Peraduan Nestlé 8 Prosperity


Jika anda ada atau ingin membeli produk minuman cecair MILO atau NESCAFE bermula esok hingga 1 Mac 2015, jangan terus buang bekas air kotak atau tin minuman tersebut kerana bermula esok Nestle akan mengadakan Peraduan Nestlé 8 Prosperity.

Jadi daripada anda terus buang bekas air kotak atau tin minuman yang anda telah beli tu, baik anda simpan dulu benda tu. eMenang menyatakan demikian kerana, dengan 2 keratan hadapan air kotak atau 2 penutup sentap air tin yang mengambil bahagian, anda boleh menyertai Peraduan Nestlé 8 Prosperity ini.

Kalau anda ada beli dan terus buang, anda tak dapat apa-apa kan,cuma dapat menghilangkan dahaga sajalah. Tetapi kalau anda ada beli dan simpan bukti pembelian tu, mana tau kut-kut  hari atau minggu seterusnya anda nak beli lagi sebab dahaga  dan pada masa tu anda dah ada 2 bukti pembelian. Bila dah ada 2 bukti pembelian tu, bolehlah join peraduan ni dengan mengisikan borang peraduan dan jawab 3 soalan di dalam borang peraduan tu.

Kemudian hantar ke alamat yang diberikan, mana tau kut2 termenang hadiah wang tunai RM 888.

Pemilihan pemenang Peraduan ini adalah berkonsepkan lucky draw. Dimana sejumlah penyertaan yang layak akan diberikan no bersiri dan no bersiri itu akan dibahagikan dengan 5.

Sebagai contoh, jika penyertaan hari tu ada 600 penyertaan, 600 itu akan dibahagikan dengan 5 (lima). 600/5 = 120. – No bersiri 120, 240, 360, 480 dan 600 akan memenangi hadiah harian pada hari tersebut. Peraduan ini berlangsung selama 49 hari, jadi bakal ada 245 pemenang.

Untuk lebih detail berkaitan produk minuman yang mengambil bahagian dan bukti pembelian yang perlu diserta, lihat carta dibawah:

nes1.jpg
nes2.jpg

nes3

Hadiah

Hadiah Harian x 5:

  • Wang Tunai RM 888 x 245 pemenang. (49 Hari)

Terma & Syarat

terma &syat

Tempoh Peraduan
12/01/2015 – 01/03/2015 (49 hari)

Hadiah Harian x 5: RM 888 cash.

Download Borang Peraduan 


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?