantaran lain akan dibatalkan secara automatik.

Penyertaan mesti diterima selewat-selawatnya pada 07hb Mac 2015 (11:59 malam).

Tempoh Peraduan: 12hb Jan – 28hb Feb 2015

 

shokubutso.png

 

shokubutso2.png

HADIAH

 

sejumlah.jpg

Terma dan Syarat

Penganjur dan Kelayakan
Peraduan ini terbuka kepada semua penduduk Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas pada 12hb Januari 2015, kecuali kakitangan Southern Lion Sdn. Bhd., agensi promosi, agensi pengiklanan, agensi perhubungan awam dan syarikat sekutunya serta ahli keluarga terdekat mereka.

Tempoh Peraduan
Tempoh peraduan adalah dari 12hb Jan hingga 28hb Feb 2015 termasuk kedua-dua tarikh itu.

Kelayakan Penyertaan
Setiap pembelian mana-mana produk Shokubutsu yang turut serta bernilai sekurang-kurangnya RM15 dalam satu resit akan layak untuk satu (1) penyertaan. Resit pembelian mestilah bertarikh dari 12hb Jan hingga 28hb Feb 2015 (termasuk kedua-dua tarikh).(“Bukti Pembelianâ€)

Jenama Shokubutsu Turut Serta adalah: Shokubutsu Japan Original Shower Foam, Shokubutsu World Famous Bathing Series Shower Foam, Shokubutsu Active Guard Shower Foam, Shokubutsu Active Guard Hand Wash, Shokubutsu Active Guard Bar Soap & Shokubutsu Beauty Bar Soap.

Peserta dibenarkan mengemukakan seberapa banyak penyertaan yang diingini tetapi setiap penyertaan mesti disertakan dengan Bukti Pembelian yang dikehendaki. Bukti Pembelian yang tidak lengkap, rosak, tidak boleh dibaca, difotostat tidak akan diterima.

Cara-cara Penyertaan
Setiap penyertaan mesti dilengkapi dengan butir-butir yang dikehendaki dan susun semula perkataan dalam Jadual Adengan betul (“Penyertaan Layakâ€). Satu nombor bersiri akan diberikan kepada setiap Penyertaan Layak. Penyertaan boleh dihantar sama ada melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) ATAU melalui Pos (menggunakan borang peraduan).

Pilihan 1: Penyertaan melalui SMS ke 33310
a. Penyertaan melalui SMS bagi peraduan ini hanya dibenarkan untuk pengguna telefon mudah alih yang melanggan perkhidmatan Maxis, Digi, Celcom dan Umobile (“Pengendali Perkhidmatan Telekomunikasiâ€). Setiap penyertaan SMS akan dikenakan caj tambahan RM0.30 selain sebarang caj biasa yang dikenakan oleh pengendali perkhidmatan telekomunikasi.
b. Bukti Pembelian (resit asal) mesti disimpan untuk pengesahan sekiranya peserta terpilih. Kegagalan mengemukakan resit asal akan mengakibatkan penyertaan dibatalkan.

Pilihan 2: Penyertaan melalui Pos (Borang Peraduan)
a. Salinan borang penyertaan juga diterima. Penyertaan yang diterima melalui perkhidmatan penghantar surat, perkhidmatan kurier, POS Laju dan/atau sebarang cara penghantaran lain akan dibatalkan secara automatik.

Penyertaan mesti diterima selewat-selawatnya pada 07hb Mac 2015 (11:59 malam).

Peserta terpilih akan dihubungi untuk diminta menghantar salinan kad pengenalan yang jelas dan boleh dibaca (peserta SMS dikehendaki menghantar Bukti Pembelian melalui pos) melalui pos (peserta digalakkan mengirim salinan kad pengenalan menggunakan Surat Berdaftar/Pos Laju/Perkhidmatan Kurier) ke “Peraduan Shok Angpow Bonanza 2014â€, 15 Block B, Lot 756, Jalan Subang 3, 47610 Subang Jaya, Selangor D.E. atau melalui faks (03-5635 1392) dalam masa tujuh (7) hari kerja dari tarikh pemberitahuan.

Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kelewatan atau kesilapan penghantaran Bukti Pembelian dan salinan Kad Pengenalan. Bukti SMS/pos bukan bukti penerimaan.

Hadiah & Pemilihan Pemenang

Hadiah adalah seperti berikut:
a) Hadiah Utama x 3 – RM8,888.88 tunai + produk Shokubutsu bernilai RM50 untuk setiap pemenang
b) Hadiah Mingguan x 700 – RM88.88 tunai untuk setiap pemenang (100 setiap minggu x 7 minggu)

Semua hadiah akan disampaikan kepada pemenang dalam bentuk cek berpalang. Semua cek mesti dimasukkan ke dalam bank dalam masa 6 bulan dari tarikh cek dikeluarkan. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan cek tidak sah. Semua hadiah tunai yang tidak dituntut akan dibatalkan dan surat-menyurat atau rayuan tidak akan dilayani.

Setiap Finalis dan Peserta yang terpilih akan dihubungi melalui telefon untuk menjawab satu (1) soalan promosi dengan betul. Sekiranya terdapat mana-mana peserta yang terpilih tidak dapat dihubungi dalam 3 percubaan atau tidak dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul, peserta dengan nombor bersiri lebih rendah yang seterusnya akan dihubungi.

Pemilihan Finalis & Peserta adalah berasaskan daripada jumlah penyertaan yang layak dibahagi dengan jumlah hadiah. Contoh: Jika jumlah penyertaan layak yang diterima adalah 3,200, angka ini akan dibahagi dengan tiga (3) dan dibulatkan kepada nombor terdekat lebih rendah untuk memilih tiga (3) Finalis daripada penyertaan layak. Ini bermakna penyertaan yang layak dengan nombor siri 1066, 2132 dan 3198 akan dipilih sebagai tiga (3) Finalis. Kaedah pemilihan ini juga akan digunakan untuk menentukan semua pemenang Hadiah Mingguan.

  • Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) Hadiah Utama dan satu (1) Hadiah Mingguan.
  • Semua hadiah tidak boleh dipindah milik.
  • Senarai penuh pemenang akan dipaparkan di laman web rasmi Southern Lion 12 minggu selepas peraduan ditutup.

Terma & Syarat Lain

Southern Lion Sdn. Bhd. berhak untuk menggunakan, menerbitkan atau memaparkan nama dan gambar foto pemenang untuk tujuan pengiklanan dan publisiti tanpa perlu membayar sebarang royalti atau pampasan kepada pemenang. Pemenang mungkin dikehendaki untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah dan/atau menyertai program publisiti. Wakil pemenang tidak dibenarkan.
Southern Lion Sdn. Bhd. boleh atas budi bicara mutlaknya meminda terma dan syarat yang dinyatakan di dalam ini tanpa memberikan notis terlebih dahulu.

Southern Lion Sdn. Bhd., semua rakan niaganya dan pihak lain yang terlibat dalam peraduan ini, termasuk pengarah, pegawai dan ejen mereka adalah tidak bertanggungjawab dalam apa jua cara untuk yang berikut:

a) Sebarang perbelanjaan tambahan lain yang ditanggung oleh peserta kerana menyertai peraduan;
b) Sebarang bentuk gangguan teknikal
c) Campur tangan oleh pihak yang tidak sah dalam peraduan;
d) Kesilapan elektronik dan manusia dalam pentadbiran peraduan dan pemprosesan penyertaan;

e) Sebarang penyertaan yang hilang, dicuri, rosak, disalah hantar atau tidak diterima.
Semua peserta/pemenang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang kecederaan, kerosakan atau tuntutan sama ada disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh penyertaan mereka dalam peraduan ini dan/atau daripada penebusan dan/atau penggunaan hadiah. Dengan menerima atau menggunakan mana-mana hadiah, pemenang bersetuju untuk menanggung kerugian Southern Lion Sdn. Bhd., semua rakan niaga dan/atau pihak lain yang berkaitan dengan peraduan ini, termasuk pengarah, kakitangan dan ejen mereka terhadap sebarang tuntutan, pendakwaan, keputusan mahkamah, ganti rugi, kerugian atau liabiliti yang ditanggung dan terhadap sebarang kegagalan membayar cukai yang perlu dibayar kepada pihak berkuasa yang berkaitan dengan penyertaannya dalam peraduan ini, penerimaan dan/atau penebusan dan/atau penggunaan mana-mana hadiah olehnya.

Terma & Syarat ini disediakan dalam Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat percanggahan antara kedua-dua versi Terma & Syarat, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Penganjur boleh memindahkan sesetengah maklumat peribadi (nama, alamat, nombor hubungan dan nombor Kad Pengenalan) kepada pembekal perkhidmatan untuk tujuan pentadbiran Peraduan dan menghubungi pemenang. Pembekal perkhidmatan termasuk pihak yang menganjurkan atau menguruskan Peraduan.

Dengan menyertai peraduan ini, setiap peserta bersetuju secara sepenuhnya dan tanpa syarat untuk menerima terma dan syarat. Semua keputusan yang dibuat oleh pengadil adalah muktamad dan mengikat. Tiada surat-menyurat akan dilayan.
Borang Peraduan


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?