Peraduan ‘Bersedia Ke Sekolah’ Tesco


Dengan setiap pembelian Tesco Choco Malt dalam satu resit pada 26 hingga 28 disember 2014  di pasaraya Tesco terpilih (sila rujuk poster) anak/saudara/adik beradik anda berumur  7 tahun hingga 16 tahun layak menyertai peraduan ini.

Jadi jika anda memang pengemar minuman Tesco Choco Malt atau merancang untuk membelinya pada tarikh seperti dibawah bolehlah gunakan resit pembelian tu untuk menyertai praduan ini.

Produk Tesco Choco Malt : 26 – 28 Disember 2014.

  • Resit mesti dikeluarkan pada hari dan di stor yang sama di mana Peraduan akan dilangsungkan.
  • Penggabungan resit-resit yang berasingan adalah tidak dibenarkan.
  • Satu (1) resit melayakkan anda untuk satu (1) penyertaan.
  • Anda dibenarkan untuk menyertai lebih daripada satu peraduan/lokasi.
  • Namun, anda mestilah memenuhi syarat perbelanjaan dan resit pendaftaran seperti yang dinyatakan.
  • Peraduan ini akan dijalankan dari 28 November 2014 sehingga 28 Disember 2014 di stor-stor Tesco terpilih.
  • Ibu bapa atau penjaga dikehendaki mengisi dan menandatangani borang liabiliti/indemniti untuk anak mereka yang mengambil bahagian dalam peraduan ini.

Cara penyertaan:

  1. Kemukakan resit anda di kaunter Peraduan untuk pendaftaran.
  2. Peraduan ini adalah secara berpasukan.
  3. Selepas pendaftaran, anda akan dimasukkan ke dalam satu pasukan. Pemilihan ahli pasukan adalah secara rawak.
  4. Setiap pasukan mestilah mempunyai minimum 4 orang ahli dan maksimum 5 orang ahli.
  5. Dalam satu-satu sesi pertandingan minimum pasukan yang dibenarkan adalah 4 pasukan dan maksimum 6 pasukan.
  6. Hanya 3 sesi pertandingan akan diadakan di setiap stor Tesco terpilih.
  7. Peserta akan diberikan ‘pasport’ peraduan dan pasport ini hanya boleh dibuka semasa pelepasan.
  8. Peserta hendaklah menyelesaikan semua akitviti-aktiviti yang telah disediakan.
  9. Setelah kesemua aktiviti dapat diselesaikan, peserta hendaklah kembali ke kaunter pendaftaran untuk menyerahkan pasport.

 

Hadiah

Wk42-THTC-Chocomalt-UPdated-FB-banner-504x335px

  • Hanya 2 pasukan layak menjadi pemenang dalam satu-satu sesi peraduan.
  • Jumlah keseluruhan hadiah yang ditawarkan adalah minimum RM86,000 dan maksimum RM100,000 , bergantung pada jumlah peserta dalam sesebuah kumpulan.

 

Terma & Syarat

Kelayakan:
1. Peraduan ini terbuka kepada semua pelanggan Tesco Malaysia yang berumur dari 7 hingga 16 tahun, kecuali individu-individu berikut:

(a) Kakitangan Tesco Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. (“Penganjur”) (termasuk ahli keluarga terdekat mereka) dan syarikat-syarikat bersekutunya, syarikat-syarikat gabungan, wakil/pengedar sah, ejen-ejen, para pembekal hadiah-hadiah dan mana-mana syarikat yang mempunyai kaitan profesional dalam Peraduan ini.

(b) mana-mana pelanggan Tesco yang telah memenangi sebarang Hadiah bernilai sehingga RM1,000 dan ke bawah (secara individu atau secara kolektif) daripada Penganjur dalam tempoh tiga puluh (30) hari sebelum menyertai Peraduan;

© mana-mana pelanggan Tesco yang telah memenangi sebarang Hadiah bernilai sehingga RM1,001 ke RM5,000 (secara individu atau secara kolektif) daripada pihak Penganjur dalam tempoh sembilan puluh (90) hari sebelum menyertai Peraduan; dan/atau

(d) mana-mana pelanggan Tesco yang telah memenangi sebarang Hadiah bernilai sehingga RM5,001 dan ke atas (secara individu atau secara kolektif) daripada Penganjur dalam tempoh satu tahun (365) hari sebelum menyertai Peraduan.

2. Anda mesti membeli sekurang-kurangnya satu produk Tropicana Twister atau Tesco Choco Malt dalam satu resit, dan pada tempoh tertentu untuk layak menyertai peraduan.
3. Produk Tropicana Twister perlu dibeli dari 28 – 30 November 2014 atau 5 – 7 Disember 2014. Manakala produk Tesco Choco Malt perlu dibeli pada 19 – 21 Disember 2014 atau 26 – 28 Disember 2014.
4. Resit mesti dikeluarkan pada hari dan di stor yang sama di mana Peraduan akan dilangsungkan.
5. Penggabungan resit-resit yang berasingan adalah tidak dibenarkan.
6. Satu (1) resit melayakkan anda untuk satu (1) penyertaan.
7. Anda dibenarkan untuk menyertai lebih daripada satu peraduan/lokasi. Namun, anda mestilah memenuhi syarat perbelanjaan dan resit pendaftaran seperti yang dinyatakan.
8. Peraduan ini akan dijalankan dari 28 November 2014 sehingga 28 Disember 2014 di stor-stor Tesco terpilih.
9. Ibu bapa atau penjaga dikehendaki mengisi dan menandatangani borang liabiliti/indemniti untuk anak mereka yang mengambil bahagian dalam peraduan ini.

Cara penyertaan:
1. Kemukakan resit anda di kaunter Peraduan untuk pendaftaran.
2. Peraduan ini adalah secara berpasukan.
3. Selepas pendaftaran, anda akan dimasukkan ke dalam satu pasukan. Pemilihan ahli pasukan adalah secara rawak.
4. Setiap pasukan mestilah mempunyai minimum 4 orang ahli dan maksimum 5 orang ahli.
5. Dalam satu-satu sesi pertandingan minimum pasukan yang dibenarkan adalah 4 pasukan dan maksimum 6 pasukan.
6. Hanya 3 sesi pertandingan akan diadakan di setiap stor Tesco terpilih.
7. Peserta akan diberikan ‘pasport’ peraduan dan pasport ini hanya boleh dibuka semasa pelepasan.
8. Peserta hendaklah menyelesaikan semua akitviti-aktiviti yang telah disediakan.
9. Setelah kesemua aktiviti dapat diselesaikan, peserta hendaklah kembali ke kaunter pendaftaran untuk menyerahkan pasport.

Pemilihan Pemenang & Hadiah:
1. Pasukan yang terpantas kembali ke meja pendaftaran dengan jumlah jawapan yang tertinggi akan dikira sebagai Pemenang Pertama.
2. Pasukan kedua terpantas dengan jumlah jawapan tertinggi akan dikira sebagai Pemenang Kedua.
3. Hanya 2 pasukan layak menjadi pemenang dalam satu-satu sesi peraduan.
4. Jumlah keseluruhan hadiah yang ditawarkan adalah minimum RM86,000 dan maksimum RM100,000 , bergantung pada jumlah peserta dalam sesebuah kumpulan.
5. Pemenang hanya boleh menang sekali sahaja sepanjang tempoh peraduan berlangsung.
6. Keputusan Penganjur adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.
7. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah lain yang sama nilai atas apa jua alasan.
8. Para pemenang akan dimaklumkan serta-merta selepas Peraduan berakhir dan mesti mengambil hadiah di stor Tesco sejurus dimaklumkan mengenai kemenangannya.

Am:
1. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk meminda, membuang dan/atau menambah sebarang terma dan syarat di atas tanpa memberi notis terlebih dahulu dan boleh menggantung atau menamatkan Peraduan pada bila-bila masa jika mempunyai alasan yang munasabah untuk berbuat demikian.
2. Sebagai syarat penyertaan anda di dalam Peraduan ini, anda dengan ini bersetuju untuk menanggung rugi Tesco dan syarikat-syarikat bersekutunya, pegawai-pegawai, kakitangan-kakitangan dan ejen-ejennya daripada dan terhadap sebarang dan semua liabiliti, lain-lain perbelanjaan (termasuk kos dan yuran undang-undang) dan ganti rugi yang berbangkit daripada tuntutan yang timbul secara langsung atau tidak langsung daripada penyertaan, atau akibat daripada memenangi Peraduan ini.

3. Pihak Penganjur dan promoter Peraduan adalah Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd yang beralamat di Ibu Pejabat, Aras 3A, No. 3, Jalan 7A/62A, Bandar Menjalara, 52200 Kuala Lumpur. Jika anda perlu menghubungi kami mengenai Peraduan ini, sila dail talian 603-6287 5218 atau e-mel ke lisa.seow@my.tesco.com

Untuk maklumat lanjut layari http://www.tesco.com…ils.aspx?NID=15


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?