Peraduan Foto Kreatif Roller Coaster Need ‘O’ Barulah Ohsem


Sertailah Peraduan Foto Kreatif Roller Coaster Need ‘O’ Barulah Ohsem dan Apple iPhone 6 atau Samsung Galaxy Note 4 bakal menjadi milik anda! Anda juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM300 untuk tempat kedua, RM150 untuk tempat ketiga dan hadiah saguhati RM50 bagi setiap pusingan.

Bagi  undian foto tertinggi di akhir peraduan, pemenang akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM250

Untuk menyertai peraduan ini, peserta dikehendaki Muatnaik foto mengikut tema pusingan!Dalam peraduan ini ada 4 pusingan iaitu:

a. Pusingan 1: 1 Disember 2014 12:00 PAGI – 14 Disember 2014 23:59 MLM (Tema LOL )
b. Pusingan 2: 15 Disember 2014 12:00 PAGI – 28 Disember 2014 23:59 MLM (Tema  OHSEM )
c. Pusingan 3: 29 Disember 2014 12:00 PAGI – 11 Januari 2015 23:59 MLM (Tema  SELFIE  )
d. Pusingan 4: 12 Januari 2015 12:00 PAGI – 25 Januari 2015 23:59 MLM (Tema GROUFIE )

Jika anda berminat untuk menyertai peraduan ini sila lihat detail seperti dibawah.

P/s Nasihat dari eMenang, pastikan gambar yang diambil dan kongsikan untuk menyertai peraduan ini tidak mendedahkan aurat. Setiap gambar adalah tanggungjawab masing-masing. eMenang tidak akan bertanggung jawab pada setiap gambar yang dikongsi.

roller-coster.png

Hadiah-Hadiah

hadiah-pusingan-1.jpg
pusingan-2.jpg
pusingan3.jpg
pusingan4.jpg
tertinggi.jpg

TERMA & SYARAT RASMI PERADUAN

1.KELAYAKAN: Peraduan FOTO KREATIF ROLLER COASTER NEED ‘0’ BARULAH OHSEM (“Peraduan”) oleh URC Snack Foods (Malaysia) Sdn. Bhd. (“Penganjur”) adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan penghuni tetap Malaysia berusia 13 dan ke atas pada 1 Disember 2014 yang memiliki Kad Pengenalan yang sah dan sedang menetap di Malaysia. Untuk penggunaan Laman Web dan penerimaan Terma dan Syarat ini, peserta di bawah 13 tahun perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa/penjaga terdahulu. Kakitangan Penganjur dan Pentadbir (diterangkan di bawah), dan syarikat, sekutu, subsidiari, pegawai, pengarah, kakitangan, kontraktor, wakil-wakil, agensi percetakan dan pengiklanan mereka dan mana¬mana agen Penganjur, dan keluarga terdekat serta isirumah mereka (secara kolektif “Entiti Peraduan “) tidak layak untuk menyertai Peraduan ini.

2.CARA MENYERTAI: Peraduan ini akan bermula pada 1 December 2014 pada jam 12:00:00AM Waktu Malaysia GMT +8 dan akan tamat pada 25 Januari 2015 pada jam 11:59:59PM GMT +8 (“Tempoh Peraduan”). Sebarang penyertaan selepas 25 Januari 2015 pada jam 11:59:59PM GMT +8 adalah tidak layak untuk Peraduan ini.
Tatacara Peraduan adalah seperti berikut:

1.Untuk menghantar penyertaan anda, muat naik gambar anda ke laman web tersebut www.rollercoaster.my dalam ruang yang disediakan.

2.Anda dikehendaki ‘Like’ laman Facebook Jack ‘n Jill Roller Coaster di https://www.facebook…c.rollercoaster

3.Tangkapkan gambar anda yang paling kreatif bersama mana-mana produk dan pek Jack `n Jill Roller Coaster untuk layak menyertai Peraduan ini.

rollerww.jpg

4. Terdapat dua cara untuk menyertai Peraduan Foto Need ‘O’ Barulah Ohsem ini. Pertama,melalui laman web www.rollercoaster.my. Kedua, Peserta boleh menyertai melalui Instagram.

5. Anda boleh memilih untuk memuat naik gambar dari galeri yang terdapat di peranti anda atau terus memuat naik dari album yang terdapat di laman Facebook anda.

6. Bagi penyertaan melalui Instagram, anda dikehendaki menyertakan #RollerCoasterNeedO dan #barulahohsem.

7. Anda dikehendaki menangkap foto paling kreatif dengan produk dan pek Jack ‘n Jill Roller Coaster mengikut tema pusingan yang telah ditetapkan.

8. Para pemenang bagi hadiah utama, hadiah kedua, hadiah ketiga dan hadiah saguhati akan dipilih oleh panel hakim berdasarkan kreativiti, keaslian hasil kerja, dan ketepatan mengikut tema pusingan yang tertakluk kepada pengesahan dan kelayakan.

9. Manakala, pemenang untuk undian tertinggi (yang diputuskan pada akhir Peraduan) akan dipilh berdasarkan undian paling banyak dikumpulkan oleh undian awam sepanjang tempoh Peraduan.

10. Keputusan Peraduan akan diumumkan dan diterbitkan di Laman Web Peraduan Foto Kreatif Roller Coaster Need ‘O’ Barulah Ohsem! Untuk keterangan lanjut, sila layari www.rollercoaster.my

11. Tempoh kemasukan mingguan Peraduan adalah seperti berikut:

a. Pusingan 1: 1 Disember 2014 12:00 PAGI – 14 Disember 2014 23:59 MLM
b. Pusingan 2: 15 Disember 2014 12:00 PAGI – 28 Disember 2014 23:59 MLM
c. Pusingan 3: 29 Disember 2014 12:00 PAGI – 11 Januari 2015 23:59 MLM
d. Pusingan 4: 12 Januari 2015 12:00 PAGI – 25 Januari 2015 23:59 MLM

Hanya pemilik akaun sah yang didaftarkan di bawah alamat emel (yang melengkapkan prosedur untuk menyertai peraduan) boleh menyertai Peraduan dan/atau layak menenangi sebuah Hadiah (setiap seorang adalah “Peserta” dan secara kolektif “Para Peserta”). Peserta dibenarkan
menghantar lebih dari satu (1) penyertaan. Sebarang tindakan oleh seorang Peserta untuk mendapatkan lebih dari satu (1) penyertaan menggunakan pelbagai akaun Facebook atau akaun Facebook berlainan, identiti, pendaftaran dan log masuk, atau sebarang kaedah yang akan membatalkan penyertaan Peserta akan membatalkan penyertaan Peserta dan Peserta ini akan disingkirkan. Hanya SATU hadiah untuk setiap Peserta, setiap keluarga, setiap isi rumah adalah dibenarkan dalam Tempoh Peraduan

Penggunaan sebarang sistem automatik untuk menyertai peraduan adalah dilarang dan akan mengakibatkan peserta disingkirkan. Sekiranya berlaku sebarang pertikaian mengenai pendaftaran, pemegang sah akaun Facebook yang digunakan untuk mendaftar akan dianggap
sebagai Peserta. Setiap pemenang berpotensi mungkin perlu menunjukkan bukti dalam bentuk Kad Pengenalan yang membuktikan mereka adalah pemegang akaun yang sah.

SEMUA PENYERTAAN MESTI DITERIMA PADA 25 Januari 2015 11:59:59PM (GMT +8). Jam pengkalan data Laman Web akan menjadi penjaga masa rasmi bagi Peraduan ini. Penyertaan yang tidak memenuhi Kriteria Peraduan, atau dianggap palsu, tidak lengkap,
dipalsukan, diubahsuai secara digital atau yang menyinggungkan akan ditolak tanpa sebarang notis.

Manipulasi imej tidak akan dibenarkan, kecuali suntingan asas, dan pelarasan kecerahan, kontras, dan pembetulan warna. Semua penyertaan menjadi milik eksklusif Penganjur dan tidak boleh dikembalikan. Sekiranya berlaku sebarang pertikaian mengenai identiti mana-­‐mana Peserta, penyertaan yang berkaitan akan dianggap sebagai dihantar oleh pemegang akaun dengan merujuk kepada alamat e-­‐mel yang digunakan untuk menyertai Peraduan ini.

3. PEMILIHAN PARA PEMENANG:
Hanya SATU hadiah untuk setiap Peserta, setiap keluarga, setiap isi rumah adalah dibenarkan dalam Tempoh Peraduan. Sebarang surat menyurat, pertanyaan, rayuan atau bantahan tidak akan dilayan.

Pemenang Pusingan
Faktor-­‐faktor yang diambil kira oleh para hakim dalam memilih pemenang akan termasuk tetapi tidak terhad kepada kreativiti, keaslian penyertaan dan ketepatan mengikut tema pusingan yang diberikan, faktor-­‐faktor lain yang dianggapkan sesuai mengikut budi bicara
mutlak para hakim. Keputusan Penganjur dalam menentukan pemenang, adalah berakhiran, mengikat dan muktamad

Pemenang Undian Tertinggi
Pemenang bagi undian tertinggi pula akan dipilih berdasarkan penyertaan yang memenuhi Kriteria Peraduan, dan mendapat jumlah undian awam tertinggi yang dikumpulkan sepanjang tempoh Peraduan.

4. HADIAH: Hadiah-­‐hadiah adalah seperti berikut.

• Hadiah Utama:
2 x Apple iPhone 6 bernilai RM2399
2 x Samsung Galaxy Note 4 bernilai RM 2499

• Hadiah Kedua:
4 x RM 300

• Hadiah Ketiga:
4 x RM 150

• Hadiah Saguhati
40 x RM50

• Undian Tertinggi
1 x RM250

Para pemenang Hadiah tidak boleh menggantikan sebarang Hadiah atau menebus sebarang Hadiah yang bukan berbentuk wang dengan wang tunai. Mengikut budi bicaranya, Penganjur berhak menggantikan sebarang Hadiah (atau komponen Hadiah, jika berkaitan) dengan hadiah lain yang sama atau lebih tinggi nilainya. Cukai, yuran dan sebarang kos lain yang berkaitan dengan penerimaan dan penggunaan sesuatu Hadiah adalah tanggungjawab tunggal pemenang Hadiah sahaja.

5. PEMAKLUMAN PEMENANG DAN PEMUNGUTAN:
Para pemenang akan dihubungi melalui telefon, emel dan mesej peribadi di ‘Instagram Direct’.

Para pemenang dikehendaki mengambil hadiah mengikut tempoh yang ditentukan:-­‐

a. Para Pemenang Pusingan 1 (1 Disember 2014 – 14 Disember 2014)
-­‐ Dikehendaki mengambil hadiah dari 15 Disember 2014 – 28 Disember 2014

b. Para Pemenang Pusingan 2 (15 Disember 2014 – 28 Disember 2014)
-­‐ Dikehendaki mengambil hadiah dari 29 Disember – 11 Januari 2015

c. Para Pemenang Pusingan 3 (29 Disember 2014 – 11 Januari 2015)
-­‐ Dikehendaki mengambil hadiah dari 12 Januari 2015 – 25 Januari 2015

d. Para Pemenang Pusingan 4 (12 Januari 2015 – 25 Januari 2015)
-­‐ Dikehendaki mengambil hadiah dari 26 Januari 2015 – 8 Februari 2015

Pemenang hadiah mungkin perlu menandatangani satu afidavit kelayakan dan pelepasan liabiliti, dan, di mana dibenarkan, siaran publisiti (secara kolektif, “Afidavit”). Jika seorang pemenang berpotensi tidak memberi respon dalam tempoh tujuh (7) hari dari percubaan
memaklumkan pemenang pertama, atau jika notifikasi Hadiah mereka tidak boleh dihantar, atau jika pemenang berpotensi menolak Hadiah untuk sebaran sebab sebelum ia diserahkan,atau gagal mengambil Hadiah dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas menerima notifikasi,
didapati tidak layak atau tidak berupaya atau tidak mematuhi Terma & Syarat Rasmi ini, pemenang berpotensi tersebut mungkin boleh disingkirkan, Hadiah mereka boleh ditarik balik, dan seorang pemenang alternatif mungkin dipilih daripada baki semua Penyertaan yang
diterima. Setiap pemenang Hadiah bersetuju membenarkan Penganjur untuk menggunakan nama, bandar, negeri, gambaran dan/atau maklumat mengenai hadiah yang dimenangi oleh Pemenang Hadiah bagi tujuan promosi dalam sebarang medium tanpa pampasan tambahan
setakat mana yang dibenarkan oleh undang-­‐undang. Semua cukai dan kos-­‐kos serta perbelanjaan lain yang berkaitan dengan penerimaan serta penggunaan Hadiah yang tidak dinyatakan di sini adalah dianggap sebagai tanggungjawab tunggal pemenang.

6. PENGGUNAAN MAKLUMAT PESERTA BAGI TUJUAN PEMASARAN:

Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju bahawa Penganjur dan pihak-­‐pihak yang telah ditetapkan boleh
menggunakan alamat fizikal dan/atau emel Peserta bagi menghubungi Peserta mengenai program Penganjur serta tawaran dan/atau promosi lain yang Penganjur berpendapat mungkin menarik minat Peserta. Penganjur berhak menggunakan nama dan/atau gambar Peserta dan
semua Penyertaan lain yang dihantar bagi tujuan pengiklanan, berniaga dan/atau publisiti tanpa sebarang notis terlebih dahulu kepada Peserta. Para Peserta tidak berhak menuntuk hak pemilikan atau sebarang bentuk pampasan lain untuk bahan-­‐bahan ini.

7. SYARAT-­SYARAT AM:
Peraduan ini tidak sah di luar Malaysia dan di mana ia dilarang atau dikawal oleh undang-­‐undang dan tertakluk kepada semua undang-­‐undang dan peraturan persekutuan, negeri dan tempatan yang berkaitan.

Peraduan ini akan dikawal oleh undang-­undang dalaman Malaysia. Sebarang dan semua tindakan perundangan atau tuntutan yang
timbul berhubung dengan Peraduan ini harus dibawa ke makkamah dengan bidang kuasa yang kompeten di dalam Malaysia. Entiti Peraduan tidak bertanggungjawab untuk:

(a) lewat, hilang, dicuri, rosak, bercelaru, tidak lengkap, tersalah alamat, Penyertaan yang memerlukan bayaran
pos atau tidak tentu arah, e-­‐mels atau komunikasi lain;

(b) kesilapan, tidak dimasukkan, gangguan, penyingkiran, kecacatan atau penangguhan dalam operasi atau transmisi maklumat, dalam setiap kes sama ada ia disebabkan oleh kegagalan teknikal atau lain atau kerosakan perkakasan, perisian, peranti komunikasi atau talian transmisi;

© kerosakan data, kecurian, kemusnahan, kehilangan, akses tanpa izin kepada atau pindaan ke atas bahan penyertaan; atau

(d) komunikasi elektronik yang tidak boleh disampaikan akibat sebarang bentuk penapisan aktif atau pasif atau ruang yang tidak mencukupi di dalam akaun emel Peserta bagi menerima mesej emel. Penggunaan perisian automatik atau program komputer untuk mendaftar atau
menyertai Peraduan dilarang dan mana-­‐mana individu yang mengguna atau mencuba untuk mengguna kaedah-­kaedah sebegitu bagi mendaftar atau mengambil bahagian akan disingkirkan.

Entiti Peraduan menafikan sebarang liabiliti akibat kerosakan kepada mana-­‐mana sistem komputer yang disebabkan oleh penyertaan dalam, atau mengakses atau memuat turun maklumat berkaitan Peraduan ini. Sekiranya sebarang virus, pepijat, pengubahan, kegagalan
teknikal, campur tangan manusia yang tidak dibenarkan atau sebab lain di luar kawalan Penganjur merosakkan atau memberi kesan ke atas pentadbiran, sekuriti, keadilan, integriti atau perilaku biasa Peraduan ini, Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya,
mengubah, membatal, menamatkan atau menggantung Peraduan ini dan menentukan pemenangnya daripada kalangan semua Penyertaan yang layak dan tidak disyaki yang diterima sebelum berlakunya peristiwa tersebut.

Sekiranya terdapat apa-­apa pengubahsuaian, pembatalan, penamatan atau penggantungan, notis mengenai tindakan itu akan disiarkan di
Laman Web, jika ia berfungsi. Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk menyingkir mana-­‐mana Peserta (dan membatalkan Penyertaan Peraduan mereka) dari Peraduan ini atau mana-­‐mana promosi lain yang dijalankan sekarang atau pada masa hadapan
oleh Penganjur atau mana-­‐mana syarikat gabungannya, jika Peserta didapati mengubah, atau disyaki mengubah penyertaan atau proses penyertaan, atau operasi Peraduan atau jika perbuatan menipu atau salah laku Peserta menjejaskan integriti Peraduan ini, dalam apa jua cara. Peserta, bagaimanapun, tidak akan diberitahu mengenai keputusan ini.

Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan mana-­‐mana Peserta yang ia semunasabahnya mengesyaki telah menyalahi atau melanggar mana-­‐mana terma-­‐terma dan syarat-­‐syarat am dan Penganjur berhak untuk mengambil tindakan undang-­‐undang terhadap mana-­‐mana individu yang ia percaya telah menjalankan aktiviti penipuan atau aktiviti-­‐aktiviti lain yang menjejaskan Peraduan ini dan Laman Web. Penganjur berhak untuk membatalkan status pemenang dan membatalkan mana-­‐mana hadiah yang diberikan sekiranya Peserta didapati tidak sesuai selepas Hadiah dianugerahkan.Penganjur berhak untuk membetulkan kesilapan perkeranian atau tipografi dalam sebarang
bahan promosi. Dengan menyertai Peraduan ini, setiap Peserta menerima syarat-­‐syarat yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat rasmi, bersetuju untuk terikat oleh keputusan Penganjur dan menjamin bahawa Peserta adalah layak untuk menyertai Peraduan ini. Di samping itu, dengan menyertai Peraduan ini, setiap Peserta bersetuju bagi pihak Peserta (dan bagi pihak waris, pemegang serah hak Peserta ini, wasi dan pentadbir) untuk melepaskan, menunaikan,melindungi dan mengecualikan Entiti Peraduan daripada dan terhadap sebarang dan semua
liabiliti, kerugian atau kerosakan dalam apa jua bentuk kepada orang, atau harta, termasuk kematian, akibat keseluruhan atau sebahagian, secara langsung atau tidak langsung, daripada penyertaan Peserta dalam Peraduan ini, atau mana-­‐mana aktiviti berkaitan Peraduan, atau dari anugerah, penerimaan, pemilikan, penyalahgunaan atau penggunaan mana-­‐mana hadiah atau penyertaan dalam apa-­‐apa aktiviti yang berkaitan dengan Hadiah.

APA-­APA TUNTUTAN, KEPUTUSAN DAN/ATAU ANUGERAH AKAN DIHADKAN KEPADA KOS SENDIRI SEBENAR YANG BERKAITAN DENGAN MENYERTAI PERADUAN INI. PESERTA DENGAN INI MENGETEPIKAN APA-­‐APA TUNTUTAN ATAU HAK KEPADA YURAN PEGUAM, TIDAK LANGSUNG, KHAS, PUNITIF,KEROSAKAN SAMPINGAN ATAU AKIBAT PESERTA, SAMA ADA DIJANGKA ATAU TIDAK DAN
SAMA ADA BERDASARKAN KECUAIAN ATAU SEBALIKNYA.

8. AMARAN. SEBARANG PERCUBAAN UNTUK MEROSAKKAN LAMAN WEB DENGAN SENGAJA ATAU MENJEJASKAN OPERASI SAH PERADUAN INI ADALAH SATU PELANGGARAN UNDANG-­ UNDANG JENAYAH DAN SIVIL DAN PIHAK PENGANJUR BERHAK UNTUK MENDAPAT GANTI RUGI DARIPADA MEREKA YANG MEMBUAT CUBAAN TERSEBUT SETAKAT MANA YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-­‐UNDANG.
9. PENGANJUR: URC Snack Foods (Malaysia) Sdn. Bhd.

10. PENTADBIR: Mantra Interactive Sdn. Bhd.
© 2014 URC Snack Foods (Malaysia) Sdn. Bhd.

Untuk maklumat lanjut sila ke www.rollercoaster.my/


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2022 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?