Promosi Riang Ria Hebat Mat Kool


Sertai Promosi Riang Ria Hebat Mat Kool untuk berpeluang memenangi hadiah utama SONY PlayStation 4 atau hadiah mingguan Set Headphone Eksklusif MAT KOOL .

Yang menariknya promosi ini, hadiah utama adalah 100 unit PlayStation 4.

Promosi ini amat sesuai untuk mereka yang suka makan aiskrim Mat Kool. Dalam posting ini, eMenang akan terangkan serba sedikit berkenaan cara-cara untuk menyertainya dan bagaimana pemenang akan dipilih.

Penghantaran Penyertaan & Kritria Kelayakan

1. Bukti Pembelian [“Jadual BP”] yang diperlukan untuk menyertai Promosi ini adalah kayu ais krim Mat Kool yang ditandakan ‘MAT KOOL ®’.

2.Kayu aiskrim Nestle Mat Kool yang tidak bertanda atau mengandungi tanda-tanda selain daripada ‘MAT KOOL ®’ tidak layak diterima untuk promosi ini.Hanya produk Nestle edaran pihak penganjur sahaja diterima.

3. Setiap borang penyertaan yang dihantar mesti diisi secara individu dan asli, dengan dengan butir-butir yang dikehendaki, memberikan jawapan yang betul bagi satu soalan yang tertera dalam borang penyertaan dan dilampirkan bersama BP yang dikehendaki. Borang penyertaan yang tidak lengkap, tidak boleh dibaca, memberikan jawapan yang salah atau borang penyertaan yang tidak tepat, atau penyertaan dengan BP tidak betul dan/atau rosak akan dibatalkan.

4. Setiap peserta boleh menghantar lebih dari 1 penyertaan tetapi setiap penyertaan mesti disertakan dengan 1 BP dalam 1 sampul surat. Sampul surat yang mengandungi berbilang penyertaan atau BP akan dibatalkan.

5.Setiap penyertaan mesti dipos menggunakan pos biasa ke alamat peti surat yang dinyatakan.Penyertaan yang diterima menenrusi penghantaran dengan tangan,khidmat kiriman cepat,POSLaju dan /atau sebrang kaedah kiriman yang lain akan dibatalkan secara automatik. Setiap sampul mestilah dilekatkan dengan kos setem yang mencukupi.

6.Pihak penganjur tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang penyertaan yang dikirimkan melalui pos yang tidak diterima kerana kekurangan bayaran pos atau alamat tidak tepat. Bukti pengiriman pos tidak menandakan bukti penerimaan oleh pihak penganjur.

7. Setiap borang penyertaaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Promosi akan diperuntukkan nombor bersiri seperti yang dinyatakan dalam jadual BP.

Tempoh Promosi: 1 Oktober – 30 November 2014

Hadiah Dan Cara Pemilihan Pemenang

1. Hadiah-hadiah promosi ni dibahagikan kepada hadiah mingguan berupa 1x Set Headphone Ekslusif Mat Kool dan hadiah Utama berupa 1x unit Sony PlayStation 4

2. Terdapat sejumlah 300 hadiah mingguan untuk dimenangi setiap tempoh hadiah minggu selama 9 minggu. 300 penyertaan awal yang sah terawal setiap minggu kan memenangi hadiah mingguan.

3. Terdapat 100 hadiah utama untuk dimenanagi sepanjang tempoh promosi.

-Jumlah nombor bersiri yang diperuntukkan sepanjang tempoh promosi dibahagikan dengan 100 bagi menentukan nombor bersiri yang menang.Nombor bersiri yang terpilih adalah nombor bulat terdekat yang lebih rendah yang didapati selepas pembahagian.

Contoh: Jika jumlah nombor bersiri yang diperuntukkan sepanjang Tempoh Promosi adalah 50,000, jumlah ini akan dibahagikan dengan 100 bagi menentukan nombor bersiri yang menang.

4.Pemenang-pemenang ialah penyertaan dengan nombor bersiri yang ke -500 sebagai pemenang nombor bersiri pertama dan nombor bersiri ke-1000 sebagai pemenang nombor bersiri kedua dan berikutnya.

5.Pemenang-pemenang hadiah mingguan masih layak memenangi hadiah Utama. Setiap peserta layak memenangi 1 hadiah utama sahaja dan 2 hadiah mingguan sepanjang tempoh promosi. Pemenang akan diberitahu melalui pos, Semua hadiah mesti dituntut dalam tempoh 3 bulan dari tyarikh pemberitahuan.

Seperti yang dinyatakan diatas, pemenang ditentukan dengan no bersiri yang diperuntukan. Jadi jika anda makan aiskrim Mat Kool kemudian kayu aiskrim anda tertera ‘MAT KOOL ®’ anda belum lagi memenangi hadiah PlayStation 4 tersebut.

Anda perlu pos kayu ais krim yang tertera perkataan ‘MAT KOOL ®’ tersebut bersama dengan 1 borang penyertaan yang lengkap diisi kedalam 1 sampul surat.

Jika anda dapat 2 atau 3 kayu ais krim yang tertera perkataan ‘MAT KOOL ®’, anda perlu hantar secara berasingan dalam 1 sampul surat yang lain. Kalau anda hantar 2 penyertaan atau lebih dalam 1 sampul surat, penyertaan tersebut akan dibatalkan secara automatik.

langkah penyertaan

Hadiah-Hadiah

hadiah matkool syarat matkool

Untuk melihat lebih detail lihat disini


3 Comments
  1. borang dapat dekat mana??

    • Author
      Contest 5 years ago

      dekat stesyen minyak petronas pun ada

  2. Muhammad Nazrin 5 years ago

    asl surat balas lambat sampai

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?