Peraduan Pet Pet Tuah Rm388


Sertai peraduan Pet Pet Tuah Rm388 dan berpeluang untuk menjadi salah seorang daripada 100 pemenang memenangi hadiah wang tunai RM388. Penyertaan peraduan ini boleh disertai dengan setiap pembelian mana-mana 1 Pek Mega Pet Pet, Pet Pet Night Tape atau Pet Pet DayPants.

Peraduan ini amat sesuai untuk mereka yang mempunyai bayi yang memakai lampin pakai buang Pet Pet.

Pemilihan pemenang, eMenang rasa-rasa macam dipilih secara rawak. eMenang agak-agak saja, untuk lebih kepastian sila tanya pihak penganjur.

Cara Penyertaan

pet

Muat turun borang disini :
https://app.box.com/s/2ndidwwsnj2ruwlj52i6

Hadiah

100x – RM388

Terma & Syarat Peraduan

1. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 ke atas kecuali kakitangan dan ahli keluarga terdekat Disposable Soft Goods (M) Sdn Bhd (“Pihak Penganjur”), dan agensi pengiklanan, promosi, pengelola acara dan perhubungan awam-nya.

2. Peraduan ini bermula dari 1hb Januari – 28hb Februari 2015. Pihak Penganjur berhak untuk meminda tempoh peraduan bila-bila masa sahaja jika diperlukan. Semua penyertaan mesti diterima sebelum 28hb Februari 2015. Penyertaan yang diterima selepas tarikh tutup peraduan tidak akan dilayan.

3. Penyertaan dengan setiap pembelian mana-mana 1 Pek Mega Pet Pet, Pet Pet Night Tape atau Pet Pet DayPants.

4. Setiap 1 (satu) resit pembelian hanya sah untuk 1 (satu) penyertaan. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi setiap borang penyertaan mestilah disertakan dengan resit pembelian anda.

5. Setiap penyertaan haruslah dihantar melalui :
Whatsapp ke nombor telefon +6011-3338 5283

ATAU

Marketing Department
Disposable Soft Goods (M) Sdn Bhd
8th Floor, West Wing, Wisma Consplant 1,
No. 2, Jalan SS16/4, 47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.

1. Penganjur tidak bertanggungjawab atas borang penyertaan yang hilang atau lewat.

2. Pemenang akan dimaklumkan melalui Facebook Pet Pet sebelum 31hb Mac 2015.

3. Hadiah yang tidak dituntut selepas 30hb April 2015 akan dibatalkan.

4. Hadiah yang dimenangi tidak boleh dikembalikan atau digantikan dengan barangan lain. Pihak Penganjur berhak untuk menukar mana-mana hadiah atau elemen-elemen hadiah dengan alternatif lain yang sama nilai atau lebih.

5. Semua kos pengangkutan, penginapan, peribadi dan/atau kos yuran dan/atau perbelanjaan berkaitan lain yang ditanggung untuk menuntut hadiah dan sebarang liabiliti cukai akibat penerimaan hadiah adalah tanggungjawab pemenang sepenuhnya.

6. Penerimaan hadiah bersamaan dengan kebenaran diberi kepada Pihak Penganjur dengan agensinya untuk menggunakan nama, penyertaan dan/atau gambar peserta untuk tujuan aktiviti publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang notis dan/atau pampasan. Peserta juga mungkin akan perlu menghadiri upacara penyampaian dan/atau menyertai program publisiti.

7. Maklumat peribadi anda yang diberikan kepada Pihak Penganjur (“Data Peribadi”) diperlukan untuk tujuan penyertaan anda dan penganjuran kami untuk pertandingan/pameran bergerak/acara. Jika anda tidak memberikan Data Peribadi anda, anda tidak akan dapat mengambil bahagian dalam peraduan/pameran bergerak/ acara. Dengan memberikan Data Peribadi anda, anda bersetuju untuk pengumpulan dan penggunaan mana Data Peribadi anda.

8. Data Peribadi anda juga boleh digunakan untuk memberitahu anda tentang produk atau perkhidmatan yang anda minta daripada kami, untuk memberi acara yang akan datang, untuk memberi respon terhadap permintaan anda, untuk memberi info tentang produk, perkhidmatan atau pelancaran baru daripada kami yang anda berminat. Untuk menjemput anda dan langganan anda untuk risalah kami, dan/atau untuk tuntutan audit di mana jika terdapat kes-kes di mana terdapat pertikaian (secara kolektif, ‘Tujuan’).

9. Data Peribadi anda boleh didedahkan kepada pihak ketiga, seperti kepada ibu pejabat kami, pejabat serantau, anak-anak syarikat, syarikat gabungan dan/atau ahli-ahli dalam Disposable Soft Gooods (M) Sdn Bhd, dan/atau pembekal perkhidmatan kami. Yang berkemungkinan terletak di luar Malaysia, atas sebab-sebab yang berkaitan dengan Tujuan.

10. Semua penyertaan yang diterima akan manjadi hakmilik Pihak Penganjur.

11. Keputusan Pihak Penganjur adalah dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

12. Dengan peyertaan peraduan ini, anda bersetuju dengan syarat dan peraturan peraduan di atas dan mematuhi sepenuhnya.

jika ada sebarang pertanyaan, tanya di sini


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?