Peraduan Beli & Menang Kopiko


Sertai Peraduan Beli & Menang Kopiko untuk berpeluang bermain perlawanan persahabatan badminton dan makan malam bersama Datuk Lee Chong Wei.

Selain itu peraduan ini juga menawarkan 4 hadiah pertama iaitu TV Haier 50″ 4K Ultra HD , Jersi Edisi Terhad Kopiko Purple League dan hadiah saguhati  kopiko L.A. Coffee 24x24g.

Cara Penyertaan

Langkah 1: Selepas Beli Kopiko L.A Coffee atau L.A. Coffee As You Like atau L.A. White, simpan resitnya

Langkah 2: Lengkapkan butiran serta slogan pada borang peraduan disini

Langkah 3: Berpeluang untuk menang!

Anda juga boleh menghantar secara dalam talian melalui www.facebook.com/kopikomalaysia; atau WhatsApp/SMS ke 016 611 8186; atau hantar borang penyertaan secara fizikal ke alamat ‘Kopiko Beli & Menang Contest, P. O. Box 10823, 50726, Kuala Lumpur’. (hantar guna pos biasa sahaja)

Tempoh Dari 22 Oktober 2014 – 14 Januari 2015

Pemilihan Pemenang

 Dua slogan terbaik dan paling kreatif bagi setiap tempoh peraduan akan dipilih untuk Hadiah Utama, diikuti oleh 1 Hadiah Pertama dan 500 yang berikutnya akan dipilih untuk Hadiah istimewa, dan 1,000 akan dipilih untuk Hadiah Sagu hati.

Hadiah

Micro prize prize
Capture

Terma & Syarat

1. Peraturan Am & Kelayakan

a. Peraduan ini tertakluk kepada Terma & Syarat standard yang di bawah, (selepas ini dirujuk sebagai “T&S”). Dengan mengambil bahagian dalam peraduan ini, para peserta bersetuju bahawa mereka telah membaca, memahami dan bersetuju dengan T&S.

b. Peraduan ini dianjurkan oleh Inbisco Malaysia (selepas ini dirujuk sebagai “Penganjur”) yang akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penganjuran dan pelaksanaan Peraduan.

c. Warganegara dan penduduk Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas (selepas ini dirujuk sebagai “Peserta”) layak untuk menyertai Peraduan. Peserta berumur bawah 16 tahun perlu mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga bagi mengambil bahagian dalam Peraduan ini. Penganjur berhak untuk meminta kebenaran bertulis ini pada bila-bila masa yang dianggap perlu.

d. Peraduan tidak dibuka untuk para pekerja Penganjur, pengedar, agensi pengiklanan, pemasaran dan promosi jualan, dan ahli keluarga mereka (pasangan, anak-anak, datuk nenek, bapa saudara, ibu saudara, anak saudara, abang, kakak atau sepupu).

e. Semua butiran peribadi yang diserahkan perlu tepat dan bukti yang perlu diberikan kepada Penganjur apabila diminta, jika tidak, penyertaan peraduan akan dibatalkan. Sebagai mematuhi Akta perlindungan Data peribadi 2010, butiran peribadi anda dalam pangkalan data kami akan dijaga dan tidak akan dikongsi tanpa kebenaran anda.

2. Kaedah Peraduan
a. Para peserta mula-mula perlu membeli satu pek Kopiko L.A. Coffee 24X24g atau Kopiko L.A. Coffee As You Like 24X(15+7g), atau Kopiko L.A. Coffee White 15X40g.

b. Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan.

c. Peserta perlu menyimpan resit asal mereka sebagai bukti pembelian sehingga para Pemenang ditentukan.

d. Kegagalan untuk menunjukkan bukti pembelian ini boleh menyebabkan semua tuntutan dan hak mendapat Hadiah dibatalkan.

e. Untuk menyertai, Peserta perlu:

  • i. Memberikan butiran peribadi (Nama, Nombor KP, Nombor Telefon dan Alamat).
  • ii. Lengkapkan slogan menggunakan kurang daripada 20 patah perkataan:
  • Saya suka Kopiko L.A. Coffee kerana…
  • iii. Hantar secara dalam talian melalui www.facebook.com/kopikomalaysia; atau WhatsApp/SMS ke 016 611 8186; atau hantar borang penyertaan secara fizikal ke alamat ‘Kopiko Beli & Menang Contest, P. O. Box 10823, 50726, Kuala Lumpur’. Sebarang penyertaan melalui kurier, ekspres atau pos berdaftar tidak akan dilayani.
  • iv. Caj standard SMS akan dikenakan oleh pengendali talian.

3. Hadiah
a. Terdapat 4 tempoh peraduan, setiap satu berlangsung selama 3 minggu.

b. Bagi setiap tempoh, 2x pemenang Hadiah Utama, 1x pemenang Hadiah Pertama, 500x pemenang Hadiah Istimewa dan 1,000 orang pemenang Hadiah Sagu hati akan dipilih.

c. Butiran setiap tempoh, hadiah dan tarikh pemilihan/pengumuman pemenang adalah seperti di bawah:

Capture.JPG

d. Sekiranya mana-mana pemain profesional tidak dapat bermain disebabkan kecederaan atau sebab-sebab keadaan yang tidak dapat dielakkan, pemain profesional lain akan dipilih untuk bermain dengan para pemenang.

e. Saiz dan corak jersi tertakluk kepada stok yang ada.

f. Perlawanan persahabatan akan diadakan pada 1 Februari 2015 manakala jamuan makan pada 2 Februari 2015. Kedua-dua tarikh tertakluk pada perubahan atau pindaan secara berkala.

4. Pemilihan Pemenang
a. Dua slogan terbaik dan paling kreatif bagi setiap tempoh peraduan akan dipilih untuk Hadiah Utama, diikuti oleh 1 Hadiah Pertama dan 500 yang berikutnya akan dipilih untuk Hadiah istimewa, dan 1,000 akan dipilih untuk Hadiah Sagu hati.

5. Pengumuman Pemenang
a. Pada akhir setiap Fasa Peraduan, nama 1,503 Pemenang akan diumumkan melalui laman Kopiko Malaysia mengikut tarikh yang ditetapkan seperti jadual di no. 3 ©.

6. Hak Penganjur
a. Penganjur berhak mengikut budi bicaranya untuk mengubahsuai, meminda, membatalkan atau menarik balik T&S ini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis awal.

b. Jika atas apa-apa sebab, mana-mana aspek Peraduan ini tidak dapat dijalankan sebagaimana yang dirancang, termasuk alasan virus komputer, kegagalan rangkaian, pepijat, pengubahan, campur tangan tidak sah, penipuan, kegagalan teknikal atau sebarang sebab di luar kawalan Penganjur yang merosakkan atau mengganggu pentadbiran, keselamatan, kesaksamaan, integriti atau peri laku Peraduan yang sewajarnya, maka Penganjur berhak mengikut budi bicaranya untuk membatalkan, menamatkan, mengubah atau menggantung Peraduan, atau tidak mengesahkan mana-mana penyertaan yang terlibat.

c. Pihak Penganjur berhak membatalkan kelayakan sebarang borang pnyertaan yang tidak dilengkapi, sukar dibacai, rosak, lewat atau tidak mempunyai bukti pembelian yang betul secara automatik.

d. Penganjur mengikut budi bicaranya boleh membatalkan mana-mana penyertaan dan melarang penyertaan seterusnya dalam Peraduan oleh mana-mana individu yang mengubah proses penyertaan atau operasi Peraduan atau yang bertindak melanggar T&S.

e. Penganjur berhak menggantikan mana-mana Hadiah dengan nilai yang sama tanpa sebarang notis.

f. Penganjur berhak memilih Pemenang alternatif sekiranya Penganjur mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa Pemenang yang dipilih telah melanggar mana-mana T&S ini.

g. Dengan menyertai Peraduan ini, para Peserta bersetuju untuk membenarkan Penganjur menggunakan nama dan/atau gambar foto mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan dalam kedua-dua medium elektronik dan cetak.

h. Penerimaan mana-mana Hadiah oleh Pemenang akan melepaskan dan membebaskan Penganjur daripada mana-mana dan semua liabiliti, tuntutan, permintaan, penyebab tindakan dan/atau kerosakan yang mungkin dialami oleh pemenang, sama ada diketahui atau tidak diketahui pada masa ini, dalam apa juga keadaan, yang timbul daripada atau berkait dengan: (i) Peraduan, (ii) kecederaan diri dan/atau kerosakan harta benda, kecurian atau kerugian yang dialami oleh pemenang (dan/atau pasangan mereka) akibat daripada penggunaan dan/atau menikmati hadiah, dan/atau (iii) sebarang liabiliti cukai berhubung dengan Peraduan, hadiah dan/atau penggunaan atau menikmati perkara yang sama.

i. Pemenang Hadiah Utama perlu menanggung perbelanjaan pergi balik sendiri untuk ke tempat perlawanan badminton.

j. Keputusan Penganjur terhadap sebarang perkara berhubung Peraduan adalah muktamad, termasuk penentuan para Pemenang. Surat menyurat atau rayuan tidak akan dilayan.

k. Para pemenang tidak perlu memberikan sebarang wang atau tunai atau butiran bank sebagai pertukaran untuk menuntut Hadiah.

l. Hadiah tidak boleh ditukar milik, tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukarkan dengan wang tunai sebahagian atau sepenuhnya. Semua hadiah yang tidak dituntut akan ditarik balik.

m. Pemenang akan menanggung liabiliti dan tanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kemalangan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan mereka dalam peraduan ini dan/atau penggunaan dan/atau penebusan hadiah.

n. Jika terdapat sebarang pertikaian mengenai translasi Syarat dan Ketentuan promosi ini, Versi Bahasa Ingeris yang terdapat di Kopiko Malaysia adalah dianggap Syarat dan Ketentuan yang muktamad.

Anda boleh hantar secara online disini  http://www.kopikomalaysia.com/


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?