Fruitale Umumkan Pemenang Pertandingan Fruitale Queen–Be Fabulous


Fruitale Menobat Pemenang Pertandingan Fruitale Queen–Be Fabulous
Pengumpul Lebih 300 Patung Mainan Muncul Pemenang!

Kuala Lumpur, 10 October 2014 – Fruitale FairWhite UV, satu-satunya krim dan sabun mandian dengan 100% ekstrak buah-buahan organik dan yogurt, menobatkan pemenang pertandingan Fruitale Queen-Be Fabulous di sini, hari ini.

Pertandingan tersebut berlangsung dari 5 Mei hingga 13 Julai 2014 bertujuan mendekati pelanggan melalui cara yang ceria dan penuh keseronokan dengan memberi mereka peluang mempamerkan koleksi masing-masing.

Para pemenang utama Fruitale Queen–Be Fabulous menerima gelang rantai PANDORA berjumlah RM3,200 berserta produk Fruitale FairWhite UV. Sepuluh pemenang mingguan juga turut menerima hadiah wang tunai RM100 setiap satu berserta hamper produk Fruitale FairWhite UV.

fri

Ratu Fruitale, Cik Narashatul Shima menerima set Gelang Tangan PANDORA Purple Morning Butterfly bernilai RM1,600 daripada En. Francis Ng, Pengurus Besar Bahagian Pemasaran, Produk Rumah dan Penjagaan Diri, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd

Cik Narashatul Shima, 37, dari Melaka telah dinobatkan ratu Fruitale diatas koleksi patung mainan beliau yang mencapai ratusan buah.

Menurut Encik Francis Ng, Pengurus Besar Bahagian Pemasaran, Produk Rumah dan Penjagaan Diri, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, sambutan terhadap pertandingan di Facebook tersebut amat menggalakkan.

“Kami menerima penyertaan daripada wanita dan lelaki, dengan pelbagai jenis koleksi termasuk permainan, buku, kasut, barang dagangan selebriti dan rantai kunci, kesemuanya unik dengan cara tersendiri. Kesungguhan yang ditunjukkan oleh para peserta menerusi koleksi mereka amat menakjubkan, begitu juga sokongan mereka terhadap Fruitale FairWhite UV. Kami akan terus memberi ganjaran kepada para pelanggan kami menerusi lebih banyak inisiatif seumpama ini di masa depan,” kata Encik Ng.

“Kami seisi keluarga amat menggemari rangkaian produk Fruitale FairWhite UV. Haruman buah-buahan sabun dan krim mandiannya menyegarkan hari saya dan membuatkan saya segar setiap kali selepas mandi. Saya sungguh tidak sangka hobi mengumpul patung mainan selama bertahun-tahun membawa kepada kemenangan set PANDORA Purple Morning Butterfly yang mempesonakan bernilai RM1,600 serta produk Fruitale,” kata Cik Narashatul Shima.

Pemenang tempat kedua, Cik Vasanta dari Semenyih, memenangi set PANDORA Enchanted Purple bernilai RM1,095 diatas koleksi patung kecil Ultraman milik anak lelaki beliau, manakala pemenang tempat ketiga, Cik Jaslina Ahmad, membawa pulang set permulaan PANDORA bernilai RM547 diatas koleksi novel beliau.

Pemenang dipilih berdasarkan keunikan dan saiz koleksi, kreativiti persembahan dan undian penyokong mereka.

Majlis tersebut turut menyaksikan pelancaran ringkas rangkaian Minyak Zaitun Fruitale FairWhite UV. Pemenang pertandingan dan wakil media diberi urutan kaki percuma menggunakan rangkaian Minyak Zaitun Fruitale yang dilakukan oleh ahli-ahli Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB).

Fruitale-004

Rangkaian Minyak Zaitun Fruitale FairWhite UV
Rangkaian ini menampilkan dua varian, Pure Olive Oil, yang begitu kaya dan selamat digunakan pada kulit bayi, dan Lite Olive Oil, yang mengandungi minyak pati lavender yang digunakan secara tradisional bagi melegakan dan menenangkan.

Kedua-dua varian Minyak Zaitun Fruitale FairWhite UV diperkuatkan dengan “BioWhite Triple Action Serum” yang mempunyai pelbagai multivitamin seperti vitamin A, C dan E serta Omega 3 dan 6 yang mampu melembapkan dan mengimbangkan tona kulit, serta menyuburkan rambut dan kuku agar kelihatan lebih sihat.

Menurut Pengurus Besar Bahagian Pemasaran, Produk Penjagaan Diri dan Rumah, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Encik Francis Ng, rangkaian Minyak Zaitun Fruitale FairWhite UV merupakan produk wajib bagi wanita yang mementingkan kecantikan dan kesihatan dan inginkan produk bernilai tambahan dan selamat bagi melindungi dan memperbaiki kulit, rambut dan kuku mereka.

Harga dan Lokasi Jualan
Sabun buku kecantikan Fruitale yang diperkaya dengan 100% ekstrak buah-buahan organik dan susu yogurt dijual pada harga RM2.65 untuk satu pek 3x80gm, manakala krim mandian kecantikan Fruitale dijual pada harga RM9.90 untuk sebotol dispenser 1,000ml. Kedua-dua varian Minyak Zaitun Fruitale FairWhite UV boleh didapati di seluruh negara pada harga RM7.20 untuk 150ml.

Untuk menjadi sebahagian daripada komuniti Fruitale, “Like” Fruitale di www.facebook.com/Fruitale.


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?