Peraduan Antabax Beli & Menang


Adakah anda pengguna setia barangan Antabax? Jika ya, ini adalah peluang terbaik anda untuk menyertai Peraduan Antabax Beli & Menang di Mydin. Dalam peraduan ini. peserta berpeluang memenangi hadiah Pakej Percutian 7 hari 5 malam ke New York, Amarika Syarikat untuk 2 orang.

Tapi yang tak bestnya, kos untuk mendapatkan Visa keluar negara perlu ditanggung oleh pemenang dan hanya seorang pemenang sahaja akan memenangi hadiah ini. Kalau pemenang tak dapat pergi melancong, hadiah akan dilupuskan. Nampak gaya, macam hadiah ni tidak boleh dipindah milik atau jual dekat kawan-kawan atau  sedara mara.

Kemudian tiada hadiah tempat kedua atau ketiga. Terus Hadiah saguhati untuk 5 orang iaitu baucer Mydin bernilai RM300. Peraduan ini memang sesuai untuk pengguna barangan Antabax saja. Kalau anda bukan pengguna barangan Antabax, disarankan janganlah join peraduan ni, yelah kan dah tak guna kenapa nak beli.

Pemenang pulak ditentukan secara  no. bersiri yang dibahagikan ( kiranya macam cabutan bertuah). Selepas ada 6 calon pemenang dari pembahagian no. bersiri tadi, pemenang hadiah Utama akan dipilih berdasarkan peserta yang mengandungi resit pembelian jumlah paling tinggi diantara 6 calon pemenang tadi.

Sekirannya berlaku seri (jumlah pembelian yang sama diantara 6 calon pemenang tadi), peserta yang paling awal akan memenangi hadiah Utama tersebut. 5 peserta seterusnya akan memenangi hadiah saguhati baucer Mydin bernilai RM300 setiap seorang.

Macam mana berminat tak nak join peraduan ni?

Kalau anda memang pengguna setia barangan Antabax dan berminat nak join peraduan ini, anda boleh sertai peraduan ini selepas anda Beli mana-mana produk Antabax bernilai minima RM10 dalam resit tunggal dari pasar raya/pasar raya besar Mydin Mohamed Holdings Bhd & jawab 1 soalan.

Kalau sebelum ini, anda beli dekat kedai-kedai atau pasaraya lain, kali ni kalau nak beli pulak beli di Mydin lah. Untung-untung termenang hadiah. Sambil guna sambil menang.

Tempoh Peraduan: 8 Disember 2014 – 18 Januari 2015

peraduan antabax

HADIAH-HADIAH

anta bax

Hadiah Utama x 1: Pakej Percutian 7H5M ke New York, Amerika Syarikat untuk 2 orang.

Hadiah Utama termasuk tiket ekonomi pergi balik dari lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, pengangkutan ulang-alik lapangan terbang/hotel/lapangan terbang di destinasi sahaja. dan penginapan hotel (perkongsian berkembar dengan sajian terpilih). Semua perbelanjaan lain akan ditanggung oleh pemenang sendiri. Pemenang dan tetamu undangan mesti mendapatkan pasport dan visa perjalanan yang sah (jika perlu) atas perbelanjaan sendiri.

Tarikh tempoh perjalanan tertakluk kepada pengesahan tarikh tiket penerbangan dan tempahan hotel. Pakej percutian hanya sah sehingga 31 mac 2015. Sekiranya pemenang hadiah Utama tidak dapat melancong, tidak layak untuk mendapat pasport atau visa atas sebarang sebab, hadiah tersebut akan dilupuskan.Pengajur tidak akan membayar ganti rugi kepada pemenang kerana kegagalan atau ketidakupayaan untuk melancong.

Hadiah Saguhati x 5: Baucar MYDIN RM300 setiap satu.

TERMA & SYARAT (Right Klik dan New Tab untuk Besarkan)

;terma & syarat

Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh tanya disini


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?