Peraduan Paddle Pop Cabaran Mewarna Atlantos 2015


Paddle Pop kini mengadakan lagi peraduan cabaran mewarna dimana mereka menawarkan 9 Hadiah UTAMA berupa Percutian 3 hari + 2 malam pakej 2 dewasa & 2 kanak-kanak ke Singapore S.E.A Aquarium + Adventure Cove Waterpark.

Bagi yang tidak berpeluang memenangi hadiah Utama, anda jangan kecewa kerana peraduan ini juga menyediakan hadiah sampingan iaitu hadiah istimewa setiap bulan.

Hadiah istimewa setiap bulan ini, adalah berbeza bagi  setiap bulan. Untuk hadiah istimewa bulan Januari 2015, peserta boleh menandakan ruang kotak yang disediakan untuk berpeluang mendapatkan Kre-O Transformers Autobot Command Center atau Jam tangan Digital Casio.

Untuk hadiah istimewa bulan Februari 2015, peserta boleh menandakan ruang kotak yang disediakan untuk berpeluang mendapatkan Skuter Atlantos + Topi Kaledar atau Kereta Plasma Atlantos.

Dan untuk hadiah istimewa bulan terakhir iaitu bulan Mac 2015, peserta boleh menandakan ruang kotak yang disediakan untuk berpeluang mendapatkan Nerf Super Soaker atau Anak patung Frozen Sparkle Princess (Anna & Elsa). Bagi yang mereka sudah besar,  dewasa atau umur dah mengingkat, eMenang ingin menasihatkan anda supaya tidak menandakan Anak patung Frozen Sparkle Princess (Anna & Elsa) . Anak patung ini hanya kanak-kanak kecil saja boleh main, orang besar tak boleh main. Kalau anda tanda dan dapat Anak patung Frozen tu, kemudian anda bagi dekat kanak-kanak kecil itu lain ceritalah. Kalau orang dah besar ni tak elok main atau  simpan anak patung.

 eMenang pun agak kurang pastilah berapa jumlah hadiah yang ditawarkan sebenarnya. Sebab dalam terma & syarat tulis lain, dekat paparan grafik hadiah papar angka lain. Mungkin pihak penganjur akan memperbetulkannya selepas ini. Untuk lebih kepastian berkenaan ini sila telefon pihak penganjur di 03-22462188.

Peraduan ini berlangsung selama 3 bulan bermula 1 januari 2015 hingga 31 Mac 2015. Untuk melayakkan anda menyertai peraduan ini, setiap borang peraduan perlu dilekatkan dengan mana-mana 5 barkod dari aiskrim paddle pop berikut:

  • Paddle Pop Rainbow
  • Paddle Pop Dino Freeze
  • Paddle Pop Moo Bola
  • paddle Pop Choco Magma
  • Paddle Pop Tornando

warna

aiskrim

hadiah

tc color

Borang Peraduan http://www.paddlepop…si/default.aspx


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?